Showing posts with label Fitness. Show all posts
Showing posts with label Fitness. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

Selamat Tahun Baru 2016 dan Review 2015

Assalammualaikum Bloggers dan Readers!

Selamat tahun baru  2016 saya ucapkan kepada semua bloggers, pembaca, penulis, facebookers, dan semua rakyat Malaysia....err... dan juga kepada makhluk hidup seluruh angkasa ni. haaa! tu dia. kihkihkih...

So, dah starting azam baru yang semalam-semalam korang list? siap list dari tahun 2015 lagi tu kan. ooo... mesti dah pakai buku diary baru dah ni. Berkilat-kilat lagi buku diary/catatan tu. Tapi jangan sampai bulan 12 pun still berkilat. ngiahaha!

harap belum terlampat wish tahun baru saya ni. Alaa..still january kan, masih hot lagi tahun baru 2016! Jadi, masih ada feeling-feeling new year lagi ni. hehe!

Apa azam baru korang tahun ni? Apa cerita azam tahun lepas?

Ok. Tahun lepas (2015), saya dan suami still fresh wedding. haha! Saya pun tak ingat apa azam baru saya untuk 2015. Yang saya tahu masa tu sedang sweet-sweet, dating-dating je dengan sang suami. Ehh! kesitu pula.. maksud saya, awal tahun tu, kami masih sibuk menyesuaikan diri dengan stage baru kami iaitu alam perkahwinan! malah bukan sahaja menyesuaikan, tapi seperti over sesuai pula.

Sibuk belajar masak masakan favourite suami la, sibuk kat dapur dengan macam-macam resepi la, sibuk buat income thru internet la, sibuk main game COC la..ye la, kan baru start main COC kan, laki bini perangai 2 kali 5 je. Minta-minta troops plak tu. Lepas tu siap minta belanja suami beli GEMS. hahaha! buruk perangai.

Jadi, pointnya, awal-awal tu, kitorang punya azam agak terabur sikit. Semua kitorang nak cuba buat. Ye laa, kalau sebelum tu, buat sesuatu kena buat appointment dulu, jumpa kat sekian sekian dulu, lepas kahwin, tak pandai dah buat appointment, bangun pagi dah sibuk "sayang, apa kata kita buat macam ni dan macam tu, hari ni...kemudian boleh la beli itu.. ini...", esok nya pula, "Darling, jom la kita terai main game ni pula... tapi PC tak boleh angkat la ni.." aduh! serabut kan? kehekehek!

Masa tu, azam kami hanya satu, ENJOY TIME! oyeahhh! hehehe...menikmati dan meraikan kejayaan kami yang sudah berjaya ke level baru (Alam perkahwinan). Pokoknya honeymoon sepanjang masa. Sebab sama-sama tak kerja. Masing-masing buat income online.

Kitorang jalan-jalan, shopping-shopping, makan-makan.

Dalam beberapa bulan selepas kahwin, terasa badan ni macam naik la pula. Alamayai! Tu laa, kuat melantak - "oh, bahagia namanya tuu"...

So then, sejak berat badan semakin meningkat gara-gara makan tak kontrol lepas kahwin tu, kami pun start buat azam. Azamnya...

1. FITNESS LIFESTYLE

Start la journey fitness (program nak turunkan berat badan)
Nak turunkan berat badan beberapa kg untuk saya dan buang belly fat. Encik suami pula kena start buang berat badan banyak sikit. huhu. Actually, dalam tahun 2014, sewaktu dekat-dekat majlis perkahwinan (dalam persiapan wedding) lagi, kitorang dah tak jaga pemakanan. Malah, jogging pun dah stop. Apatah lagi workout/fitness segala macam. So, 2015 memang kena tough la nampak gayanya.

Since start balik makan gaya diet Atkins tahun 2015, pergi jogging dan buat workout, saya hairan kenapa susah sangat berat badan encik suami ni nak turun selepas hampir 3 - 4 bulan. Hmm... kenapakah? Berat saya pula? naik turun naik turun... kalau macam ni tak habis la jawabnya.

