SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 31 Ogos 2017

Tips Memahami Lelaki Agar Terus Menjadi Lelaki Idaman Kita



Wanita adalah kaum yang lemah lembut, berimpian dan kadang-kadang sangat teliti keinginannya mengenai lelaki idaman. Hampir tidak logik bagi seorang wanita itu untuk tidak memiliki langsung ciri-ciri spesifik mengenai seorang lelaki yang mereka idamkan.

Sebagai contoh, jika ditanya apakah ciri-ciri lelaki yang kita inginkan untuk menjadi seorang suami. Pasti kebanyakkan wanita akan menjawab, lelaki yang memberi perhatian penuh kepada keluarga iaitu isteri dan anak-anak. Selain itu, mempunyai sifat penyayang kepada kanak-kanak dan haiwan. Malah, wanita mahukan lelaki yang romatik dan memahami serta bertanggungjawab.

Tahukah anda, lelaki idaman seperti dinyatakan di atas tidak akan wujud jika tidak mempunyai 3 ASAS PENTING KELELAKIAN? Tanpa 3 ASAS ini, lelaki akan merasa gagal dalam hidupnya. Jadi, adalah mustahil seseorang wanita itu akan menjadi tujuan utama dalam hidupnya jika 3 ASAS ini tidak dimilikinya terlebih dahulu. 

3 ASAS KELELAKIAN

💘Siapakah dia
💘Apakah kerjayanya
💘Ganjaran atau pendapatan atau wang
3 ASAS KELELAKIAN adalah bermaksud seseorang lelaki mempunyai gelaran melalui pekerjaannya dimana, pekerjaannya itu akan mendatangkan ganjaran atau wang. Wang ini pula akan disalukan oleh lelaki untuknya, isterinya, anaknya dan perkara penting yang berkaitan dengan wang.Sebagai contoh, gelarannya mungkin adalah USAHAWAN melalui kerjayanya di sebuah syarikat penjualan produk kesihatan. Melalui kerjaya tersebut, mereka mendapat hasil dan ganjaran berupa wang ringgit. Tidak kira apapun gelarannya, seperti doktor, pelawak, makenik dan sebagainya, ia adalah perkara sangat penting bagi seorang lelaki.




Hal ini berlaku kerana, cara seseorang lelaki dididik sejak kecil adalah berbeza dengan cara wanita dididik semasa kecil. Kaum adam dididik untuk menjadi kuat, tidak menangis, mesti tahu memanjat, bergusti dan bekerja keras. Lelaki juga diajar untuk melindungi keluarga dan adik-adik serta menjaga harta dan rumah. Malah mesti menjaga maruah keluarga. Itulah lelaki.

Oleh hal yang demikian, tanpa 3 ASAS KELELAKIAN ini, seorang lelaki akan merasa gagal. Mereka merasa sangat tidak berguna dan merasa sangat rendah diri terutamanya dengan lelaki lain.

KELEBIHAN MEMILIKI 3 ASAS KELELAKIAN TERHADAP SEORANG LELAKI

💟Merasa hidup dan mempunyai nafas baru




Seorang lelaki akan mudah mempunyai mood yang baik, gembira, bersemangat melakukan apa sahaja dengan keluarga. Seorang lelaki akan membawa teman wanita atau isteri bersiar-siar serta bergurau senda dengan bahagia.

💟Bersemangat dalam menjalankan tanggungjawab






Lelaki akan bersemangat dalam menunaikan tanggunjawab atau komitmen terhadap teman wanita atau isteri dan anak-anak.Mereka tidak akan merungut mahupun berpaling. Lelaki akan senang hati menghantar anak-anak ke sekolah, mengeluarkan belanja untuk hal-hal pendidikan anak-anak.Memberikan masa yang berkualiti buat keluarga seperti pergi berkelah, melancong, bermain dengan anak-anak dan seumpama dengannya.

💟Berfikiran lapang





Tidak dalam keadaan tertekan akan membuatkan seorang lelaki berfikiran lapang. Dalam keadaan ini, mereka mampu untuk berborak dan bersembang lama bersama isteri. Malah mereka akan menemankan wanita mereka membeli belah, makan dan sebagainya.
Keluar dengan isteri atau teman wanita untuk menonton wayang dan makan malam dengan hati yang gembira tanpa merasa terkongkong.

