Isnin, 29 Januari 2018

Review Saya Selepas Menonton Maze Runner Ke 3 : The Death Cure

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

27 Januari 2018 yang lepas, saya dan Mr.Bee pergi ke Perdana Cineplex WP.Labuan untuk menonton Maze Runner yang ke 3 : The Death Cure. Lepas saya tengok Maze Runner ke 3 : The Death Cure ni, saya rasa macam nak tengok sekali lagi waktu tu juga. Hhaaah! Kenapa? Baca review saya selepas tengok Maze Runner ke 3 : The Death Cure ni sampai habis. Sampai habis tau! Tehee..

Review Saya Selepas Tengok Maze Runner Ke 3 : The Death Cure - Sofinah Lamudin

Sejak berita watak utama cedera pada tahun 2015, Maze Runner ke 3 : The Death Cure, saya memang dah rasa kecewa sikit sebab filem tu terpaksa ditangguhkan. Lama pula tu. 2018 ni baru boleh tengok. Jadi, bila Maze Runner ke 3 : The Death Cure ni release di Malaysia pada awal tahun 2018 ni, saya dan Mr.Bee tak mungkin lepaskan peluang untuk menonton movie ni.

Awal cerita, Thomas dan kawan kawan lain meneruskan misi untuk menyelamatkan Minho dari sebuah kereta api. Berpenat lelah mereka nak selamatkan Minho tiba tiba Minho tak ada kat situ. Kesian Thomas. Disebabkan kegagalan tersebut, Thomas nak pergi mencari Minho sekali lagi. Disebabkan misi menyelamatkan Minho sebelum sebelum ini telah membuatkan Kevin kehilangan ramai orang, Kevin tak sangggup nak pergi mencari Minho sekali lagi tanpa membuat perancangan yang betul. Dengar khabar tempat yang mereka nak pergi tu bahaya.


Tetapi, Macam biasa, Thomas kan degil. Dan dia seorang yang setia kawan. Mustahil sangat dia nak terima kenyataan kehilangan Minho tanpa mencuba untuk menyelamatkannya. Dalam masa yang sama, Thomas sendiri tak nak menyusahkan dan melibatkan kawan kawannya yang lain untuk mengambil risiko pergi menyelamatkan Minho sekali lagi.

Jadi, dia pun nak pergi sendirian. Kadang kadang, saya sakit hati betul dengan perangai si Thomas ni. Degil tak bertempat malah nak buat sesuatu tak buat perancangan dan tak ada strategi. Main langgar dinding je. Dia ingat, kehidupan diorang yang banyak virus dan zombi tu macam main game mobile legends ke? Ehh? Wahahaha..

Tapi, macam dalam movie yang lain juga. Confirm akan ada member member yang akan tolong dan sokong watak utama atau hero. Semangat kekawanan namanya. Tehee... Jadi, yang ikut Thomas ni, Jorge, Brenda, Newt dan Frypan. Kenapa nama dia "Frypan" ? Hhaaah! Korang mesti dah lupa. Kena tengok semula kat Maze Runner nombor 1 ye.


Masa dalam perjalanan nak ke bandar rahsia yang kononnya tak wujud dalam peta tu, Thomas, Frypan dan Newt sempat diserang oleh zombi. Mula mula saya rasa panik juga. Rasa macam seram juga. Tapi, teringat masa dalam Maze Runner pertama, Jorge dan Brenda confirm akan ada muncul secara tiba tiba jadi hero. Hhaaah! Sama la macam dalam Maze Runner ke 3 ni. Kalau dalam Maze Runner, kalau ada babak yang macam kecemasan, darurat dan panik tu, jangan percaya sangat.. akan muncul la Jorge dan Brenda tu. Jangan risau. Brenda dan Jorge ni pembantu terbaik si Thomas tu dalam movie ni.

Review Saya Selepas Tengok Maze Runner Ke 3 : The Death Cure - Sofinah Lamudin

Kalau part kejutan, yang betul betul kejutan adalah apabila Thomas dan kawan kawan yang lain tiba tiba diculik oleh orang orang yang memakai topeng! Bila dia buka topeng, semua orang dalam panggung wayang tu akan bunyi macam ni "Haaaa? Aikk? Bukan dah mati ke?". Semakin kerap dalam mana mana movie barat akan wujud situasi seseorang watak ni akan hidup semula. Betul tak?

Sebab ada muncul satu watak yang dah mati semasa di Maze Runner 1, menjadi pembantu diorang dalam Maze Runner ke 3 ni. Namanya Gally. Saya yakin korang semua dah lupa dah siapa Gally. Jadi kena ulang tayang movie Maze Runner nombor 1 ya.

Dalam movie Maze Runner yang ke 3 ni, saya sebenarnya nak kan jawapan untuk persoalan demi persoalan dari movie yang pertama dan kedua. Jawapannya memang ada tapi saya rasa macam tak puas hati. Macam ada yang tak kena. Macam gantung.. Selepas tengok Maze Runner ke 3 : The Death Cure ni sampai tamat, saya rasa macam bakal ada sambungan lagi. Ke feeling saya je macam tu? Wahaha.. tapi serius laa.. macam tak cukup memuaskan movie Maze Runner ke 3 ni.

Apa yang saya faham, selepas Thomas tidak lagi berpihak kepada Wicked sejak dalam movie Maze Runner pertama, saya dapati banyak sangat konflik yang berlaku dalam jalan cerita Maze Runner ni berlaku dari kesilapan setiap watak terutamanya watak watak yang menonjol seperti Thomas sendiri, Teresa, Ava dan Janson.

Kalau kita imbas kembali sejak awal, saya rasa agak bengang bila dapat tahu penawar bagi semua virus tu semua rupanya Thomas. Bila Thomas keluar dari Wicked dan masuk ke Glade iaitu tempat Maze Runner yang Thomas dan Teresa ditempatkan semasa di movie Maze Runner 1, agak rasa kesal juga kan sebab selama ni, sebelum dia menentang Wicked, Thomas ada depan mata Wicked je. Sebenarnya penawar semua virus tu ada di depan mata dah. Jadi, nak salahkan Thomas tak untuk kesilapan yang dia buat ni? Disebabkan dia buat kecoh, dia semakin jauh dari Wicked, kajian untuk mendapatkan penawar atau serum yang boleh memusnahkan virus tersebut semakin berpanjangan dan semakin bertangguh tangguh.


Tapi, ye laa.. Thomas pun belum tahu lagi, dialaa penawar. Kalau dia tahu, lain lagi la cara dia menentang Wicked. Nak dia menyerah diri dengan Wicked begitu sahaja tu mustahil pula kalau tengok sikap si Thomas ni. Sebab apa, Wicked ni memang ada tujuan yang baik iaitu nak mendapatkan penawar tapi cara mereka tu salah. Salah sangat. Malah kejam apatah lagi Janson.

Semasa dalam movie Maze Runner ke 3 : The Death Cure ni, penonton mungkin akan merasa keliru. Keliru yang banyak bila lihat sikap Ava Paige. Ava Paige tu tak laa nampak jahat sangat betul tak? Yang sebenar benarnya penjahat dalam movie ni, bukan Wicked tapi manusia yang tamak dalam Wicked terutamanya Janson yang mementingkan diri.

Selain tu, semarah marahnya kita dengan Teresa sebab membelot Thomas dan rakan rakannya di kem sayap 5 di movie Maze Runner ke 2 : The Scorch Trial, saya rasa agak bersimpati dengan Teresa dalam Movie Maze Runner ke 3 : The Death Cure ni. Simpati bukan sebab dia mati dalam movie terakhir ni tapi...simpati sebab hati dia yang tulus nak mencari penawar untuk merawat dan menamatkan virus yang sudah merebak dengan teruk dan dasyat ni sejak huru hara berlaku dalam Wicked oleh Thomas.

Jadi, tak dapat nak salahkan Teresa juga dengan tindakannya membelot. Dia rasa itulah pilihan yang dianggapnya betul. Dia mencuba untuk melakukan hal yang terbaik. Teresa bukan jahat. Pihak Wicked yang mengelirukan penonton sebenarnya. Wahahaha. Teresa baik orangnya tau! Tehee..

Cuma, mungkin ada penonton akan kata, Teresa bodoh sebab pilih Wicked semasa mereka dah jumpa The Right Arm sedangkan, The Right Arm, ada seorang doktor yang pernah bekerja di Wicked untuk membantu menghasilkan serum atau membantu menghasilkan ubat bagi merawat sesiapa yang dijangkiti. Tetapi, pada pendapat saya, Teresa memilih Wicked kerana Teresa belum tahu lagi penawar virus itu adalah Thomas. Malah, Teresa mungkin juga merasa Wicked mempunyai peralatan yang cukup untuk kerja kerja ekperimen disebabkan Wicked mempunyai dana untuk mendapatkan peralatan dan bahan eksperimen.

Atau...Terese sebenarnya sudah dimanipuasi oleh pihak Wicked? Atau Teresa mempunyai kepercayaan yang salah?

Walau bagaimanapun, walaupun jalan cerita agak mengelirukan atau kurang baik, tetapi aksi dalam movie memang power! Terutamanya peperangan antara pihak wicked dan penduduk luar tembok serta, saya tergamam juga tiba tiba wujud bandar begitu canggih dan hebat pada waktu darurat macam tu. Bangunan dengan design yang futuristik sangat!

Selain tu, part brenda bawa bas pun boleh tahan buat kita rasa seram sejuk. Wahaha...

Pada pendapat saya, masih banyak persoalan lagi yang bermain main dalam kepala penonton selepas menonton Maze Runner ke 3 : The Death Cure ni. Saya rasa macam nak menggali pun ada. Rasa ingin tahu semakin membuak buak pula lepas tengok movie Maze Runner yang ke tiga ni.

Jadi, untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat dan bagus, saya rasa lebih elok baca novel dia je. Mungkin jalan cerita tak la seteruk dalam movie Maze Runner ke 3 ni. Dah laa kononnya Maze Runner : The Death Cure ni adalah sequel yang terakhir. Ye ke? Seriusly? Nak beli buku Maze Runner laa.. VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

4 ulasan:

  1. kawan2 CT ramai suka citer ni.. tapi i is kenot genre macam ni hehe.. so kalo diorang nak tengok ramai2 memang diorang jela kena pi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awal awal dulu tak minat juga. Tapi bila try tengok yang fisrt tu, tiba tiba macam best pula. Wahaha... jadi saya layankan je.

      Padam
  2. Nilai persahabatan sangat kuat dalam cerita ni. Hargailah orang disekeliling kita.

    BalasPadam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.