SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 16 Ogos 2016

Pokemon Go Tips : Evolve Eevee anda seperti yang dikehendaki di Pokemon Go!

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Pemain Pokemon Go mesti tahu Eevee ni macam mana rupanya. Comel minatang ni tau!


Comel kan kann...?? Walaupun Eevee ni comel..nampak soft je, tapi Eevee ni unik! Dia boleh Evolve menjadi pelbagai jenis Pokemon seperti dalam gambar di bawah.


Walau bagaimanapun, dalam game Pokemon Go, Eevee HANYA BOLEH bertukar menjadi 3 jenis, iaitu Jolteon, Vaporeon dan Flareon.


Jolteon yang warna kuning tu. Dia adalah jenis elektrik dan keupayaan Jolteon adalah menyerap volt dan mempunyai kaki yang pantas. Vaporeon pula berwarna biru kat dalam gambar di atas. Vaporeon adalah Pokemon jenis air yang mampu menyerap air dan penghidratan. Flareon pula adalah Pokemon api. Keupayaannya adalah membuat kilat api dan mempunyai keberanian yang tinggi.

So, dalam game Pokemon Go, bila kita Evolve Eevee, dia akan bertukar secara random sama ada akan bertukar menjadi Vaporeon atau Jolteon atau Flareon. Bagaimana kita nak pilih mana yang kita nak? Macam mana nak buat supaya Eevee kita tu MESTI bertukar menjadi apa yang kita nak?

OK! Caranya adalah dengan menukarkan nama Eevee kepada Sparky atau Pyro atau Rainer. Contohnya, kalau nak Eevee bertukar kepada Jolteon, sebelum tekan Evolve, tukarkan namanya terlebih dahulu kepada Sparky. Kalau nak Eevee bertukar kepada Flareon, tukarkan namanya kepada Pyro dan Rainer untuk Vaporeon.



hmmm...kesian Eevee..dah la comel. kann.. 

P.S : but guys! dengar-dengar Niantic dah solved this trick untuk changing Eevee mengikut nickname Pyro,Rainer dan Spark. Setakat ni, trick tukar nama Eevee ni berfungsi hanya sekali sahaja. Selepas tu, ia akan random change semula walaupun dah tukar nickname. Hmm...tapi masih boleh cuba. Ada claim memang menjadi selepas dia tukar nama Pyro,Rainer dan Spark...dan kesemuanya menjadi seperti yang dimahukan - Flareon, Jolteon dan Vaporeon.

Okeyh la! Happy Eevee changing!
Jumpa lagi di lain posting.










Share:

Demam Pokemon Go?

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Nampak gayanya bertambah satu lagi aktiviti outdoor saya suami isteri sejak game Pokemon Go release di Malaysia. Haha!

Terus terang, saya memang 'demam' Pokemon Go. Setakat ni Pokemon Go saya sudah Level 19.



Susah gak nak naikkan level Pokemon Go ni. haha! My husband now level 13. Dia lambat sikit sebab saya yang start main dulu. Start main Pokemon Go kat Kota Kinabalu,Sabah. Sekarang kat Wilayah Persekutuan Labuan. So, main kat Labuan la.

Team pula, kami berdua pilih Team Valor. Memula, saya nak pilih Team Mystic sebab nama lawa kononnya. Tapi, bile tengok logo Team Valor semart gila, terus masuk Team Valor. Wakaka! Merah menyala gitu!


Kat Labuan, siap ada yang buat group whatsapp khas untuk Team Valor. Untuk buat gathering hujung minggu dan kumpul ramai-ramai kat kawasan tertentu untuk gym dan lure modules. Fuhh!



Semua Pokemon yang kita tangkap, kita boleh tukar nama dia. Hahaha! Nak tengok tak apa husband saya buat dengan Pokemon dia? Nama dah bukan-bukan. Hahaha!


Boleh KLIK SINI kalau nak tengok semua :p

Hahaha! Magikarp tu. Dah jadi Bedukang :p

Oklah.. Jumpa lagi nest entry mengenai Tips dan Info Pokemon! Daa...











Share: