Ketahui Personaliti,Kerjaya,Sikap, dan Kecenderungan Kita Melalui Kiraan Metafizik Tarilh Lahir

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Readers, Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je k...

Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

Sah menjadi isteri dengan sekali lafaz

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi.
Hari yang ditunggu sudah ditamatkan pada 26 Disember 2014 (Jumaat) di Masjid Jamek, Kg.Layang-Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan.



Sah sudah menjadi isteri kepada Encik Mohd Nasyit Bin Md Nooh.
Sahabat bertanya, apakah perasaan?

Perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Gembira? Itu sudah pasti.
Tetapi ia sebenarnya lebih dari itu. Azam baru telah dibuka, semangat semakin meningkat, matlamat lebih jelas...



Alam bujang yang ditamatkan tanpa pandang belakang, alam perkahwinan dimulakan dengan hati yang terbuka dan berbesar hati.

Sesungguhnya, hubungan lelaki dan wanita lebih indah dengan pernikahan. Halal dan sah itu paling penting!

Cinta yang tersemai antara wanita dan lelaki WAJIB diteruskan dengan pernikahan kerana PERNIKAHAN/PERKAHWINAN ADALAH LUBUK PAHALA. Setiap kebaikan suami kepada isteri, suami akan mendapat ganjarannya. Begitulah sebaliknya kepada si isteri... Indah kan?

Lepas ni boleh lah tarik-tarik dia ala-ala kuch kuch ho ta he.. haha!

Sekarang, saya dah boleh cakap "Saya sayang suami saya, Mohd Nasyit"... kekekeke....

Syukur Alhamdulillah... Allah telah menghadiahkan saya seorang suami yang terbaik.

Kelebihan nikah atau menamatkan zaman bujang selepas jatuh cinta sebenarnya ia bukan sahaja indah kerana "bunga-bunga cinta" atau pun "ayat-ayat cinta" bagai... tetapi hati lebih tenang. Tak ada risau-risau. Tak takut-takut. Sesiapa pun faham maksudnya. hehehe. Dah halal...dan semua yang baik-baik kita lakukan kepada pasangan semua dapat ganjaran. Its so amazing and its so beautiful life!



Ada member tanya juga. Dugaan.. Semua perkara dalam dunia ni, setiapnya akan ada dugaan. Tak ada yang tak ada dugaan. Kita hidup dalam dunia yang dicipta Allah. Mustahil tak ada dugaan dan masalah. Sebelum pernikahan, iaitu alam pertunangan, memang ada dugaan tetapi wanita dan lelaki belajar banyak di dalam dugaan tersebut. Tu adalah proses perkenalan. Perkara biasa. :)

Paling penting, hadapinya bersama dengan sabar dan terus bersama-sama membina apa pun impian.

Alhamdulillah.. kucupan di dahi dari seorang suami tercinta!

Cinta itu ibarat iman. Ada masa turun ada masa naik. Yang penting tahu bagaimana nak kekalkan. Ibarat masalah...cari lah penyelesaian bukan fikirkan masalah. Ibarat nak kejayaan, usaha dan tindakan, bukan diangankan sahaja. Thats all.. :)

Sebenarnya, saya gembira tak terkata... hehehe...



"Jadi isteri bukan sekadar dapat gelaran semata", itu saya tahu. Tanggungjawab tu memang ada. Member yang berkata macam ni, jangan risau, saya lebih memilih untuk bersuami dan menjalankan tanggungjawab kepada suami berbanding saya menjalankan kehidupan bujang dan enjoy. Itu bukan pilihan saya. Jika pilihan saya menjadi sesuatu yang kurang selesa bagi anda, yang ada masalah sebenarnya anda. Masalah itu anda yang punya. Hikhik...Buatlah pilihan anda sendiri dan jalankan dengan bahagia. Tak perlu saya follow atau anda follow saya. Terpulang. Bahagialah sekarang dengan apa pun hidup anda :)

...YANG PALING JELAS SEBENARNYA ADALAH, JODOH TU DITANGAN TUHAN. Tuhan hadiahkan dia untuk menjadi suami saya pada tarikh ini.

