Showing posts with label 30 Days Blog Challenge. Show all posts
Showing posts with label 30 Days Blog Challenge. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

Blog Challenge : Day 30 - Who are you?

 Simple.

I A M  W H O  I  A M



Blog Challenge DONE! :)

Have a nice day...Wassalam...

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Saturday, July 20, 2013

Blog Challenge : Day 29 - In this past month, what have yo learned

Assalammualaikum Readers dan Bloggers :)

Apa yang dipelajari agaknya ?

Banyak!! Sangat banyak...Apapun, yang paling terkesan dalam diri saya adalah tiga perkara :

PERTAMA
Hargai orang yang sayang kita. Hargai orang yang ada untuk kita. Hargai mereka selagi dia ada untuk kita. Selagi Allah masih nak dia untuk kita maka hargailah.. Jangan bila dia dah tak ada baru cari dia balik. Baru terhegeh-hegeh nak dia balik. Apa perasaan kita bila, masa dia ada, kita abaikan perasaan dia. Masa dia ada, kita ringankan pengorbanan dia untuk kita. Masa dia ada, kita buat-buat bodoh lepas tu bila dia dah tak nak kat kita, baru menyesal nak dia kembali kepada kita sedangkan, SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT! (Jangan menyesal bila kita kehilangan BULAN sedang kita leka mengira BINTANG)..



KEDUA
Jangan ulang kesilapan yang sama. Kalau kita pernah buat silap, MAKE SURE jangan buat benda yang sama. Pernah dengar ayat ni : Kesalahan pertama adalah kesilapan, kesalahan kedua adalah pilihan. Betul kan ? Kali kedua, kita sepatutnya dah tahu perkara tu silap. Kita patut dah tahu perkara itu adalah salah. Kenapa kita ulang? Itu pilihan namanya. Sengaja memilih untuk buat perkara salah sedangkan kita tahu perkara itu salah. YES! Manusia itu tidak lari dari melakukan silap. Tapi adakah kita perlu mengulang silap yang sama dengan alasan, "Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan" ? ALASAN!! Itu bukan lagi kata-kata nak taubat, tu dah jadi kata-kata alasan. Dah jadi kata-kata yang boleh digunakan supaya senang lenang untuk kita buat silap.. Jangan buat macam tu sebab, nanti bila kita dah betul-betul menyesal dengan silap kita, orang dah tak percaya kita menyesal dengan apa yang kita lakukan. Kesalahan pertama pun buat orang sakit hati, apatah lagi kesalahan kedua kan?



KETIGA
Hati-hati dalam memilih kawan. Kadang-kadang dalam dunia ni kita tak sedar dan tak nampak dengan siapa kita berkawan. YES! Dia baik kat kita. Dia senyum kat kita. Sebaliknya kita tidak tahu apa dia buat belakang kita. Apa tujuan dia buat baik dengan kita? Apa tujuan senyuman dia? Kita dilarang bersangka buruk dengan orang lain itu sangat diakui. Tetapi saya juga mengakui bahawa kita perlu berhati-hati dalan memilih dengan siapa kita berkawan. Pernah dengar, dengan siapa kita berkawan itulah cerminan kita? Lihat, jenis manusia yang macam mana akan berkawan dengan sekian-sekian jenis? Kadang-kadang kawan yang rapat dengan kita pun "bermuka plastik" apatah lagi yang jauh. Saya tak kata, jangan percaya orang. Saya cuma nak kata, HATI-HATI. Jika jumpa kawan yang tidak sepatutnya, tinggalkan!




P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Friday, July 19, 2013

Blog Challenge : Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changes since then?

Assalammualaikum Readers,

Blog challenge hari ni nak kita compare gambar last year dan sekarang... Jom kita bandingkan! :D



APA YANG BERUBAH ??? KACA MATA.... HAHA....

Blog challenge tu apa ? Baca SINI ...

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Thursday, July 18, 2013

Blog Challenge : Day 27 - Why are doing this 30 day challenge

Assalammualaikum Readers,



Of course la tertanya-tanya kan... apa kebendanya blog challenge ni. Kenapa sanggup buat blog challenge ni even tak dapat apa-apa pun. Kan ? hehehehe..

Saya just suka-suki untuk buat blog challenge ni. Lagipun tajuk dia bukan lah susah sangat pun.. Boleh jawab..

Dalam masa yang sama boleh juga "meramai" kan post/entry saya kat blog yang tak seberapa ni.

