Follow Instagram @sofinahlamudin

Thursday, November 9, 2017

Seronok Bercuti Di Tok Aman Bali Beach Resort

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pernah dengar mengenai Tok Aman Bali Beach Resort? Seronok bercuti di Tok Aman Bali Beach Resort ni! Tok Aman Bali Beach Resort ni adalah sebuah hotel yang terletak di Pasir Puteh Kelantan. Jadi, kalau korang merancang nak bercuti ke Kelantan cuti nanti apa kata korang menginap di sini je..sebab resort ni sudahpun bertaraf empat bintang, tempat ni sangat selesa dengan persekitaran resort yang cantik berkonsepkan tradisional moden. Pemandangan pantai di Tok Aman Bali Beach Resort ni sangat indah! Malah sukar untuk digambarkan dengan kata-kata...Tempat ni sangat sesuai untuk menghilangkan stress dan boleh memberi ketenangan kepada penghuni yang menginap di sini…Korang jangan risau..walaupun resort ni bertaraf empat bintang, harga yang ditawarkan di resort ni sangat berpatutan dan berbaloi.Harga bermula dari RM190++ je guys…Tak percaya ke? tolong la percaya! Hahahhaa!

Seronok Bercuti Di Tok Aman Bali Beach Resort

Setiap bilik mempunyai pemandangan tasik, balkoni peribadi dan bilik berkonsepkan tradisional moden.Tok Aman Bali Beach Resort ini terdapat empat jenis bilik yang boleh korang pilih., iaitu :

๐Ÿ’• Deluxe Room (Double/Twin)
๐Ÿ’• Deluxe Triple
๐Ÿ’• Deluxe Family (Connecting Rooms)
๐Ÿ’• Suite

Deluxe Room

Deluxe Room Tok Aman Bali Beach Resort ini sesuai untuk dua orang dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, internet, meja menulis, pemain DVD, TV, Astro, kemudahan kopi dan teh dan sebagainya. Korang boleh pilih jenis katil sama ada 1 saiz Queen bed atau 2 twin bed. Haa...Sesuai sangat ni untuk pasangan yang baru berkahwin dan nak honeymoon. Pilih katil saiz Queen ye. Tee hee...

Deluxe Triple

Deluxe Triple Tok Aman Bali Beach Resort pula sesuai untuk 3 orang dewasa. Kemudahan di dalam bilik sama seperti Deluxe Room. Cuma katil ada dua jenis, iaitu 1 King bed dan 1 twin bed. Deluxe triple ni sesuai untuk bercuti dengan kawan-kawan atau sepasang suami isteri yang sudah mempunyai seorang anak. Kan?

Family Room

Family Room Tok Aman Bali Beach Resort adalah bilik untuk keluarga yang bercuti. Sesuai untuk 5 orang dewasa guys!

Suite

Kalau nak feeling lebih mewah, boleh lah pilih suite. Sesuai untuk dua orang dewasa. Biasa Suite ni dipilih oleh very important person atau businessman. Tapi zaman sekarang, sesiapa pun boleh guys. Ikut kesesuaian dan pilihan masing-masing. Yang penting selesa dan seronok semasa bercuti. Betul tak?

Seronok Bercuti Di Tok Aman Bali Beach Resort

Fasiliti yang terdapat di Tok Aman Bali Beach Resort ni ialah kolam renang luaran, pusat kecergasan, kalau korang nak memanjakan diri korang boleh la pergi ke pusat spa atau pun sauna yang terdapat dalam resort ni, Pantai peribadi, penyewaan kereta, tempat simpan bagasi, dobi, taman untuk korang bersiar dan banyak lagi… Korang juga boleh lakukan pelbagai aktiviti di sekitar resort ni termasuklah berbasikal di sepanjang pantai Tok Bali, berkayak, naik boat itik di tasik yang terdapat dalam resort dan banyak lagi la…Confirm Sure korang tak bosan punya lah! Sebab banyak aktiviti yang boleh korang buat kalau korang tak tahu nak pergi mana kan...