Diet atkin sudah ni , makan nasi pun tak (dah namapun diet atkins). Pas tu, siap beli produk bunga safron (kawal selera makan dan meal replacement). Hairan sungguh tak turun-turun tapi maintain je. Mendatar... sedangkan, masa tahun 2014, senang je turun berat ni. Macam kacang je! haha! ambil produk yang sama juga tu.

Pada suatu hari, encik suami beli ebook Kevin Zahri. Baca punya baca, laaaa... rupanya faktor umur. Leh! dah tua ke apa. hahaha! Bukan, maksusnya begini, since umur kita dah semakin meningkat ni, kita tak boleh lupakan kalsium dan vitamin C. Bila kalsium kita semakin kurang dan menghilang lalu sukar untuk mendapat sumber kalsium baru, lemak akan menggantikan kalsium dalam badan kita. So, apa kaitan kalsium dengan vitamin C? Vitamin C adalah penting untuk penyerapan kalsium.

Setelah mendapatkan info ni daripada ebook Kevin Zahri tersebut, kami pun pergi shopping dan dapatkan stok Vitamin C, Kalsium,fat burner dan Fish Oil.

Selepas pengambilan yang kerap dan maintain, Alhamdulillah, berat badan Encik suami semakin kurang.

Berjaya atau tidak sepanjang tahun 2015? Jawapannya berjaya! dan sebenarnya boleh diturunkan lagi tapi...disebabkan Encik suami lebih suka buat workout bina otot, maka, berat dia tak dapat nak ditentukan penurunan atau kenaikan. Otot akan semakin bertambah dan menjadi berat jika kita buat workout otot. Kalau dia timbang berat badan, dah combined berat fat dan mass(otot). Jadi, Encik suami start fokus bina otot je lepas tu.

Encik suami start beli dumbbell yang besar-besar sampai 10kg satu.

Okeyh, tu cerita Encik suami dengan dumbbell-dumbbellnya.. saya pula? Saya start layan skipping yang diinspirasikan oleh lagu "RISE-UP". Boleh tengok video kat bawah untuk dengar lagu tu. Macam mana saya jatuh cinta semula dengan sukan Jump Rope ni, boleh klik sini untuk baca.



Actually, saya nak pro skipping ni pada tahun 2015. Tapi nampaknya praktis basic belum pas pas lagi sampai hari ni. kihkih..

Masih setakat basic. huahua... tak senang macam kita tengok kat video. huhu..

2. KOMPUTER BARU

...and then, azam tahun 2015 saya nak dapatkan PC yang proccessor power sikit. Klik klik laju. Buka photoshop macam kacang, buka bluestack tak hang dan boleh making video semua. Alhamdulillah saya berjaya saving money and beli PC bernilai RM2000 +/- dengan hanya "klik klik" thru internet. PC ni saya beli sebagai kegunaan saya membuat kerja kat rumah seperti projek projek photoshop, video, autodesk, grafik, website, drawing dan sebagainya. Selain tu, gaming! PC yang yang mantop tapi jimat. Sebab, RM2K dah boleh angkat bawa rumah dan money making. Esok-esok dah balik modal. wihihihi! My lappy dah boleh rest. Bawa untuk buat kerja kat luar sahaja.

3. TELEVISYEN

Ketiga, TV. Azam barunya TV baru. hahaha! Kepada yang kenal saya dekat sangat2 dulu, dalam hidup saya mustahil ada list TV. Saya tak ingat sejak tahun berapa tapi memang saya dah lama tak tengok TV sejak sekolah menengah. Astro? Sampai hari ni saya tak ingat nombor-nombor channel kalau korang just sebut "HBO", "AXN" atau "DISCOVERY CHANNEL" . Kalau korang nak suggest rancangan TV, sila sebutkan nombor channel bukan nama channel. FAILED ni.. failed! Since ada astro dalam rumah dulu, saya tidak pernah tahu apa-apa pun termasuklah Maharaja Lawak atau pun Akedemi Fantasia. Saya tahu korang minat tu semua, saya tahu apa kebendanya tu tapi percayalah, saya tidak akan tahu, siapa yang ada kat dalam rancangan tu. Siapa menang ke, suara siapa lawa ke, siapa yang paling boring ke..ntahla. Tak tahu.

So, this is the weird thing. Saya merancang beli TV baru? So ceritanya macam ni. My husband memang suka lepak depan TV. Semasa kami bertunang dulu, dia memang suka layan TV. Dia suka layan movie, dia suka layan WWE setiap selasa dan Jumaat malam. Selain tu, dia suka juga layan discovery channel. My mom and my dad juga suka tengok TV. Diorang suka tengok movie dan WWE (My mom teman my dad je tu tengok WWE tuu..hikhikhik..) Since my older sister stay tempat lain, dah tak ada TV kat ruang tamu sebab TV tu diorang older sister yang punya termasuklah astro (Sekali astro dalam bilik my mom/dad tu my older sister yang punya but my dad yang bayar untuk 2nd decoder tu).

Bagi saya, no TV still can hidup lah! ngiahaha. Nanti ada TV tu saya layan DVD player je lebih. Astro ada pun mungkin tak buka langsung. Bazir kan. Sebelum older sister pindah, my husband layan TV internet atau youtube kat bilik je sebab kat ruang tamu remote my older sister dan anak-anak dia yang punya. Tak ada chance la kan. haha!

So, azam saya nak beli dua TV. Satu untuk my husband lepak kat ruang tamu sambil WWE and Discovery Channel atau apa sahaja yang dia minat. Saya follow je. Sebab kalau saya yang kongker remote tu, nanti saya buka cartoon 24 jam. No story la. Kenapa still minat kartun tu ntah la kenapa. Saya pun tak faham. hahaha!
Satu lagi, saya plan untuk ganti TV lama ayah dalam bilik dia. Aduh, TV kotak kau. Kesian huhu... Sekarang kan zaman blue ray! mana ada TV kotak dah.

Alhamdulillah, saya berjaya saving money lagi thru internet bisnes untuk TV ruang tamu. Saya nak yang besar macam panggung tu. kahkahkah... tapi mahal sangat pula. Mampuih! Ambil la biasa-biasa je bawah RM1K. Besar juga tu, tak payah pakai kanta pembesar untuk orang rabun macam saya ni. huehue.

...tapiii, hah! ada tapinya... disebabkan hidup ni tak selalunya di atas, ye lah macam roda kan. Tiba-tiba masalah datang, tak dapat TV satu lagi. Postpone hadiah TV untuk birthday my mom. Tukar dengan hadiah lain.

Hujung tahun, 07 Disember tu, suprise pula, Encik husband belanja TV satu lagi untuk birthday my dad. Hah! Azam 2015 settle untuk TV dalam bilik my mom and dad. Boleh dah tengok TV cantik-cantik dalam bilik. Jimat ruang. Tak payah pakai TV kotak dah.

4. MENINGKATKAN KEWANGAN, IBADAH DAN ILMU

Azam yang ni memang sebelum-sebelum berkahwin pun memang dah ada. Memang mesti punya! Rasanya ni basic untuk semua orang. Kalau tak ada ni, parah ni. Kalau yang ni memang dah jadi hobi kami berdua cuma tahun ni tambah satu la...

5. BERSAMA SUSAH SENANG
selamanya...
"susah senang" sebelum kahwin
dengan sesudah kahwin tu beza tau! hehe.



Selesai review 2015. Yang negatif akan dijadikan pengajaran...yang positif akan dipertingkatkan lagi. Yang belum settle tahun 2015, bawa ke tahun 2016. In Shaa Allah terlaksana. Aamiin...

Thanks a lot to my mr.husband for everything.
I love you, forever!











Tuesday, November 25, 2014

My new hobby and workout

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Nampaknya plan petang semalam terbatal. Dua hari lepas, semasa kat Taman Botanikal, kasut Encik Tunang dah 'senyum besar'. So, semalam saya sangat semangat sampai bawa gam dari rumah untuk gam kan kasut Encik Tunang supaya boleh menyambung aktiviti petang kelmarin seperti yang dirancang..

Malangnya, dengan kasut saya sekali join 'senyum besar' . Lebih besar dari kasut Encik Tunang. haha. Dah begitu kejadiannya, Encik Tunang hantar kasut kami ke kedai jahit kasut. Kasut tu ok lagi. Masih boleh guna, just tapak je tertanggal. Tu kasut kesayangan saya tu... hadiah Encik Tunang untuk saya. Kasut tu pattern dan warna sama dengan Encik Tunang punya. Kasut pertama untuk kami jogging. Memang khas untk jogging.

Saya sedikit kecewa. Sebenarnya petang kelmarin nak sambung fitness/workout/jogging seperti yang sudah dirancang dengan Encik Tunang. Selain tu, saya juga nak menyambung 'melompat' . Nampak gayanya, lupakan saja dulu niat untuk 'melompat' tu.

Lepas jumpa Mr.Ken, kawan Forex Encik Tunang, saya ajak Encik Tunang ke SportMart untuk tengok kasut sukan. Tengok punya tengok, pilih punya pilih, akhirnya saya beli satu. Warna hitam pink. Encik Tunang kata, warna dia lawa. So saya beli yang tu. :) Saya memang suka barang saya dipilih bersama dia. Bab kaler dan design memang suka tanya dia dulu. Lagipun saya memang jenis rambang mata. hahahaha! kalau ada dia, dia boleh bantu saya buat pilihan dan dalam masa sama dia juga ok dengan pilihan tu.


Runnig Shoes For Women.

Yess! Running shoes for women. Bukan untuk running je. Nak 'melompat' sekali. Dari tadi asyik kata nak melompat kan.. apa sebenarnya? Now, saya ada hobby baru. Fitness baru. Selain daripada suka pada dumbbel, saya suka pada JUMP ROPE. Skipping rope. Kenal kan?

Mesti masa zaman sekolah dulu semua orang suka berebut nak main tali skipping bila tiba mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Dulu, masa sekolah rendah, saya memang suka berebut dengan member dengan tali skipping ni. Bila dah asyik berebut, malas betul nak main. hehehehe... last-last my mummy belikan tali skipping untuk budak-budak. Bukan je melompat lompat kat sekolah, kat luar rumah sekali saya melompat. Tapi lompat poyo poyo je la... hahaha. Tak reti la ada style. One day tali tu putus. Ayah pula gantikan yang baru... masa tu saya dah jarang main lompat-lompat. Dah nak darjah 6 dah. Lagipun dah biasa dengan tali lama. Tali baru tu macam tak ada feel dengan jiwa. hehehe. But saya tetap simpan sampai sekolah menengah tali skipping tu sebab ayah yang belikan.

Now, tali skipping tu tak tahu dah ke mana. Rasa macam dah bagi kat anak buah tapi tak ada pula diorang main. Agaknya dah terlalu di simpan dalam stor kot. Tak jumpa mana dah. Sepanjang zaman sekolah menegah dulu, memang dah tak ada layan jump rope ni. NOPE! tak ingat malah tak terfikir langsung.

Pada bulan Oktober lepas, saya dah tertonton satu movie lama. Movie tahun 2013. Mengisahkan seorang budak perempuan yang mempunyai "PASSION" dengan jump rope. Cerita tu tak tottaly tentang jump rope pun. Tajuk pun out sikit. Tajuknya "Family Weekend".




