Rabu, 24 Januari 2018

Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 1

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Entri kali ini saya ingin menulis sedikit hasil analisis tarikh lahir dan tahun peribadi yang berkaitan dengan kehidupan saya di masa lalu. Nak tahu sejauh mana kebenaran dan logik analisis tahun peribadi berdasarkan metafizik sains pernomboran ini, kita boleh menoleh kebelakang sambil membaca setiap penjelasan untuk setiap tahun peribadi yang saya sudah kongsikan di entri bertajuk "Tahun Peribadi Berdasarkan Pengiraan Tarikh Lahir Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi)".


Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 1 - Sofinah Lamudin

Saya menganalisis setiap perkara yang pernah berlaku dalam hidup saya di masa lampau dan saya ingin tahu sejauh mana ia membentuk satu pattern dalam kehidupan kita melalui pengiraan tahun peribadi metafizik ini di masa hadapan.



Pada pendapat saya, ada kebenaran dan ada logiknya. Apatah lagi jika kita memang belum tahu menahu berkenaan metafizik sains pernomboran ini. Kita pasti akan terkejut mengetahui fakta disebalik nombor nombor tersebut! analisis yang saya kongsikan disini tidak sepenuhnya lengkap kerana ada juga perkara yang saya terlupa. Misalnya, kisah dan cerita saya semasa di sekolah rendah. Tidak banyak yang saya ingat. Melainkan di sekolah menengah dan seterusnya hingga yang terkini.

Melalui proses menganalisis dan mengkaji setiap tahun peribadi saya ini bukanlah mudah kerana saya perlu menyelongkar semua foto lama agar membantu saya membuat 'recall' untuk mengingat apa yang pernah berlaku dulu memandangkan diari sudah dibakar.. Wehehe..

Jadi, mari saya kongsikan analisis dan kajian ini ke atas tarikh lahir saya dan setiap tahun peribadi saya. saya akan kongsikan cerita ringkas dari tahun 1990 hingga 2017 berdasarkan fakta yang saya tulis di entri "Tahun Peribadi Berdasarkan Pengiraan Tarikh Lahir Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi)" .

Amaran : Analisis dan kajian ini bukanlah bermaksud ia satu ramalan untuk masa hadapan. Setiap yang berlaku di masa depan bergantung dengan apa yang kita usahakan dan kerjakan atau hanya berlaku akibat dari setiap tindakan yang kita pilih. Analisis dan kajian ini hanya untuk melihat sejauh mana kebenaran dan logik setiap kecenderungan kita pada tahun peribadi tertentu yang boleh menjadikan sesuatu itu berlaku akibat dari tindakan kita pada ketika itu. Oleh itu, apa yang bakal berlaku di masa hadapan, kita boleh membuat persediaan mengikut kemampuan, kematangan, fikiran dan pengetahuan kita melalui kiraan metafizik sains pernomboran ini.

Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi)

Saya lahir pada tahun 1990 dan saya berumur 27 tahun di tahun 2017. Pada tahun 2018, saya akan berumur 28 tahun pada bulan September. Mengikut pengiraan, tahun peribadi saya adalah 9 pada tahun 2018. Ini bermakna, tempoh laluan hidup fasa kedua saya akan bermula pada tahun 2019.


Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Sofinah Lamudin

Jadual di atas merupakan kronologi hidup saya dari sejak lahir hingga tahun 2017. Ia merupakan Tempoh laluan hidup saya fasa pertama atau dikenali sebagai tahun tahun awal.

Disebabkan saya tidak ingat apa yang berlaku dalam hidup saya secara terperinci pada tahun 1990 hingga 1995, jadi saya teruskan ke analisis dari tahun 1996. Analisis ini saya kaitkan dengan fakta dari tahun peribadi dari tahun peribadi pertama hingga kesembilan.

Zaman Sekolah Rendah

Pada tahun 1996, saya mula bersekolah di sekolah Tadika Al-Iman. Di mana pada masa itu, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 5


Menurut fakta tahun peribadi ke 5, kita akan mendapat kawan baru dan bersosial. Semasa saya di tadika, sudah tentu dapat kawan baru.
Saya masih ingat lagi, saya bukan jenis yang suka berkomuniti masa tu. Pendiam dan pasif. Saya hanya berkawan dengan sepupu saya. Tu pun, bukan semua sepupu menjadi kawan saya. Wahaha.. Jadi, kawan saya semasa di tadika tidak ramai dan bukan semua di tadika itu adalah kawan bagi saya. Hanya seorang sahaja yang rapat dengan saya sehingga darjah 6. Syazliyana Alias.

Pada tahun 1997, saya sudah mula bersekolah rendah. Saya masuk darjah 1. Ketika ini, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 6.



Tahun peribadi ke 6 merupakan tahun penyesuaian dan pelarasan.
Kebetulan, saya masuk ke sekolah rendah, agak sesuai untuk proses penyesuaian diri.


Tetapi, tahun peribadi ke 6 merupakan tahun yang mempunyai kadar yang agak perlahan.

Bila membuat imbas kembali, dari segi pembelajaran memang penerimaan saya agak perlahan.


Selain itu, menurut fakta tahun peribadi ke 6, pertukaran emosi kita kepada mereka yang rapat dengan kita sepatutnya menjadi yang terbaik sepanjang tahun ini.
Tetapi disebabkan kawan saya yang rapat dengan saya pada waktu itu, mempunyai sedikit masalah dengan saya, Wahahaha.. maka pertukaran emosi itu agak kurang baik. Saya masih ingat lagi, kawan saya suka ambil stationery saya masa tu.. suka meminta duit dan sebagainya. Apabila my mommy datang, so, friendship kami hanya sampai di situ. Hambar..

Pada tahun 1998, saya masuk darjah 2. Ketika ini tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 7.



Tahun peribadi ke 7 adalah tahun yang sesuai untuk belajar dan penulisan.
Tetapi malangnya..saya tidak ingat apakah progress saya semasa di darjah 2. Wehehehe.. Jadi saya tidak boleh nak buat analisis untuk tahun ni.

Pada tahun 1999, saya masuk darjah 3 dan tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 8.


Menurut fakta tahun peribadi ke 8, tahun ke 8 akan membuatkan kita merasa begitu bercita cita. Tahun peribadi kelapan merupakan tahun yang membuatkan kita berfikir dan mengambil langkah dalam membuat keputusan terbesar dan akan mendapat pencapaian.
Saya tidak dapat menyangkal atau menafikan hal ini. Sepanjang saya di darjah 1 hingga 2, saya bukanlah pelajar cemerlang apatah lagi pelajar pandai. Saya dalam kalangan pelajar sederhana dan memerlukan masa untuk faham apa yang dipelajari. Ketika saya darjah 3, saya mempunyai sikap yang berbeza berbanding semasa darjah 1 dan 2. Mungkin terlalu banyak komplen dari mommy bahawa saya kurang pandai. Wahaha.. Jadi, saya cuba untuk belajar.




Semakin banyak saya meluangkan masa untuk belajar, membuat kerja rumah dan menghafal, semester pertama saya saya mendapat kedudukan terbaik dalam kelas. Saya mendapat tempat pertama! Pencapaian yang sangat baik! Tetapi, malangnya, saya mula kurang bertindak dengan baik setelah masuk semester ke 2. Kedudukan peperiksaan saya di dalam kelas jatuh 3 tangga. Saya hanya mendapat tempat ke 4.


Hal ini bermaksud, jika kita bertindak pada tahun peribadi yang betul, In Shaa Allah ia akan membuahkan hasil dan kita akan terlepas peluang tersebut jika kita tidak bertindak.


Pada tahun 2000, saya sudah pun berumur 10 tahun. Tidak banyak peristiwa yang saya ingat pada waktu ini. Pada tahun 2000 adalah merupakan tahun peribadi saya yang ke 9. Di mana ia bermaksud tahun penutupan. Buang yang keruh ambil yang jernih.


Pada tahun 2001, saya masuk darjah 5. Saya sudah berumur 11 tahun. Pada tahun ini juga saya tidak dapat hendak membuat 'recall' apa apa peristiwa secara terperinci. Ada juga memori yang saya ingat tetapi saya tidak pasti tahun yang tepat. Pada tahun 2011 ini adalah tahun peribadi saya yang ke 1. Selepas tahun peribadi 9 di tahun 2000, tahun peribadi saya akan kembali ke nombor 1 semula. Malangnya, saya tidak dapat membuat kajian secara terperinci pada tahun ini kerana tidak ingat banyak pada tahun 2000 hingga tahun 2001.


Pada tahun 2002 adalah tahun paling genting bagi murid sekolah rendah saya kerana akan menduduki peperiksaan UPSR. Saya sudah berumur 12 tahun. Pada tahun ini, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 2.



Tahun peribadi ke 2 adalah tahun yang banyak tekanan dan ketegangan.
Tapi saya tidak dapat pastikan apakah peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2002 secara terperinci.

Hanya 1 perkara yang saya ingat. Ketika saya darjah 6, saya pernah bergaduh dengan seorang kawan lelaki. Kami seumur. Menurut fakta tahun peribadi ke 2, tahun peribadi ke 2 adalah tahun ketegangan dan s
ikap agresif akan menjadikan masalah buat masa sekarang. Saya bersikap agresif dan marah dengan kawan lelaki tersebut dan tercetus pergaduhan. Wahahaha... dan.. dia menangis sebab uhrmm.. saya tumbuk muka dia.. Huhuhuhu... Sorrryyyy!

Jadi, kecenderungan untuk menjadi agresif akan wujud pada tahun peribadi ke 2. Dan disebabkan saya masih 12 tahun, masih mentah. Maka, saya tidak berfikir secara matang. 


Setakat itu sahaja yang saya boleh kaitan fakta tahun peribadi dengan kehidupan saya dari 1996 hingga 2002 sebab tak banyak yang saya ingat. So far memang ada kebenaran dan logiknya. Tapi, sukar juga untuk membuat analisis dan kajian secara terperinci di zaman kanak kanak kerana kita masih dalam kawalan ibu bapa walau apapun sikap kita semasa di sekolah rendah... dan kadang kadang, mungkin tindakan kita dipengaruhi oleh nasihat ibu bapa. Bukan dari diri sendiri.


Walau bagaimanapun, melalui pembacaan ini, jika korang adalah ibu bapa, saya mengesyorkan ini adalah cara mengenal anak anak korang, perwatakan dan kecenderungan mereka. Ibu bapa boleh mengawal atau mendidik mereka mengikut minat dan personaliti mereka.


Zaman Sekolah Menengah


Pada tahun 2002 menunjukkan bahawa tahun peribadi saya adalah yang ke 2, jadi..semasa saya masuk tingkatan 1 pada tahun 2003, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 3. Saya pula berumur 13 tahun. Jujur, banyak perkara yang saya ingat sepanjang bersekolah menengah berbanding sekolah rendah. Maklumlaa.. zaman remaja.. Tehee.


Menurut fakta tahun peribadi ke 3, tahun peribadi ke 3 merupakan tahun yang bahagia, tahun bersosial dan ia umumnya mencetuskan getaran yang cerah dan ceria. Tahun peribadi ketiga adalah merupakan tahun terbaik untuk memeriksa khabar rakan rakan lama dan meluaskan lingkaran sosial kita untuk mendapatkan rakan rakan baru.
Berdasarkan yang saya highlight, itu ada betulnya semasa saya berada di tingkatan 1. Pada waktu itu, buat pertama kalinya saya merasa begitu seronok ke sekolah, bahagia dan enjoy! Saya mendapat kawan baru yang gila gila. Bersosial dan uhrmm.. boleh tahan nakal juga. Disebabkan tahun tersebut merupakan tahun peribadi ke 3 saya, saya cenderung untuk mengikuti godaan tersebut.




Sebenarnya saya ada kawan lama dari sekolah rendah semasa di tingkatan 1 tetapi, nampaknya kecenderungan saya lebih kepada kawan baru yang bersosial. Kami menikmati apa sahaja keadaan pada masa tersebut. Ketawa, berkenalan dengan senior, guru-guru, ponteng kelas, ponteng sekolah dan sebagainya. Well, bukan permulaan yang baik di sekolah menengah tapi itulah berlaku.



Tahun peribadi ke 3 juga ada menjelaskan bahawa kita akan cenderung untuk bersosial dan menikmati kehidupan bersosial sepenuhnya pada tahun ketiga ini walaupun kita terpaksa membayar akibatnya di kemudian hari.
Selepas perbuatan ponteng sekolah, ponteng kelas dan malas belajar waktu tu, saya akhirnya masuk kelas tercorot di tingkatan 2. Wahaha.. Jadi, hati hati dan jangan lalai jika kita berada dalam tahun peribadi 3 sebab kita mungkin akan lebih ghairah dan teruja untuk bergembira dan kekurangan tanggungjawab atau tanggungjawab akan dilepaskan apabila mengikut perasaan nak berseronok.

Pada tahun 2004, saya masuk kelas terakhir atau tercorot dalam tingkatan 2 tersebut. Tahun peribadi saya pada ketika ini adalah tahun peribadi ke 4.



Menurut tahun peribadi ke 4, kehebatan tahun lepas yang penuh ceria, berseronok dan bergembira betul betul akan dilupakan pada tahun peribadi keempat. Tahun keempat merupakan tahun bekerja keras dan berusaha. Tahun peribadi keempat merupakan tahun penggalian dan penubuhan semula mengenai kawalan diri.
Secara tidak sengaja dan dirancang, kecenderungan saya di tahun 2004 lebih kepada inginkan perubahan yang lebih baik. Pada awalnya memang agak sukar kerana saya masih dalam kalangan rakan rakan yang bersosial, bergembira, berseronok dan tidak minat belajar. Ada masanya saya berputus asa untuk berubah kerana kurangnya dorongan dan kuatnya godaan untuk bergembira dengan rakan rakan. Wahaha..

Namun, ada sesuatu yang berlaku beberapa bulan selepas masuk ke tingkatan 2. Di mana saya juga tertanya tanya kenapa jadi begitu. Mungkin Tuhan mendengar luahan hati saya yang ingin berubah. Tidak mahu ponteng, mahu bejalar baik baik dan sebagainya. Atau ia adalah tarikan alam berkenaan minda bawah sedar saya? atau...memang itulah kecenderungan bagi tahun peribadi ke 4?

Ada seorang guru yang baik sejak saya di tingkatan 1. Cikgu Nuraliyah Tan namanya. Namun, kebaikkannya kurang berfungsi kepada saya semasa di tingkatan 1. Wahahaha. Tetapi, berfungsi dengan baik dan sepenuhnya semasa saya di tingkatan 2. Cikgu Aliyah lah sumber inspirasi yang kuat ketika percubaan saya untuk maju dan meninggalkan hal hal yang tidak berfaedah dan mula belajar dengan baik.

Ada beberapa perkara yang Cikgu Aliyah lakukan membuatkan saya kuat untuk berubah menjadi seorang yang berusaha, belajar dan bekerja keras untuk menjadi seorang pelajar yang baik (bukan cemerlang).

Pertama, Cikgu Aliyah selaku guru kelas saya di tingkatan 2, memilih saya menjadi pengawas sekolah pada tahun tersebut.

Kedua, Cikgu Aliyah memberi satu nasihat agar saya mula belajar baik baik pada tahun ini kerana tahun depan akan menjelangnya PMR.

Ketiga, Cikgu Aliyah berpesan..pilih kawan yang baik. Tinggalkan kawan yang tidak membawa ke arah kemajuan diri.

Keempat, Cikgu Aliyah mengajak saya ke surau (sebenarnya saya tidak bersedia langsung..banyak yang saya tidak tahu).

dan...cikgu Aliyah ada dua orang rakan guru yang boleh tahan rapat juga. Seorang mengajar subjek Sains, Cikgu Raja Norhayati dan Ustazah Faridah Ismail mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.

Cikgu Raja Norhayati menawarkan saya untuk masuk ke kelas tambahan subjek sains di kelas lain. Bukan membuat kelas tambahan untuk kelas saya sebab pelajar di kelas saya mungkin sukar nak di kawal atau mungkin tak ada yang berminat pun untuk datang ; mungkin. Uhrmm..

Ustazah Faridah Ismail menawarkan reward jika mendapat A subjek Agama Islam semasa peperiksaan semester pertama.

Pada tahun ini juga saya mula 'study hard' untuk memahami tulisan jawi demi peperiksaan subjek pendidikan agama islam.

Pada tahun 2004 ini juga saya mula untuk memberanikan diri menyertai pertandingan melukis dan mendapat tempat ke 2.

Kesimpulannya, tahun peribadi ke 4 ini sedikit sebanyak membantu kemajuan saya pada tahun 2004 dengan bantuan beberapa orang guru terutamanya Cikgu Aliyah sebelum beliau berpindah sekolah.


. . . . .
. . . . .

Pada tahun 2005, saya masuk tingkatan 3. Hasil dari kerja keras dan usaha pada tahun 2004, saya berjaya masuk ke kelas hadapan. Kedua hadapan. Kelas budak lebih pandai ada lagi kat depan. Saya berjaya mendapat tempat pertama di peperiksaan akhir tahun di tingkatan 2 dan cemerlang pendidikan seni. Tapi tidak sehebat budak kelas pertama. Wahaha..

Pada tahun 2005 ini merupakan tahun peribadi ke 5 saya. Tahun peribadi ke 5 mengatakan bahawa kita mungkin akan mendapat rakan baru pada tahun kelima ini apabila aktiviti sosial diperluaskan.Ya! Saya mendapat rakan baru memandangkan saya bertukar kelas yang lain semasa di tingkatan 3. 


Selain itu, tahun peribadi ke 5 juga menjelaskan, sekiranya kita menjadi seseorang yang lemah pada tahun lalu, sekarang adalah masa untuk mencari arah yang baru.

Ketika di tingkatan 3, saya agak kekok pada awalnya kerana banyak yang saya tak faham. Cara budak budak bijak bergurau jauh beza dengan budak budak nakal di kelas belakang. Saya agak bingung dan mula mendiamkan diri pada awalnya. Kurang bergaul dengan mereka.

Dalam kelas baru tu juga saya merasa agak ganjil bila keadaan begitu senyap ketika cikgu mengajar di depan. Wahahaha. Tidak seperti di kelas sebelum ini. Cikgu bercakap dan mengajar di depan, kelas tetap huru hara. Hanya mereka yang fokus sahaja yang dengar apa cikgu cakap kat depan.

Semasa saya di tingkatan 3, suasana agak fokus, sepi, tenang dan weird? Yup... sedikit ganjil pada pandangan mata dan fikiran saya pada mulanya. Tetapi, setelah beberapa bulan dalam kelas baru, saya mula faham dan berubah 360 darjah.


Selain itu, menurut fakta tahun peribadi ke 5, masalah bagi individu yang berada dalam tahun peribadi kelima adalah akan cenderung untuk menyelerakkan tenaga dalam segala arah. Namun, pada tahun kelima ini, keupayaan kita untuk melakukan kerja secara terperinci agak terhad dan ia akan membuatkan kita merasa sangat terbatas.
"Menyelerakkan tenaga dalam segala arah" tu memang betul. Banyak aktiviti sekolah yang cuba saya sertai dan akhirnya saya tak mampu nak angkat sangat sebab tak fokus untuk PMR.


Fakta tahun peribadi kelima juga mengatakan bahawa, tahun peribadi kelima bakal mengubah hidup kita kepada perubaha yang besar.
Ada benarnya fakta ini jika saya kaitkan dengan kisah saya pada tahun 2005. Perubahan yang besar sangat bagi saya semasa di tingkatan 3 adalah saya boleh menyertai kem! Wahahaha... 

Serius! sejak dari sekolah rendah... aktiviti untuk saya sertai adalah sangat terhad. Actually bukan terhad. Tapi, tak ada.. atau tak mungkin kecuali ditemani oleh mommy atau kakak. Saya seorang yang 'sukar dilepaskan' oleh ibu bapa especially my dad.

Apa yang berubah pada tahun 2005 adalah buat pertama kali, ayah mengizinkan saya menyertai satu kem. Kem bermalam di sekolah. Kem PMR. Bagi saya itu adalah perubahan besar. Finally, saya boleh join aktiviti macam ni. Saya teruja sangat.

Kesimpulannya, tahun peribadi kita betul betul boleh mempengaruhi kecenderungan kita dalam kehidupan.

Bersambung di entri part 2 - "Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 2".


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.con tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.