SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Rabu, 17 Januari 2018

Laluan Hidup Berdasarkan Pengiraan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi)

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Pernah tak korang dengar berkenaan laluan hidup berdasarkan tarikh lahir korang? Melalui tarikh lahir, kita mengira menggunakan pengiraan metafizik sains pernomboran (numerologi). Laluan hidup berdasarkan pengiraan metafizik pernomboran ini sudah pernah dibincangkan dalam blog ini di "personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir". Tetapi, di dalam entri tersebut, saya menggunakan perkataan yang sering digunakan dalam kalangan masyarakat Malaysia iaitu "KOD ASAS" atau "PERSONALITI ASAS" kita melalui pengiraan metafizik pernomboran (Numerologi). Jarang sekali kita mendengar perkataan "Laluan Hidup".

Laluan Hidup Berdasarkan Pengiraan Metafizik Pernomboran (Numerologi) - Sofinah Lamudin


Laluan Hidup

"Laluan Hidup" berasal dari perkataan bahasa Inggeris "Life Path" . "Life Path" merupakan sebahagian dari ilmu numerologi di bawah cabang ilmu metafizik dan metafizik pula adalah ilmu fasalah. Meh~ Jangan sakitkan kepala dengan perkataan perkataan complicated macam ni. Tehee... Jadi, saya lebih suka pakai perkataan mudah mudah supaya seronok di baca dan mudah difahami. Tidak semua orang suka perkataan canggih lantaran terpaksa pula buka kamus dewan bahasa dan pustaka keempat. Uhrmm..

Baca semua soalan dan jawapan metafizik di sini

Laluan hidup berdasarkan pengiraan metafizik pernomboran ini merupakan jumlah nombor atau nilai melalui pengiraan tarikh lahir kita. Sebab itulah ada juga yang menyebut sebagai rahsia tarikh lahir. Mengapa ia dipanggil rahsia tarikh lahir? Kerana disebalik pengiraan nombor tersebut menyimpan apakah watak seseorang, apakah sikap dan perangainya, apakah personalitinya. Laluan hidup ini, atau kod asas ini adalah merupakan kod atau nombor yang menunjukkan siapakah kita dari dalaman kita sejak lahir lagi. Dan...semua personaliti, watak, sikap, perangai kita itu akan dibawa bersama kita sepanjang hayat kita! Nombor laluan hidup ini menerangkan kepada kita bagaimanakah kita secara semula jadi.

Saya tak perlu nak ajarkan lagi cara mengira laluan hidup. Sebab dah ada kat entri  "personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir". Boleh belajar kira dari situ. Tehee... Atau boleh juga ke entri "menjawab semua soalan mengenai personaliti metafizik tarikh lahir (part 1)" untuk langkah demi langah pengiraan. Seronok kalau dah tahu kira sendiri. Jadi Belajar kira slow slow... nanti boleh la ajar kawan sebelah.


Saya menulis berkenaan laluan hidup ni sebab saya ingin berkongsi berkenaan Tempoh Laluan Hidup.

Tempoh Laluan Hidup

Informasi berkaitan tempoh laluan hidup boleh membantu kita untuk mengetahui tentang laluan hidup kita secara umum. Tempoh laluan hidup setiap individu mempunyai 3 jenis tempoh laluan hidup. Iaitu:


Laluan Hidup Berdasarkan Pengiraan Metafizik Pernomboran (Numerologi) - Sofinah Lamudin


  1. Tempoh laluan hidup fasa pertama - yang merujuk kepada bulan lahir seseorang.
  2. Tempoh laluan hidup fasa kedua - yang merujuk kepada hari lahir seseorang.
  3. Tempoh laluan hidup fasa ketiga - yang merujuk kepada tahun lahir seseorang.

Tempoh masa laluan hidup bermula dari saat kita lahir dan tempoh masa laluan hidup tersebut akan bertukar setelah menjangkau ke "Tahun Peribadi" yang pertama seseorang individu. Uuhh! Apa pula laa "Tahun Peribadi" ni. Saya akan jelaskan di entri yang seterusnya, OK!


Peralihan tempoh laluan hidup fasa pertama menuju ke  fasa kedua dan ketiga adalah sangat perlahan dan beransur ansur. Ia bukanlah mengejut atau drastik. Tempoh laluan hidup fasa pertama akan berakhir sekurang kurangnya pada umur 28 tahun.

Tahun Peribadi seseorang individu akan dikira semula ketika berumur 28 tahun. Sekiranya kiraan tahun peribadi seseorang individu itu adalah nombor 1, ia bermaksud itulah permulaan kepada tempoh laluan hidup fasa keduanya. Jika kiraan tahun peribadinya adalah nombor 2, jadi tahun sebelumnya merupakan tempoh laluan hidup fasa keduanya sudah pun bermula. Contohnya, tahun ini adalah tahun 2018, dan kiraan tahun peribadinya adalah nombor 2, maka tempoh laluan hidup fasa keduanya sudah pun bermula pada tahun lepas, 2017.

Jika kiraan tahun peribadinya adalah nombor 3 hingga 9, maka seseorang itu haruslah menunggu kiraan untuk tahun peribadinya adalah 1 untuk mengetahui tempoh laluan hidup fasa keduanya sudah bermula atau belum.

Proses yang sama akan dilakukan untuk mengetahui bilakah bermulanya tempoh laluan hidup fasa ketiga. Ia sepatutnya  sebelum, semasa atau selepas berumur 56 tahun.

Contonya, Tarikh lahir saya adalah 16.09.1990, Pada tahun 2018 ini merupakan tahun saya mencecah umur 28 tahun. Oleh itu, inilah masanya saya mengira tahun peribadi saya. Apakah sudah bermula tempoh laluan hidup fasa kedua saya? Jeng jeng jeng... Tehee...

. . . . .
. . . . .

Berdasarkan pengiraan tahun peribadi melalui tarikh lahir saya, tahun peribadi saya pada tahun 2018 ini adalah 9. Jadi, saya perlu menunggu untuk tahun peribadi saya bernombor 1. Barulah tempoh laluan hidup fasa kedua saya bermula. Berdasarkan pengiraan, pada tahun 2019 merupakan bermulanya tempoh laluan fasa kedua saya. Di mana bermaksud, tahun yang sesuai untuk bertindak kerana ia merupakan fasa di mana kita menjadi lebih kuat dari fasa yang lain. Pada tahun tersebut juga mungkin kita akan kurang bersosial lantaran kesibukan. Kesibukan untuk fokus dalam melakukan sesuatu

Untuk cara mengira TAHUN PERIBADI, boleh nantikan entri saya seterusnya yang disertakan dengan penjelasan setiap nombor TAHUN PERIBADI. Stay tune! VvaawaahhHHHH!


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

7 Kata-kata Dari Teman:

MiYOKO SuKi berkata...

thanks for sharing

Gja berkata...

Waw.. perkongsian yg mmg rare. Terima kasih

Sofinah Lamudin berkata...

you're welcome..

Sofinah Lamudin berkata...

Sama-sama...

Liza Razak berkata...

Terima kasih di atas penerangan tentang tahun peribadi anda..aku pun tersekat dlm 2nd hari lahir.

Sofinah Lamudin berkata...

Sama-sama...

Sofinah Lamudin berkata...

Uhrm.. sama cara juga...