Showing posts with label Forex. Show all posts
Showing posts with label Forex. Show all posts

Tuesday, February 10, 2015

Bisnes mudah kaya? Kalau nak kaya, minta kat ALLAH. ehh?

Assalammualaikum readers dan Bloggers,

Tajuk kemain lagi tu..Nak story sikit mengenai BERNIAGA, USAHA, DAN MINTA kat ALLAH ni.

Maklum, ni salah satu dugaan wanita buat bisness online kat rumah ni. hehe. Saya taklah arif sangat bab-bab ketuhanan ni. Nak kata alim taklah, tapi tahu juga kebesaran Allah tak ada tandingannya.

Bila saya ditanya, kerja ke? Jujur lah saya jawab, "tak" . Bila ditanya lagi, jadi buat apa? saya pun jawab jujur jugalah... biasanya, kalau soalan macam ni memang nak tahu kita tak kerja sebab apa dan buat apa bila tak kerja. So jawapan saya simple saja "bisness online, boleh ke website saya - http://forexpercuma.mudahkaya.com atau http://mocaz.mudahkaya.com" ...

hehe... bagi website je sebab kan nanti saya cakap panjang-panjang susah juga. Jadi kat website boleh baca sendiri. huhu..dan boleh dapat info lebih banyak kan.

Tapi tiba-tiba dia kata, "ehh? bisness 'MUDAH KAYA' ? kalau nak kaya minta kat Tuhan.." ...

Aik? kekeke... mungkin sebab dia nampak nama website guna domain "MudahKaya" tu yang dia pun cakap macam tu.

Ini pandangan saya, kalau kita nak bahagia, nak kaya, nak positif, semua perkara kena gunakan perkataan yang positif sahaja. Penggunaan 'Mudah Kaya' di sini bermaksud, doa dan pemangkin semangat supaya rasa tak susah sangat kalau nak kaya ni. Berusaha pun tak lah seberat mana. Setiap perkataan dan kata-kata kita akan mempengaruhi minda kita. Mungkin pembaca ada yang pernah membaca buku "The Secret" atau pun "The Law of Secret", mesti tahu kenapa saya guna "Mudah Kaya" pada website bisness online saya.

Saya memang tak nafikan apa dia kata.. "Kalau nak kaya, minta pada ALLAH.." Setiap apa yang kita impikan dan mahukan, kita memang kena minta pada ALLAH...TAPI..saya tegaskan kat sini, MINTA SAHAJA tidak cukup. Bayangkan, bangun pagi, berdoa...lepastu masih buat rutin harian yang sama...tak ada pun buat sesuatu untuk kaya...masih juga boros, masih juga pergi kerja, balik kerja, pergi kerja,lepas tu balik kerja tidur makan tidur makan.

Yes! Berdoa tapi ALLAH tak kata, berdoa kat dia dan dia akan bagi takpayah usaha, right? Saya rasa, kalau berdoa sahaja, tak ada buat apa, menunggu sahaja tak mungkin ada apa yang diimpikan berdoa lah puas-puas macam mana sekalipun.

Tak cukup dengan hanya berdoa tanpa USAHA. Tak cukup dengan hanya BERUSAHA kalau tak BERDOA dan TAWAKAL. Saling berkait keduanya. Macam mana kalau saya berdoa tapi website dan tindakan bisness saya tak wujud? adakah saya dapat apa yang saya mahu melalui hanya berdoa? Nope.

Berniaga, Berdoa, Berusaha..Simple.

haha...

Dah terlepas cakap pasal bisnes online saya kat sini, baik dan lagi elok saya kongsikan terus. Kita berkongsi tak salah. Jangan paksa sudahlah. Betul tak?

Website yang saya sebutkan kat atas, http://forexpercuma.mudahkaya.com .

Website ni hanyalah penyebaran ilmu melalui E-Book PERCUMA sahaja. Saya create khas untuk newbie yang nak belajar Forex. Totally ASAS FOREX. apa itu Forex? Untuk apa Forex? Macam mana nak buat Forex? semua ada dalam e-book PERCUMA ni.



Website yang kedua pula saya sebutkan kat atas tu, http://mocaz.mudahkaya.com .

Website ni pun penyebaran E-Book PERCUMA juga. Tapi bukan ilmu Forex. Ia lebih kepada memperkenalkan kepada semua orang platform Forex yang sesuai dan In Shaa Allah adalah terbaik dari MALAYSIA. Ini lah syarikat di mana saya berkecimpung sekarang.



Korang boleh melayari website tu, untuk menambah info. Mana lah tahu memang korang sedang mencari bisness online untuk korang buat part time atau korang mungkin suri rumah yang nak cuba-cuba atau mungkin memang dah tahu mengenai Forex tapi korang nak cari yang lebih bagus.kan..

Tak salah pun. :)













Thursday, October 30, 2014

Saya dan Forex | Sofie is trader! | Kisah 1 Dollar

Assalammualaikum & Salam Sejahtera bloggers and readers,

Sofie is trader! Sound great, kan.

Saya memang tahu buat untung dalam Forex. Kawal MM pun tahu. Emosi pun tahu. Tapi tahu-tahu pun saya, semalam gagal juga. haha.

Akaun forex paling comel saya baru sahaja MC sebab tertido semasa news gempak semalam. haha. Akaun yang dijaga siang malam, tak lepas pandang, buka kat fon tu juga lah yang cau dulu. Akaun yang di jaga sampingan tu gagah pula profitnya.

Bersyukur jugalah sebab akaun yang satu blah, akaun satu lagi bagi pulangan. Tapi tak mahu la cerita akaun yang lain. Tak sama. 1 Dollar tak sama dengan akaun modal besar. 1 Dollar adalah akaun orang pandang sebelah mata. Akaun yang orang anggap tak ada apa-apa. Sebab tu saya suka akaun 1 dollar ni.

Tak apa, take the lessons.

So, pengajarannya..kalau yer pun akaun tu dijaga selalu macam anak kesayangan, letak sahaja SL. SL tu Stop Loss.Ia untuk mengurangkan kadar kerugian. Tak lah sampai Margin Call. Ye lah... Kes tertido memang bukan satu jangkaan. Anytime boleh tertido walaupun kata nak jaga akaun.

Same like kes pekerja bank dalam berita dulu tu kan. Tertido kemudian ter-transfer duit banyak gila ke akaun orang lain.

Sekarang ni, penyelesaian adalah, letak SL dan minum kopi kaw2 next time. haha! Supaya tak tertido.

Tak apa la~ Saya topup balik akaun tu. Mulakan semula journey 1 dollar dengan teknik jaga akaun yang lebih gempak.

Macam mana agaknya saya boleh terjebak dalam dunia Forex ni tak pasal-pasal? Haha!



Klik pada gambar.

Encik Fiancee kata, Macam bukan trader je gambar ni. Macam DJ.
Hakikat - My passion ada di situ. Music. Art. haha.
Tapi saya belum boleh ke situ. Kena langgar 'dinding' dulu. :p
Forex - Making money is an art too, kan.

Saya belajar Forex sejak tahun 2012. Banyak yang saya nampak dan dengar tetapi bukan saya yang alaminya. Terus terang, menyakitkan juga - mereka.

Tercetus cerita Forex apabila rakan sekerja buka cerita pada pertengahan tahun 2012. Katanya, dia trader. Katanya, dia withdraw setiap hari. Rakan sekerja yang lain pun mula teruja dan follow.

Saya tak follow lagi. Saya jadi tukang perhatikan sahaja. Ada yang buka akaun, bagi duit ratus-ratus. Ada yang kumpul duit dengan family, bagi orang lain trade. Keuntungan? I am not sure. Itu diorang punya cerita.

Lepas tu senyap.

Pada suatu hari, saya bertandang ke rumah seorang teman. Masuk ke bilik komputer (Bilik trading sebenarnya) , masa tu saya rasa canggihnya la bilik dia. Monitor lebih dari satu. Kat belakang monitor ada papan tulis dan nota-nota Forex.

Perasaan tertanya-tanya. Apa yang seronoknya dengan Forex ni? Sejauh mana boleh berikan duit. Sejauh mana ia bagus?

Kes member kena tipu oleh orang yang terlibat dalam Forex? Itu memang dah nampak sebelum saya join Forex. HAHA! Bila member-member kena tipu tu semua, bukan rasa takut yang datang. Tapi rasa nak ikut Forex. Sebab, kenapa orang yang menipu tu, boleh mempengaruhi orang lain hingga tertipu dengan menggunakan "FOREX" ? Apa yang ada dalam Forex sehingga dia mampu mempengaruhi orang lain dengan jayanya?

Saya mula google-google sikit. Maklumlah info Forex lebih banyak Bahasa Inggeris berbanding Melayu. So, Saya mencari cara lain untuk tahu tentang Forex.

Hari demi hari, tak ada apa-apa yang berlaku. Saya mula sibuk dengan hal lain  dan lupa tentang Forex.Sehingga suatu hari, bertemu pula dengan rakan facebook yang kebetulan menjalankan Forex.
Dari situ, saya cuba meminta beliau berikan info mengenai Forex. Beliau berikan satu ebook untuk dibaca. Nice!

Dan, dia menjadi sifu saya hingga sekarang. Dia lah Encik Tunang saya. HAHAHA! - Jodoh saya datang dari perkataan "perniagaan". Dia cuba tegur saya sebab "Elken". Saya pula cuba ambil tahu apa itu "Forex".

Elken tu adalah bisnes yang saya tergila-gilakan dulu, sampai sekarang sebenarnya.. Bila Encik Tunang tegur pasal Elken, sudah tentu saya layan. Over my head - "Mana lah tahu jumpa jodoh boleh together dalam Elken kan" hahahahahahaha! Memang itu yang saya MAHU! Angan-angan budak mentah, biasalah tu.

Lepas tu, saya tengok dia buat Forex. Saya berfikir begini, kalau saya maju dalam Forex, In Shaa Allah tak payah la saya kerja. Malas nak layan kerenah majikan. So, jika Forex buat saya tidak bekerja lagi, saya akan ada banyak masa untuk Elken. Itu di dalam kepala hotak saya lah ketika itu.

So, saya mengambil keputusan muktamad. Untuk belajar Forex dan nak buat Forex. Kebetulan saya memang yang jenis kaki internet sejak tahun 2006. Blogging sejak tahun 2006 tanpa apa-apa faedah. Sekarang apa salahnya ngadap komputer dan layan internet sambil buat duit, kan. Even Forex bukan minat saya yang boleh melonjak-lonjak dan terkinja-kinja kan. Layankan saja. Minat boleh dipupuk biarkan lambat. Fynn Jamal pun struggle buat apa yang bukan minat dia demi apa yang dia minat suatu hari nanti. Sama lah macam saya, In Shaa Allah. Forex adalah batu loncatan saya.

I AM BORN TO BE A TRADER!

Hujung tahun 2012, saya mengambil keputusan berhenti kerja untuk Forex tetapi masih belum FTT lagi. Hanya percubaan masuk ke dunia Forex.

Bagi saya, situasi terlalu rumit. Situasi win-win agak sukar untuk dilihat dalam medan peperangan forex. "Jika saya menang, maka kalah lah kamu. Jika kamu menang, saya akur akan kekalahan itu tetapi suatu hari kamu akan lihat saya menang."

Kadang-kadang jadi bangang. Should I "Kill" somebody because of technique and skill of Forex? Bagi saya, Teknik bukan milik sesiapa. Their claim that because of "Periuk Nasi" yang nak dicelok sendirian di dunia Allah yang luas malah banyak tersedia rezeki untuk semua orang.

Tapi, kan kita manusia. NAK MENANG! NAK BESAR! NAK DI ATAS! Complicated. Kes menjatuhkan orang lain memang berlambak dalam Forex. Mengumpat sana sini pun berlambak.
Btw, nak selamat dalam Forex, JADI SILENT TRADER YANG MENGAUT KEUNTUNGAN TRADING. Jadilah halimunan.

Jauh beza dengan dunia Elken.

Nampaknya saya belum boleh menerima suasana dunia Forex. Oleh itu, pada pertengahan tahun 2013, saya hentikan sementara waktu perjalanan saya dalam dunia Forex.Cuba untuk menstabilkan kepala yang hang dan bertabur. Sebenarnya, banyak juga saya dah belajar termasuk teknik dan keadaan dalam dunia Forex. Cuma masih belum kuat untuk stand. Lepas tu saya sambung semula trading pada hujung tahun 2013 sehingga April 2014.

Saya stop lakukan Forex lagi atas sebab saya kembali ke Elken. Saya kembali ke Elken dengan harapan baru tetapi nampaknya ia bukan satu cara yang baik. MUSTAHIL!

Pada bulan 6, 2014.. saya masih cuba untuk menjalankan Elken dengan mengikut haluan dan cara Elken. Saya bekerja. Untuk membina kenalan baru. Kerja kontrak 3 bulan.

Day by day...
I am getting STRESS!

STRESS sebab, tak boleh go on di Elken.

Tawaran sambung kontrak? Saya tolak mentah-mentah. I have my own reason.

FAKTOR UTAMA, SAYA NAK MEMBINA KEJAYAAN DI FOREX.

Eh? Kenapa Forex? Bukan Elken?

In Shaa Allah, melalui Forex saya akan ada segala-galanya untuk kembali ke Elken.Kalau bukan usahawan Elken pun, saya boleh shopping kaw-kaw produk Elken. HAHAHA! Sound crazy, kan. Thats called passion. But, I will make sure, I get two package of CBPPLUS brooo!

Saya membayangkan, saya akan kembali menjadi usahawan Elken, one day.

Buat masa sekarang, GOOD BYE ELKEN.

Kenapa membina kejayaan di Forex?

I hate Forex but I hate "Makan Gaji" more! Dari saya makan gaji, better saya layan Forex. Sekurang-kurangnya saya dalam dunia internet.

Menghentikan kegiatan Elken, mungkin saya kelihatan "KALAH". Tak kisah! Kalah kat sana sekarang biarkan. Biar saya MENANG di Forex.

Now,setelah nekad saya begini jauh, sesiapa tolak saya dari Forex, I WILL PUSH IT BACK! I WILL KILL YOU NO MATTER WHAT. - huhu menakutkan :p

Since baca buku soal kewangan, makin menjadi-jadi GILA FOREX.

I can twist forex like dancing.
I can manipulate forex like painting.
I can LOVE forex like MUSIC.
Oo..Good bye..lulaby~

I CAN DO IT!! OYEAHH!


With Love,



Thursday, October 9, 2014

Hangout|Makan-Makan|Lepak-Lepak

Assalammualaikum bloggers dan Readers,

Saya hari ni buka pendrive koleksi foto bulan-bulan lepas. Lepas tu gatal tangan buka photoshop. Haha... Terjadi lah macam-macam gambar di edit-edit.



Ni #Throwback kisah 06 September 2014. Masa ni, Encik tunang ajak saya jalan-jalan. Makan-makan. Wahhh kenyanggg! Lupa semua pasal fitness-fitness tu. haha.

Encik Tunang ajak makan Pizza Hut. Breakfast Pizza Hut. Order yang banyak-banyak. Hambik! Memang Alhamdulillah kenyang. hehe.

Thanks darling!!




Lepas makan, jalan-jalan... survey-survey baju kahwin. Ops! hehe. Kita survey dulu, Mana berkenan nanti kita 'kebas' bawa naik pelamin. ngehe...



Jalan-sana-sini kemudian, Encik Tunang kata, "Jom tengok headphone beats.." Waa... mesti la saya nak pergi...favourite tu. But the suprise is.....ingatkan tengok-tengok je. Rupanya saya dapat hadiah! Wiwiwiwiwi... Saya suka headphone original. Beats Dr.Dre salah satu jenama saya suka! Memang gila dengan headphone original sebab...