..dan..semua soalan blog challenge, saya jawab seperti yang sepatutnya dan jujur. Di masa depan nanti ia akan menjadi "history" dalam blog ni, so, i can read it again :) Jadi bahan bacaan sendiri...

Lagipun, soalan-soalan blog challenge ni agak menarik minat saya untuk join dan tulis kat blog saya.. Its about life..and feeling..

Done. Bye.

Apa blog challenge tu ? Sila KLIK SINI untuk baca oke :)

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Wednesday, July 17, 2013

Blog Challenge - Day 26 : What you think about your friends

Assalammualaikum..Readers dan Bloggers sekalian..

Tajuk kali ni mantapss...HAHA...



Apa yang saya fikirkan tentang kawan-kawan ? Tidak semua kawan-kawan itu boleh dipercayai. Kita kena pilih dengan siapa kita berkawan. Kadang-kadang, perkataan "kawan" akan diguna pakai untuk tujuan lain. Tujuan yang mungkin akan menikam belakang tanpa kita sedari.. Dengan erti kata lain, TALAM DUA MUKA. Depan ? Yes dia kata kita kawan dia. Belakang ? Dia cakap lain pula. Ada kan type yang macam ni ? hah!

Bukan nak berburuk sangka kat orang tapi, kalau dah tahu dia macam mana, terbukti macam tu, tak layak jadi kawan, takkan kita nak terus kawan dengan dia, right ?

Apa-apa pun, saya tahu tidak semua orang macam ni. Just hati-hati agar tidak terkena lagi. Paling teruk rasanya bila kita tahu kawan sendiri yang kita percaya, yang kita anggap kawan tapi buat "tahi" kat belakang kita berbanding kita dapat tahu musuh kita buat hal kat belakang.


Tak payah nak tulis banyak-banyak pasal ni... Saya yakin orang kat luar sana tu lebih faham. Malah ada yang terkena lebih teruk kot. Sabor saja laaa kalau jumpa kawan "MUKA PLASTIK" . lols.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Tuesday, July 16, 2013

Blog Challenge - Day 25 : What i would find your bag

Assalammualaikum Readers dan Blogger :)

Untuk hari yang ke 25 ni, Blog challenge tanya apa yang ada dalam beg pula. HAHA..

Rasa sama saja macam orang lain kot.

Dalam bag saya ada :

  • Handphone
  • Payung kecil
  • Tisu
  • Duit
  • Buku kecil
  • Pen
  • Pendrive
  • Lipstik

Apa lagi ek? Haha.

Apa lah blog challenge ni tanya ni pula.. -_-

Apa blog challenge ni ? Sila baca SINI.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Monday, July 15, 2013

Blog Challenge - Day 24 : A letter to your parents

Assalammualaikum Readers, :)

A letter for my parents,

Dear mami dan ayah,

Assalammualaikum,
Saya sebenarnya ter-touching dengan tajuk blog challenge yang kali ini. Surat untuk mami dan ayah.. tak tahu nak mulakan macam mana.

Oke lah surat ni khas untuk mami dan ayah. Bukan semata-mata sebab nak jawab blog challenge ni. Cuma , blog challenge ni dah bagi tajuk macam ni, jadi biarlah saya ambil kesempatan menulis secara jujur dan dari hati seorang anak.

Pertama, mami dan ayah, terima kasih sebab jaga saya sampai sekarang.Terima kasih sebab jaga makan dan minum saya. Terima kasih sebab bagi segala yang diperlukan dengan cukup malah lebih dari cukup sebenarnya. Tak ada yang tak pernah cukup. Terima kasih sebab memberi kasih sayang yang sangat membahagiakan.

