Showing posts with label Belajar Petik Gitar. Show all posts
Showing posts with label Belajar Petik Gitar. Show all posts

Tuesday, November 25, 2014

My passion begin!

Assalammualaikum Readers and Blogger!

Okeyh! You know what? Banyak sangat nak cerita ni...pot pet pot pet pot pet!
Nak cerita Forex, nak cerita loss, profit, ebook, blog bla bla bla bla...
Tapi saya cerita satu dulu.

erm...Tak tahu nak start macam mana pula. Excited melampau batas.
Rasa teruja macam melompat-lompat.. macam terkinja-kinja..hahaha!

Alhamdulillah! Hari ni saya bukan setakat tengok kedai Music Toko Wan Lee dari luar. Sejak kecil hingga la dekat-dekat nak bangka ni, tengok je dari luar. Telan air liur. Curi-curi pandang ada apa kat dalam. Nak masuk, segan. So, tengok je laa...

..but still ingat lagi. Waktu umur dalam tak ingat la..dalam darjah gitu. Ayah parking betul-betul kat depan kedai Music Toko Wan Lee. Mami keluar kereta terus masuk ke dalam kedai Music Toko Wan Lee tu..Saya? saya tunggu dalam kereta dengan harapan yang begitu besar.

Teruk benar la. hahaha! Dah la mengharap besar-besar. Angan-angan pun tinggi langit dah kecik kecik. Penat kot jaga anak bongsu ni. kekekekeke! Saya dalam kereta tu nangis teresak-esak. Haish!

...bila mami masuk kereta semula kata, "Sayang, tak ada la...nanti kita cari lain lagi k..".
Pengsan! nangis bersambung. hahaha! biasa la budak. Saya pula waktu tu tak ingat kenapa dan bagaimana tiba-tiba pula nak benda macam tu. Macam pandai main je muka tu. hahaha!!

Actually, masa tu saya nak PIANO! ...alaa.. bukan keyboard tau tapi PIANO yang besar tuuu...paling kelakar, saya sebenarnya pandai main lagu Rasa Sayang je puunn dengan lagu budak yang "Falling Down" tu dah gedek nak minta beli Piano. kahkahkah.. dasar budak tak tahu malu sungguh.

..last-last dapat la keyboard mainan. hahaha.. alaa yang kecik tu. Kompom korang tau yang mana satu kalau pernah main dulu-dulu.

Tapi tu cerita dulu. Nak cerita yang hari ni. 24 November 2014.
Pejam kelip pejam kelip mata 100 kali pun, ini adalah kenyataan... hekhek..

Encik Husband to be tak main-main belikan saya satu alat musik. Bukan Piano. Tapi....



.....GUITAR! Yeaayyy!! tahu tak betapa saya begitu excited? Terima kasih Encik Tunang sebab sudi berikan hadiah ni. Hadiah sempena.....eh rahsia! hehehe.

Terus terang saya cakap.. saya tak ada basic main gitar ni. Zero. Tapi hati memang minat. Masa kecik kecik, kakak selalu cerita..arwah abang saya suka main guitar. Masa kakak cerita tu, saya tak tahu apa tu guitar.Takat tengok kat TV je orang main gitar tu. Sentuh pun tak pernah.  Pada suatu hari, saya lepak kat rumah mak ayah angkat saya di suatu masa dulu kala. Ada satu bilik tu...selalu bertutup. Tak ada orang. Saya tertanya-tanya apa yang ada kat dalam. So saya masuk...

oh.. tak ada apa pun kat dalam tu.. cuma tempat tu macam tempat lepak someone je. Ada meja, kerusi..alat tulis. Bilik belajar kot. Kat dinding saya nampak gitar.Ada juga poster-poster artis. Saya tengok lama-lama. Then....saya pegang..saya petik satu tali. "tinggggg" .

Lepas tu apa jadi? saya lari balik rumah...hahaha! takut mak angkat dengar saya kacau barang dalam bilik tu. Gilos! Bila ingat balik, lucu je zaman budak time-time kenal guitar.

Untuk hari ni, saya nekad nak telan banyak-banyak ilmu basic guitar untuk advance guitar...angan-angan konon macam Fynn Jamal. kwang3x... Shoot big picture on my mind nanti pandai petik guitar lagu Big Bang "Make Love" ...hehe. Lepas tu show off kat Encik Husband to be...hehe... Sudah... saya kalau angan-angan, Mat Jenin pun kalah. :)

Balik rumah, buat apa patut, terus google basic guitar. Maklumlaa... tak ada basic langsung ni. Tapi alatnya ada. Jadi tak adil kalau saya tak pandai. Saya nak pelaburan Encik Husband to be berbaloi-baloi. :) terkena lagi market forex UJ yang still floating,so mari layan dulu guitar.

Apa lagi? Download banyak-banyak video basic guitar untuk belajar kat youtube. Salah satunya yang kat bawah ni.



dan....ini praktis pertama saya. Nak stabilkan jari jemari. Nak biasakan otot-otot jari.

video



Thanks Mr.Fiancee a.k.a Mr.Husband To be~




Terima kasih sebab sudi baca.
Jumpa di next entry.












30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (14) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (16) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)