1. Nak capai tahap bintang bulan bila dengar muzik. haha!
2. Nak dengar lagu hingga puas hati dengan BASS!
3. Nak dengar muzik tahap maksima sebab bila dah guna memang tak akan dengar bunyi persekitaran (Hati-hati nanti pekak pula kan)
4. Selesa di bahagian pelekap telingga.

...dan banyak lagi sebab yang boleh korang google ciri-ciri headphone original ni. hehe. Saya malas nak review. kehkeh...

Saya suka headphone baru saya! hehehhee....



Dah jalan sana-sini... singgah sana-sini, kami pergi Oldtown. Sambung buat kerja online. Seronok sebab fleksibel. Masa kita sendiri tentukan kalau kita kerja atau buat perniagaan online. ha? perniagaan apa?

Korang boleh singgah ke website yang baru sahaja saya bangunkan untuk berkongsi maklumat perniagaan saya kat sini -- PERNIAGAAN ONLINE YANG SESUAI UNTUK WANITA [KLIK SINI] .

Boleh juga jenguk ke blog perniagaan saya. Semua yang saya kongsikan adalah maklumat-maklumat pembacaan yang berguna untuk sesiapa sahaja yang buat pendapatan sampingan okeh! [KLIK SINI] untuk menjenguk blog tersebut.



Seharian dengan Encik Tunang, makan, lepak..jalan-jalan... buat kerja online... Tak pernah rasa bosan.

Special thanks to my darling sebab banyak membantu dalam usaha saya menceburi bidang perniagaan online. Sekarang memang masih bertatih lagi. hehe. In Shaa Allah tak lama lagi akan pro la... ngehe! Angan-angan biar tinggi. SEMANGAT!

PARIS. Salah satu tempat yang memang menjadi idaman.
TUNGGU. Nanti saya datang dengan Mr.Nazz. hehe.

Terima kasih sebab sudi baca. Jumpa lagi di entry seterusnya.


With Love,





Friday, December 13, 2013

Selesai dua logo untuk satu malam

AsSalam readers!

Selesai buat logo untuk blog Forex dan page Forex semalam. Terima kasih.

visit owner forex fan page : https://www.facebook.com/PullBackforexTrading?fref=ts

No copy paste ; lukis sendiri 100%



Tempahan logo hanya RM35 satu logo. Selanjutnya >> KLIK SINI .



With Love,


Wednesday, November 27, 2013

Blogwalking Tengahari ke PullBackForexTrading dot Com

Assalammualaikum Readers dan Bloggers, rakan blogger yang budiman... :)

Tengahari ni, sebelum pergi makan tengahari, saya ambil kesempatan yang tak banyak (macam sibuk sangat pula bunyinya) untuk membaca, melihat, menjenguk blog PULLBACKFOREXTRADING.COM .

Blog ni berkisar mengenai FOREX (Foreign Exchanger) , mesti para pembaca yang datang sini dah tau kan ? Ni business yang saya pernah ceburi pada tahun ini. Yang pernah ? Macam dah tak buat lagi pula bunyi nya... hihi...

Actually, saya bukan tak buat lagi... dalam rancangan nak "main" game ni juga...ops! hihi.. bukan game actually... tak boleh main-main macam game nanti lesap duit menangis tak sudah. huhu..

Begini, saya sangat sibuk dengan perkara lain... setelah selesai, masa banyak, saya akan buat semula Forex ni untuk part-time. Sebab benda ni, memang buat lembik kepala otak saya , TAPI BEST! hahaha... saya tak suka belajar separuh jalan... rasa tak puas hati... saya nak belajar je tambah pengetahuan, bukan nak buat full-time Forex ni.. Part time sudah lah... :)

Blog PULLBACKFOREXTRADING.COM dah pun bertukar wajah.... sempena tahun 2014 agaknya ni... kihkihkih..... kepada yang berminat nak belajar Forex, nak tahu apa sebenarnya Forex, macam mana nak join Forex atau nak tambah pengetahuan sahaja seperti saya, boleh lah klik kat www.pullbackforextrading.com untuk terjah blog tersebut.



Blog Forex ini adalah milik sifu Forex Labuan, Mohd Nasyit Md Nooh. (Kenapa macam kenal jerk?? hee hee...)



P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Friday, June 14, 2013

Praktis Forex dan Jana Wang Dari Rumah

Assalammualaikum Bloggers dan Readers...

Belajar sesuatu yang baru bukanlah sesuatu yang mudah tetapi, JIKA ADA KEMAHUAN, ADA JALANNYA :)

Petang tadi, Encik Tunang ajar tentang mengurangkan risiko dan jaga MM (Money Management). Actually more than that..tak reti nak cakap kat sini..

Sekarang pun sedang sibuk melihat, mengubah, membaca.. dan seumpamanya tentang analisis chart. Benda ni memang best untuk dikaji...




Sekali tembak, berkali-kali beb.. haha.. GILA BABAS punya entry ni... Kalau berjaya, profit meletop-letop ni.. Amin.

P/S : Thanks Sifu merangkap En.Tunang, my Mohd Nasyit.

With Love,

Wednesday, March 13, 2013

My February 2013

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Apa yang aku lalui pada bulan Februari 2013? Aku rasa sangat full. Tak sure apa yang aku buat ek? aku dah lupa. HAHA!

Okey lah mari aku refresh balik...Februari, aku sibuk dengan FOREX...yes! aku dah ingat dah.. aku sibuk dengan Forex, money, bank, tak lupa juga dengan sibuk dengan melepak, berbincang, belajar, berfikir, whatever la...sampai aku tak perasan masa berlalu begitu cepat!

Talking about Forex, bulan Februari, aku terkena MC = MARGIN CALL! what the...hah!! Akaun aku Margin Call kerana aku tak berdisiplin dalam trading...padan muka aku.

Punca aku tak berdisiplin dalam trading adalah kerana BOSAN..bosan melihat chart yang aku tak boleh ganggu chart tu mengikut apa yang aku suka...haha..hingga satu masa, aku ganggu chart tu dan aku dapat profit besar! Then, aku buat lagi buat lagi dan buat lagi...

hingga...timbul satu perasaan tamak...bila dah tamak dan seronok, aku start tak mahu ikut rules...hakhakhakhak...its fun! memang fun sebab profit aku sangat maintain...terus naik dan naik...

Its fun until...aku bangun pagi dan buka chart, duit aku dalam akaun tu hangus! FUN la sangat...padan muka aku. Memang fun... Just one thing, jangan lupa stop bila dah rasa fun sangat.. hahaha!

Tapi aku tak mahu berhenti sampai di sana sahaja..Biar la akaun tu Margin Call...Aku tak nak stop... nope! i don't want... masih terlalu awal untuk berhenti study forex ni..lagipun ia hanya kesilapan yang pertama. Duit yang hangus tidak memberi apa pun kesan sampingan pada aku. Yang aku tahu, aku nak cuba lagi. Well, itu sedikit kelebihan aku... :p

Bila dah Margin Call, Alhamdulillah, aku dapat dua akaun baru.. hehehehe... Jadi, maksudnya, Margin Call give me something better.. :p

Selain sibuk dengan Forex, aku dan Encik Mohd Nasyit sempat juga lepak-ing together...of coz la kan... paling best tu bila mak ayah bagi green light.. hehehehehe :p

Malam 25 Feb, kami berseronok di keramaian penutupan Hari Wilayah...

Me and Wawa...anak buah My Mohd Nasyit :)

Cantik kan? hehe...

Lepas asap semua clear, ada lampu pula... pandai dorang buat...

We Love each other...

err..hehehe...