Walau bagaimanapun, walaupun jodoh sering dikata ditangan Tuhan,atau "ada jodoh takkan kemana" ...usaha kita itu penting dan perlu. Doa dan usahakan jika mahu. Semua manusia layak bahagia dengan pasangan masing-masing...tetapi ingat, USAHA UNTUK BAHAGIA BUKAN DENGAN CARA MERAMPAS DARI KEBAHAGIAN ORANG LAIN. CREATE YOURSELF, ITU KEBAHAGIAN ABADI..In Shaa Allah...

Dengan ini, pada tarikh ini, bermula lah lembaran baru saya bersama sang suami tercinta. Bermula lah tanggungjawab saya sebagai isteri. Sekarang, MY HUSBAND IS MY NUMBER ONE.

ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH!
















Saturday, August 17, 2013

Kisah cinta 20 sen. Mengutip pendapatan 20 sen kemudian membeli cicin pertunangan mereka.

Assalammualaikum Readers,

Hari ini saya nak share satu kisah cinta pasangan yang hangat bercinta Razali Aripin dan Izyan Halim. Cerita ni agak menarik perhatian saya. Boleh juga cakap, ni TESTIMONIAL PALING BEST dalam buat duit dari 8share!!

Razali Aripin adalah salah seorang ahli Says dan 8Share sama macam kita semua. Jadi ahli Says atau 8share memang syok! Lagi syok kalau kita boleh jadi macam Razali Aripin ni, sampai dapat beli cincin pertunangannya dengan Izyan. 20Sen bukan sekadar 20Sen tau!! Dia boleh kumpul duit dari 8Share sampai boleh beli something yang bermakna dari Says..! What can I say? WOW!!

Maklumat lanjut mengenai 8Share, boleh BACA SINI atau KLIK SINI. Nak daftar jadi ahli dan jana wang sekarang juga? Boleh klik DAFTAR SEKARANG kat bawah :)



Cerita dorang bertemu macam mana, kenal macam mana, boleh baca kat sini : CERITA CINTA 20 SEN RAZAZALI DAN IZYAN.

video

Boleh tengok video majlis pertunangan mereka! TAHNIAH RAZALI DAN IZYAN. Semoga bahagia dan cinta hingga syurga! Amin.

You all juga boleh buka web ni : www.cinta20sen.com untuk lihat sebalik tabir tentang Razali dan Izyan.



Jika korang belum lagi jadi ahli Says atau 8share, daftar lah sekarang dan kita jana/buat duit macam Razali.



Baca info menarik ini :



·         3.Seminar Blog
·         4.Ecover Produk
·         5.Pandauan cPanel dan Web Hosting
·         6.Mai Buat Duit Online
·         7.LIKE yang banyak untuk WORDPRESS 
·         8.Sell on facebook, mobile and web
 


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Wednesday, July 24, 2013

Andai Lelaki Tahu



Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


Sumber : www.pakarcinta.com

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Wednesday, July 3, 2013

Letter For You

Bermain dengan QR code. Di saat hujan turun pada malam ini.





P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Sunday, May 26, 2013

Majlis Pertunangan Cik Sofie dan Mr.Nazz

 Assalammualaikum....

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi. Dengan restu orang tua dan izin Allah.. Termakbul hasrat hati untuk menjadi Tunangan kepada Encik Mohd Nasyit Md. Nooh. Syukur sangat kerana majlis ini lancar dan berjalan dengan baik seperti yang diharapkan.

Sekarang saya dah menjadi tunangan orang :) Perasaan sangat gembira dan bersyukur tidak terhingga. Semoga hubungan kami akan terpelihara hendaknya. Hubungan ini akan kekal Insha Allah - hingga syurga. Amin.

Gambar-gambar sepanjang majlis pertunangan...
















Now, saya OFFICIAL Mr.Nazz Fiancee :) ..

With Love,

Thursday, May 9, 2013

Hati Seorang Lelaki

Assalammualaikum Readers dan Blogger,

By the way...hari-hari pun aku dilamun cinta. Walaupun aku seorang wanita tapi tetap nak cerita tentang lelaki. Wahai wanita yang bakal menjadi tunang kepada lelaki kesayangan atau sebagai wanita yang bakal menjadi isteri kepada lelaki pilihan, Kenalilah dan fahami serta selami hati lelaki yang kita cintai. Pasti! hati wanita tersentuh dan terharu.

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada wanita kesayangannya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk wanita kesayangannya. Sekeras macam mana sekalipun lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Pernah dengar pepatah cuba letak kaki kita pada kasut seseorang? Cubalah, wahai wanita, letakkan kaki ke kasut lelaki kesayangan kita, rasakan hatinya, saat dia mengalirkan air matanya. Bagaimana rasa sedih kita, apa rasa hati kita saat kita menangis teresak-esak kerana dilukai? Begitulah lelaki juga.

Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan oleh kaum lelaki itu..


Sedarkah kamu wahai wanita lelaki kesayangan kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dalam rela hati? Jika YA! NYATA kamu tidak salah dalam memilih teman hidup.

Situasi ini sudah terang-terangan menjelaskan perkara sebenar. Lelaki ini bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan ke atas wanita. Tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Maka, BETAPA BERUNTUNGNYA WANITA ITU yang memperolehi lelaki yang sebegini.

Selain itu, jika lelaki kesayangan sang wanita sentiasa buat hati wanitanya senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada wanita. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang mana untuk dikenang..kenangan indah..

Jadi, tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayanginya sentiasa senang dan terhibur...

Lelaki bukan seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi wanita kesayangannya secebis nasihat. Nasihat adalah mengingati wanita kesayangannya. Lelaki ini akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan itu. Jadi, terbukalah dalam mendengarkan dia...


Jika sudah sayang, pelbagai perkara akan difikirkan termasuklah bimbang akan kehilangan wanita tercintanya. Begitu juga jika lelaki selalu memikirkan dan risaukan kesudahan hubungan itu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan itu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah sampai ke jinjang pelamin jika mereka yang belum berkahwin. Biarlah sampai ke syurga...In Shaa Allah bagi yang sudah berumah tangga. Barulah berbaloi satu perhubungan itu terjalin.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila lelaki mu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripada wanita kesayangannya. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya itu melayannya lebih daripada orang lain yang pernah wanita yang dicintainya itu penah sayang.

Kalau lelaki kesayangan sedang merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Cuba sahaja meskipun hakikatnya kadang-kadang kaum wanita tidak pandai memujuk kerana sudah lumrah wanita lebih mudah merajuk. Jangan disangka manja seorang lelaki itu mengada-ngada. Lelaki seperti inilah yang sangat disayangi wanitanya yang tahu menghargainya kerana bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayanginya sahaja. Wanita itu akan beruntung!

Saat wanita tercintanya mendapat masalah, orang pertama yang datang membantu adalah lelaki yang menyayangimu. Tandanya dia tidak mahu melihat wanitanya dalam kesusahan. Dia akan berasa bertanggungjawab untuk membantu. Dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan wanitanya senang dan tidak dibebani kerja atau masalah. Beruntungkan wanita?

Saat si wanita memberitahu bahawa akan pergi ke satu tempat dalam tempoh yang lama, Lelaki kesayanganmu pasti akan menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan dari wanitanya dan wahai wanita, jika lelaki kesayangan mu bersikap seperti ini, maka tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya..

Sekiranya lelakimu sering bertanyakan soalan "Masih sayang saya tak?" , jangan anggap itu sartu soalan yang membosankan. Itu tandanya, dia tidak mahu kasihsayang wanitanya terhadapnya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah itu sentiasa diulang-ulang agar wanitanya tahu betapa si dia sentiasa mahu wanita kesayangannya ingat bahawa wanita yang bersamanya itu adalah miliknya.


Lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi wanita kesayangannya. Bukan semua lelaki begitu. Tidakkah wahai wanita terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi wanita? Itu membuktikan cintanya buat wanita kesayangannya cukup KUAT.

Dan pengorbanan yang paling besar dan lebih jelas lagi betapa si dia menyayangi wanitanya apabila dia lebih mementingkan wanitanya berbanding dirinya sendiri. Apa sahaja yang dilakukannya semata-mata untuk wanitanya. Asalkan wanita kesayangannya sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dengan dirinya.

Jadi, wahai wanita, HARGAILAH lelaki yang sentiasa ada bersamamu sekarang. Terima lah dia seadaanya. Berilah peluang kepada diri kamu sendiri untuk mencintai seseorang yang bergelar lelaki..


P/S buat lelaki dan wanita : Setiap pasangan ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Jika merasa pasanganmu mempunyai kelemahan, begitu juga dengan diri kamu. Jangan pernah mencari pengganti kerana mahukan yang lebih baik. Jangan cari yang lebih baik sedang kamu ada yang baik. Kerana lepasnya yang baik, mungkin kamu tidak akan pernah bertemu dengan yang lebih baik lagi.

P/S buat My Nasy8 : Terima Kasih sebab sentiasa ada untuk insan bernama Sofinah Lamudin.

Aku,

Saturday, April 20, 2013

Jika Lelaki Dah Jatuh Cinta Dengan Si Dia

Ingin tahu tanda-tanda lelaki kalau sedang jatuh cinta ?
Begini katanya….

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan karena terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya..
3. Dia banyak menasehati kekasihnya karena dia amat menyayanginya.
4. Dia berusaha mengukung kebebasan kekasihnya karena perasaa cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya karena dia sentiasa merasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkan seluruh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian karena dia mau kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia kadang suka merajuk karena ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
13. Dia selalu mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya karena dia merasa cintanyalebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan pentingdengannya.
17. Dia coba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi deangan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sehatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dansanggup menyerahkan harta maupupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu berarti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang wanita. Apatah lagi lebih dari sekali.

P.S : Hargailah insan bergelar lelaki…
Aku,

Saturday, February 9, 2013

Fenomena Adat Berkasih yang anda perlu tahu

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Kali ini, aku nak berkongsi tentang 'cinta' . Memang semua orang sedia maklum dengan dugaan dan ujian bercinta kan? Adat berkasih la katakan.

Tapi ada beberapa fenomena yang perlu kita tahu bersama.

Fenomena satu :

Biasanya manusia ini ada perasaan cemburu dan iri hati.

Mungkin juga mereka tidak sedar dengan semua tu.. atau tidak faham dengan hati sendiri.

Maka, terjadilah seperti ini...Merasa kekasih sendiri tidak se-best kekasih orang lain,so tinggalkan untuk orang lain yang dirasakan best.

Apa yang best? duit? wajah? or? ok.. memang aku tahu kenapa...kita mahu yang terbaik kan? Understand but....

Apabila nampak bekas kekasih yang sudah ditinggalkan dulu berbahagia dengan kekasih baru, barulah rasa menyesal dan datang cari balik. WHAT FOR? Adakah tidak pernah merasa malu datang cari balik, konon tak boleh nak lupakan sedang kan dia sudah memiliki orang lain? sudah dipunyai oleh orang lain? Bekas kekasih dah bahagia, terang-terang dah jadi milik orang kenapa nak datang pula?

Kenapa semasa bekas kekasih single tu tak datang?
-QUESTION MARK-

Fenomena dua : 

Biasanya manusia ini ada perasaan cemburu dan iri hati.

Mungkin juga mereka tidak sedar dengan semua tu.. atau tidak faham dengan hati sendiri.

Maka, terjadilah seperti ini...Rasa kekasih kawan dia lebih best dari kekasih sendiri. Lupakan kan perasaan kawan, yang penting nak dapat kekasih kawan dia. Kenapa mesti selepas kawan sendiri mendapat lelaki/perempuan tu baru terhegeh-hegeh nak kat kekasih si kawan tu?

Kenapa semasa lelaki/perempuan tu single tak datang?
-QUESTION MARK AGAIN-


Fenomena 3 :

Biasanya manusia ini ada perasaan cemburu dan iri hati.

Mungkin juga mereka tidak sedar dengan semua tu.. atau tidak faham dengan hati sendiri.

Maka, terjadilah seperti ini...Ambil jalan luar dugaan...nak sangat si sekian-sekian tu sampai guna bomoh. Oke...tak perlu nak kata tentang hal ni lebih jauh but...bila orang tu sudah berpunya, kenapa mesti orang tu juga yang dicari?
 -QUESTION MARK AGAIN AND AGAIN-

Fenomena ini berlaku kerana kita MELIHAT KEBAHAGIAAN SESEORANG DAN MAHU SEPERTI ITU JUGA...

SEMUA ORANG MAHU BAHAGIA... Aku faham... aku pun nak bahagia juga.. kenapa aku tidak faham? But ONE MORE THING GUYS, JANGAN PENTINGKAN DIRI. Kita dalam dunia ni mencari kebahagiaan bersama-sama. Dengan cara meruntuhkan rumahtangga orang, merampas kekasih orang, merosakkan hubungan orang TIDAK AKAN MENJAMIN ANDA AKAN MENDAPAT KEBAHAGIAAN YANG ANDA DAMBAKAN MALAH IA AKAN LEBIH TERUK LAGI!!!

TRUST ME YOU WILL DIE AFTER YOU DO SOMETHING BAD...KARMA...its very strong...aku tahu sebab aku pernah rasakannya even TIDAK SENGAJA. Actually, kita boleh berfikir baik atau buruk. Just can say, Kesalahan pertama adalah kesilapan. Just make sure it never happen again...because, kali kedua bukan kesilapan tapi satu pilihan. Pilihan di mana kita mahu melakukannya lagi atau tidak.

Fenomena di atas adalah fenomena yang banyak berlaku di luar sana. Kepada pasangan yang saling mencintai, KUATKAN IKATAN CINTA KALIAN. JIKA KAMU CINTA PASANGAN KALIAN, JANGAN PERNAH ADA YANG KEDUA. BEKAS KEKASIH? Dia datang sebab Tuhan yang hantar, Tuhan hantar nak lihat sejauh mana kuatnya hati kalian mencintai antara satu sama lain.

Jangan pernah menerima kedatangan bekas kekasih jika depan mata anda sudah ada yang lebih baik dari bekas kekasih anda yang pernah membuat anda 'sakit' . 

Dugaan, Ujian, akan datang tanpa notis...just be strong! LOVE just be strong.

Kepada yang sedar pasangan anda sangat bersungguh-sungguh dengan anda, jangan sia-sia kan. Kepada yang belum jumpa yang bersungguh-sungguh, cuba ubah diri sendiri, mungkin dia tak bersungguh-sungguh kerana cara kita yang sambil lewa atau kurang memberi komitmen. Ubah diri untuk mengubah pasangan anda. InsyaALLAH masing-masing akan sama-sama memperbaiki apa yang perlu dibaiki.

P.s : Aku sedar Encik Mohd Nasyit sangat bersungguh-sungguh dengan aku...sebab itu lah aku sanggup berubah dan baiki diri aku. I Will Be the Best of Me with you....

1. I will be - Avril Lavigne
2. Best Of Me - Sum 41
3. With you - Raef

Aku,

Anda Mungkin Mahu Baca Ini

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Bazaar Ramadhan (1) Beats Pill (1) Begleri (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (16) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (37) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (82) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (124) Favourite Song (27) Fidget Spinner (1) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Hand Spinner (1) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (4) Header (1) Headset (1) Hobi (8) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kashaka (1) Kawan (17) Keluarga (15) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (4) Kreatif (16) Kundasang (1) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Permainan (1) Personaliti (7) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (19) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (11) Ramping dan langsing (1) Ranau (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (4) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (12) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Thumb Chucks (1) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)