SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 26 Disember 2015

26 Disember 2015 | Happy 1 year Anniversary #Sofinazz | How Time Flies

Assalammualaikum Readers and Blogger..

Pejam celik pejam celik. Dah setahun usia perkahwinan saya dan Encik Suami. Cepat masa berlalu. Terasa macam baru semalam wedding day. Haha! Amboih...




Semoga Mahligai yang terbina kekal dan bahagia selamanya. Semoga cinta yang terjalin ini terus mekar sehingga ke syurga. Aamiin..



Alhamdulillah. Benarlah kata mereka cinta itu lebih nikmat dalam perkahwinan. Kepada yang ada feeling2 nak kahwin tu, jangan di lambat2kan benda baik macam ni. Teruskan berusaha.

Sepanjang setahun ni, banyak perjuangan dan aktiviti pahit manis diharung bersama. Syukur Alhamdullilah..

Kerjaya bersama
Kami memilih untuk menjadi Usahawan Online sahaja. Kenapa? sebab, bisnes online ni unik, boleh dilakukan dimana-mana sahaja seperti so-ho (rumah), perpustakaan awam, Coffee House (Starbucks, Oldtown, Coffee Bean dan etc), malah kat tepi pantai pun boleh! Disebabkan ia boleh dilakukan di mana-mana (asalkan ada internet dan laptop/smartphone) maka, masa untuk kami bersama itu adalah 100%!



Aktiviti Outdoor
Disebabkan pilihan kerjaya usahawan online yang membawa kepada 'sentiasa bersama', kami boleh pergi kemana sahaja bersama untuk melakukan aktiviti outdoor kami. Macam-macam boleh kami buat tanpa halangan daripada pihak-pihak tertentu (majikan,cuti tanpa gaji atau seumpama dengannya) seperti piknik ditepi pantai, bersenam/jogging/skipping di taman, keluar dari Labuan, shopping dan sebagainya - terlalu banyak untuk dilistkan.

Next Altiviti Outdoor kami
In Shaa Allah, berbasikal round Labuan sambil bawa go pro atas helmet. Wahaha!

Aktiviti Indoor

Game
Kalau cuaca atau sesuatu yang tidak mengizinkan untuk melakukan aktiviti outdoor, kami meluangkan masa lapang bersama dengan layan game! haha! ini rare!! Pasti ada yang kenal saya zaman-zaman dulu sebagai "anti gamers". Itu biasa, dulu saya seorang pekerja biasa, makan gaji, hari-hari duduk ofis, simpan duit untuk makan dan belanja lain-lain perkara takkan tiba-tiba saya nak bazirkan dengan game?! itu satu isu, isu lainnya, masa sangat berharga untuk diluangkan dengan game. Saya juga benci pasangan yang gila game.Setiap kali jumpa dating, cerita game..dah la jumpa pun jarang, weyh! banyak lagi benda nak bincang yang lebih penting dari game kan? Tapi itu dulu, hahaha! Sekarang dah lain, kerjaya sebagai usahawan online ibarat kita menunggu duit selepas buat marketing. Sambil tunggu, main game tak ada hal. Paling tak ada hal bila main game sama-sama dan masa yang kami gunakan tidak melampaui batas untuk perkara yang lebih penting dari game.




Fitness
Fitness kat rumah (Bukan cardio exercise) seperti layan dumbbell, twist board, squard, crunch dan sebagainya yang berkaitan dengan senaman otot.

Melukis
Kalau tak keluar rumah, tak larat depan PC dah, malas main game, tak ada rancangan TV seronok, tak ada mood layan movie, kami akan spend time melukis. Lukis la apa sahaja. Bebas. haha!

Latest Indoor Activity
PHOTOSHOP, DRAWING and VIDEO MAKING software.




Video di bawah ni hasil menelaah video software percuma daripada internet. Zaman sekarang nak belajar apa pun - petik jari je kan - thru internet!

Video ni sempena ulang tahun pertama kami. video still basic-basic.. masih training.


Dear Mr.Husband,
Thanks sentiasa menyokong dan membantu dalam apa jua. Thanks sentiasa memahami dan bersabar dengan kerenah isteri yang terlebih 'cartoon' dan terover 'angan-angan' ni. hahaha! (pengaruh layan movie fantasi) wakaka! Thanks juga sudi menjadi teman - sahabat - suami - pemimpin - sifu - dan seumpamanya! Thanks untuk segalanya - you so sweet! I love you and will love you forever!

Happy 1st anniversary, sweetheart!
M.u.a.h.h..!!











