Khamis, 21 Disember 2017

1 Foto 1 Cerita : Zaman Sekolah Menengah

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Semenjak ada lagi kes berkaitan guru, mak bapa dan anak ni, saya dihidangkan dengan pelbagai kisah, penulisan, pendapat dan tuduhan berkaitan dengan pendidikan anak oleh mak bapa dan guru di laman facebook, blog dan instagram. Membaca berita dan cerita tentang mak bapa dan guru ni, membawa saya terbang ke masa silam saya. Kenangan semasa bersekolah terbayang dalam fikiran. Wajah guru guru yang pernah mendidik saya dulu tidak pernah saya lupakan. Masih terngiang ngiang suara mereka melontarkan pelbagai nasihat.

Salah satu foto kenangan di sekolah menegah semasa tingkatan 5. Sebelah saya tu junior ; budak tingkatan 4. Kami berkenalan atas satu sebab...sebab seorang guru praktikal yang vogue hingga sekarang. Semoga cikgu yang vogue tu, ingat saya! Wahahaa..

Mak Ayah Bekerja Punca Anak Bermasalah?

Selepas membaca penulisan dari kak Eiza bertajuk "Mak Ayah bekerja punca anak bermasalah?" betul betul mengingatkan kembali kisah lalu. Saya sebagai anak perempuan bongsu dalam keluarga, merupakan anak yang sangat dijaga dan diperhatikan tindak tanduk.YyeahhH! Ibarat menatang minyak yang penuh. Mak ayah saya bekerja semasa saya bersekolah menengah. Keluar pagi dan balik petang setiap hari kecuali di hari cuti. Betul lah kata Kak Eiza, tak semestinya mak ayah yang bekerja, anaknya terabai. Contohnya saya! Janganlaa buruk sangka dengan mak ayah mereka yang bekerja kalau nampak atau jumpa anak muda yang kelihatan bermasalah. Kes macam ni, kadang kadang mak ayah dah usaha sebaik mungkin.

Saya sebagai pengawas sekolah ketika tu, berani melanggar peraturan sekolah tetapi takut melanggar peraturan mak ayah. Kalau terlanggar peraturan mak ayah, satu je pesan... sediakan tisu sebab confirm sure nangis, telinga untuk mendengar bebelan dan leteran dan bersedia juga untuk merasa sakitnya rotan atau tangan ayah saya yang berurat tu. Wehehe. Peraturan sekolah yang saya selalu langgar adalah membawa telefon bimbit ke sekolah. Sekolah tak benarkan kita bawa telefon bimbit ke sekolah tapi saya tetap bawa atas beberapa sebab dan salah satu sebabnya adalah ayah saya nak telefon selepas balik sekolah atau saya perlu telefon ayah saya jika saya tak balik rumah atau nak kemana mana selepas balik dari sekolah. Pengawas perlu tegas dengan peraturan sekolah tapi saya lebih takut kalau ayah saya mengamuk sebab kesalahan yang dia tak suka. Salah satunya, dia tak suka kalau dia telefon, saya tak angkat selepas balik sekolah. Kalau tak jawab, dia akan risau sebab tu marah bila tak jawab.

Jadi, saya bawa telefon bimbit. Simpan kat laci guru pengawas sepanjang sesi belajar, bila dah balik sekolah, ambil semula kat guru pengawas tu. Kalau tak buat macam tu, silap silap telefon saya kena rampas! Wahaha! Pssttt.. tapi ada masa saya tak simpan kat guru pengawas juga sebab malas ulang alik ke pejabat dia. Tehee... Alasan ke tu? Wahaha.

Semua tu hanya sebab ayah saya nak pastikan saya selamat balik rumah dan nak tahu saya kemana, dengan siapa dan sebagainya.  Walaupun masa tu dah tingkatan 5, rasanya masih perlu mak ayah ambil tahu. Masih anak yang dibawah jagaan diorang kan. So, saya faham. Walaupun sebenarnya macam nak marah juga seolah-olah tak percaya saya ni boleh jaga diri. Biasalaa perasaan,emosi dan ego remaja memang biasanya besar dari umur. Kadang sentap juga bila ada yang kata saya ni anak dara pingitan atau anak emas. Whatever laa.. tak tahu nak komen apa tentang hal ni, nak malu kat member atau perlu bangga je mengaku sebagai "Anak Manja". Wahaha..

Sebenarnya,ada je cara nak jaga anak walaupun sedang bekerja. Memang tak senang tapi begitulaa caranya. Susah dan penat tu biasalaa..yang penting amanah tetap kena jaga. Bak kata Kak Eiza, ibu bapa kena ambil tahu anak kawan dengan siapa. Kalau pergi kemana-mana ambil tahu ke mana.

Walaupun masa tu emosi keremajaan saya membuak-buak sebab rasa tak bebas, tapi...bila dah jadi belia ni, ToEengg! Belia ye... akhirnya faham bila fikirkan semula. Semua tu sebab sayang anak. Bila dah kahwin ni, walaupun belum ada perancangan untuk ada anak, kadang-kadang terfikir juga. Nanti begitulaa perasaan jadi mak ayah.

Anak Bermasalah?

Sebenarnya, saya ada pengalaman jadi budak nakal ni. Maklumlaa pemberontakan remaja namanya. Nasib baik tak rosak rabak. Alhamdulillah sedar sebelum Nasi menjadi bubur. Menjadi anak emas mak ayah ni, bukan senang, guys. Sebab ada beberapa part yang menjadi masalah dalaman. Jadi anak emas ni, seronok. Di sayang di belai. Di manja di itu dan di ini kan. Hhaaah! Tapi.. tak boleh juga mengambil kesempatan dalam kebaikan dan pemberian kasih yang overload dan manja yang lebih oleh mak ayah tu. Kesian kat mak ayah sebab nak memenuhi segala permintaan anak emas. Selain tu, konflik lain juga akan wujud seperti nak membuat sesuatu yang akan mak ayah bangga tapi tak dapat bergerak sebab banyak sangat sekat kebebasan dalam mengejar sesuatu impian sebab kita adalah anak emas..

So, pernah laa juga saya terbabas dalam mengawal amarah remaja ni. Masuk je tingkatan 1, saya agak terpesong bila rasa kurang bebas. Jadi, sekolah menengah menjadi tempat untuk saya merasa bebas dan melepaskan geram, marah, benci serta sedih. Kira macam Kerbau terlepas dari kandang laa bila dah masuk fasa sekolah menengah ni. Sempat juga menjadi pelajar corot semasa di tingkatan 1 sebab tak belajar, ponteng kelas, ponteng sekolah dan lepak dengan budak nakal yang lain. Masuk bilik disiplin? pernah, masuk bilik penolong kanan HEM? pernah dan jumpa pengetua pun pernah sebab perangai tak betul. Satu je saya tak berani ; lawan cakap guru sebab saya percaya satu ayat sejak kecil, "Nanti cikgu sumpah seranah akan makbul. Sebab doa guru tu makbul macam mak ayah..". So saya kecut perut!

Pernah suatu ketika, nama diumumkan guna microfon supaya hadir ke bilik penolong kanan HEM sebab ponteng kelas Pendidikan Seni (Kelas subjek favourite pun buat hal). Bila masuk ke bilik penolong kanan HEM tu, nampak sangat cikgu tu marah sampai boleh nampak dia tarik nafas dalam-dalam agar boleh bersabar. Sebab ni dah berapa kali saya ponteng. Tehee.

Disebabkan hal hal saya di tingkatan 1, saya masuk kelas paling corot bila dah masuk tingkatan 2. Semua orang pun faham, bila kita masuk kelas corot ni, memang akan bergaul dengan budak-budak nakal. Tiba-tiba saya rasa janggal sebab kawan kawan saya di tingkatan 1 tak pun senakal rakan sekelas saya semasa di tingkatan 2. Teruk, guys! Kira double teruk laa.. So, di sini saya nak kongsi pengalaman saya bergaul dengan mereka semua. Mereka ni merupakan anak anak yang bermasalah. Macam-macam ragam.

Ragam 1: Depan mak ayah baik. Pijak semut pun tak mati. Depan cikgu Masha Allah gajah pun boleh mati sebelum dibunuh!

Ragam 2 : Budak yang tak laa seberapa nakal, masih kategori baik juga, Tapi masuk kelas ni, bercampur terus terpengaruh dengan rakan sekelas. Tiba-tiba jadi kembar. Perangai sama!

Ragam 3 : Buli membuli. Nampak kawan membaca, kutuk, ejek, dan tarik buku supaya tak belajar.

OK! Cukup tiga sahaja contoh ragam saya bagi. So, ini adalah salah satu reason kenapa budak nakal bertambah nakal, budak baik jadi nakal. Sebab ada satu sistem budak tak pintar dan yang bermasalah dikumpulkan satu tempat. Bab ni malas nak sentuh. Memang dah jadi sistem sekolah Malaysia. Budak pandai satu puak, budak tak pandai satu lagi puak.

Cuma saya nak cakap, anak yang bermasalah ni sebenarnya bukanlah salah sesiapa sama ada ibu bapa atau guru. Ianya adalah subjektif. Sukar untuk dinilai kenapa. Mungkin lebih kepada masalah dalaman anak anak remaja. Contohnya, mak ayah baik tapi anak kurang nampak baiknya. Guru dah nasihat banyak dan panjang lebar tapi sebab ego besar, tak ikut nasihat.Ada juga, mak ayah sibuk banyak kat luar sebab cari nafkah, anak ok je. Santun dan tertib malah baik. Guru garang tak kisah. Guru tak peduli pun tak kisah. Macam macam ragam sebenarnya. Susah nak tuding tuding jari. Buang masa. Dari sibuk menuding, elok cari jalan penyelesai je. Siap.

Kenapa saya kata, anak anak bermasalah ni sebab masalah dalaman? Sebab mereka jadi macam tu bersebab. Ada sesuatu yang mereka tak faham. Sekolah menengah ni adalah fasa mengenal kehidupan. Banyak lagi yang tak faham. Bila mereka tak faham, mereka mula membenci dan bila dah benci, mula lah memberontak. Caranya, tunjuk jalan betul sahaja. Bagitahu apa patut buat. Bukan marah mereka dan asyik cakap apa mereka buat tu salah salah salah salah. Sampai bila pun dia tak tahu apa yang betul. Bila dah tak tahu apa yang betul, diberi tekanan pula dengan tuding jari mak ayah mereka. Tu lebih membuat mereka rasa bersalah dan rasa bagai anak yang tak berguna kepada mak ayah mereka..Sebab tu la marah pada diri sendiri dan ambil keputusan untuk tidak menjadi yang baik. Wujud tau remaja macam ni. Menghukum diri sendiri hingga tak mahu sayangkan diri sendiri.

YyeahhH! ajar mereka untuk sayang diri. In Shaa Allah tak ada masalah dalaman yang terlalu dalam.

Tapi tu semua pendapat peribadi saya. Bukan laa cadangan atau pun sejenis nasihat. Saya pun bukan pakar psikologi. Wahaha. Tu semua hanya berdasarkan pemerhatian saya semasa di tingkatan dua semata-mata. 13 tahun dah berlalu... agaknya dah tak relevan langsung apa yang saya katakan tadi. Maklumlaa... budak sekarang banyak beza dengan zaman saya. Mak ayah zaman moden ni pun banyak teknik baru yang perlu dipelajari untuk mendidik anak anak moden.

Guru Yang Menyelamatkan Saya

Sejak saya masuk kelas corot. Saya sedar akan kesalahan saya sepanjang di tingkatan 1 yang malas belajar. Ponteng kelas, ponteng sekolah dan buat cikgu sakit hati dengan markah paling buruk. Terutamanya part terpaksa bergaul dengan rakan yang agak kurang menyenangkan. Nakal tak apa. Saya tak kisah. Yang saya kisah adalah buli, hipokrit, penipuan, manipulasi dan sebagainya. Tak jujur dalam berkawan. Tak kira perempuan atau lelaki, sama je perangai! Pernah juga saya nak kena belasak oleh seorang budak perempuan sebab tak bagi saya kawan dengan best friend dia. Wahaha... kelakar bila ingat balik.

