SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 2 Februari 2018

Adakah Kau Rindu?


Hai sahabat lama,
Semalam aku bertemu dengan kau lagi..
Kau tidak tahu betapa hatiku gembira..
Melihat kau berdiri di hadapan ku lagi..
Tersenyum dan bercerita..

Malangnya, sahabat lama,
Kau hanya bertemu aku di dalam mimpi..
Mimpi yang bagiku terlalu indah rasanya..
Dan setiap kali,
Mimpi itu hanya beberapa saat sahaja..

Sahabat lama,
Adakah kau rindu?
Atau hanya fikiran bawah sedarku semata?
Kau kini sudah berusia..
Masihkah kau berdendam kerana kisah dulu?

Saat kita bersahabat,
Aku tidak pasti sejauh mana aku kau anggap sahabat..
Aku juga takut hanya aku yang menganggap kau seperti sahabat..
Aku sebenarnya keliru atas semua yang berlaku tanpa berfikir akibat..

Pernah disuatu saat itu,
Hubungan kita semakin renggang,
Waktu itu, bagiku itu salahmu..
Kerana tidak mahu menghentikan perang..
Atau mungkin juga salahku?
Kerana tidak berfikir panjang.

Tapi,
Di saat kau menangis di atas semua yang berlaku,
Di situ aku mula berfikir, mungkin kau sudah kulukai..
Di saat kau bertanya kenapa aku jadi begitu..
Di situlah aku mulai sedar, kau sebenarnya tidak pernah mengerti.

Sahabat lama,
Terlalu banyak perbezaan antara kita,
Berbeza usia..
Berbeza bangsa..
Berbeza budaya..
Berbeza kerjaya..

Bagaimana untuk kau mengerti aku?
Bagaimana pula untuk aku mengerti kau?

Tapi, walaupun persahabatan kita hanya sementara.
Kau di antara insan yang tidak pernah aku tidak sayang.
Hari ini kita tidak pernah lagi berbicara.
Tapi bila ku lihat kau baik baik saja, hati ku girang.

Adakah kau rindu?
Adakah kau rindu sahabat lama mu ini?

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: