SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 31 Januari 2015

Bagaimana bermain Clash Of Clan di PC? | Hobi Bersama Suami | Clash Of Clan

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Alhamdulillah. Sejak jadi isteri ni sangat indah dan lebih seronok. Bahagia rasanya. Hobi boleh dikongsi bersama. Saya memang suka share dengan Encik husband. :) Dari sebelum kahwin lagi. Sekarang bertambah-tambah lah nikmat "Berdua lebih baik". kekeke.

Sejak bulan November 2014, sebelum kami kahwin, kami try install dan main game CLASH OF CLAN kat handphone masing-masing.. Siapa yang tak tahu game ni? Rasanya majority memang tahu.

Sekarang ni, saya dan Encik suami dah kemaruk Clash Of Clan ni. Sambil layan chart forex tu, saya dan Encik suami memang tak sah tak main Clash Of Clan ni. hehe.

Saya memang suka main game sejak kecil pun. hahaha. Kalau di bagi Oculus ke, PS3 ke apa ke, boleh jadi kemaruk juga kot. Layan ngan Encik suami, main lawan-lawan. hahaha! Saya ni, tengok jenis game tu juga baru layan. BUT! ditekankan kat sini,..bukan 'gila game' sampai tak ingat dunia tu.
Huhu.. Semua orang faham kan. Game tu game juga. Minat tu minat juga. Faham-faham la sendiri. ahakz..

Semalam, Encik Suami install Bluestack kat PC dia. Dia meng-android kan PC dia tu. Hah! Apa lagi, BESAR gila COC dia kat PC..Saya jeles juga la. hahaha. Sebab lappy saya tak boleh la ada bluestack tu. Jadi lembab semacam je. Susah nak buat kerja. So, abaikan je. Saya main kat hanphone cukup. hikhik...

So, Bagaimana nak main COC kat komputer? Lagi puas hati kan main sebesar-besar screen? haha..

Puas hati kan macam ni!!! Waahahaha!



Tengok lah, Encik suami layan kat PC. Sebesar besarnya. haha. Ni belum tambah dua tiga biji monitor lagi ni... >_<

Macam ni, TUTORIAL BERMAIN CLASH OF CLAN DI PC ATAU KOMPUTER adalah seperti berikut;

Langkah 1 :
Download dulu BLUESTACKS kat sini : http://www.bluestacks.com/.

Langkah 2 :
Lepas download siap, install kan ke komputer anda, kemudian anda akan melihat screen seperti di bawah:



Lepas tu, macam biasa, login alamat email anda yang anda gunakan untuk Clash Of Clan anda tu. Masukkan password dan klik sign in.

Langkah 3:
Lepas sign in, anda akan ke menu utama Bluestacks seperti di dalam gambar di bawah ni.



Langkah 4:
Kemudian, klik kat 'search' button warna oren tu dan taipkan 'clash of clan' macam dalam gambar kat bawah ni pula.



Langkah 5:
Google Play akan meminta google ID dan password kemudian boleh ke main menu Google Play dan search Clash Of Clan dan klik install.





Langkah 6:
Selepas install, anda sudah boleh bermain Clash Of Clan anda di PC. :)



Dah siap tutorial nya. Selamat mencuba! hehehe... sumber tutorial : http://cocland.comhttp://www.cocland.com

Clash Of Clan saya kecik lagi. Tak banyak yang di unlock. Nanti lama-lama besar la juga. Antara Clan saya dan Clan Encik Suami, tentu lah Clash Of Clan dia lagi tinggi level. Laju pula tu. Tak tahu macam mana dia buat. Tak apa... Saya nak main kejar kejar COC dengan suami ni. Siapa lagi cepat.. kekekekee. :p


Base saya yang tak berapa semart ni. Kejap lagi tukar.. Ngah tunggu Town Hall naik level jap lagi.. (next week kowt baru siap... kejap la sangat)...
Chating serius ni... Wakaka.
Saya punya baru level 40...huhu..

Nama Clan kitorang "Infinity696".. Kalau nak datang menjenguk datang la :)

Peperangan antara clan. Boleh tahan collect loots. Hahaha... banyak kali menang. Kitorang war tak habis2. 

Pencapaian yang nak dikejar demi Gems. HAHA!

Email antara ahli clan.

Oyeaahhh! Saya menang walaupun tak 100% star. ekekeke. Ok la tu kalau setakat nak merompak gold dan elixir tuh. :p

Encik Suami punya profile! Dah ada Dragon!!! Saya pun nakk juga....!!

Itu saja nak cerita. Nanti sambung lagi. Nak main COC dengan Encik suami dulu. hikhik :p












Share: