Sunday, April 2, 2017

Disangkakan begitu,Rupanya begini

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hi,

Gambar hiasan semata-mata.
Sebagai mercu tanda blog ini.
Hahaha!
Best jugakla menulis pendek-pendek dalam blog. Tak payah fikir banyak macam nak tulis karangan 300 patah perkataan atau lebih. Ngiahaha. Kebiasaan, memang peragai tulis panjang lebar. Kadang-kadang huraian keterlaluan. I feel like that la. Tak sure jugak. So, rasanya mulai saat ni, saya nak tulis entry pendek,simple dan senang sahaja untuk blog ni.

Ntahla.

Since dah mood blogging tak berapa nak ghairah sangat ni. Setiap kali nak tulis, simpan draft. Lepas tu, lupa. Lepas tu buruk sampai tahun depan. Pasal? tak tahu nak sambung apa dah. Ngihngih.. Blogging pun kena ada maintanance. Kalau tak, jadila macam saya ni. ON/OFF blogging. Satu tahun tak sampai 10% pun entry.

..tapi tengokla.

Mana tahu ada mood nak tulis panjang lebar next time.huahua.

Well,
Nak cerita apa?

Hmm...SALAH SANGKA.
ya. tula tajuknya.

Manusia ni mempunyai akal dan fikiran serta otak. EQ,IQ dan seumpamanyalah.
MEMANG! penuh dalam kepala, dengan pelbagai teka-teki. Sangkaan dan andaian.

Masa sekolah menengah dulu, pernah cikgu kata - Jangan pernah buat andaian.

Kenapa? Sebab..setiap teka-teki akan dihuraikan menggunakan andaian. Setiap andaian yang dipercayai BENAR, maka itulah sangkaan.

SANGKAAN ini adalah RACUN.
Buruk padahnya bila berlakunya SALAH SANGKA antara manusia.

Pelbagai cara salah sangka akan berlaku.
Pemerhatian kita terhadap orang lain.
Tindak-tanduk orang lain.
Bahasa pertuturan orang lain.
Air muka orang lain.
...and so on la... 😀

Setiap salah sangka itu akan berlaku dengan pantas dan mudah.
Jika kita tidak faham orang tersebut. MUNGKIN, bukan tidak faham..
TETAPI TIDAK MAHU FAHAM.
..ertikata lain? PENTING DIRI all the time, all the thing..and bla bla.

Setiap teka-teki,andaian dan sangkaan jangan pernah untuk dipercayai.
Meskipun ia datang dari diri sendiri.

Bersangka baik tidak pernah merugikan kita kecuali kita pentingkan diri.
Ibarat HANYA KITA sahaja yang wujud dalam dunia.
Seolah-olah HANYA KITA yang terbaik.

Biarlah.

Biarlah mereka.

Biar kita sentiasa peka untuk berbaik-baik dan berbuat baik.
Dermalah. Sedekahlah. Jangan peduli mereka menipu miskin.
Jangan peduli mereka scam anak yatim.

Lupakan dan redhalah jika tertipu.
DOSA bukan kita punya.
DUNIA bukan milik kita.
Segalanya 100% HANYA sementara belaka.
PAHALA tetap ada atas kebaikan yang berlaku.
Kita bersangka baik dan percaya mereka, itulah kebaikan.
Mungkin nampak bodoh. Tetapi tidak bagi Tuhan.

Bantulah, tolonglah jika perlu..
Jangan dipeduli jika tidak dibalas.
Jangan dipeduli mereka tidak menghargai kita yang sudah membantu.
Bukan itu tujuan kita membantu.
Tapi fikirlah..
Kelak kita juga perlukan bantuan.
Tidak semestinya bantuan dari manusia yang pernah kita bantu.
Mungkin rezeki pahala bakal dimiliki oleh orang yang lain pula kerana membantu kita.


..dan PERCAYAlah..setiap bantuan kita ada NILAInya.
YAKINlah..ALLAH pasti membalasnya.
Jika tiada balasannya dalam dunia tidak mengapa.
MUNGKIN sebagai bekalan kita di akhirat.
Siapa tahu, itulah yang menyelamatkan kita dari azab?
Manusia dan dosa? tidak boleh dipisahkan.
Namun bukan bermaksud tidak perlu ada kebaikan untuk dilakukan.
Kita bukan IBLIS yang tiada baiknya.
Kita bukan malaikat mahupun Rasulullah yang tiada buruknya.

Salah sangka itu tidak diperlukan sama sekali untuk jadi bijak.
Salah sangka itu bukan sejenis berjaga-jaga.
Banyak bezanya dan ada caranya untuk berhati-hati.
Bukan dengan sengaja bersalah sangka tanpa mahu tahu sebab sesuatu itu berlaku.

Manusia pendiam,muram dan murung tidak semestinya sombong.
Manusia muram tidak semestinya marah.
Manusia banyak soalan tidak semestinya penyibuk.
Manusia sentiasa senyum tidak semestinya tiada masalah.
Manusia balik lewat tidak semestinya pergi kelab malam.
Manusia tidak bekerja tidak semestinya malas.
Manusia berpakaian lusuh tidak semestinya miskin.
Manusia yang ditinggalkan tidak semestinya penjahat.
Manusia yang curang tidak semestinya gatal.
Manusia suka berlawak bodoh tidak semestinya gila.

Semua yang berlaku sentiasa bersebab.
Pastikan tahu sebabnya sebelum berprasangka.

IKHLASlah.
IKHLASlah...pasti hati akan tenang meskipun hidup tidak dihargai manusia lain.
Kerana...manusia adalah manusia. Kita semua manusia. Semuanya sama.
Susah senang semua merasa. Tertekan masalah dan ekonomi adalah sama.
PERCAYA atau tidak orang kaya pun ada susahnya yang kita tidak sedarpun, miskinnya kita, kita tidak pernah ada masalah yang mereka ada.

Bersangka baiklah.
Tiada ruginya.
Malah, berpahala.
Itulah ganjarannya.

Takut dan berhati-hati itu perlu dibezakan dengan bersangka buruk.

Inilah syarat kalau nak bahagia.
Bukan bila jadi kaya semata.

Sebab, biasanya bersangka buruklah punca mood baik jadi buruk.
Bila mood buruk - baik,lawa,molek,bersih,cantik,positif, malah indah macam mana sekalipun depan mata kita tak akan pernah nak sedar. ITU LAH KERUGIANNYA YANG SEBENAR-BENARNYA.

elok bila sedar sebelum hilang indahnya.
menyesal kemudian tiada kemana.
peritnya hati tiada tanggungnya.

OK.
See u next entry.










1 comment:

Nurfaezah Abdullah said...

Patutler fae tgk sis jrg timbul hehe

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (14) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (16) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)