Showing posts with label Eat That Frog By Brian Tracy. Show all posts
Showing posts with label Eat That Frog By Brian Tracy. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

I Wish You Luck Bulat | Wish Me Luck Too

Daisypath Anniversary tickers


Take care my bulat and be happy | I will care myself, don't worry I will be find with my frog too

el-oo-vee-ee

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Saturday, October 19, 2013

"Highlight" Ketika Menalaah "Eat That Frog!" Page 1 until 10

Its TIME to READ! and...LEARN!

"Alasan terbesar bagi sikap suka bertangguh dan kurangnya motivasi adalah minat yang keliru dan kabur tentang apa yang mahu dilakukan, bagaimana caranya, dan mengapa kita melakukannya. Kita harus keluar daripada situasi ini. Kita perlu berusaha dengan segala kekuatan yang kita ada bagi mencari PANDANGAN YANG JELAS tentang MATLAMAT dan tugas terbesar kita.."

"Sebelum kamu mula berlumba-lumba menaiki tangga kejayaan, pastikan tangga itu tersandar pada bangunan yang betul." - Stephen Covey

"Matlamat atau tujuan yang tidak ditulis hanyalah sebuah keinginan atau fantasi. Tiada tenaga di belakangnya. Matlamat yang tidak tertulis membawa kepada kekeliruan, kekaburan, salah arah, dan banyak kesilapan"

"Dengan matlamat bertulis dan pelan yang tersusun, kita menjadi lebih produktif dan efisien berbanding orang yang hanya melakar matlamat mereka dalam minda."

"Matlamat adalah bahan bakar kepada roket pencapaian.."

"Bertindak tanpa berfikir adalah sumber masalah!"

Note : Page 1 until 10.
Thanks to : Eat The Frog, by Brian Tracy



P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Cara Yang Hebat Untuk Berjaya adalah Berfikir di Atas Kertas

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Di bawah merupakan senarai FORMULA HEBAT bagi menetapkan matlamat dan mencapai matlamat yang kita mahukan. Formula ini dapat kita gunakan sepanjang hayat kita. Formulanya hanyalah tujuh langkah yang mudah. Langkah-langkah ini mampu menggandakan produktiviti kita sehingga TIGA KALI GANDA! . Berikut adalah tujuh langkah tersebut :


  1. Tentukan apa sebenarnya yang kita mahukan.
  2. Tulis.
  3. Tetapkan tarikh akhir dan sub-tarikh akhir sekiranya perlu bagi mencapai matlamat kita.
  4. Buat senarai semua perkata yang kita fikir kita pasti lakukan bagi mencapat matlamat kita.
  5. Atur senarai itu dalam satu pelan.
  6. Bertindak serta-merta.
  7. Bertekad melakukan perkara-perkara yang dapat membawa kita kepada matlamat kita pada setiap hari.

Thanks to : Eat That Frog, by Brian Tracy.




P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Makan Katak Itu! [Tugasan 1] - Eat That Frog By Brian Tracy

[1] Buat satu senarai yang mengandungi 10 matlamat yang yang kita mahu capai pada tahun hadapan di atas kertas. Tulis matlamat-matlamat ini seolah-olah kita sudah berada di hujung tahun dan tahun baru akan menjelang tidak lama lagi.

Tuliskan dalam bentuk kata kerja dan kata nama pertama (Saya) supaya lebih jelas! dan pastikan menulis matlamat anda dalam kata yang positif sahaja.

Contoh ayat positif : Saya menunaikan solat 5 waktu tepat pada masanya.

Contoh ayat negatif : Saya tidak akan meninggalkan solat 5 waktu.


Contoh senarai matlamat yang boleh anda contohi dan merupakan senarai matlamat saya sendiri :


  1. Saya menunaikan Solat 5 waktu yang berkualiti (Solat tepat waktu).
  2. Saya menguasai banyak ilmu Internet Marketing yang banyak dan mengajar/membantu orang lain dalam bidang ini.
  3. Saya menunggang skuter comel.
  4. Saya mendapat pendapatan pasif dan berterusan mencapai pendapatan puluhan ribu ringgit hingga minimum RM10,000 sebulan.
  5. Saya kembali ke bisness kesukaan setelah mendapat pendapatan pasif dan berterusan dalam Internet Markerting dan mencapai dua kejayaan dalam dua perniagaan berbeza.
  6. Saya sudah berkahwin bersama Mohd Nasyit Md Nooh.
  7. Saya menggunakan kamera DSLR bernilai RM5,000 dan ke atas.
  8. Saya mempunyai lesen kereta dan membeli kereta.
  9. Saya mempunyai ofis sendiri untuk menjalankan perniagaan saya dengan mudah dan selesa bersama rakan perniagaan.
  10. Saya berpenampilan yang kemas, bekerjaya dan menarik.

[2] Pilih salah satu matlamat yang boleh membawa IMPAK BESAR yang positif kepada kehidupan kita!

"Saya mendapat pendapatan pasif dan berterusan mencapai pendapatan puluhan ribu ringgit hingga minimum RM10,000 sebulan."

[3] Tulis kan pilihan matlamat yang sudah dipilih di atas kertas yang berasingan dan pecah-pecahkan pelan anda untuk matlamat yang sudah dipilih.

[4] Tuliskan matlamat-matlamat anda, tidak kira apa pun di dalam kertas yang berasingan. Tetapkan tarikh akhir, buat perancangan dan bertindak segera.Lakukan apa sahaja setiap hari yang boleh membawa kita ke arah matlamat itu. Latihan ini mampu mengubah kehidupan kita!


Thanks to : Eat That Frog, Brian Tracy.



P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Friday, October 18, 2013

I Love to Eat That Frog -Dijamin Halal-

Assalammualaikum Readers, and bloggers,

Oh my GOD! Eat that frog ? Adakah lapar anda akan berakhir apabila anda memakan katak ? YES! Jawapannya "YES" kerana anda akan berjaya menguasai diri anda sendiri dengan menghalang diri anda menjadi seorang yang "PEMALAS" atau tak tahu memotivasikan diri, maka kita semua patut makan katak! Hehe..Jangan risau, kerana ia dijamin HALAL!!

But, Makan katak ada step juga oke. Jangan makan sebarangan nanti terkena racun katak! >_< Eeuuuww! :p

EAT THAT FROG by MOHD NASYIT. Eh.. I mean, by BRIAN TRACY!
Note : Dijamin HALAL untuk DIBACA, bukan DIMAKAN
"Begitu banyak yang perlu dilakukan dalam waktu begitu singkat. Namun, sangat sedikit masa yang kita ada. "Eat That Frog" adalah teknik terhebat bagi membunuh kemalasan dan membereskan lebih banyak kerja dalam masa yang singkat" - Brian Tracy.



Hari ini, saya dapat buku baru. KATAK! hehehe... Encik Tunang, My Mohd Nasyit belikan saya buku ni khas untuk saya sebab dia nak saya "makan katak!" hehehe. Thanks my sweetheart sebab belikan buku ni. Saya sangat hargainya sebab buku ni, betul-betul boleh ketuk kepala saya..sambil kata "Hey hey.. SOfie bangunlahhhh!! Bangun..." ^_^

Actually, Encik Tunang belikan buku ni sebab nak pujuk saya merajuk. Huhu.. Thanks darling, rasa bersalah pula sebab buku ni jual mahal sangat kat Labuan.Tadi kita bukan nak beli buku ni, nak cari buku photoshop kan...Tapi kan... Thanks sangat-sangat sebab saya sangat suka buku ni. Kebetulan, penulisnya pula BRIAN TRACY. Penulis kesukaan Encik Tunang.

I LOve YOu Encik Tunang sebab buku ni sangat bagus untuk saya baca. Sangat sesuai!

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (14) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (16) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)