💟Tidur nyenyak setiap malam





Tidak mengalami gangguan tidur lantaran tiada apa yang mereka perlu untuk merasa tertekan.
Hal ini akan meningkatkan kesihatan seorang lelaki. Perkara ini sangat penting kerana, seorang lelaki adalah pemimpin dan ketua keluarga. Mereka juga adalah kaum yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarga. Oleh hal yang demikian, kesihatan yang baik akan memberi impak yang baik bagi sesebuah keluarga.

    💟Mampu menyara keluarga



    Mampu menunaikan tanggungjawab dengan baik. Membeli barangan dapur, perabot, hiasan rumah, permainan anak-anak dan sebagainya.

    💟Dapat menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak





    Perhatian kepada anak-anak akan sentiasa positif. Lelaki akan bermain dengan anak-anak dengan kasih sayang.
    Sebagai seorang wanita, kita tidak boleh terlalu mengharap lelaki idalam itu datang bergolek. Wanita juga mempunyai peranan penting dalam mencapai hal ini. Berikut adalah 6 tips untuk wanita memahami lelaki :

    TIPS MEMAHAMI LELAKI AGAR TERUS MENJADI LELAKI IDAMAN KITA

    💟Membantu dengan menyokong perjalanannya menuju cita-citanya




    Tidak semestinya seorang lelaki itu tidak akan mencari teman hidup apabila dirinya tidak mempunyai gelaran atau pekerjaan. Akan wujud segelintir lelaki ditakdirkan berkahwin sebelum mempunyai pendapatan tetap dan hidup tidak terlalu stabil. Sebagai wanita yang menyayangi lelaki ini, WAJIB untuk membantu dengan memberi sokongan moral kepada mereka. Mereka sangat perlukan sokongan agar terus bersemangat untuk mencapai cita-citanya. Jangan memerli mereka jika belum berjaya. Jangan pernah membuat mereka merasa putus asa disebabkan kita.
    Dalam perjalanan menuju ke destinasi impiannya, pasti akan berlaku ujian. Bersabarlah bersama mereka agar terus bangun jika terjatuh. In Shaa Allah dengan kesabaran dan sokongan kita sebagai wanita kesayangan mereka akan membuatkan mereka bangun dan terus melangkah mencapai cita-cita.
    Cita-cita seorang lelaki yang mencintai teman wanita atau isterinya adalah sebuah simbol betapa mereka mencintai wanitanya. Hal ini kerana dalam cita-citanya terdapat perancangan untuk kebahagiaan wanita dan bakal anak-anaknya. Contohnya, setelah tercapai cita-citanya, lelaki ini akan membeli rumah atau kereta atau akan memberi kesenangan hidup berkeluarga.
    💟Memahami situasinya




    Semasa seorang lelaki itu sedang berusaha mencapai cita-citanya yang bermula dari bawah seperti membuka sebuah perniagaan kecil-kecilan pasti memerlukan kerja keras. Pasti lelaki ini akan kurang mempunyai masa untuk sentiasa di rumah atau keluar bersiar-siar bagi memenuhi keinginan seorang wanita yang suka untuk keluar berpacaran. Malah, dalam peringkat ini, sukar juga untuk seorang lelaki memberi hadiah yang mewah-mewah untuk wanitanya. Wanita harus mengerti hal ini. Perniagaan yang besar dan mewah ganjarannya menuntut kita untuk bekerja siang dan malam. Bekerja keras dan bersusah payah.
    Dalam keadaan begini, lelaki memerlukan seorang wanita atau isteri yang sangat faham keperluannya apatah lagi ketika sedang penat. Benarkan mereka untuk berehat dan bertenang ketika menghadapi pelbagai masalah dan tekanan dalam membina sebuah empayar untuk kebaikan keluarga.
    💟Tidak terlalu banyak syarat atau permintaan