Share:

Jumaat, 25 Disember 2015

#Sofinazz and #BFF at #FikAyuWedding

Assalammualaikum Bloggers and Readers,

5 days ago, saya dan suami ke Majlis wedding Rohayu Osman. Dia teman sebaya saya, ex classmate or ex schoolmate. Saya dan Ayu satu kelas semasa tingkatan 4 dan 5 di SMK Mutiara. Tak sangka pula, Tingkatan 6 di SMK Lajau, berjodoh lagi dengan dia.

19 Disember 2015, sah lah sudah Ayu sebagai isteri. Bidadari milik Syafik di dunia.
20 Disember 2015 adalah Majlis bersanding dua mempelai, Ayu dan Fik di WP.Labuan.

Tidak disangka-sangka, majlis Ayu ni ada rezeki bertemu dengan sahabat-sahabat yang lain. Kawan-kawan 6 tahun yang lalu di SMK Lajau. Meriah sekali!

Alhamdulillah, masing-masing ada 'pattern' masing-masing.Setiap dari mereka ada life yang unik dan tersendiri.

Untuk Ayu dan suami, semoga bahagia selalu. Semoga hubungan hingga ke syurga. Dah official kita satu CLUB. hahaha!

Member-member yang lain pula, semoga impian menjadi kenyataan, semoga perjuangan dan cita-cita diraih dengan cemerlang seperti yang diinginkan.

Semalam, akhirnya siap video yang bertajuk "Wonderfull Memories". Inilah saya dari dulu hingga sekarang, gambar bukan sekadar gambar, disimpan bukan sekadar sebagai koleksi. Memory itu adalah harta. Best moment hanya boleh dilihat semula dengan merekodnya.

Jemput lihat video kami di bawah. Video masih tak mantap..nak pakai software gempak mahal plak. kikikiki :p

Enjoy!



Terima kasih sudi baca.
Jumpa lagi next entry.











Share:

Sabtu, 12 Disember 2015

Clash Of Clans | Minions Attacking for Dummies

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hari ni saya nak share satu tips untuk niubis Clash Of Clans supaya senang nak menang. haha!
Perkara pertama yang niubis kena buat ialah, baiki casle dulu kepada yang belum baiki castle. Lepas tu masuk ke mana-mana group clan yang korang suka atau korang juga boleh join Clan kami iaitu INFINITY696. Saya dan Encik suami memang suka donate troops kepada niubis supaya diorang excited dan enjoy pakai troops yang diorang belum ada. Salah satunya adalah MINION!


Apabila korang dah ada clan atau group, korang request MINION daripada ahli-ahli group tersebut. Untuk permulaan, housing space atau ruang castle korang hanya boleh muat 5 ekor minions sahaja. Tapi, 5 minions pun boleh mengalahkan pihak lawan selain daripada korang boleh rampas semua harta-harta pihak lawan. hahaha! Elixir dan gold korang akan semakin banyak, so boleh upgrade pertahanan village.

Cara ni, korang BOLEH JIMAT ELIXIR juga sebab korang akan hantar minion menyerang pihak lawan bukan troops korang sendiri. Korang tak perlu nak habiskan semua troops yang korang train tu semasa attacking. Bazir!

Selepas dah terima minions 5 ekor, korang dah boleh pergi attack orang dah. Tapi jangan attack membuta tuli pula.. kena ada strategi juga. Kalau tak ada strategi, habis minions korang tu mati katak macam tu je!

Semasa korang nak attack orang lain guna Minions, korang kena ikut step kat bawah ni.

  1. Tengok kalau-kalau ada Air Defense (Roket) - kalau ada, kena hancurkan dulu benda ni.
  2. Pastikan Acher Tower pun dimusnahkan terlebih dahulu.
  3. Apabila dah clear, tak ada Air defense, keluarkan MINIONS dari castle.
Korang boleh tengok video saya kat bawah ni untuk lebih jelas lagi. Happy COC!!


Thanks sebab sudi baca.
Jumpa lagi next entry.












Share:

Jumaat, 11 Disember 2015

Left 4 Dead 2 | Zombie bertukar menjadi Skeleton | Modded

Assalammualaikum bloggers dan readers,

Semangat betul saya tukarkan zombie-zombie tu jadi skeleton. Dalam fikiran saya, lagi nampak menyeramkan kalau skeleton yang menyerang waktu main Left 4 Dead 2 tu.

Kami pun test la main. Pergghh! semua zombie dah tukar jadi skeleton!! Malangnya, sekali main je kami putuskan untuk tukar skeleton tu kembali kepada zombie asal. Hahaha! Sebab warna skeleton tu nampak tak menarik langsung. Semua nampak sama dan tak jelas keberadaannya di depan. Tak logik pula tembak skeleton tapi darah tepercik-percik. Tak feel langsungg! haha!