Ia mengisahkan satu keluarga yang tak sehaluan. Masing-masing ada passion tersendiri. Interest yang berbeza hingga membuat keluarga tu tak match langsung. Gadis yang suka jump rope ni lain dari yang lain sikit. Walaupun dia gila dengan sukan skipping, tapi dia ada jadual untuk keluarga. Means, dia balance. Tak kemaruk sangat dengan dunia dia sampai lupa diri. hahaha! Saya suka mesej yang disampaikan dalam movie ni termasuklah SUKAN JUMP ROPE tersebut.

Sejak tengok movie tu, saya start ajak Encik Tunang jalan-jalan tengok barang sukan kot kot ada jual skipping. hehehe. Tapi lama juga saya berfikir untuk membelinya atau pun tidak. haha.

Simpan dalam hati jer niat nak beli tu sebab...saya tak pasti saya perlu atau tidak. Bila Encik Tunang shopping kat GNC minggu lalu untuk beli Lean Shake, Soy Protein.., saya nampak satu gambar lelaki dan perempuan fitness kat GNC shop tu.

Lelaki tu, body dia pergghh.. macam yang Encik Tunang idamkan. Hmm... mula lah saya berangan jenin-jenis kat GNC tu. Saya tengok gambar tu macam nampak muka Encik Tunang je kat situ. hahaha... Kemudian, kat sebelah lelaki tu perempuan fitness yang memang body dah perfect. Biasalah kalau dah lelaki fitness, pasangannya mesti lah sama juga. Tapi dalam gambar tu nampaknya membuatkan saya rasa ada sesuatu yang unik.

Perempuan tu bawa JUMP ROPE!! Oh my god semartttt nyeeerrr! Apa lagi... dapat je jualan ebook pullback forex, terus withdraw beli satu jump rope. hahaha!

My highlight yellow jump rope!
I want red colour but nampaknya kuning rezeki saya. hehe. This is my third jump rope. Tali skipping ketiga yang menjadi milik saya.

Ok... nantikan photo saya macam dalam photo kat GNC tu. kihkihkih...

Jump Rope ni merupakan satu sukan yang unik. Ia bukan sekadar sukan tetapi boleh jadikan jump rope dance. Its Art Sport! ART SPORT! ia sangat sesuai dengan jiwa seni saya. Kita akan lebih enjoy bila layan dengan music!

Sekarang saya sedang layan basic jump rope. 1st target saya adalah melompat 100 kali tanpa henti atau tersangkut. Dan bila dah dapatkan target tu, saya akan terus dapatkan step sererusnya..psstt! its not easy as u think..ahaaa haa! yeayy!

okeh layan!

side swing, side swing, jump!
side swing, side swing, jump!
side swing, jump! side swing, jump!



Itu basic.. basic pun boleh tahan syok. Apa lagi yang advance! Lompat lompat like pro bebeh! Enjoy video kat bawah okeh! Daa..



Thanks for read my personal blog.
Blogwalking lagi nanti kat sini.
Jumpa di entry seterusnya.











Thursday, October 23, 2014

Home Workout | Daily Fitness | Couple Hobby

Assalammualaikum Readers and bloggers,

Just finnish my home workout today. Fuhh~ Berpeluh. Rest kejap then nak lunch.

#Throwback. Gambar bulan 3 lalu. Sebelum keluar jogging, selfie dulu. kui3x.

Since kenal dengan Elken dan Zumba, memang saya sangat berminat dengan fitness. But tidak terlalu obses atau nak jadikan daily activities. Paling-paling pun, saya akan temankan Encik Tunang ke Taman untuk jogging. hehe. Dia jogging, saya pun jogging la.

#Throwback.Gambar bulan 3 lalu, tahun ni. HAHA.

#Throwback gambar jogging.Encik Tunang semangat!!

But now, since lepas bulan puasa tahun 2014 ni, rajin pula saya dan Encik Tunang berbincang tentang fitness, Vegeterian, Spirulina Elken, Sensualite Elken dan macam-macam lain yang bersangkut paut.



Pemakanan? Yes! masuk sekali. Kami berdua plan nak buat couple body fitness yang 'mengancam' . HAHAHA! Dasyat ayat. Gilos!

Apa-apa lah sahaja sebabnya, memang seronok fitness-fitness ni korang. Kalau bukan kerana nak body cantik bagi para wanitanya, kalau bukan nak tampan para lelakinya, UNTUK SIHAT tu paling baik diutamakan juga. Tapi...kan lebih tip top kalau kita dapat dua-duanya kan ? SIHAT dan CANTIK! Lelakinya TAMPAN dan BERGAYA! ewaahhH!

Actually saya dah amalkan DX Lingerie Elken since 2012. Makanan memang saya jenis taknak kuat makan. So now, nak menambahbaikkan lagi dengan workout/fitness bersama insan tersayang, bakal husband, Encik Mohd Nasyit. hehehe.

So, apa yang saya lakukan setiap hari?

  1. Minum air H2O setiap hari (H2O dengan penapisan Reverse Osmosis sistem Elken).
  2. DX Lingerie 8 jam sehari (Jahitan DX Lingerie Elken yang berperanan meletakkan lemak di tempat yang betul - so lemak yang salah stand tu better dielokkan cepat.hehe).
  3. Spirulina Elken (Untuk mengurangkan rasa lapar, Menambahkan nutrisi yang kurang di dalam badan -  siapa tak suka makan sayur, better ambil Spirulina Elken).
  4. Makanan berat 1 kali sehari sahaja. Yang lain-lain saya amalkan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, salad, sup, etc.
  5. Mengamalkan meminum greentea - greentea detox lebih baik. Kalau nak lebih bagus detox, gunakan Lactose Elken. Amalkan 3 kali seminggu, buang toxix dalam badan, kempiskan perut, dan ringankan badan, buang/cuci pada dinding usus.
  6. Fitness setiap pagi dan petang. Hujung minggu jogging. (Flexible - ikut kesesuaian masa - paling koman satu kali fitness pada waktu pagi, kalau rajin dan ada masa..bukan hujung minggu pun saya dan Encik Tunang pergi Jogging).
  7. Sensualite, Burner & Fabuloss 5 (Ini Encik Tunang saya yang gunakan, kalau saya yang guna ni, nanti jadi cicak kubin pula..haha!). 
Then, Fitness yang macam mana saya amalkan?

Ni fitness wanita. hahaha! Lelaki lain lagi. Encik Tunang saya punya fitness lain. Saya lain.

Pertama, saya warmup dulu. Lihat Video kat bawah.



Video kat atas ni adalah cara yang betul untuk warmup sebelum dan selepas exercise.

Kemudian, saya akan ke fitness Abs (Nak dapatkan perut yang sentiasa kempis dan rata).
Saya guna fitness abs yang simple dan senang sahaja. Sebab kalau yang susah-susah tu nenti makan masa banyak sangat. hehe..



Bila dah settle abs fitness, saya akan ke next fitness. My favourite fitness. haha. This fitness actually lelaki buat juga untuk mendapat otot pada dada. Kalau wanita, korang faham sendiri. hehehe. Untuk balance, memang kena buat ni, bila dah membuat pengurusan badan, lemak kat area dada akan kurang juga. So, payudara mengecil tu memang dah pasti.

Buat masa ni saya just guna Dumbbell comel.




In Shaa Allah akan ada koleksi Dumbbell untuk saya dan husband to be...its on the way. hehe.




Dah selesai fitness dalam video di atas, saya akan terus ke fitness booty. hahaha! oyeahh! Women is women..




Actually, seronok juga kalau dapat maintain aktiviti macam ni setiap hari. Jap! Angan-angan saya kan, dalam rumah nanti ada bilik untuk fitness. HAhahaha.

Kalau saya, berangan memang no.1. kwang3x.

Sampai sini dulu entry ni.
Nanti jumpa kat entry seterusnya.

Terima kasih sebab membaca.


With Love,



30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (14) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (16) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)