Follow Instagram @sofinahlamudin

Monday, December 4, 2017

Movie solo Barry Allen sebagai The Flash?

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Bagi peminat DC, mesti dah tahu tentang berita movie solo Barry Allen sebagai "THE FLASH" akan muncul suatu hari nanti. Yeah! Saya pun tak tahu bila. Menurut "Screen Rant" , tajuk movie tu adalah "FLASHPOINT". Bagi pembaca-pembaca komik DC mungkin boleh meneka-neka apa yang bakal berlaku dalam movie solo Barry Allen sebagai The Flash ni.



Saya peminat komik tapi bukan DC mahupun Marvel. Wahaha... Geli hati pula saya rasa bila sebut hal ni. Komik yang saya baca dulu-dulu, Ujang, Gila-gila dan Apo. Lepas tu, sekarang Bekazon, sebab Apo dan Ujang dah tak ada sejak tahun 2015. Gabung dalam Bekazon. Selain tu, saya minat Gempak Starz. Hm.. Mana la saya tahu cerita superheroes dari DC dan Marvel. Eh.. tapi sekarang nak cerita pasal DC, bukan Marvel. The Flash tak ada kaitan dengan Marvel. Tapi susah betul otak saya nak asingkan DC dan Marvel. Macam ada persamaan. Sama tapi tak serupa. Kadang-kadang saya keliru. Tehee. Ada hati juga nak membeli komik DC dan Marvel suatu hari nanti.Dengar kata. murah je. ye ke? Tapi tak apa laa. Sekarang biarla dulu simpan dalam hati. Ceh!

Ok, tentang Barry tadi, dalam movie Flashpoint kononnya akan ada kemunculan seseorang yang boleh dikatakan sebagai simbolik kepada The Flash. Kemunculan yang macam mana? Lebih kurang macam dalam movie Marvel tu laa...dalam mana-mana movie keluaran Marvel, mesti muncul Stan Lee. Tehee.

The Flash seorang yang pantas! Kann..? Haa... Kemunculan yang saya maksudkan ni adalah Usain Bolt! Kenal kan siapa Usain Bolt?



Tentang Usain Bolt

Nama penuh Usain Bolt adalah Usain St Leo Bolt, lahir pada 21 Ogos 1986. Usain Bolt adalah seorang pelari terpantas dari Jamaica. Beliau adalah orang pertama yang memegang rekod dunia pelari paling pantas dalam 100 meter dan 200 meter. Selain itu, beliau juga memegang rekod dunia dalam larian 4 kali 100 meter.

Haa...point utamanya adalah Usain Bolt ni lelaki terpantas. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Usain Bolt, boleh google tentang beliau. Taip je "Usain Bolt" akan keluarlah maklumat berkenaan beliau.



Berbalik kepada movie solo Barry Allen sebagai The Flash tadi, Barry kemungkinan besar akan dibantu oleh Cyborg dalam Flashpoint bukan Batman. Sebab, kalau dalam komik, yang membantu The Flash adalah Batman. Tapi, tak payah pening kepala fikir dulu, tunggu je movie ni release, kita terus pergi tonton! Yay! Tak sabar nak tengok Barry lagi lepas ketawa nak keluar anak tekak dengan perangai dia dalam Justice League! Wahahaha.

Boleh baca review saya mengenai movie Justice League klik>>"Barry Allen Tidak Hebat dan Bukan The Flash Dalam Justice League"<<klik

Terima kasih membaca entri ni.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


2 comments:

  1. ezra miller ni mmg perfect bawa watak the flash. marvel ada quicksilver, lebih kurang je personality. mungkin sebb tu ramai yg konfius. hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.