Ahad, 28 Januari 2018

1 Foto 1 Cerita : Selepas 13 Tahun Kita Jumpa Lagi

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

1 Foto 1 Cerita kali ni, saya nak cerita tentang seorang guru. Nur Aliyah Tan nama dia. Pada tahun 2003, saya berada di tingkatan 1. Pada awal permulaan saya di zaman sekolah menengah memang tak cantik sangat. Bukan tak cantik sangatlaa.. memang tak cantik pun. Wahaha. Tapi walaupun begitu, bagi saya ia adalah sejenis kenangan yang boleh diingat sebagai kenangan zaman sekolah. Tak laa teruk sangat.. Walaupun tak cantik, tak cemerlang dan sebagainya. Biasaalaa... Macam kerbau terlepas dari kandang weyh zaman sekolah menengah ni. Tehee.

1 Foto 1 Cerita : Selepas 13 Tahun Kita Jumpa Lagi - Sofinah Lamudin
Gambar vintage. Wahaha..
Pada 22 Januari 2003, Cikgu Aliyah start berkhidmat kat SMK Mutiara, tempat saya bersekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5. Hhaaah! Sampai ingat tarikh bila dia masuk. Wahahaha.. Alaa.. majalah sekolah kan ada. Majalah sekolah tahun 2003 memang ada tulis tarikh tarikh guru masuk tu.Boleh tahan power otak saya kalau masih boleh ingat. Lebih seabad dah..kalau birthday saya, saya ingat laa sampai bila bila. Wahaha..

Masa tingkatan 1 tu, saya berkenalan dengan beberapa orang kawan baru. Kami pun mula berkawan rapat pada tahun tersebut. Lama kelamaan, tertubuhnya satu geng atau satu kumpulan idea dari seorang kawan saya bernama Nina atau nama lainnya ada Pink. Sebab dia obses dengan warna pink. Semua barang dia berwarna pink. Nasib baik baju sekolah tak boleh pink. Uhrmm... kumpulan tu terdiri dari 5 orang. Seorang non muslim.

Nama kumpulan pun ada..tu hasil ciptaan kawan saya nama pink dan kinang (Nama sebenar dia Jarina). Nama kumpulan tu saya tak ingat nama penuh, tapi saya ingat ada perkataan "Rockers". Saya pendiam.Tak ada laa rockers mana kot. Wahaha... Kalau Kinang dan Pink memang ada rockers juga laa. Dia orang lagi, Ema dan Sher. Ema dan Sher pun tak terserlah sangat rockers.


Pada mulanya, kami berlima ni bonding agak kuat. Macam belangkas. Tak boleh pisah. Mesti bersama. Kemana mana mesti sama sama. Tak boleh tak ada seorang. Termasuk laa buat hal hal nakal tu kena sama sama.

Contohnya, ponteng kelas, ponteng sekolah, lepak, meniru waktu peperiksaan, jalan jalan keliling sekolah, mengintip atau mengintai orang (bukan tandas ye), ni usha orang je...dan sebagainya. Kitorang buat semua tu atas sebab mesti buat sama sama walaupun tak berfaedah. Kena rotan, kena denda atau masuk bilik disiplin pun kononnya kena sama sama. Hampeh!

Saya masih ingat lagi, Cikgu Aliyah pernah marah gila kat kitorang pada suatu hari tu kat padang sekolah. Waktu tu masa subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Masa tu kononnya kitorang boring. Ponteng la kat padang. Tak pasti macam mana Cikgu Aliyah boleh tahu kitorang kat situ. Dibawanya rotan sebatang. Dia marah sangat sangat. Tak pasti Cikgu Aliyah masih ingat ke tak ni. Wahahaha...

Masa ni, kumpulan kami dah tinggal 3 orang. Dua lagi dah insaf dah. Tak nak dah ponteng ponteng ni. Saya pula belum insaf lagi. Masih follow. Masa nampak Cikgu Aliyah marah gila tu, tiba tiba saya rasa bersalah pula. Kesian pun ada sebab sampai merah padam dia marah. Kena juga la rotan tu kat tangan.

