Follow Instagram @sofinahlamudin

Monday, December 4, 2017

Barry Allen Tidak Hebat dan Bukan The Flash Dalam Justice League

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Orang lain dah lama menghadam cerita Justice League, saya dan MR.BEE baru selesai hari Sabtu lepas. Haha. Kekangan masa tu tak juga jadi alasan. Actually boleh pergi menonton bila-bila masa sahaja. Cuma berfikir-fikir lama nak tengok kat Labuan atau kat Kota Kinabalu. Tapi dah panjang sangat pemikiran, tak sabar nak tengok, elok tengok kat Labuan je. Kota Kinabalu cancel dulu. May be hujung bulan 12 baru ke Kota Kinabalu kalau tak tukar fikiran lagi. Wahaha. Ada manyak cerewet oo. Tehee! Selepas tengok Justice League semalam baru tahu bahawa Barry Allen tidak hebat dan bukan The Flash dalam Justice League!

Barry Allen Tidak Hebat dan Bukan The Flash Dalam Justice League


Rasanya majority pun tahu Justice League ni under DC. Saya bukan peminat DC sejak dulu-dulu tapi since tengok Superman vs Batman, saya gugurkan kata-kata "DC boring". Zaman sekarang, grafik bukan main. Kustom Superman, kustom Batman tu pergghh... lawa siot! Pergerakan dan aksi nampak real.. Zaman sekarang teknologi canggih, CGI pun semakin maju. Muka batman dan muka superman pun dah tak macam dulu-dulu. Wehehe. Tu yang automatik gugur "DC boring". Yang penting semart..lawak..dan terhibur. Lagipun, jalan cerita boleh tahan best walaupun saya cakap semua hero dalam Justice League hebat kecuali Barry! Dan sebenarnya Barry bukan The Flash.

Siapa Barry? Barry bukan The Flash!

Dah tengok Justice League, mesti tahu siapa BARRY  tu kan..? Barry adalah Flash? atau bukan? Dalam Justice League Barry hanyalah Barry. Tak ada disebutkan pun bahawa dia adalah Flash. Hal ini kerana, Barry kononnya masih figure out nama superhero dia adalah apa. Kalau korang perasan, dalam file Lex Luthor, nama Barry di simpan dalam folder yang bernama "Flash dan Red Streak". Korang mesti ingat dalam cerita Superman vs Batman, Bruce ada hack server Lex Luthor semasa di sebuah majlis makan malam di rumah Lex Luthor. Masa tu lah Bruce dan Diana tahu tentang Barry. Macam mana pula Diana pun tahu? Sebab Diana curi thumbdrive Bruce selepas Bruce hacking. Tehee!

Barry Allen Tidak Hebat dan Bukan The Flash Dalam Justice League


So, setakat ni, dalam Justice League, Barry hanyalah Barry. Bukan The Flash. Bukan juga Red Streak.Hm..actually, belum lagi sebagai Flash. Menurut "Game Strader", terdapat satu babak, Barry duduk termenung memikirkan tentang apakah nama untuk second life dia (Alter Ego) tetapi di padam ketika editing terakhir dala Justice League.

Menurut, "Game Stradar" juga, mungkin babak yang di padam tersebut akan muncul apabila Justice League dalam versi DVD dan Blu-Ray kelak. Ataupun, mungkin juga Warner Bros. hanya akan simpan babak tersebut untuk babak di movie solo The Flash!

klik>> "Movie solo Barry Allen sebagai The Flash?"<<klik

Kenapa Barry tak Hebat?

Barry bukan hebat. Barry cute! Wahahaha! Damn.. Cute giler! Eh over pula. Dalam Justice League ni, Barry adalah seorang budak lelaki yang berwatak lawak walaupun dia sebenarnya sedang bercakap serius. Dia juga nampak 'jakun' sikit. Malah penakut dengan serangga tetapi dia seorang yang optimistik dan baik hati. May be dia ada sedikit pemalu? Hm.

Perkataan lain bagi watak Barry adalah hero noob atau newbie atau amatur. Hahaha... Ada satu babak, dia diarahkan oleh Batman untuk menyelamatkan orang awam, dia membantu hanya sebuah keluarga dalam lori kecil sahaja sedangkan Superman menyelamatkan satu bangunan daam masa yang sama! Tehee! Yes! Nampaknya Barry perlu berlatih lebih lagi lepas ni. Selain tu, ada juga babak Barry takut lepas nampak penjahat yang serupa bagaikan serangga! Kelakar.

Actually Barry hebat tapi belum hebat.

Persamaan Barry superhero DC dan Spider-Man  superhero Marvel.

Memang ramai peminat Marvel mengatakan bahawa DC dah mula 'ikut-ikut' jalan cerita Marvel di mana menubuhkan satu kumpulan seperti The Avangers. Tapi pada pendapat saya, sama tapi serupa. Eh? Hahaha! Actually, biarlah sama ke tidak asalkan menghiburkan. Watak Barry betul-betul buat pecah perut penonton hampir sama dengan watak Spider-Man. Walau bagaimana pun, saya pilih Barry berbanding Spider-Man. Saya rasa, Barry lebih lucu berbanding Spider-Man. Muka Barry betul-betul lawak terutamanya dalam babak dia terkejut Superman lebih pantas dari dia selepas Superman hidup semula.

Superman

Saya ingat, Superman hidup semula sebab dia belum mati. Rupanya dia memang dah mati dan dihidupkan semula menggunakan Mother Box. Sebut mengenai Mother Box ni, penjahat asyit sebut "ibu ibu ibu..." ingat kan ibu dia. Rupanya sejenis power yang dipanggil Mother Box. Punya laa...manja gila penjahat dia asyik sebut "ibu ibu..." tapi muka bengis siot! Creepy! Wahaha.

Ada satu babak tu, Superman mengamuk macam nak picit-picit si Batman. Kemudian Batman pun hubungi Alfred, "Alfred, give me a BIG GUN".. oh... Big betul GUN dia. Sampai Superman tak jadi nak mengamuk. Cuba teka..apa big gun dia? Kalau dah tengok tu tahu dah la tuu. Hahaha... Saya rasa part tu kelakar. Kelakar ke romantik? atau kesian? Hm.

Barry Allen Tidak Hebat dan Bukan The Flash Dalam Justice League


OKlaa.. Rasanya tu je yang saya boleh cerita tentang Justice Legue selepas tonton sabtu lepas. Yang lain-lain saya just fine. Yang saya asyik teringat-ingat ni, si Barry. Parah-parah...

Sebab, masa dia berlakon kat dalam movie Fantastic Beast, watak dia bengap. Bila dia kat Justice League, 100% kasih saya berikan. 360 kali bintang saya hadiahkan. Kat Barry je laa ok. Jalan cerita 3 bintang, lawak 5 bintang.

Terima kasih membaca.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.