SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 28 September 2017

Kesanggupan Bermain Permainan Beyond The Gates

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pada 23 September 2017 yang lalu, saya dan MR.BEE ke Cineplex Labuan untuk tengok movie genre Horor bertajuk 'Beyond The Gates'. Bagi saya, movie ni tidak menakutkan. Lebih kepada kelakar. Kenapa kelakar walaupun movie ni bukan jenis komedi dan pelakon tidak buat lawak? Hehe. Sebab lakonan agak kaku. Paling lucu, grafik agak lemah. Movie ni melibatkan permainan video tape. Semasa Video tape dipasang, akan muncul muka seorang wanita. Setiap kali tengok muka wanita tu, saya akan tergelak. Hahaha... Rasa lucu. Malah, adegan kejutan tidak begitu menakutkan.

Tapi kepada mereka yang suka filem horor 80-90 an, movie ni sesuai untuk ditonton.

Movie 'Beyond The Gates' ni sebenarnya sudah released pada tahun 2016 di Los Angeles Film Festival. Malah telah menerima anugerah 'Audience Award' di festival tersebut.


'Beyond The Gates' sebenarnya adalah permainan board seperti Monopoly atau Jumanji. Perlukan beberapa orang pemain untuk bermain permainan ini. Tetapi, 'Beyond The Gates' mempunyai sedikit kelainan kerana ia disertakan dengan video tape. Semasa kita bermain permainan ini, kita mesti pasang video tape tersebut. Apabila kita pasang, akan muncul seorang wanita yang akan memerhatikan kita ketika bermain.

Permainan 'Beyond The Gates' ini, jika sudah kita mulakan, kita tidak boleh berhenti selagi belum tamat. Namun, permainan ini bukan permainan biasa-biasa. Permainan ini adalah permainan yang mengerikan jika ia benar-benar ada dalam dunia nyata. Setiap pemain, akan mempunyai misi. Misinya adalah membuka pintu yang berkunci. Untuk membuka kunci tersebut, kita tidak boleh membuka dengan sebarangan cara atau kunci. Kita mestilah membuka setiap pintu atau pagar dengan menggunakan kunci khas yang disediakan oleh 'Beyond The Gates'.

Nampak mudah! Tetapi...setiap pencarian kunci tersebut, kita akan menghadapi beberapa ujian. Ujian yang melibatkan nyawa orang lain malah orang yang ada disekeliling kita. Sahabat atau kekasih atau ahli keluarga sendiri. Jika kita menemui kunci di mana-mana seperti di dalam patung, kita perlu membuat pilihan. Sama ada mahu mengoyakkan patung tersebut untuk mengambil kunci di dalam perut patung tersebut atau kita akan mati! Jika tidak mahu mati, maka tiada jalan lain, kita terpaksa mengoyakkan patung tersebut dan mengeluarkan kunci tersebut dari perut patung itu.

Jangan terkejut! Jika ketika korang mengoyakkan perut patung tersebut, akan ada perut sahabat korang terkoyak! Ketika korang mengeluarkan kunci dari patung tersebut, akan TERKELUAR usus dan isi perut sahabat korang!

Mana satu yang akan korang pilih? Nyawa korang atau nyawa sahabat korang? Hahahahahaha! creepy?



Sinopsis 'Beyond The Gates'.

Dua orang adik beradik sudah kehilangan seorang ayah. Ayahnya meninggalkan sebuah kedai video tape dan permainan-permainan antik. Mereka berdua mengambil keputusan untuk mengemas dan menutup kedai itu. Pada suatu hari, Si Abang menemui kunci pejabat ayahnya. Keesokkan harinya, Si Abang mengajak Si Adik untuk melihat-lihat barang apakah yang ada di dalam pejabat ayahnya itu. Semasa mereka kecil, ayahnya tidak pernah membenarkan anak-anaknya itu masuk walaupun sekali. Jadi, perasaan ingin tahu agak membuak-buak. Ingin tahu apakah yang disembunyikan oleh ayahnya selama ini.

Ketika di dalam pejabat ayahnya, mereka menemui satu permainan bernama 'Beyond The Gates'. Mereka membawa pulang permainan itu dan mencuba permainan itu bersama kekasih Si Abang. Mereka bertiga menjadi pemain 'Beyond The Gates' sejak malam itu.

Tanpa mereka ketahui, mereka sudah pun terjebak dengan kuasa jahat dari alam lain dan terpaksa untuk menyelesaikan permainan ini walaupun mereka tidak mahukannya. Pernah Si Abang membuang permainan itu tetapi malangnya, permainan itu tidak pernah mengalah.

Mereka mendapati ayah mereka telah terperangkap di alam lain kerana telah kalah dalam permainan ini. Setiap puluh 3:13 pagi, akan kedengaran suara ayah mereka meminta tolong. Namun agak mengelirukan. Adakah hanya mimpi? Adakah mereka berjaya menyelamatkan ayah mereka? Adakah mereka menang dalam permainan ini?

Jika korang, adakah korang sanggup untuk mencuba permainan ini?

OK! Jangan lupa beli tiket dan tonton movie 'Beyond The Gates' ! 👿👿

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .



Share:

8 Kata-kata Dari Teman:

mamapp berkata...

rasanya mama penah tgk citer ni. Not bad laa

Junzie berkata...

Ju xmmilih dlm soal tgk wyg ni yg penting jln cerita best dan ada kawan tgk kalo movue horror hahaha. Ju baca sinopsis ni mcm mnarik hati pula mau thu lebih lanjut jalan cerita dan ending dia =D

Dedaun Comel berkata...

Selalu cerita pasal permainan2 board macam ni memang best. Nanti saya akan tengok k

Sofinah Lamudin berkata...

Tengok Beyond The Gates yang mana satu mama? Yang ni ada release tahun ni kat Malaysia. Versi baru. hehe.

Sofinah Lamudin berkata...

Tengok la #JunZie. hehehe... kalau peminat movie horror 80-90an lagi disyorkan untuk tengok hehe.

Sofinah Lamudin berkata...

Oraitz.. jangan tak tengok hehehe.

Cik Renex berkata...

Suka filem macam ni. Suspen. Nti kalo ada klpangan boleh tgok.

Noor Maizan berkata...

Mak ai extreme tuuu sampai perut terkoyak...Nak kena tengok ni,haha.