Sejak hari tu, tu yang saya rajin baca buku teks PJK kat rumah. Baca kat rumah je sebab kalau baca kat sekolah, kawan ejek rajin membaca. Meh~ Hhaaah! Saya baca darikulit sampai kulit tau! Alasan? Sebab nak dapat 100 markah untuk peperiksaan PJK. Nak bagi hadiah la kat Cikgu Aliyah tu. Tanda minta maaf. Nak cakap malu malu lagi. Percaya tak? Saya memang dapat 100 markah. YyeahhH..


Kemudian, kami pun mula baik perangai dengan Cikgu Aliyah. Setiap kali PJK, kitorang datang tapi kalau nak tukar baju PJK kepada baju sekolah semula tu mustahil sikit la. Berat betul nak buat. Jangankan nak tukar, kitorang tak bawa pun baju sekolah. Kitorang pakai je baju sukan dari pagi sampai balik. Cikgu lain laa yang denda kitorang sebab masuk kelas dia pakai baju sukan.

Ada 1 masa tu, saya tak ingat bulan berapa dan sempena apa, lama betul tak nampak batang hidung dia. Actually beberapa hari je kot. Yang buat lama tu sebab ponteng ponteng lagi kan. Tehee.. Rupa rupanya Cikgu Aliyah pergi Melaka. Bila dia balik dari Melaka, dia bagi satu ole ole dari Melaka. Blushing weyh! Wahahaha.. Tak tahu la kenapa, dah la pendiam, pemalu pula tu.. Dah masuk sekolah menengah pun perangai masih macam sekolah rendah. Nak bercakap dengan guru guru memang payah.

Rapat dan mudah borak dengan cikgu ni start tingkatan 3. Paling banyak tingkat 4 hingga 5. Tu pun masa tingkatan 3, Cikgu Bahasa Inggeris kata suara saya suara emas (faham faham la maksudnya).

Masa tingkatan satu, saya dan kawan kawan sempat ambil foto kenangan dengan Cikgu Aliyah. Waktu tu dia pakai baju warna hitam. Tapi foto tu saya dah tak tahu pergi mana. Yang saya ada sampai sekarang, foto semasa tingkatan 2. Dia pakai baju kurung hijau kat atas. Kami memang suka bawa kamera pergi sekolah masa sekolah dulu. Suka ambil foto. Dut belanja sekolah untuk beli filem. Kann masa tu tak ada lagi kamera digital. Tak dapat nak bayangkan kalau kitorang ada kamera digital waktu tu.. Fuuhhh! Foto foto sakan!

Di tingkatan 1, memang saya hanya highlight Cikgu Aliyah berbanding Cikgu lain sebab dia baik orangnya. Guru lain ada juga yang baik, tapi watak sampingan je laa..Lagipun saya belum aktif lagi bergaul dengan guru guru sangat masa tu. Geng saya suka sangat mengejek. Macam macam la ejekan tu. Contohnya, "buat buat baik laa tu dengan cikgu.." , "Suka perempuan laa tu.. macam lesbian je.." , "Mengampu cikgu laa tu.."... Wahahahahaha! Saya? kecut. Takut sangat dengan ejekan kawan masa tu..nak baca buku pun seram. Tapi best tau kawan dengan diorang ni. Ceriaaa je sepanjang masa. Kalau nak bergelak, dengan diorang laa.

Pernah satu masa tu, kami ke sekolah macam biasa. Tapi lalu dari pintu belakang sekolah untuk ponteng dan pergi ke bandar Labuan. Biasanya, bila dah tiba masa untuk balik sekolah, kami akan patah balik ke sekolah. Tapi pada waktu tu, kami tiba tiba malas nak balik sekolah.

Kami pergi ke Supermarket, terkejut beruk pula bila nampak Cikgu Aliyah kat situ. Paling lawak, kitorang lari. Wahaha.. sebab Cikgu nampak kitorang. Aduii... parah betul zaman tingkatan 1 saya ni. Nasib baik tak berlanjutan sampai tingkatn 5 perangai macam ni.

Lepas tu, disebabkan malas belajar, semasa di tingkatan 2.. saya masuk kelas paling uncit. Padan muka saya. Masa ni, saya dan Kinang satu kelas. Pink kelas sebelah. Ema dan Sher dah naik kelas pandai pandai. Sebab diorang awal insaf. Wahaha.


Masa ni, Cikgu Aliyah jadi guru kelas saya dan Kinang. Hhaaah! Dah saya ni memang peminat dia kan masa tu, memang laa saya suka. Tapi tak boleh dah laa nak buat markah tinggi untuk subjek dia ajar masa tu. Dia ajar Geografi...pengsan.. tak faham banyak. Faham sikit sikit je. Lagipun, masih nakal lagi awal tahun tingkatan 4 ni. Siap boleh lepak kat tangga waktu belajar, curi curi keluar dari pintu belakang kelas pun pernah. Tak sopan betul perangai.

Pada suatu hari, masa subjek PJK..Cikgu Aliyah cari saya. Cikgu Aliyah bawa pergi ke bilik pengawas jumpa guru pengawas. Dalam hati saya berbisik, menyesal pula ikut. Ni kena denda sebab baju la ni. Sebab masa tu baju PJK saya bukan baju sukan sekolah. Saya pakai baju macam nak pergi bandar. Baju t-shirt warna biru, seluar tracksuit warna purple, tudung bawal warna kuning dan kasut sukan warna biru. Hhaaah! sedang bayangkan pakaian saya la tu... Wahahaha..

Bila dah berdepan dengan Cikgu Suhil masa tu, saya diam dan buat muka reda je bila dia tengok saya dari atas sampai bawah. Tapi peliknya, dia diam. Lepas tu, dia tengok Cikgu Aliyah. Cikgu Aliyah kata "Ni laa dia..". Tambah la saya dup dap dup dap..

Cikgu Suhil pun bersuara..."Saya nak lantik awak jadi pengawas..". Korang boleh bayangkan tak muka saya macam emoji mana satu waktu tu? Wahahaha.. Terkejut! Bukan kejutan sikit. Tapi banyak...

Cikgu Suhil pun tanya, "Awak nak tak?" Saya masih terkedu lagi. Saya tengok Cikgu Aliyah, dia senyum senyum. Saya pun start senyum. Saya rasa macam mana ye.. saya rasa macam ini laa peluang saya untuk berubah. Hhaaah.. lebih kurang macam tu laa.. tiba tiba bertenaga dan rasa bercita cita. saya pun setuju dan terima.

Tapi, dalam masa yang sama, saya berfikir.. macam mana dengan kawan kawan saya nanti? Dah la budak budak jenis nakal. Saya jadi pengawas? Boleh ke buat tugasan pengawas. Paling teruk nak suruh budak lelaki masuk baju ke dalam seluar, nak suruh kawan sendiri tak ponteng dan sebagainya. Saya rasa macam gila pula terima tawaran jadi pengawas ni.
Macam tak munasabah.


Tapi, walaupun begitu.. saya ada dua fikiran. Separuh nak teruskan, separuh lagi nak cakap kat Cikgu, tak jadi. Wahaha. Tapi, saya dah terlajak bagi tahu mommy saya kena pakai baju pengawas. Mommy pula semangat belikan kasut hitam dan pergi buatkan baju biru. Uhrmm..

Dalam keadaan macam tu, saya teruskan je sambil menyimpan perasaan gemuruh dan macam nak terkucil. Bayangkan laa... masa saya di tingkatan 2, ada beberapa kawan saya bukan budak nakal biasa tapi kami panggil dia otai. Kuat buli. Kuat gaduh. Suka menengking, suka mengugut dan sebagainya. Saya rasa macam tak mampu nak jadi pengawas ni. Serius! Tapi tak apa laa..pakai baju biru pun lawa gak kan. Wahahaha.

Bila baju pengawas dah siap, saya pun mula memakai baju pengawas ke sekolah dengan penuh bergaya. Wehehe... Bila sampai ke tapak perhimpunan, kawan kawan satu kelas buat muka terkejut beruk. Saya buat tak tahu je. Bukan satu kelas je laa buat muka macam tu, muka budak budak kelas sebelah pun macam tu.

Awal awal jadi pengawas ni bukan mudah. Susah gila sebab saya memang dah bergaul dengan budak budak nakal dan saya pun 2 kali 5 nakal. Tehee. Awal awal ni saya sendiri pun tak boleh nak jalankan tugas langsung. Contohnya, lepak kat tangga masih buat. Ponteng kelas masih buat. Uh! Tak guna punya pengawas. Wahaha... Tapi sebenarnya sedikit demi sedikit saya buang.

Sehinggalah pernah satu kali tu, si otai tu pegang leher saya. Nak cekik saya bagi satu amaran, jangan kacau kawan kawan dia terutamanya si kinang. Bila entah saya kacau si kinang ni. Kan kinang tu kawan saya dari tingkatan 1 kan. Duduk sebelah saya pula dalam kelas di tingkatan 2.

Kitorang masih berkawan masa tingkatan 2. Cuma banyak perkara saya dah tak ikut diorang.  Kadang kadang saya tak keluar rehat pun dengan diorang. Selain daripada saya memang mula menjauhkan diri, dalam masa yang sama, diorang tak selesa kawan dengan pengawas. Takut saya repot cikgu walaupun hakikatnya tak ada pun saya buat apa apa. Saya bertugas kat tapak perhimpunan je banyak.

Cikgu Aliyah pernah minta tolong bawa buku dia masuk bilik guru. Dalam perjalanan tu, dia pun nasihat kat saya.. belajar rajin rajin. Pilih kawan kawan yang betul. Cikgu Aliyah kata, dia tahu saya cuma ikut ikut je diorang tu. Saya sebenarnya budak baik. Amboi cikgu.. melambong saya ke udara.. Wahaha... Cikgu kata pilihla kawan yang boleh bawa kita rajin belajar, jadi lebih baik.. tahun depan nak PMR dah. Ada betul juga cakap Cikgu Aliyah tu..Uhrmm..

Lama lama saya dan diorang semakin jauh. Sampai ada yang kata saya lupa kawan. Bukan lupa. Ingat la kita pernah kawan. Sampai hari ni saya ingat awal kawan saya dulu. Hhaaah! Ingat senang ke nak lupa. Betul tak? Tapi, saya memilih untuk nak belajar. Kalau saya dengan korang , macam mana nak belajar. Asyik main main je memanjang. Exam macam bukan exam.

Cikgu Aliyah ada rakan guru lain. Dua orang. Seorang nama Raja Norhayati. Satu lagi Faridah. Cikgu Raja mengajar Sains. Ustazah Faridak mengajar Pendidikan Agama Islam. Dua orang guru ni pun sedikit sebanyak membantu perkembangan yang baik untuk saya.

Cikgu Raja, suka buat kelas tambahan sains untuk kelas tingkatan 2 yang lain. Dia ajak saya untuk join. Uhrmm.. Mata pelajaran Sains saya memang haram jadah pun waktu. Satu pun tak faham. Macam mana nak belajar kan, kelas bising setiap hari.


Saya masuk kelas tambahan Cikgu Raja beberapa kali. Tak sangka seronok pula belajar sains ni. Tehee... Melalui kelas tambahan tu, Alhamdulillah Sains saya mula ada peningkatan.

Subjek Pendidikan Agama Islam masa tu masih dalam tulisan Jawi. Walaupun saya pernah bersekolah agama, saya tak pandai baca tulisan jawi. Kalau "Saya" , "Ayam" tu tahu laa.. Wahaahaa.. Tiba tiba, Ustazah Faridah kata, kalau saya dapat A untuk Pendidikan Islam, Ustazah bagi reward. Saya tak pasal pasal pergi terima cabaran tu walaupun saya tak faham tulisan jawi.

Semasa cuti pertengahan tahun, kat rumah saya buka iqra masa mengaji dulu (saya tak habis mengaji masa kecik). Lepas tu, kat situ la saya belajar sendiri tulisan jawi. Kebetulan, kat iqra tu ada tulisan rumi. Ba wau bu, ba alif ba..kemudian, saya buka buku teks Pendidikan Agama Islam, saya translate. Saya tulis kat buku lain. Ulang ulang jawi dan rumi. Lama lama saya pun pandai baca tulisan jawi.

Sebenarnya, apa sahaja tindakan saya semasa di tingkatan 2, diinspirasikan oleh Cikgu Aliyah tanpa pengetahuan dia. Nasihat dia semua saya simpan kepala. Termasuklah pada suatu hari, saya ikut pertandingan melukis buat pertama kali dan dapat tempat ke 2. Masa tu baru saya sedar sebenarnya saya ada bakat melukis. Walaupun hobi saya mewarna dan melukis tu sejak kecil tapi tak pernah pun terfikir itu sejenis bakat. Saya ingat ia hanya hobi dan minat semata mata. Dan saya tak pernah melukis selawa ketika dipertandingan tersebut. Itulah pertama kali.

