SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 10 Februari 2015

Bisnes mudah kaya? Kalau nak kaya, minta kat ALLAH. ehh?

Assalammualaikum readers dan Bloggers,

Tajuk kemain lagi tu..Nak story sikit mengenai BERNIAGA, USAHA, DAN MINTA kat ALLAH ni.

Maklum, ni salah satu dugaan wanita buat bisness online kat rumah ni. hehe. Saya taklah arif sangat bab-bab ketuhanan ni. Nak kata alim taklah, tapi tahu juga kebesaran Allah tak ada tandingannya.

Bila saya ditanya, kerja ke? Jujur lah saya jawab, "tak" . Bila ditanya lagi, jadi buat apa? saya pun jawab jujur jugalah... biasanya, kalau soalan macam ni memang nak tahu kita tak kerja sebab apa dan buat apa bila tak kerja. So jawapan saya simple saja "bisness online, boleh ke website saya - http://forexpercuma.mudahkaya.com atau http://mocaz.mudahkaya.com" ...

hehe... bagi website je sebab kan nanti saya cakap panjang-panjang susah juga. Jadi kat website boleh baca sendiri. huhu..dan boleh dapat info lebih banyak kan.

Tapi tiba-tiba dia kata, "ehh? bisness 'MUDAH KAYA' ? kalau nak kaya minta kat Tuhan.." ...

Aik? kekeke... mungkin sebab dia nampak nama website guna domain "MudahKaya" tu yang dia pun cakap macam tu.

Ini pandangan saya, kalau kita nak bahagia, nak kaya, nak positif, semua perkara kena gunakan perkataan yang positif sahaja. Penggunaan 'Mudah Kaya' di sini bermaksud, doa dan pemangkin semangat supaya rasa tak susah sangat kalau nak kaya ni. Berusaha pun tak lah seberat mana. Setiap perkataan dan kata-kata kita akan mempengaruhi minda kita. Mungkin pembaca ada yang pernah membaca buku "The Secret" atau pun "The Law of Secret", mesti tahu kenapa saya guna "Mudah Kaya" pada website bisness online saya.

Saya memang tak nafikan apa dia kata.. "Kalau nak kaya, minta pada ALLAH.." Setiap apa yang kita impikan dan mahukan, kita memang kena minta pada ALLAH...TAPI..saya tegaskan kat sini, MINTA SAHAJA tidak cukup. Bayangkan, bangun pagi, berdoa...lepastu masih buat rutin harian yang sama...tak ada pun buat sesuatu untuk kaya...masih juga boros, masih juga pergi kerja, balik kerja, pergi kerja,lepas tu balik kerja tidur makan tidur makan.

Yes! Berdoa tapi ALLAH tak kata, berdoa kat dia dan dia akan bagi takpayah usaha, right? Saya rasa, kalau berdoa sahaja, tak ada buat apa, menunggu sahaja tak mungkin ada apa yang diimpikan berdoa lah puas-puas macam mana sekalipun.

Tak cukup dengan hanya berdoa tanpa USAHA. Tak cukup dengan hanya BERUSAHA kalau tak BERDOA dan TAWAKAL. Saling berkait keduanya. Macam mana kalau saya berdoa tapi website dan tindakan bisness saya tak wujud? adakah saya dapat apa yang saya mahu melalui hanya berdoa? Nope.

Berniaga, Berdoa, Berusaha..Simple.

haha...

Dah terlepas cakap pasal bisnes online saya kat sini, baik dan lagi elok saya kongsikan terus. Kita berkongsi tak salah. Jangan paksa sudahlah. Betul tak?

Website yang saya sebutkan kat atas, http://forexpercuma.mudahkaya.com .

Website ni hanyalah penyebaran ilmu melalui E-Book PERCUMA sahaja. Saya create khas untuk newbie yang nak belajar Forex. Totally ASAS FOREX. apa itu Forex? Untuk apa Forex? Macam mana nak buat Forex? semua ada dalam e-book PERCUMA ni.



Website yang kedua pula saya sebutkan kat atas tu, http://mocaz.mudahkaya.com .

Website ni pun penyebaran E-Book PERCUMA juga. Tapi bukan ilmu Forex. Ia lebih kepada memperkenalkan kepada semua orang platform Forex yang sesuai dan In Shaa Allah adalah terbaik dari MALAYSIA. Ini lah syarikat di mana saya berkecimpung sekarang.



Korang boleh melayari website tu, untuk menambah info. Mana lah tahu memang korang sedang mencari bisness online untuk korang buat part time atau korang mungkin suri rumah yang nak cuba-cuba atau mungkin memang dah tahu mengenai Forex tapi korang nak cari yang lebih bagus.kan..

Tak salah pun. :)













Share:

Ahad, 8 Februari 2015

Rancangan Kegemaran bersama suami dari Channel ANTV Indonesia | Jejak Paranormal | Mistik

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Sekarang dah jam 1:48am tapi ambil kesempatan update blog kejap. Hehe. Saya dan Encik suami baru saja selesai menonton rancangan TV berjudul JEJAK PARANORMAL secara online. Terpaksa layan secara online sebab rancangan tu dari Indonesia - ANTV nama channelnya.




Rancangan JEJAK PARANORMAL ni berlangsung setiap hari AHAD (Jam 12.30 pagi) waktu Malaysia. Kalau kat Indonesia, 11.30 malam, bersamaan hari Sabtu.

Last week, diorang buat shooting kat BOGOR. Tu yang hashtag nya #JPBOGOR.
Minggu ni mereka buat kat BEKASI, so #JPBEKASI. Rancangan ni hot tau kat Indonesia.

JEJAK PARANORMAL ni, kalau tak kuat semangat, jangan tengok sorang-sorang tau. Ada plak yang menjerit atau pengsan. huhu. Kalau yang berani siut tu, silakan tengok sorang-sorang. hahaha...

Saya? saya memang minat tengok cerita JEJAK PARANORMAL ni. Tapi...dengan syarat, mesti berteman. Encik suami wajib temankan tengok ni. hahaha! Punca saya kenal rancangan TV ni pun dari dia juga. Wkaka.

Video kat bawah ni video promo #JPBEKASI, diorang buat jejak paranormal kat rumah yang dah ditinggalkan lebih 20tahun. Wehh.. 20tahun tu, confirm ada yang tinggal..faham-faham sendiri. huahua...

Tengok lah video ni...

Macam mana? Seram tak?

So apa sebenarnya JEJAK PARANORMAL ni? Rancangan ni, sama macam seekers la lebih kurang tapi yang ni lagi mantapp la bagi saya. Paling jelas nak cakap, jejak mahkluk ghaib seperti Jin. So rancangan ni memang buat satu pembuktian bahawa makhluk ghaib tu wujud. Penampakan seperti Pontianak, Pocong, apa lagi ye? Bahasa Indonesia panggil macam-macam, contohnya, Genderowo, Wewe Gombel, Bolong dan macam-macam lagi.

Selain tu, mereka ada juga buat tarikan barang pusaka yang tertanam. Paling seram bila mereka jumpa jenglot. Aduyy... Jenglot tu apa? Korang google sendiri ye. Tak sanggup nak letak gambar benda alah tu kat blog ni. hiaihiahiahaia..

Rancangan ni diketuai oleh dua orang yang mungkin saya boleh kata sebagai pengamal ilmu ghaib. Tak sure nak gunakan perkataan apa. Kalau Indonesia, diorang sebut "Paranormal" atau "Praktisi".Seorang lelaki, yang bernama "Ki Prana Lewu"... yang perempuannya pula bernama "Ana Cikey" . By the way, saya ni peminat Ana Cikey! Sebab dia nampak rugged tau. Fashion dia pula, pergh! fuhh.. memang I loike sangat. Pakai boot, pakai tshirt, pakai jeans. Sesuai dengan rancangan la juga. Takkan nak jejak hantu guna tumit tinggi. Wakaka!

Ana Cikey berani tau! TIP TOP! ;)

Korang boleh follow Ana Cikey dan Ki Prana Lewu ni kat Twitter. Nak follow Jejak Paranormal pun boleh juga.

@AnaCikey
@KiPranaLewus
@KiPranaLewu
@jejakparanormal




Kalau korang nak layan cerita ni siang-siang, dan nak tengok rancangan mereka yang lepas-lepas, korang just search kat youtube. Berlambak tu. hehehe.



OK! Selamat menonton JEJAK PARANORMAL. Thanks sebab sudi baca :)












Share: