Showing posts with label Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015. Show all posts
Showing posts with label Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015. Show all posts

Tuesday, October 13, 2015

Catatan 9 hari di Kota Kinabalu, Sabah. | 30 September 2015 | Hari Pertama

Assalammualaikum bloggers dan readers,

30 September yang lalu, kami (saya dan suami) ke Kota Kinabalu lagi. Jalan-jalan, lepak-lepak, shopping, kelas forex, menonton wayang, masuk keluar kedai dan sebagainya. hehe!

Kota Kinabalu, tempat yang bukan juga kali pertama ke sana dan bukan juga kali terakhir ke sana tapi anytime, bila-bila kalau kami nak. hehehe! Tak jauh dari Wilayah Persekutuan Labuan juga. Tempat di mana susah senang kami dulu bersama..tempat dating kitorang paling feeling..tempat kami mengenal hati budi masing-masing. Tempat di mana, kami tahu BETAPA PENTINGNYA BERSAMA. Ada masalah fix sama-sama. Ada salah faham, komunikasi sama-sama..Salah seorang susah, stay di sini dan bantu..

Kota Kinabalu ni, boleh dikatakan tempat favourite Encik Suami. Maka, jadi tempat favourite saya juga lah. Hehe!

Dengar khabar, shopping mall baru dah buka kat Kota Kinabalu. Apa kata melawat Kota Kinabalu..hehe..

Seawal jam 6 pagi, kami bersiap dan naik Ferry Wawasan Perdana ke Menumbok. Harga Ferry Wawasan Perdana dari Labuan ke Menumbok masih RM2.50 per person (Separuh harga). Sampai ke Menumbok, kami naik bas Express ke Kota Kinabalu. Harga bas Express dari Menumbok ke Kota Kinabalu adalah RM18.00 per person. Ini harga latest. Weehee..

Kira-kira 3 jam, kami pun sampai dengan selamatnya di Kota Kinabalu. Okeyh, perkara pertama dalam kepala adalah, check in hotel. Kepada traveler yang nak harga bajet untuk Hotel, korang boleh ke area Kampung Air. Kat Kampung Air, korang boleh dapat harga hotel bajet. Kat area Segama ada juga..Area Sinsuran ada juga. Dalam RM65-RM100 untuk double room. Tapi, kalau korang jenis traveler yang cerewet sikit, kikikikiki... korang pergi je mana-mana Hotel yang gah bangunannya. 5 Star ke, 3 Star ke. Senang je tu..asalkan tak full.Tapi kalau korang jenis tempah online, boleh booking terus sebelum sampai ke Kota Kinabalu.

Soal keselamatan, area Kg.Air tu ada kedai-kedai 24 jam..memang orang masih ramai lalu lalang kat area tu malah akan ada Polis Peronda sepanjang malam. Selain tu, terdapat pondok polis juga. So, don't worry..

Kalau kat area Segama atau Sinsuran, kawasan tu ada sunyi sikit kalau malam. Sebab kedai 24 jam tak ada kat situ. Jangan jalan seorang diri. huhu!

Kalau saya, buat masa ni perangai masih pentingkan duit untuk shopping,makan,jalan-jalan dan tempoh lebih dari 3 hari 2 malam kat Kota Kinabalu berbanding untuk stay di hotel mahal. Ngiahaha! So, saya ketepikan dulu hotel gah, saya nak stay lama kat Kota Kinabalu jadi kami pilih hotel biasa.

Yang penting, hotel tu selamat, selesa, ada aircond, ada air panas dan WI FI. TV tak penting. Kami tak akan tengok TV kat hotel.

Jadi, kami stay kat Hotel Monaco City. Faktor stay kat sana ialah..
1. Dekat dengan Center Point (Shoping Mall tertua dan popular di Kota Kinabalu) - Boleh tengok wayang, boleh makan, ada kedai buku Popular dan ada tempat sesuai untuk jumpa Client in case tiba-tiba nak jumpa.
2.Dekat dengan kedai 24 Jam seperti 7Eleven - In case kalau tiba-tiba perlukan makanan atau minuman tengah malam.
3.Dekat dengan Maybank dan CIMB - Senang nak withdraw duit atau menguruskan hal-hal perniagaan.
4.Dekat dengan Pasar Malam - Senang nak cari ole-ole untuk member atau keluarga.
5.Dekat dengan Pakcik Teksi - Senang nak kemana-mana.
6.Ada WI FI.
7.Harga Double Room hanya RM60 + RM30 Deposit - Boleh stay lama-lama.
8.Dekat dengan Restoren Islam 24 Jam - Senang untuk sarapan,etc.

Selesai check in, kami makan Tengahari kat Center Point. First day dah keluar duit shopping baju. Aduih...terjejas jiwa..haha! Tapi agak sukar dikawal.

Hmm..disebabkan kami dapat tahu Shopping Mall Imago dah buka, dari Center Point kami terus ke Imago. Kami jalan kaki je dari Center Point Ke Imago. Tak jauh sangat. Kira-kira 20 hingga 30 minit dah sampai. Rugi laa naik teksi.. (Kalau bab yang ni memang kami kedekut sikit), lagipun, jalan kaki tu exercise.. dan saya boleh ambil kesempatan ambil gambar apa sahaja yang saya nampak sepanjang perjalanan. Kalau naik teksi? Tak boleh, kan..

Sampai je Imago, kami terus masuk dan tengok-tengok.. Cantikk lahh! Kalah Suria Sabah Shopping Mall. hmm..rasanya saya nak cakap 1Borneo pun dah nak kalah dah. hahaha!

Jalan-jalan dalam tu, round-tengok-singgah.

Paling lama lepak kat kedai buku Popular. Kami berdua ni bertuah sikit - memang dua-dua suka kedai buku. Stay lama dalam tu tak ada masalah. Kebetulan, selain dari suka buku, saya suka dengan stationery. Hah! Tambah la suka masuk dalam kedai Popular tu.

Kat Popular, En.suami cari marker pen untuk lukis komik. Alahai..round punya round, tak juga jumpa-jumpa..dia nak sangat kaler grey tu. Untuk buat background dan ton komik. Tak apa, cari tempat lain nanti.

At last, En.suami beli buku bertajuk "Unlimited Power" oleh penulis barat - saya lupa namanya. Penulis tu adalah salah seorang penulis favourite En.Suami. Dia memang excited boleh tambah koleksi buku dia lagi.

Saya pula ambil kesempatan beli hadiah member kat kedai popular.

Selesai jalan-jalan, sana sini..lapar pula. haha!

Kami turun ke Basement, kat sana semua makanan, Food Court laa tu.. Ada pelbagai makanan, Big Apple ada, Uncle Bob ada, KFC, Pizza, Kenny Rogers, Sushi, Chicken Rice Shop, dan banyak lagii..

Pilihan kami? Chicken Rice Shop. Lepas makan, keluar dari Imago.
Balik Hotel, rehat.

Photo kami sepanjang hari pertama.

uh..i'm not feminin..

ituu diaa..haha..

Saya suka wall ni...nak ada macam ni arr nanti..

Terserempak pula ngan member..jadi, amik gambar la buat kenang kenangan. Haha!

Giant BFF..

erm...muka saya kemek kat sini kann..arggghhh...tak apala..upload je laa...nobody perfect kann. haha!

Cair saya tengok EnSuami...hihihihi :p

Saja posing depan kedai tu...mana tau dapat beg batman satu.

Mall ni luas. Amik je gambar - nobody care punya.

Maze Runner - Scorch Trials dah tengok kat Labuan. Amik gambar je la..huwahuwa...

Hasil Photography di hari pertama.









Settle day one.
Thanks sudi baca.
Jumpa lagi next entry.












30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (14) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (16) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)