SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Rabu, 20 Disember 2017

Porg Adalah Sebahagian Kebijaksanaan Disney dalam Mempromosikan Star Wars The Last Jedi

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Korang peminat Star Wars? Jenis minat tegar atau suam suam kuku? Wahaha.. Bagi mereka yang sudah menonton filem "Star Wars : The Last Jedi" , pasti dah tahu sangat dengan si watak baru paling comel dalam Star Wars iaitu PORG! Tapi, untuk pengetahun korang semua, PORG sebenarnya sudah pun tular a.k.a viral sejak bulan Oktober 2017 lalu. Kemunculan PORG nampaknya sangat awal dari filem itu sendiri. Mungkin ada yang fikir ia hanyalah prank semata-mata dari peminat Star Wars untuk mendapat perhatian. Wahaha. Tapi nampaknya kemunculan PORG bukanlah prank. Pada pendapat saya pula, PORG adalah sebahagian kebijaksanaan Disney dalam mempromosikan "Star Wars : The Last Jedi". Ini adalah salah satu langkah terbaik untuk memberi rangsangan yang positif kepada peminat filem epik ni membuat promosi dari mulut ke mulut betapa COMELNYA PORG! Sudah pasti wajah PORG menjadi fenomena di sosial media terutamanya dalam kalangan peminat Star Wars itu sendiri.



Seperti yang kita sudah tahu, filem epik Star Wars ni adalah hak milik Studio Lucasfilm. Pemilik Studio Lucasfilm iaitu George Lucas telah menjanjikan beberapa kali untuk menyambung cerita legasi Star Wars tetapi nampaknya kemampuan agak terbatas. Oleh itu, francais film ini telah diambil alih oleh The Walt Disney Company pada tahun 2012 apabila George Lucas menjual Studio Lucasfilm serta francais Star Wars kepada The Walt Disney Company.

Akhirnya, Star Wars mempunyai nafas baru dan kelihatan begitu gempak dan mampu mengegarkan pawagam sejak trilogi terbaru, iaitu "Star Wars : The Force Awaken" pada tahun 2015 yang lalu. Tahun ini, digegarkan lagi dengan "Star Wars : The Last Jedi" yang kononnya akan merungkai siapakah Rey sebenarnya! Boleh baca berkenaan Rey di entri bertajuk "Menyertai Dunia Jedi Star Wars Secara Tidak Sengaja".

Belum pun keluar pawagam, "Star Wars : The Last Jedi" sudah pun menjadi buah mulut peminat apabila Disney telah mereka watak baru iaitu PORG. PORG yang comel telah memarakkan lagi api yang membuak-buak dalam dada sebagai tanda bersemangat menyokong francais Star Wars ini.

Cuba korang llihat sendiri gambar PORG ni. Comel kan? Ni baru tengok gambar. Belum lagi kita tengok watak ni dalam Movie "Star Wars : The Last Jedi". Kecomelan PORG merupakan kuasa paling hebat dalam mempromosikan "Star Wars : The Last Jedi".



PORG adalah sejenis makhluk yang comel, mempunyai mata yang besar dan bulat. Porg hampir serupa dengan  Penguin apabila kita lihat pada sayap dan kakinya yang mempunyai sirip. PORG adalah sejenis burung walaupun bila kita lihat pada wajahnya, ia kelihatan seperti hamster? Wahahaha!

Kini, PORG sudah menjadi watak baru Star Wars yang paling diminati selepas BB8. PORG tinggal di sebuah planet bernama Ahch-To di mana Luke Skywalker berada. Korang pasti ingat semasa Rey mencari Luke Skywalker di sebuah pulau di dalam "Star Wars : The Force Awaken", Hhaaah! Di situlah PORG ini tinggal.

Watak baru PORG ini diinspirasikan oleh sejenis haiwan yang bernama "Puffin" yang berada di Skellig Michael. Skellig Michael terletak di sebuah Pulau di Ireland. Di mana tempat ini menjadi tempat Star Wars membuat pengambaran mengenai Pulau Ahch-To. PORG boleh terbang dan membuat sarang. PORG sejenis mahkluk yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi tetapi mudah juga merasa terganggu. Sama macam manusia juga, PORG mempunyai jantina. Jantan dan Betina. Anak-anak PORG di panggil dengan nama "Porglets". Vvaaah! So comeeeel! Kann? PORG dalam kumpulan pula akan dipanggil sebagai "Murders".

Dalam membuat watak PORG ni di dalam filem, ia adalah sejenis puppet dan digabungkan dengan teknologi CGI. Walaupun hanya watak rekaan tetapi PORG tetap comel dan berjaya mencuri hati peminat Star Wars. Saya sendiri pun dah terpikat dengan PORG ni. Wahaha... Almaklumlah.. tengok benda comel biasanya boleh menjadi terapi. Dari kesakitan jadi kemanisan, dari kesedihan jadi kegembiraan. Malah boleh ubah mood dari marah jadi tenang. Ibarat hitam jadi putih.. Vvaaah!

Belum pun habis "Star Wars : The Last Jedi" ditayangkan di pawagam, nampaknya sudah banyak merchandise Star Wars dijual terutamanya, PORG!



Lepas tengok gambar kat atas, tergoda tak? Jangankan tergoda, dari merancang nak jimat cermat pun boleh jadi terlupa kalau dah minat sangat dengan PORG, guys! Uhrmm.. mak bapa yang ada anak tapi minat Star Wars terutamanya PORG ni, sabar ye.. Wahaha.. Elok lagi beli barang sekolah anak. Tak lama lagi nak buka sekolah kan. Tehee.. Kalau ada budget lebih tak ada hal laa.. Saya faham perasaan orang yang ada minat dan hobi buat koleksi ni. Tehee...

Buat masa ni, saya belum boleh ceritakan perwatakan PORG ni dalam filem "Star Wars : The Last Jedi". Sebab belum tengok lagi. Kalau saya dah tengok nanti, saya akan kongsikan dengan korang apa review saya berkenaan si PORG ni! VvaawaahhHHHH!


Terima kasih baca entri ni.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .



Share:

0 Kata-kata Dari Teman: