Follow Instagram @sofinahlamudin

Wednesday, August 30, 2017

Barangan Terakhir dari CHILINDO

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hai guys!

Ingat lagi tak cerita saya mengenai parcel dari CHILINDO yang tak sampai-sampai tu? Alaa... kat artikel klik>>"Apa nak buat jika barang CHILINDO tak sampai-sampai?"<<klik tu.

Alhamdulillah! Parcel Pembidaan Pertama saya akhirnya sudah berjaya sampai ke tangan saya!

28 Ogos 2017, saya dan MR.BEE pick up barang tu di POS LAJU selepas mendapat pesanan ringkas dari pihak diorang. Saya ada senaraikan barang yang saya bida untuk pembidaan pertama di entri bertajuk klik>>"Tips Membida dan Membeli Barangan di CHILINDO dengan harga yang murah dan berbaloi"<<klik . So, gambar di bawah ni adalah barang secara live (depan mata) dah sampai.

TRIPOP! My favourite.. Lepas unboxing, nampak tripop ni je terus pergi Pantai Damai shot time lapse matahari terbenam.

Lazy hanphone stand. Harga murah, kaler cute jugak! Cuma tiang tak berapa keras. Bila letak Handphone, tiang jadi kendur sikit. 

Yang ni, Lazy stand dari tempat lain. Bukan CHILINDO, yang ni tiang dia keras sekeras-kerasnya. Jauh beza la. Tapi, CHILINDO punya tu stil boleh guna. Tak ada masalah sangat. 

So far so good!

Untuk letak TV kat dinding. Sesuai untuk saiz TV 14 inci hingga 42 inci!

Pop Socket untuk dipasang kat belakang handphone. Meterial plastic. Bukan metal. Sesiapa yang suka layan Musical.ly tu, sesuai la pakai ni.

Klip ni paling memuaskan hati saya! Jimat dan MURAH! Kat CHILINDO, saya dapat just RM6.70!

Ni tali cawak untuk pet. Hahaha! Saja beli ni. Try untuk Si Chokey. Tup tup dia pandai buka sendiri. Meh~ Tali cawak ni bagus, kalau terkena sinaran lampu, tali ni akan ada pantulan cahaya. So, pet kita selamat kalau bawa jalan-jalan kat luar rumah. Gambar kat atas ni, selepas saya letak flash kamera.

Gambar ni tanpa flash kamera.

So far, itu lah barang-barang yang saya bida dari CHILINDO (Seperti dalam gambar di atas dan di dalam entri klik>>Tips membida dan membeli barang CHILINDO dengan harga yang murah dan berbaloi!<<klik).

Apabila dah pick up barang ni dari POS LAJU, maka status tracking number saya adalah success dan tertera nama saya kat atas sekali. Seperti contoh di bawah:

Tertera nama saya.
Jadi, kepada yang masih tak tahu macam mana nak jejak barang CHILINDO korang, boleh rujuk kat entri saya bertajuk :

💟klik>>Penghantaran Barang dari CHILINDO hingga ke depan rumah (Part 1)<<klik
💟klik>>Penghantaran Barang dari CHILINDO hingga ke depan rumah (Part 2)<<klik


Jika korang mengalami masalah barang tak sampai-sampai, boleh baca entri berikut :

💟klik>>Apa nak buat jika barang dari CHILINDO tak sampai-sampai?<<klik

OK! Terima kasih singgah ke blog ini.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

8 comments:

  1. KG komen...hahaha..semuanya comel2 yg sofi bida ni. akak bida punya bida..dapat yg ntah apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok kat descriptionnya kak gojes.. hehehe.

      Delete
  2. Hai sofinah, sy nak tny mcm mn awak dptkan tracking number untuk pesanan awak tu? Sy prnh mmbeli dr chilindo, dan sy ada dpt no pengesanan yg bermula dgn CH tu.. tp bila nak track kat ninjavan not valid pula.. dekat email pn xda diberi nombor penjejak, lagi satu masalah bila sy nak pegi tuntut pesanan sy dekat poslaju, mereka nakkan track number tu, tp sy hny beri yg diberi dalam web.. habis disoal siasat ��, pdahal barang tu ats nama sy jg.. bantu sy yg newbie ni hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Joe Ody.. semua tracking number akan diberikan melalui emel. Jika tracking number dari Ninjavan, yang bermula dari CH sudah not valid, itu bermaksud memang sudah ada masalah. Sila emel ke pihak CHILINDO dan NINJA VAN untuk bertanya berkenaan pembelian Joe Ody. Sertakan invois dan bukti pembayaran kepada mereka di emel tersebut. Atau boleh baca di sini - http://www.sofinahlamudin.com/2017/08/apa-nak-buat-jika-barang-dari-chilindo.html

      Delete
  3. Thank you for your explanation...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.