SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 30 Disember 2014

Sah menjadi isteri dengan sekali lafaz

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi.
Hari yang ditunggu sudah ditamatkan pada 26 Disember 2014 (Jumaat) di Masjid Jamek, Kg.Layang-Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan.



Sah sudah menjadi isteri kepada Encik Mohd Nasyit Bin Md Nooh.
Sahabat bertanya, apakah perasaan?

Perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Gembira? Itu sudah pasti.
Tetapi ia sebenarnya lebih dari itu. Azam baru telah dibuka, semangat semakin meningkat, matlamat lebih jelas...



Alam bujang yang ditamatkan tanpa pandang belakang, alam perkahwinan dimulakan dengan hati yang terbuka dan berbesar hati.

Sesungguhnya, hubungan lelaki dan wanita lebih indah dengan pernikahan. Halal dan sah itu paling penting!

Cinta yang tersemai antara wanita dan lelaki WAJIB diteruskan dengan pernikahan kerana PERNIKAHAN/PERKAHWINAN ADALAH LUBUK PAHALA. Setiap kebaikan suami kepada isteri, suami akan mendapat ganjarannya. Begitulah sebaliknya kepada si isteri... Indah kan?

Lepas ni boleh lah tarik-tarik dia ala-ala kuch kuch ho ta he.. haha!

Sekarang, saya dah boleh cakap "Saya sayang suami saya, Mohd Nasyit"... kekekeke....

Syukur Alhamdulillah... Allah telah menghadiahkan saya seorang suami yang terbaik.

Kelebihan nikah atau menamatkan zaman bujang selepas jatuh cinta sebenarnya ia bukan sahaja indah kerana "bunga-bunga cinta" atau pun "ayat-ayat cinta" bagai... tetapi hati lebih tenang. Tak ada risau-risau. Tak takut-takut. Sesiapa pun faham maksudnya. hehehe. Dah halal...dan semua yang baik-baik kita lakukan kepada pasangan semua dapat ganjaran. Its so amazing and its so beautiful life!



Ada member tanya juga. Dugaan.. Semua perkara dalam dunia ni, setiapnya akan ada dugaan. Tak ada yang tak ada dugaan. Kita hidup dalam dunia yang dicipta Allah. Mustahil tak ada dugaan dan masalah. Sebelum pernikahan, iaitu alam pertunangan, memang ada dugaan tetapi wanita dan lelaki belajar banyak di dalam dugaan tersebut. Tu adalah proses perkenalan. Perkara biasa. :)

Paling penting, hadapinya bersama dengan sabar dan terus bersama-sama membina apa pun impian.

Alhamdulillah.. kucupan di dahi dari seorang suami tercinta!

Cinta itu ibarat iman. Ada masa turun ada masa naik. Yang penting tahu bagaimana nak kekalkan. Ibarat masalah...cari lah penyelesaian bukan fikirkan masalah. Ibarat nak kejayaan, usaha dan tindakan, bukan diangankan sahaja. Thats all.. :)

Sebenarnya, saya gembira tak terkata... hehehe...



"Jadi isteri bukan sekadar dapat gelaran semata", itu saya tahu. Tanggungjawab tu memang ada. Member yang berkata macam ni, jangan risau, saya lebih memilih untuk bersuami dan menjalankan tanggungjawab kepada suami berbanding saya menjalankan kehidupan bujang dan enjoy. Itu bukan pilihan saya. Jika pilihan saya menjadi sesuatu yang kurang selesa bagi anda, yang ada masalah sebenarnya anda. Masalah itu anda yang punya. Hikhik...Buatlah pilihan anda sendiri dan jalankan dengan bahagia. Tak perlu saya follow atau anda follow saya. Terpulang. Bahagialah sekarang dengan apa pun hidup anda :)

...YANG PALING JELAS SEBENARNYA ADALAH, JODOH TU DITANGAN TUHAN. Tuhan hadiahkan dia untuk menjadi suami saya pada tarikh ini.

Walau bagaimanapun, walaupun jodoh sering dikata ditangan Tuhan,atau "ada jodoh takkan kemana" ...usaha kita itu penting dan perlu. Doa dan usahakan jika mahu. Semua manusia layak bahagia dengan pasangan masing-masing...tetapi ingat, USAHA UNTUK BAHAGIA BUKAN DENGAN CARA MERAMPAS DARI KEBAHAGIAN ORANG LAIN. CREATE YOURSELF, ITU KEBAHAGIAN ABADI..In Shaa Allah...

Dengan ini, pada tarikh ini, bermula lah lembaran baru saya bersama sang suami tercinta. Bermula lah tanggungjawab saya sebagai isteri. Sekarang, MY HUSBAND IS MY NUMBER ONE.

ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH!
















Share: