SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 22 Disember 2017

1 Foto 1 Cerita : Bila dah Beralih ke Zaman Pekerjaan - Masuk Department Visual sebagai Artist

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Hhaaah! Korang jangan percaya sangat dengan perkataan retis kat tajuk tu..Eehh! Artist maksud saya. Tehee. Memang nama pekerjaan kat department visual ni, dipanggil Artist tapi bukanlaa artist sangat. Part melukis pun tak ada sangat. Sikit je. Entri ni sambungan dari cerita "1 Foto 1 Cerita : Bila dah Beralhir ke Zaman Pekerjaan - Pertama kali bekerja". Selepas 4 bulan saya jadi promoter, Allah bagi satu lagi keajaiban yang tidak disangka sangka. Sebagai budak lepasan SPM, peluang kecil macam ni rasa macam besar besar. Bagi saya, semua ni seronok untuk buat koleksi pengalaman. Uhrmm..ye pengalaman pun saya anggap sebagai koleksi juga. Wahahaha...Pengaruh Harry Potter banyak sangat.



Dulu, zaman remaja memang saya malu nak cerita pengalaman kerja kat Parkson ni. Sebab kebanyakkan rakan sebaya dari sekolah yang sama bukan kerja tapi sambung belajar atau duduk rumah sambil menunggu panggilan dari Kolej atau Universiti. Member lepasan SPM kat tem,pat kerja tu dari majoriti sekolah lain. Dua tiga orang je yang satu sekolah dengan saya. Sekarang, dah tak malu nak cerita sebab pengalaman lama. Suka sangat throwback sebab buat saya tersenyum senyum. Lucu tapi manis. Terutama kalau teringat telatah rakan sekerja. Dulu, fikiran sempit sikit, ye laa.. umur belasan tahun..baru lepas sekolah, memang 100% pemikiran adalah mengenai sekolah, belajar, cikgu dan sebagainya. Bab bab kerja bukan sesuatu yang dibanggakan waktu tu. Bila kawan sambung belajar, kita kerja.. macam malu pula. Tapi bila fikir balik sekarang ni, tak ada la malu sangat pun. Wahaha... kerja atau belajar, dua dua benda baik.

Zaman remaja kan, jangan lepas peluang explore apa sahaja. Jangan explore benda bukan bukan dah laa..

Dari Promoter pindah ke Visual Department
Pada suatu hari, keputusan SPM pun keluar. Masa kat Parkson tu, saya ada ramai kawan yang baik baik. Waktu ni saya belum kenal lagi politik kerja. Remaja macam saya, kerja biasa biasa je... tak faham apa tu politik kerja. Happy go lucky senantiasa. Bos marah, say sorry je siap. Bos mengarah, buat je. Settle. Tak kisah laa apa pun.. yang penting, buat kerja, dapat gaji. So, bila keputusan SPM keluar.. ramai member kat tempat kerja bertanya apa keputusan. Saya malu juga nak bagitahu sebab keputusan mata pelajaran Sains Tulen saya buruk. Tehee...

Tak sangka, diorang tak cakap apa. Diorang cuma highlight satu perkara. Pendidikan Seni saya dapat A. Tiba tiba ada seorang staff senior pandai pandai jumpa bos tunjuk keputusan Pendidikan Seni saya tu. Tak pasal pasal bos offer saya masuk visual department. Saya fikir panjang juga sebab.. kerja kat visual department ni lasak bukan melukis atas meja atau studio seperti yang dibayangkan bila sebut perkataan "Artist".

Disebabkan hal ni, ada dua pendapat telah terhasil oleh rakan sekerja sama ada pekerja lama atau baru. Pendapat pertama, saya tak layak sebab saya perempuan. Malah saya bekerja kat Parkson baru 4 bulan. Apa laa sangat yang saya tahu kan.Nanti jadi tikus membaiki Labu pula. Ni pandangan dari pekerja lama yang agak dingin dengan saya sebagai pekerja baru. Pendapat kedua, belum cuba belum tahu. Lagipun ni satu peluang baik, bagai bulan jatuh ke riba. Tak payah apply malah di offer.

Mulanya, saya nak tolak tapi.. tiba tiba jiwa remaja saya ni tak keruan. Saya tak suka orang pandang rendah. Saya tahu, saya ni perempuan, kecik malah baru lagi. Saya rasa tercabar pula bila ada desas desus saya ni tak mampu. Jadi, saya terima. Bila teringat cerita ni, rasa macam cacing nak jadi naga pula. Mampu ke? Wahaha!

Bila dah terima.....jeng jeng jeng! Bermulalah...cabaran demi cabaran yang saya WAJIB sahut sebab nanti muka ditampal dengan kulit babi pula. Eehh? Tak senonoh betul laa peribahasa ni. Wehehee...Ye laa.. nanti orang gelak sebab sanggup terima lepas tu tak dapat buat. Kan? Wajar tak saya berperasaan macam ni? Wahaha.. Maklumlaa.. remaja.

So, sejak dari hari tu...saya pun jadi Artist. Bukan promoter lagi.

Pengalaman jadi Artist di Visual Merchandising Department (VMD)
Hhaaah! Bila dah tukar dari promoter ke VMD, saya dah tak perlu pakai uniform tertentu. Saya boleh pakai pakaian bebas! Tapi, disebabkan kerja VMD ni lasak, saya tak boleh laa berlawa lawa. Pakai baju T-Shirt dan berseluar setiap hari Isnin hingga Sabtu.Malah mesti pakai kasut. Kadang kadang, kalau tak ada kerja lasak pada hari Jumaat, saya pakai baju kurung. Kalau pakai seluar, jangan seluar kain..kena jeans sebab nanti sangkut pula. ToEengg! Dan...kebarangkalian baju dan seluar termasuk tudung jadi kotor tu sangat PASTI.

Masih ingat lagi, kerja pertama saya adalah memasang poster di stand promosi dan menggantung banner di siling. Tampat poster tu, ok.. tak ada hal.. Part pasang banner kat siling tu saya rasa nak terkentut sikit. Wahaha.. Siling Parkson tinggi laa adeyy! Tapi, demi nak buktikan saya pun boleh, saya sanggup genggam bara api biar sampai jadi arang! Tambah tambah saya adalah perempuan yang pertama  bekerja di  VMD. Ni pun saya baru tahu lepas terima kerja ni.

Nak tak nak, saya kena cari tangga. Untuk pasang banner promosi. Buat masa ni, memang saya malu nak minta tolong sebab buat apa terima kerja ni kalau akhirnya orang lain yang buat? Orang lain pun ada kerja diorang. Menyusahkan dan curi masa orang je. Saya kena pasang banner tu dua tingkat. Tingkat atas senang..sebab boleh naik tangga dan selit je. Kat tingkat bawah, jangankan nak terkentut, nak terberak pun ada. Sebab kena pasang tali, paku dan sebagainya. Malah siling pun lebih tinggi berbanding kat tingkat atas. Nasib laa juga saya tak ada masalah gayat. Tapi tak tahu laa kalau suatu hari nanti saya ada rezeki ke Sky Tower Melaka. Agak agak menguji tahap gayat saya ke tak ye..? Tehee. Dah laa kat tingkat bawah tu barang jualan kaca. Kalau laa... jatuh barang tuu... Habis gaji hujung bulan bayar ganti rugi. Nasib tak pernah berlaku. Alhamdulillah saya berjaya buat kerja pertama untuk jawatan ni. Lega walaupun penat.

Dugaan sebab kena panjat tangga gantung banner tu dah lulus. Cuma... ye laa... bila perempuan panjat tangga... pelanggan mudah sangat buka mata. Dongak dan tonton saya pasang banner. Terpaksa abaikan je.. Tak penting. Tu laa sebabnya masa jadi artist di VMD, saya pakai tshirt dan seluar macam lelaki. Ada je mata yang pandang pandang.. Wahaha... Nak je bagi warning.. "Weyh! tundukkan pandangan kamu tu!". Wahahaha... Pakaian saya nampak boyish masa kat VMD. Nampak macam budak lasak pula. Macam budak perempuan nak masuk tentera. ToEengg!

Buli Emosi
Tapi disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan di tengah hari..keesokkan harinya, mood begitu baik sekali. Tiba tiba saya kena sound sebab poster kat promosi stand tertanggal. Nampak macam benda kecil je kan? Ye laa.. boleh je tampal balik kan. Tapi tak boleh macam tu.. promosi sedang berlangsung. Poster terjatuh pula. Tak kemas jadinya. Saya akur je laa silap sendiri. Rupanya double sided tape tu tak kuat. Saya pun kutip poster tu, bawa masuk bilik pejabat saya. Bila di bilik saya, tiba tiba saya nampak poster tu diconteng oleh seseorang dengan mesej, "PERCUBAAN PERTAMA ANDA GAGAL!!" menggunakan pensil. Uhrmm...bagai kaca terhempas ke batu rasanya bila baca mesej tu. Well, Saya ni pakar simpan rahsia, ibarat garam dikulum tak cair. So, buat derk je. Tak tunjuk apa apa reaksi kat sesiapa berkenaan mesej tu. Biarlaa berlalu begitu sahaja.. Sempat pula orang tu kutip poster tu untuk tulis mesej tu. Lepas tu letak kat lantai semula. Bukan nak letak kat stand pun. Sajaa je lempar batu sembunyi tangan.

Psstt! Sebenarnya saya tahu tu tulisan siapa.. Wahaha... Tapi biarlaa... Sian dia. Lama kelamaan, dia baik juga dengan saya. Orangnya ok juga.. ada taman di hati sebenarnya.

Bilik Pejabat
Saya sebut saya ada bilik pejabat kan? Nampak macam gempak tapi sebenarnya tidak. Bilik tu sama je rupanya macam stor. Artist yang sebelum saya tu, lelaki. Tak pernah kemas bilik tu. Mungkin dia tak suka bilik tu. Sampah merata rata. Aduuuyaii... Saya biarkan dulu dua tiga hari bilik tu baru berkemas.

Ada satu perkara kenapa bilik pejabat VMD mudah sangat jadi stor dan tak kemas. Sebab.. barang VMD ni banyak. Ada cat, ada spray, ada banner, Poster, daaannn banyak laaagii... patung tanpa kepala pun ada..

Kawan yang beri sokongan
Saya sempat mendapat peluang untuk menghias display room. Waktu saya kerja sebagai artist kat VMD ni Parkson Labuan masih ada display room. Dalam tahun 2009 hingga 2010, display room ditutup dengan sticker dinding. Jadi, siapa yang jadi artist di VMD Labuan sekarang, dah tak perlu buat kerja display room lagi.

Saya sempat hias dua kali display room ni. Pertama kali adalah sempena Tahun baru Cina tahun 2010. Kali kedua, sempena Piala Dunia Fifa 2010. Yang pertama nampak OK. Yang kedua kalinya dah tak berapa nak OK sebabnak jimat bajet display room. Saya paling suka display room sempena tahun baru Cina sebab saya dapat banyak sokongan dari kawan. Dua orang kawan yang sangat prihatin masa tu. Saya tak nak sebutkan namanya. Biarlaa rahsia. Tehee.

Seorang ni, berbangsa cina. Dia seorang supervisor stationery pada waktu tu. Dari dia laa saya banyak belajar Bahasa Cina dan tulisan Cina. Kat display room tu, ada tulisan Cina yang saya berjaya buat hasil belajar dengan dia... Puas hati sangat walaupun tidak laa seberapa. Ni pertama kali saya lukis mural begitu besar. Tapi tuu laa.. masa melukis ni, ambil masa lama. Hampir dua minggu termasuk offday. Bila nak padam sekejap je.Ibarat naik seperti semut, turun seperti ribut.  Habis karya yang tak seberapa tu ditelan oleh cat putih. Kalau ikutkan hati, saya taknak padam lagi, tapi.. takkan la sepanjang tahun Chinese New Year? Wahaha. Kawan saya ni, baik orangnya. Rajin bekerja dan jarang merungut. Sampai hari ni, saya masih ingat lagi, dia tak suka makan coklat. Kalau nak juga makan coklat dengan dia, bagi dia coklat susu yang warna putih tu. Wahahaha.

Kawan yang sorang lagi pula, bukan supervisor tapi rajin datang menjenguk saya kat display room curi curi. Department dia jauh. Tingkat bawah.. Wahaha. Bayangkan kalau bos nampak dia kat display room tu.. Habis kena sound nanti. Selain tu, dia ni bukan apa.. rajin naik jumpa saya sebab nak ajak makan. Minta temankan dia makan kat Medan Selera, Labuan. Macam saya tak tahu. Wehehe...

Begitulaa sedikit kisah saya jadi artist kat VMD. Artist la sangat... Wahahaha. Rosak nama artist.

Terima kasih baca entri personal ni. Nanti bila dah ada sambungan, baca laa lagi. VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: