Ketahui Personaliti,Kerjaya,Sikap, dan Kecenderungan Kita Melalui Kiraan Metafizik Tarilh Lahir

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Readers, Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je k...

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

[TERKINI] RIBUT TROPIKA DIJANGKA AKAN MELANDA PANTAI SABAH

Assalammualaikum Readers,

Berita mengenai ribut tropika yang dijangka akan menyerang Sabah semakin tersebar luas. Semoga jangkaan ini tidak akan menjejaskan keselamatan penduduk Sabah dan Labuan.

Lekukan tropika (01W) dikesan di latitud 9.0U & longitud 113.0T, 479km Barat Laut Kota Kinabalu,Sabah pd pk 2:00pg, 4/4/11. Lekukan tropika ini dijangka bergerak ke arah Tenggara dgn kelajuan 4 kmsj.Lekukan tropika ini berada kira-kira 482km ke Barat-Barat Laut Kudat, Sabah &527km ke Utara-Barat Laut Miri,Sarawak.


SIKLON TROPIKA

Siklon Tropika adalah ribut ganas yang berputar dan berdiameter beberapa ratus kilometer yang terbentuk di perairan tropika. Melalui satelit, ia dilihat seperti satu sistem gegelung ketat penuh kuasa dengan jalur awannya melingkar keluar. Bagi siklon tropika matang, wujud satu kawasan di pusatnya dikenali mata yang udaranya secara relatif adalah tenang dengan sedikit awan. Kawasan ini dikenali sebagai mata bagi siklon tropika.

Siklon Tropika Dikelaskan Seperti Berikut:
  • Lekukan Tropika – satu sistem terdiri daripada awan dan ribut petir yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 63kmpj
  • Taufan – Satu sistem cuaca tropika hebat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 118kmpj atau lebih
  • Ribut Tropika – Satu sistem ribut petir kuat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum antara 64 – 117kmpj
  •  
Bagaimana Siklon Tropika Terbentuk?

Siklon tropika terbentuk di kawasan lautan yang suhu permukaanya 26° C atau lebih. Di rantau Asia, siklon tropika lebih dikenali sebagai taufan. Ia terbebtuk semasa musim panas Hemisfera Utara di mana suhu di Lautan Pasifik adalah panas dan sesuai untuk aktiviti perolakan. Sistem tekanan rendah terbentuk di lautan tropika yang panas dan bergerak ke arah barat, ia mengembang daripada lekukan tropika membentuk ribut tropika dan akhirnya, menjadi taufan yang matang.

Perkembangan lekukan tropika kepada taufan bergantung kepada tiga keadaan:
  • Suhu tinggi di permukaan laut
  • Kelengasan
  • Corak angin berhampiran permukaan laut yang melingkarkan udara ke arah dalam
Semasa pembentukan siklon, haba dan tenaga terkumpul berhubungan dengan air laut yang panas. Haba dan kelengasan yang terhasil oleh penyejatan permukaan laut memberi tenaga kepada siklon seperti kuasa enjin haba raksasa. Jaluran ribut petir yang terbentuk membolehkan udara menjadi lebih panas dan naik meninggi di dalam atmosfera.

Mata siklon berdiameter antara 30 – 100 kilometer merupakan pusat tekanan rendah ribut tropika. Kawasan di mana berlakunya aktiviti paling aktif adalah di sekeliling mata, ia dikenali sebagai dinding mata. Di sini, udara melingkar ke arah atas dan ke arah luar dengan kelajuan yang meningkat. Sebahagian daripada udara bergerak ke arah dalam dan tenggelam ke dalam mata, membentuk kawasan bebas awan.


Bilakah Taufan Biasanya Berlaku?

Taufan biasanya muncul di barat Pasifik Utara pada awal Mei, bilanganya bertambah dan mencapai maksimum di bulan September. Kebanyakan taufan terbentuk di kawasan latitud antara 5º U dan 20º U, dan longitud antara 130º T dan 170º T. Taufan biasanya bergerak menghala ke arah barat melintasi Filipina dan seterusnya melencong ke arah timur laut menuju daratan Asia.


Apakah Taufan Memberi Kesan Kepada Malaysia?