Seronok Bercuti Di Tok Aman Bali Beach Resort

Kalau korang nak berjalan di sekitar Kelantan pun boleh...sebab di Kelantan pun terdapat banyak tempat yang boleh korang pergi seperti Pasar Siti Khatijah, KB Mall, Pengkalan Kubor, Rantau Panjang, Pantai Cahaya Bulan dan banyak lagi..Tapi korang kena naik kenderaan sendiri sebab tempat-tempat ni berjauhan sikit dengan resort ni. Alaa sekali sekala datang ke Kelantan.Bukan selalu..Jadi, jangan lepaskan peluang depan mata...Hehe...apa salahnya korang round satu Kelantan ni…kalau penat korang boleh la pergi memanjakan diri korang di spa yang tersedia di resort ni..Wehehe!

Tok Aman Bali Beach Resort mempunyai dua buah restoran yang menyajikan makanan yang berbeza. Kalau korang rasa korang nak makan makanan tempatan dan makanan barat korang boleh la makan di Sutera Bayu Coffee House. Di sini terdapat pelbagai jenis hidangan tempatan dan barat yang lazat serta suasana yang menenangkan sambil makan tu korang boleh la menikmati pemandangan tasik dan kolam renang pada waktu malam…perghh! macam makan di tempat yang mewah gitu! Wehehe.. Kalau korang nak cuba makanan ala-ala Thai korang boleh la makan di Senja Di Thai Restoran di mana di sini menyajikan pelbagai jenis makanan Thai dan makanan laut yang segar dan yang penting sangat menyelerakan!!...sure korang jatuh hati dengan makanan yang di sajikan di sini..

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikongsikan dengan korang keistimewaan yang terdapat di Tok Aman Bali Beach Resort ni tapi nanti tak surprise la pulak kan kalau share semua..hahahaha! Jadi, kalau korang nak tahu lebih lanjut korang kena la datang menginap di sini kalau bercuti ke Kelantan. Kalau tak pilih Tok Aman Bali Beach Resort ni, korang memang rugi.. OK! jom la book resort ni di https://www.traveloka.com/en-my/hotel/malaysia/tok-aman-bali-beach-resort-291645 sekarang!!!

With Love,
#Sofinah696 ๐Ÿ’•
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


36 comments:

  1. nanti kalau datang kelantan lgi, bagitau lah saya. Saya bawa jalan2 hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Najah.. I will.. boleh jumpa gak... hee..

      Delete
  2. Salam.. tetiba terasa pula nak try resort. Akan ke sana 2018. Thanks sebab recommend!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saama-sama... hehe... Wah plan awal sudah ya.

      Delete
  3. Wahhh...seronoknya tgok.. Rasa nak datang sni ja bawa femly..

    ReplyDelete
  4. Bestnya..cntiknya..kot ade rezeki boleh ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nadia dekat je tu nak pergi. Saya jauh. hahaha.

      Delete
  5. Wow...macam seronok je.

    Entri terkini...MRP Diet pasti kurus! http://blogazniltulis.blogspot.com/2017/11/mrp-diet-pasti-kurus.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai... terima kasih follow dan baca entri. Blogwaking to blogazniltulis soon :)

      Delete
  6. Memang best Tok Aman Bali ni.. Especially pool dia.. Anak2 kak ti berendam dari pagi sampai tengah hari.. Bilik pun selesa n luas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woaaa....sonok la anak-anak kak tati layan pool...Sampai tghari confirm sure cari makanan terus pas kuar pool. hahaha!

      Delete
  7. Wahhh. Ingatkan luar negaraaaa ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam luar negara ek? oh nama dia tu kot kan.

      Delete
  8. Fuhh . Harga pun berpatutan dengan facilities yang ada dalam bilik . Tengok gambar & melalui pembacaan pun dah dapat rasa cantiknya tempat ni . Lagi menarik dalam resort tu ada dua buah restoran . Kena wajib terjah untuk kaki2 makan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gi sana terjah je dua2 restoren tu .. ahaha... sesuai la food hunting.

      Delete
  9. Wow...seronoknya tempat ini. Rasa mcm nk pergi ke sana pula.

    ReplyDelete
  10. wah!menarikkk...boleh terjah sekali nanti!

    ReplyDelete
  11. Pernah dengar tp xpernah g , fuhh lawa

    ReplyDelete
  12. Cantiknya resort ni, kolam tu best bawak anak anak dok situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak kompom suka layan pool kak.. terbayang kembar 3 kat situ. hehe..

      Delete
  13. view nampak menarik.. ai suka pilih hotel atau resort yang ada view cantik.

    ReplyDelete
  14. tempat yg menarik kena pergi.balik kampung boley try duduk sini pula

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.