Dari hari tu, saya banyak diam. Pasrah la kononnya. Tak sangka Allah tolong saya keluar dari situasi ni melalui guru yang baik baik belaka.

Pertama sekali, guru kelas saya tiba tiba memanggil saya ke bilik pengawas. Dalam fikiran saya, mungkin sebab saya nak di denda lantaran pakai baju t shirt warna biru, tudung kuning, kasut sukan biru, seluar ungu ketika mata pelajaran Pendidikan jasmani dan Kesihatan.Pakaian macam nak ke bandar laa pula... Rupa-rupanya, guru kelas saya meminta guru pengawas tu melantik saya jadi pengawas.. Vvaaah! Saya betul betul terkena renjatan elektrik! Nak lantik apa benda pula macam ni gayanya.

Sejak dari hari tu saya terasa bagaikan ditampar! Teknik apakah ini dalam fikiran saya. Teknik nak buat saya jadi baik ke? Tapi serius! Sejak tu saya semakin jauh dari member member yang suka mempengaruhi benda bukan bukan. Ponteng sekolah sudah bukan jadi pilihan saya untuk berhibur dan ingin merasa bebas. Apatah lagi ponteng kelas.

Bukan tu sahaja. Tiba tiba Ustazah yang mengajar saya Pendidikan Islam menawarkan hadiah kalau saya dapat A Pendidikan Islam. Berkerut dahi saya bila nak dirasuah macam tu . Wahaha... Saya faham, ni teknik reward namanya. Supaya pelajar jadi rajin. Malangnya, saya tak tahu menulis dalam jawi. Waktu tu, peperiksaan untuk mata pelajaran Pendidikan Islam masih dalam tulisan Jawi.

Semangat yang berkobar dan rasa tercabar ni, buatkan saya tak peduli! Saya dengan ringan hati, belajar menulis dan membaca Jawi sepanjang cuti semester demi reward yang disebutkan oleh Ustazah tadi. Alhamdulillah saya dapat B. Betul lah kata orang, target A, paling kurang boleh dapat B. Sejak tu, saya dapat satu nikmat belajar. Seronok pula belajar ni. Selain tu, saya terhutang budi dengan Ustazah ni juga sebab mengheret saya ke surau pada satu ketika. Rajin heret saya hampir setiap hari hingga tak perlu heret. Saya sendiri pergi... Wahaha. Alhamdulillah, Ustazah ni pandai betul mendidik pelajar agar pelajar jadi anak soleh dan solehah untuk mak ayah.

Pemilihan Kawan

Semasa saya tingkatan 1, kawan saya bukanlah jahat. Tidak sama sekali tapi ianya adalah sejenis nakal. Cuma, ada sedikit pangaruh kurang sopan dan kurang elok yang tidak boleh dijadikan contoh. Walaupun melanggar peraturan sekolah tu seronok tapi ada kalanya biar berpada pada agar tidak memakan diri dan masa depan.

Sejak jadi pengawas, guru pesan.. Tahun depan dah PMR, jangan banyak sangat main dan bergaul dengan budak nakal. Sejak tu saya tinggalkan kawan saya yang nakal tapi comel tu. Jauhkan diri hingga saya digelar Kacang lupakan kulit lepas dilantik jadi pengawas. Uhrmm... saya tulikan telinga je demi kebaikan. Sebab saya ni, kalau dah rasa fun, menjadi jadi. Nanti tak nak belajar lagi.

Sejak dari hari tu, saya belajar bergaul dengan rakan yang positif dengan perkataan "Belajar rajin rajin". Bukan dengan rakan yang positif dengan perkataan "Tak payah tunjuk rajin sangat".

Diringkaskan cerita, sejak di tingkatan dua ni lah bermulanya anjakan paradigma saya menjadi seorang pelajar yang lebih baik walaupun bukan cemerlang. Di sebalik cerita yang tersurat ni ada yang tersirat. Yang positif, ambil laa untuk jadikan pengajaran. Yang negatif jangan diikut. Buang jauh jauh, OK! Terima kasih membaca entri 1 foto 1 cerita dari saya. VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

2 ulasan:

  1. Zaman remaja memang pelbagai cabaran dan Kenangan Kan. Comel gambar sekolah tu

    BalasPadam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.