Taufan jarang berlaku di selatan latitud 5º U. Di Malaysia tidak wujud landasan terus taufan. Akan tetapi, semasa perjalananya melintasi Filipina menuju Laut China Selatan, Malaysia menerima kesan ekor dalam bentuk angin kencang dan hujan ribut yang kerap melanda Sabah di Malaysia Timur. Kadang-kdang taufan yang berada di sekitar pantai vietnam juga memberikan kesan yang sama kepada negeri-negeri di barat laut Semenajung Malaysia. Ribut tropika GREG yang melanda pantai barat Sabah pada malam 25 Disember 1996 dan ribut tropika Vamei yang melanda pantai tenggara Johor pada 27 Disember 2001 adalah dua kes pengecualian yang jarang sekali berlaku. Ribut yang bertiup pada kelajuan 70 kmpj itu telah memusnahkan rumah-rumah dan mengganas selama beberapa jam sebelum menjadi lemah.


Bahaya Berkaitan Taufan

Luruan Ribut
Suatu kubah air yang besar, lebarnya antara 80 – 160km yang melanda pinggir pantai berhampiran tempat taufan bertemu daratan. Taufan yang kuat dan perairan yang cetek akan menghasilkan luruan yang lebih tinggi. Luruan ribut mengancam nyawa dan harta benda terutamanya di kawasan pantai.

Hujan Lebat
Hujan mencurah-curah menyeluruh, boleh menyebabkan banjir yang memusnahkan.

Angin Kencang
Daya angin taufan boleh memusnahkan bangunan dan struktur binaan yng tidak kukuh. Serpihan runtuhan akan berterbangan dalam taufan. Langkisau kuat boleh menumbangkan pokok dan memutuskan talian elektrik yang boleh menyebabkab gangguan besar.


Nasihat dan Amaran Cuaca

Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia sentiasa berwaspada terhadap cuaca di sepanjang tahun. Semasa musim taufan, langkah memonitor ditingkatkan di mana lokasi dan keadaan semua taufan di barat Pasifik Utara diteliti jejaknya. Maklumat ini juga menjadi pelengkap kepada maklumat cuaca penerbangan yang diberikan kepada sektor penerbangan dan perkapalan.

Berikut ialah beberapa kategori berbeza tentang kenyataan, pandangan, nasihat dan amaran cuaca yang di keluarkan kepada media-massa :

Nasihat Hujan Lebat - dikeluarkan apabila ada kemungkinan hujan lebat akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam.

Amaran Hujan Lebat - dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan hujan lebat akan berlaku Nasihat Angin Kencang dan Laut Bergelora - dikeluarkan apabila ada kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di perairan Malaysia akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora - dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan angin kencang dan laut bergelora akan berlaku.


Perkara Penting Yang Perlu Diberikan Perhatian

Dengar siaran radio dan televisyen yang rutin menyiarkan buletin cuaca dan pengumuman lain.
Ambil langkah-langkah sesuai dalam menghindari sebarang kemusnahan dan kehilangan jiwa akibat banjir jika mendapati ribut tropika akan melanda.

Berwaspada dengan kejadian gelinciran tanah sekiranya memandu dalam hujan yang mencurah-curah di kawasan tanah tinggi.

Jika ribut tropika dijangka melanda kawasan anda, selamatkan semua harta benda yang boleh diterbangkan angin kencang.
Hindari keluar ke laut apabila ribut tropika atau taufan menghampiri kawasan anda.
Bersedia untuk berpindah jika anda tinggal di kawasan pantai atau berhampiran sungai.


Wallahualam.



Info menarik :

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Tuesday, July 2, 2013

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Saya baru sahaja mendengar berita sedih. Saya tidak kenal beliau. Saya cuma seorang yang suka memerhati dan terlihat beliau di mana-mana saya pergi. Terserempak secara kerap di mana-mana dengan beliau bersama tunangnya membuatkan hati merasa suka. Pasangan ini ada yang unik dan penuh kasih sayang antara mereka. Hari ini saya mendengar berita yang mengejutkan. Beliau sudah tiada. Mendengar berita sedih ini melalui sepupu kepada tunang beliau di facebook. Kebetulan, sepupu beliau adalah kawan kepada sepupu saya yang ada link di facebook dengan saya.




Dayana Ranz (Nama facebook) telah kembali ke Rahmatullah. Perginya dia tidak kembali. Perginya dia buat selamanya. Semoga rahnya dicucuri rahmat. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Buat Ranz Azraan , Tunang kepada arwah, semoga tuhan memberikan kekuatan dan kesabaran. Kehilangannya sangat menyakitkan namun mungkin Tuhan lebih menyayangi beliau. Tabahlah.

Al-Fatihah~

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Teksi Terbakar di Kg.Muslim Labuan

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Sebuah Teksi TERBAKAR di Kampung Muslim, Labuan.. pada 02 Julai 2013.



  

Punca perkara ini berlaku masih dalam siasatan. Walaupun bagaimana pun, khabar angin mengatakan bahawa, kes ini berlaku kerana tersalah pasang ekzos.

Credit kepada yang sempat mengambil foto pada waktu kejadian. (Sumber)

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Friday, June 21, 2013

Penduduk Labuan Tak Mandi Ke?

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Pertama saya nak cakap, saya dah mandi okeyh! Hahaha.. Nasib baik ada stok air kat rumah ni.

Sekarang Labuan ada gangguan bekalan air.. ermm... memang "perfect" songsang kalau macam ni selalu.. huhu... Tak apa lah... sabar ye...

Makluman daripada Jabatan Bekalan Air Labuan :

"Tuan/Puan,
Dukacita dimaklumkan bahawa bekalan air terawat di WP Labuan mengalami gangguan pada tempoh masa berikut:

Tarikh Mula Gangguan:
18hb Jun 2013 (Selasa)
Jangkaan Tarikh Tamat Gangguan: 27hb Jun 2013 (Khamis)

Punca Gangguan:
Kegagalan fungsi pam air bersih di Loji Rawatan Air Kg. Lawa Gadong (Fasa 2), Beaufort.

Tindakan:
Pihak JBA dan operator berkenaan dalam usaha giat untuk memperbaiki kerosakan pam tersebut dan cabaran utama yang dihadapi adalah mendapatkan alatganti. Usaha untuk mempercepatkan tindakan tersebut juga sedang dijalankan bagi memulihkan keadaan dalam seberapa segera. Pengagihan air ke keseluruhan kawasan sedang diusahakan bagi memastikan semua kawasan mendapat keperluan yang secukupnya.

Status Bekalan Air:
Pulau Labuan masih lagi mempunyai bekalan air yang dihasilkan daripada Loji Fasa 2 dan 3 buah loji yag ada di WP Labuan. Walaubagaimanapun, bekalan air tersebut adalah tidak mencukupi untuk keperluan keseluruhan Pulau Labuan.

Saranan:
Orang ramai adalah dikehendaki untuk berjimat cermat dalam penggunaan air dan mengadakan simpanan untuk kegunaan harian.

Segala kerumitan yang dihadapi amatlah dikesali.

Sekian, harap maklum.
"
 SABARLAH BUAT KAWAN-KAWAN yang kawasan anda sedang ketiadaan air. Macam saya! Haha.
 



P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Tuesday, November 27, 2012

Bumi akan BLACKOUT 3 HARI !!!





Pihak NASA meramalkan  akan berlaku fenomena,  bumi akan gelap selama 3 hari yaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Desember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau tidak hanyalah Perkiraan  manusia saja.

Para Saintis NASA meramalkan  perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Desember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.

Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubungan antara satu sama lain, Lebih banyak mencintai dan memaafkan, berdoa, dan terus berdoa. Beristirahatlah di rumah selama 3 hari itu.

Banyak pembahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Mari kita, kita tunggu dan lihat  nanti pada 23, 24 dan 25 Desember 2012 itu, ini hanyalah  atau ramalan manusia saja, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi,  NASA sebenarnya telah meramalkan bahwa hal ini akan terjadi pada 8 September 2012 dan itu sudah berlalu kan, sekurang-kurang kita sudah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti. Sesungguhnya sebaik-baik Penolong adalah Allah dan kepadanya-Nya lah tempat bergantung segala sesuatu. Jadi tak usah terlalu was-was
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam.



Aku,


Thursday, July 26, 2012

Sebuah kapal berhampiran Petronas Chemical Methanol, Labuan TERBAKAR!

Assalammualaikum readers...


video
::: Sila Lihat Video :::

Salam Ramadhan hari keenam. Hari ni aku dikejutkan dengan berita yang sangatsangat menyedihkan dan menakutkan. Walaupun aku tidak lama bekerja di Petronas Chemical Methanol Labuan di awal tahun ni, aku tetap terbayang-bayang wajah orang orang yang ada kat kawasan tu apatah lagi wajah orang yang aku kenali !

Seawal 2.30 pagi, kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat! Seperti gempa bumi? Aku tinggal di Kampung Layang-layangan. Letupan pasti akan lebih ketara dan kedengaran dengan jelas lagi di kawasan Kampung Patau-Patau dan yang berdekatan dengannya.

Pagi ini, memang kecoh di Facebook mengenai hal ini oleh warga Labuan.







Beberapa gambar yang bersumberkan Facebook mengenai letupan tersebut :







Semua kakitangan Petronas Chemical Methanol Labuan tidak dibenarkan datang bekerja pada hari ini kerana dikhuatiri terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini. Kawasan selain Petronas Chemical Methanol Labuan juga dibenarkan datang bekerja (yang berhampiran).

Menurut kata kawan aku yang bekerja di Airport Labuan, seawal jam 6.45 pagi tadi kedengaran satu letupan lagi.

Sungguh berat dugaan di Bulan Ramadhan buat ahli keluarga mangsa. Aku berharap, tiada lagi letupan seterusnya dan api dapat dipadamkan sepenuhnya :(

Setakat ni, aku belum dapat berita yang benar-benar sahih tentang kemalangan jiwa tetapi apabila mendengar khabar daripada komen-komen facebook, ada yang mengatakan bahawa 5 orang hilang. Ada juga yang mengatakan 61 orang meninggal dunia. ALLAHUAKBAR!! Aku harap, itu hanya khabar angin semata-mata.

Semoga ahli keluarga mangsa dan kakitangan yang terlibat tabah dan bersabar atas dugaan yang sedang menguji. ALLAH maha mengetahui.


Doa semasa ditimpa musibah

SESUNGGUHNYA kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (al-Baqarah: 156)
Keterangan Ayat
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. mengajar umatnya agar beristirja’ dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar mahupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun dituntut untuk membaca doa tersebut di atas.
Orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila sahaja kejadian yang berlaku serta menguji keimanan mereka. Mereka harus tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini bahawa Allah s.w.t. sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku itu. (Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)
Khasiat dan Kaifiat Beramal
Ayat di atas disebut ketika:
* Mendengar berita kematian, kesakitan atau kemalangan
* Ditimpa musibah sama ada besar atau kecil
* Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.
I Hope Everything Will Be OKE!

Aku,

Thursday, March 24, 2011

AL-Fatihah~

Buat kawan saya, YAKUZA : Maaf atas kehilangan Yakuza dan Takziah.Saya minta maaf juga kerana lambat tahu hal ini. Ucapan Takziah juga untuk keluarga Soffinah Binti Jasni.Al - Fatihah~ Semoga arwah dicucuri rahmat-Nya.


Pelajar UMSKAL mati dalam satu kemalangan ngeri



Keadaan kenderaan Viva yang dipandu oleh pelajar UMSKAL selepas bertembung dengan lori dalam kejadian 5.15 petang semalam dihadapan kampus

LABUAN, 9 March -- Seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) meninggal dunia manakala seorang lagi rakan mangsa cedera parah dalam satu kemalangan ngeri selepas kenderaan yang mereka pandu hilang kawalan dan bertembung dengan lori dari arah bertentangan pada lewat petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Soffinah Jasni yang masih menuntut tahun tiga dalam jurusan ekonomi kewangan berasal dari Tambunan, Sabah, manakala rakannya Noorhamidah Gurimi yang dilaporkan masih dalam kritikal berasal dari Johor.
Ketua Polis Labuan Penguasa Saiman Kasran memberitahu Bernama kejadian berlaku pada 5.15 petang ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke kampus dari arah Kg Layang-Layangan.

“Kedua-dua mangsa mengalami cedera parah, dan salah seorang daripada mereka tidak dapat diselamatkan. Mangsa yang masih dirawat itu masih dalam kritikal berikutan kecederaan pada tulang rusuk. Pemandu lori tersebut hanya mendapat kecederaan ringan,” katanya.

Saiman berkata kecelakaan berpunca daripada kecuaian kerana pada masa tersebut keadaan cuaca dan jalanraya dalam keadaan baik, manakala keadaan lalulintas juga dalam keadaan lengang.


Aku,

Anda Mungkin Mahu Baca Ini

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Bazaar Ramadhan (1) Beats Pill (1) Begleri (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (16) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (37) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (82) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (124) Favourite Song (27) Fidget Spinner (1) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Hand Spinner (1) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (4) Header (1) Headset (1) Hobi (8) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kashaka (1) Kawan (17) Keluarga (15) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (4) Kreatif (16) Kundasang (1) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Permainan (1) Personaliti (7) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (19) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (11) Ramping dan langsing (1) Ranau (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (4) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (12) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Thumb Chucks (1) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)