    Seorang wanita perlu bersabar. Jangan terlalu memberi syarat dan permintaan yang banyak ketika mereka sedang membina sesuatu yang akhirnya adalah milik bersama. Contohnya, mahu lelaki membelikan kita barang kemas yang mahal-mahal untuk di hari lahir. Mahu melancong ke Paris dan Eropah sempena ulang tahun perkahwinan. Apabila lelaki atau suami tidak mampu untuk merealisasikan permintaan tersebut, maka kita memarahinya. Malah menyatakan bahawa mereka langsung tidak memberi perhatian dan tidak romantik. Hal ini WAJIB dielakkan oleh setiap wanita.
    Dalam keadaan mereka belum mempunyai 3 Asas Kelelakian ini, semua permintaan wanita seperti dinyatakan tadi adalah sejenis tekanan dan gangguan semata-mata. Jangan hairan jika seorang wanita itu ditinggalkan lantaran terlalu mendesak mereka.Meninggalkan bukan kerana tidak mencintai tetapi kerana diri tidak mampu untuk menjadi yang terbaik atau tidak mampu untuk memenuhi cinta bersyarat dalam keadaan yang belum berjaya. Sebenarnya,dalam hal seperti ini, seorang lelaki yang mencintai teman wanita atau isterinya sepenuh hati, mereka akan memberikan apa sahaja apabila sudah berjaya kelak. Malah mereka akan memberikan sesuatu yang wanita itu tidak jangkakan langsung ketika sebelum berjaya.
    Lelaki adalah sejenis kaum yang pantang mengalah dan benci dimalu-malukan maruahnya. Jangan menyesal jika pada suatu hari, setelah mereka berjaya ada wanita lain yang memiliki segala permintaan yang kita inginkan ketika pernah mencaci usahanya semasa bersamanya dulu.
     💟Membantunya untuk fokus




    Fokus adalah kunci untuk mencapat matlamat. Benarkan suami atau teman lelaki kita untuk fokus ketika mengerjakan apapun perkara yang mereka ingin capai terutamanya matlamat yang membawa kebaikan kita bersama keluarga dan anak-anak.
    Tanpa fokus yang baik, pekerjaan akan menjadi bertangguh-tangguh dan akan semakin banyak. Jika hal ini berlaku, seorang lelaki tidak akan dapat mencapai hasil yang produktif. Maka pencapaian matlamat dan cita-cita akan semakin lambat.

    💟Tidak mendesak untuk mendapat perhatian yang keterlaluan





    Ketika lelaki sedang bekerja, bantulah mereka dengan tidak menghantar atau menelefon terlalu kerap. Cukup sekali dua untuk mengambil berat keadaan mereka. Elakkan juga memarahi mereka jika terlambat atau terlupa membalas mesej atau tidak sempat mengangkat telefon. Telefonlah jika mengalami perkara penting dan kecemasan sahaja.
    💟Tidak meninggalkannya hanya kerana tidak mempunyai apa-apa




    Hal ini adalah perkara paling penting sekali. Jangan kerana mereka kelihatan tidak ada apa-apa sepanjang usaha mereka mencapai cita-cita, kita meninggalkan mereka.Jangan berputus asa dalam mencipta hubungan yang bahagia.Kebahagian tetap ada meskipun belum mencapai cita-cita sepenuhnya. Hal ini tidak akan membantu mereka langsung. Seorang lelaki akan merasa terjatuh, kecewa dan bakal putus asa di tengah jalan. Namun, jangan terkejut jika mereka sudah bangun semula dengan semangat yang jauh lebih tinggi. Wanita yang meninggalkan mereka kerana tidak bersabar akan menyesal dan tidak akan dapat kembali bersamanya.
    Memang mood seorang lelaki akan terganggu jika 3 ASAS KELELAKIAN ini sedang dalam keadaan tidak menentu. Tidak stabil dan tidak menjadi. Tetapi tidak semestinya sudah tercapai baru moodnya akan baik. Cukup sekadar dia tahu impiannya akan menjadi realiti, gambarannya jelas, kedudukannya menuju kepadanya dan wang akan datang. Maka, lelaki ini akan tenang dan lega.

    With Love,
    #Sofinah696 💕
    Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


    Share:

    1 Kata-kata Dari Teman:

    Farhana Jafri berkata...

    lelaki ni sensitif jugak sebenarnya, kadang tu lagi teruk dia punya sensitif dari perempuan cumanya tunjuk dengan tak je. Anyway, singgah sini jadi pembaca baru blog ni :D