Bulan Feb ni, aku agak sibuk juga dengan lukisan.. hehe.. seronok juga sebab dah lama tak melukis. Tabah seronok bila, aku bukan melukis sendirian.. aku melukis bersama insan kesayangan, Encik Mohd Nasyit :) Sila Klik Sini dan Sini dan Sini untuk baca aktiviti saya dan nasyit dalam bidang lukisan. :) In Shaa Allah...akan ada lagi lukisan baru..setiap bulan.. hehe...

Satu lagi, Feb ada tarikh lahir Encik Mohd Nasyit. Hehehe... Aku sibuk dengan video dan kad ucapan untuk dia..ada juga melukis untuk dia..tapi macam tak cun la.. nnt nak lukis lagi sampai cun.. hehe...

Antara persiapan birthday untuk Encik Mohd Nasyit bulan lepas :




Digital Card untuk Encik Mohd Nasyit bulan lepas :

video


oke! Bye.

Aku,

Wednesday, February 13, 2013

Forex dan Elken : Nasyit dan Sofie

Assalammualaikum Readers dan Bloggers :)

Sedang buat apa tu? Esok dah kerja.. kan? Jangan stress.. cari rezeki tak boleh stress2.. he he..

Aku baru saja siap kemas kini page aku. Aku rasa, Facebook aku terlalu serabut dengan bidang atau channel yang berlainan. Membingungkan diriku sendiri. Tapi bukan tu yang aku nak cerita sekarang ni..

Aku baru saja jatuh cinta lagi. Aduy! Hensemnye dia!! Cair...huhu...

Tadi aku baru saja terjah minisite beliau. Pergh! powernye... Kacak betul.. Jatuh cinta aku kat dia tu..

Ha? Siapa?

Nak bagi tahu ke tak ? Hee hee...










  

Nama dia Mohd Nasyit Bin Md. Nooh. Hehe...Hensem kan? kan? :)

Siapa dia ni? Jom kita tengok lagi...


oh...hehe.. tu bukan tentang dia.. tp tu tentang RAHSIA HEDGING dia...

Dia sebenarnya....


Dia la guru aku dalam bidang forex juga merangkap buah hati aku :)

Dia banyak membantu dan mengajar aku tentang forex. Yes! itu minat dan kelebihan dia. Pada mulanya, bidang dia membuatkan aku merasa kami jauh berbeza. Aku MLM, dia FOREX.

Perbezaan bidang dan minat agak menjanggalkan!

Budaya MLM dan FOREX berbeza. Cara juga berbeza. Gaya berbeza. Lifestyle berbeza.Tapi PERCAYA atau tidak, aku kuat hati untuk belajar FOREX dan ingin dia bersama-sama aku di MLM. Kenapa?

Impian kami juga mungkin berbeza. Aku banyak memasang angan-angan untuk hebat dalam ELKEN (MLM).Dan angan-angannya selalu pada FOREX of course.

BERBEZA kan?

TAPI ADA SATU YANG SAMA DAN AKAN SAMA SELAMANYA. KAMI MAHU BERSAMA DALAM CAPAI IMPIAN. KAMI MAHU BERSAMA SELAMANYA.

Dalam angan dan impian aku di dalam ELKEN ada dia..
Dalam angan dan impian dia di dalam FOREX ada aku..

Kerana itulah aku mahu dan kuat hati untuk belajar dan menguasai FOREX...

Bila aku dapat menguasai bidang forex, serta merta aku dapat bantu dia dan terus melakukan aktiviti yang sama bersama-sama :) Tu baru namanya life partner...do everything together...achieve target together...CAPAI IMPIAN BERSAMA...yes! impian dia akan tercapai...Dalam forex dia, ada aku.Aku ada dalam bidang dia bersama-sama dia :)


dan....ELKEN...dalam Elken, ada dia :) Dia sangat menyokong aku dalam Elken. Impian jangka masa panjang...I will bring him SUCCESS in ELKEN! Like Josie and her husband. Like Marilyn and Poh Swee Tin. Like Mr.Seng and her wife...

MuchLove.

Aku,

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (13) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Maze Runner (1) Melancong (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (15) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)