Lain-lain komen, bila ada tank datang, akan muncul lagu semacam dalam concert. Lupa pula lagu apa tapi, nanti saya fikirkan semula nak tukar kepada asal atau pun tidak. hahaha!

Jom tengok kitorang main tembak-tembak skeleton kat video di bawah ni.. hehe..

Selamat menonton!!



Terima kasih sudi baca.
Jumpa lagi next entry.











Share:

Rabu, 9 Disember 2015

Left 4 Dead 2 | Semua watak "Special Infected" memakai pakaian dan tatu di badan | Modded

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Hari ni, Encik suami ajar saya "tukar pakaian" special infected kat game Left 4 dead. Hahaha! Saya baru tahu PC game boleh buat macam tu. Ingatkan setakat main macam tu je.

Antara watak-watak Special Infected, saya paling suka watak WITCH yang sudah pun menjadi seorang Gothic. hahaha!

Macam mana dengan fesyen dia sekarang? haha! cantik kan.
Ni pakaian asal Witch dalam Left 4 Dead 2.

Saya try main kali ni sorang-sorang, nak tengok semua watak-watak Special Infected dah jadi macam mana. Boomer nampak cute juga berbaju. hahaha!

Jom tengok video saya kat bawah.



Terima kasih sudi baca.
Jumpa next entry.











Share:

Main Left 4 Dead 2 bersama suami di masa lapang

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Selain dari Clash Of Clans, saya dan suami dah boleh main PC games sama-sama sejak saya tukar PC yang ada kad grafik. Game favourite kami ialah Left 4 Dead 2. Actually, L4D2 ni game mencabar yang pertama saya pernah main. Masa saya solo dulu-dulu, just main game biasa-biasa sahaja seperti game PS2, game Android dan game Angry Bird untuk kat PC.

Pernah juga try main Counter Strike tapi saya macam lagi suka L4D2. hahaha! Jadi kami kerap main L4D2.

Waktu main L4D2 ni, saya paling tak suka kalau pakai Shortgun. Menyusahkan betul. wakaka! Lambat plak tu. Saya paling suka pakai Machinegun. Kalau Encik suami pula, kuali pun dia boleh guna untuk belasah zombie tu semua. Kadang-kadang dia pancung je kepala Witch tu pakai samurai. Tak payah pakai pistol ke senapang ke.huhu... Tapi paling lawak kalau pakai kuali masak telur goreng tu la. Bunyi pun "Toeng" "toeng"...

Beberapa hari lepas, saya belajar me-rekod desktop ketika bermain game L4D2 menggunakan Smartpixel. Saya nak rekod. Video simpan buat kenangan...haha! Kadang-kadang kami akan tengok balik untuk bincang-bincang game tu. Kadang saja nak tengok nak "mengumpat" game tu je. ahahaha!

Jemput tengok video L4D2 kami di bawah. Map apa? ntah la. Lupa dah.


Thanks sudi baca.
Jumpa lagi.











Share:

Selasa, 8 Disember 2015

Clash of Clans | Cara buli budak baru

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Korang minta troops yang power-power kat leader atau co-leader korang yang level tinggi dalam clans korang tu. Lepas tu korang attack clans budak baru. Hantar satu atau dua troops pun dah boleh hancurkan clans tu. hahaha!



p.s : Kalau korang rasa kesian, tak payah buat :p











Share:

Main Clash Of Clans di PC menggunakan Bluestack versi kedua

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Pada january tahun ni, saya ada buat entry tutorial bagaimana bermain Clash Of Clans menggunakan Bluestacks. Boleh -klik sini- untuk baca entry tersebut. Hari ni, saya uninstall bluestack tu dari PC saya untuk tukar kepada bluestack versi kedua. (oh..ya.. saya dah beli PC baru ada kad grafik. So far ringan je guna Bluestack kat PC berbanding kat laptop).

Kenapa kita mesti upgrade bluestacks kita kepada versi kedua? Sebab, bluestack kedua lebih advance dan senang digunakan.


Kepada yang suka layan banyak game tu, boleh buka game lebih dari satu sebab Bluestacks versi kedua mempunyai fungsi multitasking. So, kalau saya...saya boleh la buka game favourite saya serentak. wahaha!

Cara nak dapatkan Bluestacks versi kedua ni, anda hanya perlu uninstall bluestack pertama yang ada kat PC korang tu. Sekiranya korang belum pernah ada Bluestacks sebelum ni, korang boleh direct ke laman web bluestacks versi kedua -klik sini-

Selepas website bluestacks versi kedua sudah terbuka, sila klik "Download".

kemudian, page seperti di bawah akan terbuka. File bluestack akan di download.