Mami dan ayah, saya tengok mami dan ayah dah semakin lanjut usia. Tapi senyuman yang manis tetap setia diberikan khas buat saya setiap hari. Gurauan manja tetap ada tiap hari walau sibuk macam mana pun saya. Pesanan tak pernah putus-putus untuk saya walaupun saya dah besar panjang. Walaupun mami dan ayah selalu kata sakit-sakit, tapi mami dan ayah tetap kuat dan tabah! Ceria macam biasa.. Maafkan saya kalau respon saya macam batu. Macam orang tak ada perasaan kan? Bukan macam tu. Saya diam bukan sebab tak kisah. Tapi hakikatnya saya tak suka mami dan ayah sakit-sakit. Saya sedih!.. Sampai mami dan ayah sekarang dah macam ni, saya rasa masih tak ada apa-apa yang saya beri. Mungkin ada tapi tak hebat kan mami, ayah? Sampai usia kamu macam ni, dan saya dah besar macam ni, nak lengkapkan rumah macam ayah buat tu pun saya tak mampu. Di kala saya perlukan sesuatu, mami dan ayah selalu ada. Di kala kamu berdua perlukan sesuatu, saya ada tapi..tapi masa itu jugalah saya tidak ada kecukupan wang untuk menjadikan itu menjadi kenyataan. Walaupun mami dan ayah tak pernah meminta tapi hati mesti menaruh harapan kan? :'( Maafkan saya...Saya sebak bila saya hulurkan duit yang hanya sedikit itu, mami dan ayah dah senyum sampai telinga dan berikan saya ciuman. Terima kasih sebab pemberian yang kecil itu sangat berharga dan besar buat mami dan ayah. Saya terharu.

Mami dan ayah selalu kata penat bekerja. Saya tahu semua itu sangat memenatkan dan sekarang ni sepatutnya sudah tiba masanya untuk berehat di rumah. Walaupun saya sudah tidak perlu meminta wang dan apa-apa lagi seperti kecil-kecil dulu tapi saya cukup sedih bila tidak boleh buat kamu berdua duduk di rumah dan berehat. Saya minta maaf!

Benarlah orang kata, pengorbanan kedua orang tua tu sangat besar hingga kita tidak mampu nak balas. Tapi semua tu bukan alasan untuk saya duduk diam! Saya minta maaf. Mungkin saya tidak mampu memberi dari segi kebendaan dan kewangan yang banyak. Tapi In Shaa Allah saya akan jadi anak yang baik dan jaga nama baik mami ayah. Terima kasih kerana mendoakan kebaikan anak mami dan ayah. Alhamdulillah saya jadi macam ni sekarang. Syukur seadanya.

Ayah pernah marah saya sebab saya pernah kata nak jadi orang kaya. BUKAN niat nak lukakan hati. Bukan menghina keluarga kita yang hidup sederhana. Bukan juga tidak bersyukur dengan apa yang ada. Tapi saya kata macam tu bersebab. Jika saya ada wang banyak, saya tahu, saya nampak, apa yang mampu saya lakukan untuk mami dan ayah walaupun suatu hari nanti saya bukan lagi dibawah jagaan mami dan ayah tapi di bawah jagaan seorang lelaki bernama suami. Saya impikan kemampuan itu! Kemampuan memberi..memberi dan terus memberi...tanpa henti..

Josie kata, kalau anak banyak duit, dia boleh hantar ibu bapa pergi mekah. Boleh belikan makanan tambahan untuk kesihatan ibu bapa. Boleh beri keselesaan dari segi pakai, makan dan sebagainya. Boleh juga bantu orang lain yang memerlukan. Boleh bagi mami ayah duduk rumah berehat. Duit belanja saya boleh berikan. Saya sangat tersentuh bila ada sahabat saya berjaya mencapai tahap itu, memberi kehidupan kepada ibunya seperti ibunya memberi kehidupan kepadanya sejak kecil. Saya nak jadi macam tu. Walaupun, saya tahu mami dan ayah tidak mengharap semua tu. Tapi saya ada impian seperti itu. Tak salah kan mami, ayah ? Doakan saya berjaya. Doakan saya sempat lakukan itu. Walaupun mungkin tidak sehebat sahabat saya itu. Tapi biarlah ada jangan langsung tak ada.

Josie kata betul..Mr.Seng kata juga betul..Kita bukan nak taburkan kekayaan kita dengan bermegah-megah sana sini. Tapi jika orang Islam kaya, dia mampu lakukan kebajikan yang banyak. Walau macam mana pun kan mami dan ayah, Tuhan tu sangat adil! Dia bagi saya dan orang lain akal dan kemampuan tersenyum. Akal untuk berfikir , biar bukan duit dan harta yang banyak untuk menyenangkan hati mami dan ayah, mungkin sikap dan doa anak mami dan ayah ni kepada tuhan untuk kesejahteraan untuk mami dan ayah menjadi milik mami dan ayah. In Sha Allah. In Shaa Allah senyuman comel anak mami dah ayah setiap hari ini akan menghiburkan hati mami dan ayah. In Shaa Allah, saya tidak mahu menjadi anak yang menyusahkan.

In Shaa Allah, Segala kebaikan akan menjadi milik kita, mami dan ayah.

Mami dan ayah, saya sayang mami dan ayah. Tanpa mami dan ayah, siapalah saya. SIAPA LAH SAYA DI DUNIA NI. Mami dan ayah tiada ganti. Cikgu kata, soal jodoh, kawan dan sebagainya, boleh diganti. Tapi IBU dan AYAH? TIADA GANTI..tidak akan ada gantinya.

Akhir sekali, saya mohon ampun segala dosa dan silap. Saya tahu saya selalu melakukan silap. Semoga raya tahun 2013 ni, saya mampu bangunkan semangat mami dan ayah beraya dengan meriah..In Shaa Allah. Kita akan sambut raya meriah tahun ni In Shaa Allah. Tambah-tambah bersama Encik Tunang, Mohd Nasyit. Saya dah kata kan, saya nak lelaki yang betul untuk dijadikan menantu mami dan ayah. In Shaa Allah Nasyit adalah hero yang terbaik. Doakan hubungan kami mami dan ayah. Semoga jodoh kami berpanjangan. :)

Semoga mami dan ayah dirahmati Allah, dilindungi, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan semoga segala kebaikan menyebelahi mami dan ayah. Amin.

Yang Benar,
Bibi. You beloved Doter.

LOVE BOTH OF YOU VERY MUCH..


Info blog challenge : KLIK SINI.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Sunday, July 14, 2013

Blog Challeng - Day 23 : Something you crave for a lot

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hari ni blog challenge bagi tajuk yang syok sikit nak jawab. HEHE. Sebelum nak cerita, jom tengok gambar-gambar kat bawah :






Apa kaitan gambar-gambar kat atas dengan tajuk blog challenge ni?

VACATION : Saya nak melancong ke mana-mana yang saya nak.Luar dan dalam Malaysia.
KAMERA DSLR : Saya nak merakam semua kenangan dan apa sahaja yang saya lihat dalam kehidupan dan sepanjang saya melancong. Sekeping gambar menyimpan 1000 patah kata.
MOTOR dan BASIKAL : Saya suka mengambil gambar, saya nak ada dua benda ni kerana supaya saya dapat pergi ke tempat menarik untuk mengambil gambar. Motor dan basikal adalah kenderaan kecil yang senang menyusup ke kawasan sempit. Tak ada cermin dan terbuka. Senang la shoot foto. Round Labuan dengan benda alah ni salah satu permulaan perjalanan saya ke luar dan dalam Malaysia.
HATI/LOVE : Saya nak lakukan semua ni dengan insan tersayang (Pasangan hidup) khasnya. Bersama keluarga umumnya.

Kalau saya melancong, perkara utama dalam kepala saya adalah "Gambar" , "Aktiviti" dan "catatan" bukan "shopping".

But...apa yang saya idam-idamkan sangat kat atas ni. Bukan senang nak buat dan dapat atas sebab-sebab tertentu kerana ia menuntut sesuatu sebelum ia menjadi kenyataan.

Pertama : DUIT.
Kedua : USAHA.
Ketiga : ILMU.
Keempat : BISNES PLAN.
Kelima : DOA.
Kenam : TAWAKAL.
Ketujuh : FOKUS.
Kelapan : KESUNGGUHAN.
Kesembilan : KESABARAN.
Kesepuluh : RAJIN.

KENAPA "DUIT" tu saya highlight? Kalau mengidamkan perkara di atas sangat-sangat, maka idamkanlah DUIT dulu. HAhahahaha! Bila dah nak sangat dapat duit, of coz kita berusaha kan? Cuba fikir, kalau nak ajak orang tersayang sekalipun, kalau dia pun tak mampu macam mana? Kita kena lah belanja dia :) oh indahnya.. hehe.

Wassalam.

Blog Challenge? Apa tu? Baca kat SINI.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Saturday, July 13, 2013

Blog Challenge - Day 22 : What make different from everyone else

Assalammualaikum Readers,

Aduh, apa ni? Blog challenge saya tak tahu nak jawab apa yang ni.. Tak tahu tak tahu...Apa yang yang lain dari orang lain? Saya tak tahu laa...Saya manusia. Saya ada hidung ada mata...apa yang lain? muka? muka memang lain-lain la pasal nanti kalau semua sama mana satu sofie mana satu nasyit kan? haha.

Last-last tanya Encik Tunang saja lah. HAHAHAHA!

Encik Tunang saya jawab, saya sweet dan comel.. hahaha.. Okeylah tu memang bukan lain dari orang lain, semua orang pun sweet dan comel kepada pasangan masing-masing kan. Anak buah saya lagi comel daripada saya ni eh..

But, Encik Tunang kata, saya sweet dan comel dan yang lain tidak sebab diorang tu orang lain punya.So, diorang tu sweet dan comel untuk orang lain. Saya tunang dia..so, saya comel dan sweet untuk dia :D

Comelnye jawapan dia ^_^ Thanks my Mohd Nasyit.. hehe.


Blog Challenge ni apa? Sila baca SINI.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Friday, July 12, 2013

Blog Challenge - Day 21 : A picture of something that makes you happy

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

A picture of something that makes you happy? Banyak la yong :p Hehehe...Banyak moment yang buat saya happy. Tambah-tambah saya memang suka ambil foto. Koleksi foto pun bertimbun. But, saya share the latest one la kan.. PALING HAPPY! Syukur ke hadrat Ilahi.

Tengok Encik Tunang senyum sampai telinga...hehehe..Happy kan dia? Siapa tak happy bila berjaya UPGRADE ke level tinggi dalam hidup iaitu alam pertunangan.Dia kata, lepas ni dia nak UPGRADE lagi ke level yang LEBIH TINGGI :) alam perkahwinan.. Amin. Dia kata, dia nak jaga saya. hehehe....Alhamdulillah.
Apa ni? Blog Challenge? Sila Baca SINI.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Thursday, July 11, 2013

Wednesday, July 10, 2013

Blog Challenge - Day 19 : Nicknames you have and why do you have them

Assalammualaikum Reader dan Bloggers,

Kali ini blog challenge tanya nicknames yang ada pula...Malu-malu kucing la dibuatnya. haha. Btw, di bawah senarainya.

Nick 1 : Manja - Outta nama ni dari nama saya yang real kan? hehe. Nama ni wujud sebab arwah abang saya, Abang Supawi. Beliau yang bagi nama ni pada saya sebelum dia "pergi" dulu. Kakak saya kata, beliau nak nama saya lain dari yang lain.

Sampai sekarang, jiran-jiran saya, keluarga sebelah ayah dan mami saya panggil saya "manja" . dan satu-satunya cikgu yang panggil saya "manja" ialah Cikgu Suriani :)

Nick 2 : Bibi - Nama ni orang rumah saya sahaja yang panggil macam ni. Mak, ayah, kakak, abang ipar panggil macam ni. Jiran panggil manja.

Nick 3 : Sofie - Nama ni wujud pada tahun 2007. Seorang kakak angkat mula panggil saya macam tu. Start dia semakin ramai panggil saya dengan nama ni. Now, Encik Tunang pun suka panggil saya "Cik Sofie" hehehehehe...

Nick 4 : Sop/Sof - Kawan-kawan saya dari tahun 1997 hingga 2006, memang panggil saya dengan nama ni. Senang kot nak sebut. Macam usop je bunyi... hahahaha...

Nick 5 : Fina - Nama ni jarang orang panggil but ada. Wujud sebab nama saya "Sofinah" ambil yang belakang.

Nick 6 : Nina - Seorang kakak angkat panggil saya "Nina" dulu. Tahun 2006.

Nick 7 : Budak Kecik - Ni knoa la yang dok panggil macam ni. Sekarang dah besar dah la :p

Nick 8 : Sayang - Encik Tunang saya sahaja yang boleh panggil :p HAHAHA.

Bye.

Blog Challenge? Apa tu? Baca kat SINI.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Tuesday, July 9, 2013

Blog Challenge - Day 18 : Plans/dreams/goals you have

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Korang berani tak tulis tentang Plans, Dreams, and Goals  yang kamu ada kat blog korang?

Tapi...saya pernah tulis tentang "Anda Mempunyai Impian? Tuliskan Impian Anda" . Saya belajar daripada mentor saya di sebuah Syarikat MLM. Menulis impian sebenarnya dah banyak disebutkan oleh ramai orang. Banyak juga video tentang hal ini di YouTube.

Saya ada menulis impian saya sebelum ini juga.Memang ada yang tercapai..Yang tercapai tu salah satunya adalah BERTUNANG DENGAN ENCIK MOHD NASYIT SAYA..hehe.. Alhamdulillah. Syukur segalanya berjalan dengan lancar. Syukur Alhamdulillah.

Salah satu kelebihan menulis impian ni, walaupun tidak akan tercapai semua dalam senarai yang kita tulis, percaya atau tidak, sedikit sebanyak ia akan tercapai walaupun tak perfect. Maksudnya, berimpian besarlah, tidak tercapai 100% pun, tapi bila dapat 50% pun hati rasa bahagia juga kan? daripada tak ada langsung? Manakah pilihan? TIDAK ADA LANGSUNG atau ADA WALAUPUN TIDAK SAMA SEPERTI yang dibayangkan.

Menulis impian sebenarnya membuatkan minda separa sedar kita aktif. Tanpa disedari, kita akan berusaha untuk itu dan cenderung ke arah itu walaupun secara sedar kita lupa akan impian itu. Korang pasti akan terkejut bila, sesuatu berlaku tanpa diduga dan korang teringat itu salah satu impian yang pernah korang tulis.

Selain itu,pengajaran yang saya belajar juga adalah, kita menulis impian tidak semestinya benda itu MESTI TERCAPAI! kerana kadang-kadang kita perlu FLEXIBLE. Mungkin sekarang belum sampai masanya. Nanti akan sampai waktunya. atau....Mungkin sekarang kita belum perlukannya.

Saya terus terang, kadang-kadang saya pun pandai bingung dan mengalami konflik diri apabila apa yang saya nak tu tak tercapai. Tapi syukur lah masalah konflik diri yang seperti itu sudah semakin pudar dalam diri saya. Tak perlu risau jika apa yang kita nak, tak dapat. Mungkin semua tu bukan keperluan atau belum diperlukan. Bila tidak tercapai, bersyukur kepada Allah kerana, kita masih ada sesuatu yang kita miliki. Kena ingat apa yang kita ada sekarang bukan semua orang ada. Hargai lah. Hargailah selagi Allah masih meminjamkannya untuk kita.

Apalah sangat dengan sesuatu yang kita belum miliki itu? kenapa perlu tertekan? benda itu belum milik kita kenapa perlu fokus itu? Fokuslah apa yang kita sudah ada :) kerana apalah faedahnya kita bersedih dengan perkara yang bukan milik kita. Lebih baik kita bergembira dengan apa yang kita miliki.

Tapi saya tidak lah berkata tidak perlu fikirkan apa yang belum kita miliki. Kita boleh mencari dan berusaha apa yang kita mahu miliki tetapi jangan lupa apa yang sudah sedia ada kita miliki. Bila kita lupa apa yang kita ada, mengejar yang belum kita ada akan membuatkan kita hilang sesuatu yang kita sudah ada. Bila dah tak ada baru nak sedar, itu sesuatu yang tidak berbaloi untuk diri sendiri.

Jangan terlalu sibuk mengira bintang yang banyak itu kelak akan hilang bulan yang satu itu. Jangan terlalu sibuk mengejar bintang yang banyak itu sedang bulan yang satu itu sudah ada untuk kita.

Parah bunyinya.

Apapun, saya bukan nak tulis panjang lebar tentang ni. Tapi tertulis lah pula. Saya nak jawab blog challenge saya seterusnya ni...Mari saya mulakan :

Saya nak :

  • Menjadi insan yang baik secara umumnya. Menjadi anak yang baik buat kedua ibubapa dan isteri yang solehah buat suami tercinta secara khasnya.
  • Perjalanan masih panjang...akan banyak rintangan dan cabaran...memang bukan senang tetapi teruskan! Saya akan belajar banyak perkara sepanjang perjalanan. Saya nak menjadi seorang yang terus membaiki diri untuk terus menjadi yang lebih baik dari masa ke masa.
  •  KAHWIN DENGAN MY FUTURE HUSBAND hehehehhehee.....Sebab...segala bagai kebaikan dan sekecil apa pun yang dilakukan oleh suami dan isteri, ganjaran PAHALA banyak Allah bagi. Itu lah kelebihannya. Perkahwinan itu ibadah. Ia sangat berbaloi-baloi :)

Amin.

Apa itu blog challenge? Sila baca kat SINI .

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Monday, July 8, 2013

Blog Challenge - Day 17 : Someone you would want to switch lives with for one day and why

I want to switch lives with for one day with my fiancee, my Mohd Nasyit.


WHY?

For understand him much better! For feel his feeling..when he sad, need help, feeling alone, in trouble...then, i want to help, i want to support, i want to give, i want to makes him happy...for him.

Umpama kita memasukkan kaki ke dalam kasut seseorang. Apa perasaan, apa yang dia alami, we try to understand. As his future wife, i want to understand him. My leader, my hero...my everything. Thanks Allah for sent him for me. :)

May Allah bless us.. May Allah help us to be better. Amin.

But kan... if bertukar dalam satu hari, maksudnya my Mohd Nasyit pun jadi saya la kan? kan? hahahahaa! *lucu*

Blog Challenge? Apa tu? Sila baca SINI.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Sunday, July 7, 2013

Blog Challenge - Day 16 : Another picture of yourself (baby pic)

Assalammualaikum Readers,

Aduh, blog Challenge ni ada-ada saja kan... Baby Pic? Nak tengok ke? HAHA. -_-

Taarrraaaa....





Kabur? hehehe..
Snap guna kamera handphone dari Album lama. Tak ada scanner. Jadi, Kaburlah.. Takyah la jelas sangat.. hahahaha... :p

Blog Challenge? Apa tu? Baca kat SINI.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Friday, July 5, 2013

Blog Challenge - Day 14 : Picture of you and your family

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Saya persembahkan gambar saya bersama keluarga :

Di Majlis Pertunangan bersama keluarga saya dan keluarg Encik Tunang :) We Are Family...

Nenek, Makcik, Mummy :D

Sofie and Mama..

Family :)

Together in green, me, Encik Tunang, mummy.. makcik plak tetiba kelabu :p

Anak Buah dua orang ni... cute betul kekekeke...

Parents..
Blog Challenge? What Is This? Visit HERE.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Thursday, July 4, 2013

Blog Challenge - Day 13 : A letter to someone who has hurt you recently

A letter to someone who has hurt you recently :

Surat Pertama :

To MUSIKA TERSELIT BUNGA

Nothing to say... dia tahu apa dia dah buat. Hanya 3 perkataan saja nak cakap.. I Hate You. Kawan apa la macam tu.

From : SofinahLamudin.



-------------------------------------



Surat Kedua :

To NISSA BELLA.

The End of your story so its should silent. Blocking you means, u are not important and kita tak ada apa2 kaitan, you can go on with your life. Enough. Its good for us actually. Chill la kalau setakat kena blocking.

From : SofinahLamudin.

*True STory*

Blog Challenge? What Is This? Visit HERE.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Wednesday, July 3, 2013

Blog Challenge - Day 12 : How you found out about blogger and why you made one

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Nak jawab macam mana saya jumpa blog dan kenapa saya buat blog juga. Actually, saya dah lama ada blog. Since tahun 2006 lagi iaitu semasa saya ditingkatan empat. Mengenal dunia maya daripada seorang sahabat baik nama Rlnda Hshm.

Ni la kawan yg ajar saya di dunia maya pada tahun 2006 tersebut.
Masa tu saya buka blog ni saja suka-suki. Tak tahu untuk apa pun. Saya la nak berceloteh macam saya sekarang ni la.. cerita kosong saja.. nak simpan kenangan macam tu lah kiranya :p

Sejak tahun tu, agak aktif ber-blogging sampai ke tingkatan enam but suddenly lappy rosak, tak ada mood nak update blog dah.Selain tu, ntah apa tak ingat la... saya pun stop blogging dengan close account. Saya rasa blogging ni macam tak ada faedah saja masa tu.

Kemudian, saya buka semula blog pada tahun 2011. Lihat entry saya yang pertama untuk tahun 2011. KLIK SINI . Pada tahun 2011 tu, still searching tentang buat duit melalui blog. Dan since itu, blog ini hidup sampai tahun ni. Alhamdulillah.

Kenapa agaknya saya blogging? Sebabnya.... Sila KLIK SINI. hehehe...

Blog Challenge? What is This? Visit HERE.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Tuesday, July 2, 2013

Blog Challenge - Day 11 : Another picture of you and your friends

Assalammualaikum Readers dan Bloggers ,

Simple Challenge nampaknya. My Another pics with my friends :

Eating~

Bowling~

Lepaking~

Watching~

Snaping~

Blog Challenge? What is this? Visit here.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (13) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Maze Runner (1) Melancong (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (15) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)