Khamis, 1 Februari 2018

Melawat Medan Selera Moden (Baru) di Wilayah Persekutuan Labuan

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pada penghujung bulan Januari 2018, saya dan Mr.Bee ke Kompleks Sukan Air, Wilayah Persekutuan Labuan untuk melawat Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan bagi menggantikan Medan selera lama bersebelahan dengan Hotel Billion Waterfront, Hotel Grand Dorsett dan Financial Park WP.Labuan / Ujana Kewangan WP.Labuan.

Melawat Medan Selera Moden (Baru) di Wilayah Persekutuan Labuan - Sofinah Lamudin
Wefie tu wajib. Wahaha.. Berlatar belakangkan Medan Selera yang bakal beroperasi tak lama lagi.
Setelah berabad lamanya, Medan Selera (Lama) beroperasi berhampiran Ujana Kewangan, Hotel Grand Dorsett dan Hotel Billion Waterfront WP.Labuan. Sejak saya masih kecil lagi, Medan Selera (Lama) ni sudah pun wujud. Sudah berapa peniaga bertukar ganti di sini. Yang masih maintain hingga hari ni pun ada juga.


Saya masih ingat lagi, semasa saya bekerja di Parkson Ria Financial Park WP.Labuan, saya dan kawan kawan kerja selalu datang ke Medan Selera untuk makan malam pada jam 4 petang atau 5 petang. Macam macam jenis makanan dah saya cuba kat Medan Selera sejak kerap datang ke Medan Selera (Lama) tu.

Melawat Medan Selera Moden (Baru) di Wilayah Persekutuan Labuan - Sofinah Lamudin
Foto kenangan dengan kawan kawan Parkson. Saya balik dari sekolah (Form 6), lepak sini dengan diorang.. 
Makanan kegemaran sejak dulu sampai hari ialah Soto Makasar dan Soto Urat dari gerai Uleq Mayang. Ada seorang pak cik yang pandai betul buat Soto kat situ. Lepas ajak Mr.Bee lepak makan kat sana, di pun start suka makan soto makasar pak cik tu.

Ada juga beberapa kenangan yang termeterai kat Medan Selera (Lama) ni. Macam macam. Antaranya adalah jumpa Kak Nora buat pertama kali kat sini. Tehee.. Selain tu, lepak dengan seorang kakak dari Baitulmal, makan kat sana tiba tiba dia menjerit. Ingatkan kenapa.. rupanya ada kucing kat kaki dia. Kelakar bila jumpa orang fobia dengan kucing sedangkan kita suka kucing. Kat Medan Selera (Lama) ni meriah dengan kucing.

Melawat Medan Selera Moden (Baru) di Wilayah Persekutuan Labuan - Sofinah Lamudin
Medan Selera (Lama) WP.Labuan..

Melawat Medan Selera Moden (Baru) di Wilayah Persekutuan Labuan - Sofinah Lamudin
Medan Selera (Lama) WP.Labuan..
Tulis sikit tentang kenangan kat Medan Selera (Lama) ni sebab suatu hari nanti, Medan Selera Labuan (Lama) ni akan dirobohkan apabila semua peniaga berpindah ke Medan Selera Moden (Baru).

Pada tahun ini, warga WP.Labuan telah melihat perkembangan yang baik sangat berkenaan pembinaan Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan yang sedang dikerjakan sejak beberapa tahun yang lalu di Jalan Tanjung Purun, berhampiran dengan Kompleks Sukan Air, Wilayah Persekutuan Labuan.


Kebetulan memang Kompleks Sukan Air, WP.Labuan tu pun tempat kegemaran saya dan Mr.Bee lepak. Lepas dah buka Medan Selera Moden (Baru) WP.Labuan nanti, confirm sure akan lagi kerap datang kat sana.

Pada Januari 2018, 90% Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan telah pun siap. Untuk pengetahuan warga WP.Labuan dan pelancong dari luar WP.Labuan, permohonan ruang niaga gerai medan selera moden (baru) WP.Labuan ini telah pun tamat pada bulan November 2017 tahun lepas. Hhaaah! Ada yang dah apply tak?

Bila borang dah diedarkan tu, dijangka ada kemungkinan Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan akan dibuka dan dirasmikan tidak lama lagi.

Melawat Medan Selera Moden (Baru) di Wilayah Persekutuan Labuan - Sofinah Lamudin
Cantikk kan?
Untuk pengetahuan warga WP.Labuan dan pelancong dari luar WP.Labuan, Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan ini mempunyai banyak gerai makanan dan minuman. Medan Selera ini juga cukup luas dan cantik dari segi reka bentuk dan warna bangunan. Saya paling suka tengok pentas bulatan di ruang kosong Medan Selera Moden (Baru) tu. Tak pasti lagi bakal diapakan kat tempat kosong tu nanti.

Di Medan Selera Moden (Baru) ini, disediakan tandas awam dan surau untuk kemudahan pengunjung yang makan dan minum di sana.

Melawat Medan Selera Moden (Baru) di Wilayah Persekutuan Labuan - Sofinah Lamudin

Selain itu, Medan Seleran Moden (Baru) di WP.Labuan ini juga menyediakan taman permainan untuk kanak kanak bermain. Oleh itu, boleh lah ibu bapa membawa anak anak ke Medan Selera Moden (Baru) ini sambil menikmati makanan yang dijual.

Melawat Medan Selera Moden (Baru) di Wilayah Persekutuan Labuan - Sofinah Lamudin
Uhrmm...pak cik pinjam dulu korang punya permainan ni ye. Wahaha..
Pengunjung yang berjogging, bersukan di Taman Rekreasi berhampiran juga boleh singgah untuk menghilangkan kepenatan bersukan dan bersenam. Apatah lagi pada hujung minggu.


Jangan lupa untuk singgah ke Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan setelah beroperasi kelak, OK!

Lokasi : Medan Selera Moden (Baru) WP.Labuan, Jalan Tanjung Purun, Kompleks Sukan Air Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

6 ulasan:

  1. Geng lama kaka juga tu 3 org uniform parkson.. hehe.. d mna la durang skrg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Lim dan Kak Jelin di Sabah. Kak Bianah maybe di Labuan masih Kak Rafidah. Terima kasih singgah dan baca "Melawat Medan Selera Baru di Labuan" kak...

      Padam
  2. Medan seleranya luas dan nampak santai je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kak Haida.. Nampak best. Tak sabar tunggu Medan Selera Baru Labuan ni buka dan dirasmikan.

      Padam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.