Setelah selesai download, anda klik "Show in folder" .



Setelah folder terbuka, anda double klik pada installer bluestacks.


File akan di-extract.


Kemudian, akan muncul window seperti di bawah.. Klik "next" , "install" dan "finish".





Dan, bluestacks anda akan kelihatan sperti di bawah ini. Klik "Discover".


Siap..! :)
Dah boleh main game Clash of Clans...
dan boleh buka banyak games..


Selamat ber-bluestacks!










Share:

Khamis, 3 Disember 2015

Header Baru Blog sofinahlamudin.com

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Selepas selesai created logo, saya mula berfikir untuk menukar header blog ni. Alhamdulillah selesai juga selepas adjust tema warna,background dan kedudukan object sehingga sepuluh kali.

Pada mulanya, saya nak warna hitam putih je tapi husband mencadangkan colourful. Maka, inilah hasilnya.


  1. Dalam bulatan pertama, adalah lukisan oleh seorang kartunis tempatan (Sabah) bernama....err, maaf, saya terlupa pula nama dia. Biasanya, dia akan muncul kat WP.Labuan semasa karnival art (Borneo Art/Labuan Art). Lukisan tu dilukis pada tahun 2013. Waktu tu kitorang still tunang lagi. hehe!
  2. Dalam bulatan kedua, dilukis oleh kartunis yang sama juga. Bezanya, lukisan tersebut dilukis pada pertengahan tahun 2014.Lukisan ni adalah salah satu preparation wedding card. hikhik!!
  3. Dalam bulatan ketiga tu latest (Oktober 2015) dilukis oleh bekas kartunis majalah ujang bernama "BIJAN".. kenal? Kitorang jumpa beliau di Balai Seni Kota Kinabalu.

Actually, pada tahun ni ada beberapa lukisan yang dilukis oleh kartunis yang berbeza but saya pilih lukisan BIJAN kat header terbaru saya..


Di bawah ni adalah hasil-hasil header yang 'rejected'. haha! di-reject lantaran komen Encik Suami agak tidak memuaskan.

Reject sebab perkataan "www.sofinahlamudin.com" tu agak annoying. Kecik dan tidak sesuai.

Reject sebab background tak ceria.

reject sebab terlalu simple.

reject sebab background serabut.

reject sebab colour dalam bulatan tak sesuai.

errr..ni pun reject...tak minat.

Reject sebab kosong sangat pulaa.

Reject sebab splash hitam tu menyemakk.

Reject sebab splach hitam putih tak lawa.

Thanks sebab baca.
Jumpa lagi di lain entry.
Wassalam.











Share:

Logo baru Blog sofinahlamudin.com

Assalammualaikum Bloggers dan readers,

Minggu lepas, saya meluangkan masa sedikit untuk create logo baru untuk blog ni. Anggaplah sempena tahun 2016 yang akan tiba. Selain tu, saya nak tukar logo blog ni sebab saya rasa logo lama agak old school, maksud disebalik logo tu juga agak ketinggalan zaman (Dah tak ada kaitan dalam hidup saya), dan logo lama tersebut agak komplicated untuk dilukis semula.

Logo yang baru ni, mungkin masih kelihatan klasik sikit tapi simple dan senang nak lukis semula. Malah, mempunyai maksud yang lebih sesuai dengan diri saya sekarang.

Inilah logo saya yang latest! :)

Simple, right? :)

Setiap logo tu mempunyai maksud yang tersendiri - of course!.. Jadi apa maksud disebalik logo baru saya ni?

  • WARNA KUNING DAN HITAM adalah bermaksud lebah. Di mana lebah ini saya gambarkan dan kaitkan sebagai suami saya - Encik Mohd Nasyit.
  • WARNA MERAH adalah bermaksud bunga ros. Melambangkan saya.
  • Huruf 'S' adalah bermaksud nama saya - 'Sofinah' menandakan blog ini kepunyaan saya.
  • SAYAP adalah bermaksud impian saya sejak dulu - "ingin terbang" yang membawa maksud "Kebebasan".
  • HURUF 'S' BERBENTUK BURUNG adalah melambangkan " sedang terbang seperti burung".
  • BENTUK BULAT YANG DIBELAH (Sebalik huruf 's') adalah membawa maksud "Yin Yang" atau kehidupan yang seimbang.
Itulah maksud-maksud disebalik logo baru saya. Tapi...for sure maksudnya lebih DEEP bagi saya.

Thanks sudi baca.
See u next entry.
Have a nice day.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share: