SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 8 Februari 2015

Rancangan Kegemaran bersama suami dari Channel ANTV Indonesia | Jejak Paranormal | Mistik

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Sekarang dah jam 1:48am tapi ambil kesempatan update blog kejap. Hehe. Saya dan Encik suami baru saja selesai menonton rancangan TV berjudul JEJAK PARANORMAL secara online. Terpaksa layan secara online sebab rancangan tu dari Indonesia - ANTV nama channelnya.




Rancangan JEJAK PARANORMAL ni berlangsung setiap hari AHAD (Jam 12.30 pagi) waktu Malaysia. Kalau kat Indonesia, 11.30 malam, bersamaan hari Sabtu.

Last week, diorang buat shooting kat BOGOR. Tu yang hashtag nya #JPBOGOR.
Minggu ni mereka buat kat BEKASI, so #JPBEKASI. Rancangan ni hot tau kat Indonesia.

JEJAK PARANORMAL ni, kalau tak kuat semangat, jangan tengok sorang-sorang tau. Ada plak yang menjerit atau pengsan. huhu. Kalau yang berani siut tu, silakan tengok sorang-sorang. hahaha...

Saya? saya memang minat tengok cerita JEJAK PARANORMAL ni. Tapi...dengan syarat, mesti berteman. Encik suami wajib temankan tengok ni. hahaha! Punca saya kenal rancangan TV ni pun dari dia juga. Wkaka.

Video kat bawah ni video promo #JPBEKASI, diorang buat jejak paranormal kat rumah yang dah ditinggalkan lebih 20tahun. Wehh.. 20tahun tu, confirm ada yang tinggal..faham-faham sendiri. huahua...

Tengok lah video ni...

Macam mana? Seram tak?

So apa sebenarnya JEJAK PARANORMAL ni? Rancangan ni, sama macam seekers la lebih kurang tapi yang ni lagi mantapp la bagi saya. Paling jelas nak cakap, jejak mahkluk ghaib seperti Jin. So rancangan ni memang buat satu pembuktian bahawa makhluk ghaib tu wujud. Penampakan seperti Pontianak, Pocong, apa lagi ye? Bahasa Indonesia panggil macam-macam, contohnya, Genderowo, Wewe Gombel, Bolong dan macam-macam lagi.

Selain tu, mereka ada juga buat tarikan barang pusaka yang tertanam. Paling seram bila mereka jumpa jenglot. Aduyy... Jenglot tu apa? Korang google sendiri ye. Tak sanggup nak letak gambar benda alah tu kat blog ni. hiaihiahiahaia..

Rancangan ni diketuai oleh dua orang yang mungkin saya boleh kata sebagai pengamal ilmu ghaib. Tak sure nak gunakan perkataan apa. Kalau Indonesia, diorang sebut "Paranormal" atau "Praktisi".Seorang lelaki, yang bernama "Ki Prana Lewu"... yang perempuannya pula bernama "Ana Cikey" . By the way, saya ni peminat Ana Cikey! Sebab dia nampak rugged tau. Fashion dia pula, pergh! fuhh.. memang I loike sangat. Pakai boot, pakai tshirt, pakai jeans. Sesuai dengan rancangan la juga. Takkan nak jejak hantu guna tumit tinggi. Wakaka!

Ana Cikey berani tau! TIP TOP! ;)

Korang boleh follow Ana Cikey dan Ki Prana Lewu ni kat Twitter. Nak follow Jejak Paranormal pun boleh juga.

@AnaCikey
@KiPranaLewus
@KiPranaLewu
@jejakparanormal




Kalau korang nak layan cerita ni siang-siang, dan nak tengok rancangan mereka yang lepas-lepas, korang just search kat youtube. Berlambak tu. hehehe.



OK! Selamat menonton JEJAK PARANORMAL. Thanks sebab sudi baca :)












Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

Unknown berkata...

TENGOK DUA DUNIA DI TRANS TV LAGI BEST.

Unknown berkata...

TENGOK DUA DUNIA DI TRANS TV LAGI BEST.