Follow Instagram @sofinahlamudin

Saturday, September 26, 2015

Gone Girl Movie Review | Download Gone Girl Full Movie For Free

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Beberapa hari lepas, saya dan Encik suami menonton movie Gone Girl. Movie ni ditayangkan pada tahun 2014. Yes, tahun lepas. Masa movie ni release kat panggung wayang, saya dan encik suami berada di Kota Kinabalu atas urusan perniagaan dan urusan majlis perkahwinan.

Kami memang rancang nak tengok movie ni selepas selesai urusan tetapi kami batalkan sebab semasa tengok trailer, movie ni kelihatan membosankan. Nanti ada pula yang tidur kat panggung wayang tu. hahaha!

Movie ni ditayangkan kat astro baru-baru ni. Kami tengok separuh je sebab semasa buka TV, movie dah jalan separuh. Bila tengok ending story ni, saya rasa bengang. Tak faham. Tanda tanya. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Untuk memuaskan hati, saya download movie ni dan tengok dari awal. Apa yang sebenarnya sedang berlaku dengan perempuan tu. Suami dia jahat ke? atau dia yang gila?



Kalau korang nak download juga movie "Gone Girl" ni, dipersilakan --
DOWNLOAD GONE GIRL FULL MOVIE FOR FREE - klik sini -

PELAKON/WATAK GONE GIRL
Rosamund Pike - Amy Dunne (Watak Utama)
Ben Affleck - Nick Dunne (Sabagai suami Amy)

SINOPSIS
Kisahnya, ada seorang wanita yang popular sebagai penulis yang digelar sebagai "Amazing Amy". Beliau seoarang yang cantik dan bijak. Pada suatu hari bertemu dengan Nick lalu mereka berkawan. Hubungan kawan mereka semakin serius dan intim sehingga mereka mendirikan rumahtangga.

Selepas berkahwin, bermulalah konflik mereka berdua yang berpunca dari masalah kewangan dan sebagainya.

Sepanjang mempunyai masalah kewangan, banyak perubahan yang negatif dengan hubungan mereka. Nick semakin bersikap dingin,Amy kurang diberi perhatian dan kehidupan mereka sebagai suami isteri semakin hambar. Paling buruk, Nick hanya akan bersama Amy apabila mahukan hubungan seks.

Akibat daripada masalah kewangan, Nick dan Amy berpindah rumah. Mereka pindah ke rumah ibu dan adik Nick.

Tiba-tiba, pada suatu hari Amy hilang. Nick buntu dan Nick tidak tahu kemana Amy menghilang. Nick pun membuat laporan polis dan kes ini disiasat.

Sepanjang pencarian Amazing Amy,banyak perkara yang membingungkan penonton berlaku. Polis mengesaki Nick membunuh isterinya. Manakala, Nick menafikan hal tersebut.

Sepanjang tuduhan itu, terbongkar pelbagai rahsia Nick termasuklah melakukan hubungan dengan wanita lain di luar.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah Nick benar-benar membunuh Amy?

KOMEN SAYA
Cerita ni lebih kepada masalah rumahtangga yang sebenarnya menjadi dingin kerana sikap lelaki dan wanita itu sendiri tidak mampu memahami diri masing-masing. Apabila masing-masing tidak faham terjadilah sesuatu diluar jangkaan yang mengikut emosi dan nafsu. Amy memang bijak tetapi dia tetap melakukan kesalahan besar.

PENGAJARAN
1. Lelaki kena sedar berkahwin bukan untuk suka-suka tetapi ia lebih dari itu. Perkahwinan adalah komitmen dan tanggungjawab.
2.Wanita mesti memahami suami dan sentiada memikat hati suami sepanjang masa meskipun sudah berkahwin. Memikat bukan sebelum kahwin sahaja tetapi ia lebih penting selepas berkahwin.
3.Masalah kewangan bukanlah satu perkara untuk suami dan isteri saling salah menyalahkan tetapi itu adalah peluang untuk bersama-sama menyelesaikan bagi mengeratkan lagi hubungan kasih sayang.


Siapa belum tengok dan nak tengok, boleh download movie ni. Saya ada sediakan link download kat atas.

Ok.
Thanks sudi baca.
See u again.











No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.