Disebabkan Cikgu Aliyah merupakan idola saya dari tingkatan 1 hingga 2, pada penhujung tahun ada pengumuman bawah Cikgu Aliyah bakal berpindah dan dia tak akan ada lagi di SMK Mutiara pada tahun seterusnya. Banjir dengan air mata hati saya. Walaupun saya tak tunjuk apa apa reaksi di tapak perhimpunan.

Korang pernah dengar perkataan "Sad Mad". Hhaaah! tu laa perasaan saya masa tu. Sedih dan marah. Kitorang tak ada farewell kat kelas tingkatan 2. Nak buat farewell macam mana dengan kelas budak budak nakal . Uhuhuhu.... Waktu tu pula kebetulan gaduh dengan kawan kawan. Siap kata saya ni, jenis suka dengan sejantina atas sebab tak ada boy friend. Boy friend apa entah baru tingkatan 2. Yang saya ni pula tak kebal dengan ejekan lagi masa tu. Proses nak meningkatkan keyakinan diri lagi.

Cuba bayangkan apa perasaan saya tak jumpa Cikgu Aliyah untuk kata selamat jalan dan terima kasih untuk kali terakhir? Bila dua tiga tahun berlalu, saya rasa langsung tak berbaloi langsung ikutkan perasaan takut kawan ejek masa tu. Hadiah farewell untuk Cikgu Aliyah pun tak bagi. Wahaha.. Teruk confident level waktu tu.

Di tingkatan 3, mula lah hidup baru saya tanpa Cikgu Aliyah kat sekolah tu. Selalu juga teringat kelibat dia kat mana mana dalam sekolah. Tapi nak buat macam mana. Saya ada nombor fon dia, tapi tak berani nak contact walaupun masa tingkatan 3 tu dah ada handphone.

Hhaaah! Start tingkatan 3, kawan kawan saya yang nakal nakal manja tu pun dah semakin bagus perkembangan diorang. Diorang tu nakal tapi baik hati. Ceria dan boleh tahan aktif juga. Banyak kali juga terserempak dengan Kinang masa umur dah makin meningkat ni. Wehehe. Maintain comel macam dulu. Ema dan Sher pun sama. Pink je yang tak pernah jumpa sejak dia pindah sekolah dulu.


Tingkatan 5, lepas SPM.. saya ada contact Cikgu Aliyah. Tapi malangnya dia dah tukar nombor. Saya try mesej tapi pending. Pada tahun 2008, saya dah ada facebook. Saya cuba taip nama Cikgu Aliyah.. tapi tak jumpa pun dia. OK.. redha je laa..

Lepas tu, tahun 2013 saya cuba taip lagi. Wahahaha... Saya akan teringat dia kalau masa berkemas barang barang lama, terjumpa barang barang tingkatan satu atau tingkatan dua. Tapi tak juga ada.. Jadi saya biarkan la dia berlalu.. Mungkin tak ada jodoh nak contact tanya khabar.

Tahun 2016, saya kemas album. Saya buka foto.. nampak foto wedding dia. Dia bagi semasa saya tingkatan 2. Saya teringat kat dia lagi. Macam biasa saya cuba taip nama dia lagi kat facebook. Hhaaah! Jumpaa!!! Teruja tidak terhingga. June 2016. Tapi..sampai hujung tahun tak approve approve pun. OK... tak apa la.. Dah tak aktif agaknya.

Saya pun lupakan. Nak buat macam mana. Tahun ni, 2018.. saya buka facebook saya yang saya add dia tu (Saya ada 4 facebook). Tak sangka, dia approve 3 Januari lalu. Saya pun mesej FB dia. Dia pun bagi nombor fon dia , mungkin jarang buka facebook jadi dia bagi nombor fon suruh PM.

Maka, berakhirlaa sudah persoalan saya, nak tahu khabar, nak tahu dah mengajar kat mana dan akhirnya boleh cakap terima kasih sebab semua perkara starting dari Cikgu Aliyah masa sekolah dulu. Cikgu Aliyah belanja foto family dia kat Whatsapp. Comel betul laa! Paling saya happy tu bila Cikgu Aliyah kata, gambar saya dan geng dengan dia, dia masih simpan termasuk hadiah kitorang dulu. VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

2 ulasan:

  1. Seronok baca memori lama Sofie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ka Kak Pip? Wahaha.. zaman budak budak kak pip..

      Padam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.