SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 6 November 2017

Gunther Seorang Pembunuh Upahan Terbaik

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Selepas melihat trailer KILLING GUNTHER, Saya dan MR.BEE pun memilih movie ini untuk ditonton. KILLING GUNTHER adalah movie genre komedi aksi di mana menceritakan berkenaan seorang lelaki bernama GUNTHER.Di dalam movie ini,Gunther seorang pembunuh upahan terbaik. Walaupun jalan cerita movie ini mungkin serius dan menyampaikan pelbagai mesej kepada penonton, genre komedi aksi dalam movie ini sangat ketara sehingga kelihatan begitu bodoh. Haha! Sejujurnya, saya bukan peminat filem komedi apatah lagi komedi lawak bodoh. Saya rasa tak lucu pun. Mungkin lebih kepada menyampah. Bagi saya, pada awal cerita memang sangat membosankan  dan tidak lawak langsung. Lawak kelihatan hambar dan seolah-olah orang ada masalah mental. Hahaha... Jalan cerita ini dipersembahkan dalam bentuk dokumentari (Rakaman peribadi). Jadi, pelakon akan melihat kamera dan bercerita depan kamera. Ya! Sama seperti blogger buat video review produk atau vlogger. Gunther mempunyai musuh ketat bernama Blake. Disebabkan Gunther seorang pembunuh upahan terbaik, Blake sangat iri hati dan membenci Gunther. Blake mengupah jurukamera untuk merakam semua aktiviti mereka sepanjang memburu Gunther untuk dibunuh.

Gunther Seorang Pembunuh Upahan Terbaik

Sinopsis KILLING GUNTHER.

Blake adalah seorang pembunuh upahan amatur mempunyai cita-cita tinggi untuk mendapatkan pengikhtirafan sebagai seorang pembunuh upahan terbaik. Disebabkan pengikhtirafan "TERBAIK" tersebut dipegang oleh seseorang yang bernama GUNTHER dan bukan Blake, Blake begitu marah, iri hati dan berdendam dengan Gunther. Untuk mendapatkan pengikhtirafan yang terbaik, Blake mengambil jalan singkat dengan merancang untuk membunuh GUNTHER. Bagi Blake, menjatuhkan, mengalahkan dan membunuh seseorang yang terbaik, maka dialah yang terbaik.

Selain dari iri hati dengan status Gunther, hal ini juga adalah berpunca dari ketidakpuasan hati Blake terhadap Lisa, bekas kekasihnya yang meninggalkannya demi memilih Gunther. Dalam erti kata yang lain, Lisa curang kepada Blake dan bercinta dengan Gunther. Hal ini membuatkan Blake bertambah benci dengan Gunther.

Dalam operasi memburu Gunther, Blake menubuhkan kumpulan pembunuh upahan dan mengupah juru kamera untuk merakam semua aktiviti mereka sepanjang memburu Gunther dengan alasan sebagai bukti dia telah membunuh Gunther melalui rakaman video. Di dalam kumpulan yang ditubuhkan oleh Blake, terdapat beberapa orang yang kononnya pakar dalam bidang-bidang tertentu. Contohnya, Pakar bom, pakar IT, pakar racun , pakar sniper dan sebagainya.

Pemburuan mereka bukan semudah yang mereka sangkakan. Nampaknya Gunther lebih bijak! Ditambahkan pula dengan sikap Blake yang perasan hebat. Blake dan Gunther sebenarnya berasal dari tempat yang sama, belajar dari guru yang sama. Malangnya, tetap Gunther yang terbaik. Blake dan kumpulannya diperbodoh-bodohkan oleh Gunther membuatkan Blake bertambah marah.

Elemen Kejutan dan Kreativiti

Disebabkan saya bukan peminat genre komedi, saya agak merasa bosan pada mulanya. Namun, kemunculan Gunther di pertengahan cerita membuatkan saya kagum. Elemen kejutan dalam movie ini sangat kreatif! Oleh hal yang demikian, saya mula melupakan elemen lawak bodoh yang mengarut dan saya mula tergelak dengan elemen kejutan di dalam movie ini. Korang pasti tidak menyesal tengok movie ni sebab tidak sangka mempunyai elemen yang betul-betul tidak dijangka langsung. Imaginasi pencipta jalan cerita sangat diluar kotak!

Pengajaran dan Mesej

Walaupun ini adalah movie komedi, mesej dan pengajaran terlalu jelas untuk penonton dan lebih jelas kepada masyarakat yang suka menuding jari dan suka menyalahkan orang lain dalam kegagalan sendiri.

Antara mesej dan pengajarannya, adalah :

Jika inginkan kejayaan, tidak ada jalan pintas dan mudah. Contohnya, jika ingin menjadi seorang pakar IT, bukan dengan tanpa mencari ilmu IT. Bukan dengan mengharap ilmu IT datang menjadi milik kita sendirinya. Malah, setelah belajar dan membaca mengenai IT, jika tiada latihan yang kerap dan pengalaman juga, mustahil untuk kita menjadi pakar IT. Apa yang kita dapat adalah apa yang kita usahakan. Apa yang kita belanjakan, maka itulah nilai yang kita dapat. Sama macam cita-cita. Tak ada cita-cita boleh dicapai tanpa usaha.

Jika gagal dan salah, perbaiki dan jadikan pengajaran. Bukan menuding jari menyalahkan orang lain. Jika Thomas Edison menyalahkan orang lain untuk setiap kegagalannya dan tidak mencari punca salah untuk dibaiki dalam mencipta lampu, adakah beliau akan berjaya menyalakan lampunya? Jawapannya tidak. Setiap kesalahan dan kegagalan kita harus diterima agar tidak terjadi lagi kelak. Jika masih mahu menyalahkan orang lain, tidak ada sesiapa yang akan membantu kita membaiki kegagalan sendiri.

Kebahagian datang bukan dengan menjatuhkan orang yang sedang berbahagia. Orang yang sedang berbahagia bukan berpunca dengan berjaya menjatuhkan orang lain yang sedang bahagia. Kebahagiaan orang lain tidak akan ditransfer kepada kita jika kita menjatuhkan dan merosakkan mereka. Kita yang perlu memilih untuk bahagia. Apa yang kita pilih, itulah kita.

Memelihara ego tidak akan menjadikan kita semakin kuat. Dalam membuat pilihan, adakalanya kita perlu berhenti melakukan sesuatu yang kita percaya akan membuatkan kita berjaya. Berhenti bukan bermaksud kita kalah dan gagal tetapi kita beralih kepada strategi lain yang boleh membawa kita ke arah impian kita dengan cara yang betul.

Begitu lah sinopsis dan sedikit pengajaran yang boleh saya kongsikan mengenai KILLING GUNTHER. Sinopsis yang saya cerita adalah tidak sampai separuh pun dari jalan cerita. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok sendiri movie ni. Hehe.. Nanti hilang feel kalau dah tahu semuanya. Part lawak gila gaban, part kejutan juga saya tidak ceritakan penuh. Tapi, saya nak pesan, jalan keluar dari panggung wayang dulu selepas korang nampak FBI jumpa kamera rakaman mereka saling membunuh. Hahahaha! Ingat tu..

Terima kasih baca.

Enjoy KILLING GUNTHER, guys!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: