Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts

Sunday, August 11, 2013

Cerita Hari Raya | Kawan vs Pasangan

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hari ni hari raya yang ke-empat.. Semakin meningkat umur kita, semakin upgrade hidup kita, semakin berubah gaya dan cara kita mengikut kesesuaian masa dan situasi :)

Semasa saya budak-budak dulu, hari raya adalah hari yang paling saya nantikan. Kalau dah habis raya, rasa tak sabar nak raya lagi untuk tahun depan. Kenapa ? Duit Raya. Jalan-jalan dengan kawan-kawan (sama-sama budak) , masuk rumah orang, dalam kepala hanya satu, duit raya. HAHA. Waktu malam, lepak-lepak dengan anak-anak jiran, sepupu sepapat main bunga api. Main api pelita. Lari-lari.. kejar-kejar..pagi-pagi dikejutkan, dimandikan, dipakaikan pakaian baru dan cantik! wangi gitu..Raya ke sana ke mari dengan family.

Semasa saya meningkat remaja, hari raya sudah berubah menjadi pandangan remaja. dapat sampul duit raya, jadi tersipu-sipu malu (aih.. aku malu la... dah besar panjang...) , kalau family bagi duit raya tu tak apa kut. Bunga api ? dah tinggal dah. Kenapa ? sebab dah tahu fikir, bunga api lepas bakar lepas tu buang..dah tahu dah, maksudnya, kita bazir duit untuk bakar bunga api tu je.. especially yang meletup-letup.. rasa macam nothing laa. Life mula berubah, nak raya dengan kawan-kawan jauh dari rumah dan jiran. Naik kereta ramai-ramai, raya sakan sana sini..dari pagi sampai la malam macam tak habis lagi raya. Lebih-lebih masa cuti sekolah, masa banyak! tak ada apa halangan untuk pergi jenjalan raya. Kenderaan? kawan yang ada kenderaan, dia la drive masa tu. Pergi rumah cikgu-cikgu, kawan-kawan sebaya..kadang-kadang semasa beraya macam tu jumpa pula kawan baru. Seronok! Lepas tu berkenalan pula dengan keluarga kawan-kawan.

Semasa saya sudah bekerja, raya semakin susah nak macam dulu. Dah berubah..tahun demi tahun.. Kena minta cuti raya kat majikan. Ada masa tak beraya pun dengan family. Raya kat tempat kerja walaupun di hari raya pertama. Dah raya dengan keluarga pun payah, apa lagi nak raya dengan kawan? haha. Hidup membujang, kawan saja yang diingat..untuk lepak dan borak kosong masa tu.

TU DULU...

Sekarang, kawan-kawan dan sepupu sepapat saya dah ada life masing-masing. Mereka sangat gembira dan bahagia. Kita jangan lah kecil hati bila mereka macam lupakan kita. Actually, mereka tak lupa kita. Cuma, keadaan dah berubah. Saya sendiri dah bertunang sekarang. Kawan-kawan saya, sepupu saya yang sangat rapat dulu pun dah ada suami. Takkan saya nak ajak dia melepak pula? Saya gembira sangat mereka bahagia :) Kalau saya ajak pun, kalau boleh nak ajak suami dia juga, untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Tambah-tambah sekarang hari raya..Tapi maklumlah, masa itu selalu cemburu kat kita, kadang kita rancang hari ni, mereka tak ada masa hari ni, nak esok, tapi esok pula kita yang tak ada masa.

In Shaa Allah kalau ada rezeki kan berjumpa juga macam dulu-dulu cuma dah ada ahli lain (suaminya,isterinya, tunangnya, bakalnya, calonnya) itu perkara biasa. Normal! Jangan tutup dan sempitkan hidup kita dengan tidak mahu bergaul atas tujuan hubungan baik sesama manusia.

Saya rapat dengan Sulwani. Kami keluar sama-sama tapi dengan pasangan masing-masing. Kan elok macam tu. Tak akan ada timbul apa-apa fitnah dan konflik. Lebih seronok!!


Kawan saya, Sulwani dan suaminya...

Kawan saya bersama suaminya dan Encik Tunang saya..


yang lepas tu lepas. Kenangan manis tetap dikenang..tapi bukan untuk diingat-ingat. Sudah lumrah manusia, Allah ciptakan, berpasang-pasangan. Kalau dulu, kita rapat macam mana pun dengan kawan kita, suatu hari kita akan ada pasangan hidup yang perlu dijaga hatinya, kita ada tanggungjawab lain, komitmen lain, diri kita sudah bukan milik kita sendiri lagi untuk pergi kemana sahaja kita mahu semahunya, sesuka hati seperti zaman-zaman bujang.. Masa kita bujang/solo/single , YES, suka hati kita nak ke mana. Dengan siapa dan buat apa pun. Tak ada apa-apa yang kita nak fikirkan masa tu. Freedom kan.. hehe. Kalau dah ada pasangan, bukan sahaja pasangan nak jaga, keluarga pasangan pun kena jaga. Bak kata best friend saya, "Kalau kita kahwin, bukan setakat kahwin saja, dengan keluarga pasangan tu pun kena kahwin juga" - Faham kan maksud dia? Kawan-kawan? Siapa kata, kita akan putus kawan bila kita dah ada pasangan? Tuhan tak bagi pun kita pilihan "pilih antara pasangan dan kawan, kalau pilih pasangan, putus kawan" ? Saya rasa, ada sesuatu yang perlu dibaiki. Asas ukhuwah tak akan putus. Walau ada siapapun dalam hidup kita. Apasal fikiran cetek bebenor? Kalau pilih kawan, jadi nak putuskan pasangan ke? lepas tu nak jadi apa? ANDARTU dan BUJANG TERLAJAK? sebab apa? sebab kawan. SETIA KAWAN bukan macam ni konsep nya. Ni dah salah!

SETIA KAWAN ADALAH MACAM NI :

Kawan baik saya, terima saya yang sudah ada tunang. Tunang saya, terima kawan baik saya, as kawan juga. Asas ukhuwah ada.. Silaturrahim makin erat sesama kita.. Saya dan best friend saya still kawan, Tunang saya still tunang. Tunang dan kawan saya berkawan juga tujuan hubungan sesama manusia dan berbatas..Kalau kes kawan suruh buat pilihan macam kat atas tu, dia bukan kawan baik! Kenapa? Dia nak jatuh kan kita namanya tu. Doakan yang terbaik untuk kawan-kawan kita. Bukan nak jadi lebih hebat dari kawan-kawan kita. Pangkat, harta, kereta, duit kalau banyak sekali pun, manusia tetap manusia. Semua manusia sama saja. Miskin kaya, tetap manusia kan?




Dan sekarang juga saya bukan kerja makan gaji lagi. Tak ada majikan yang halang saya untuk bercuti raya..Suka hati saya nak cuti bila saya nak :p

Jadi, raya saya sangat WONDERFUL , GREAT sangat tahun ni! dengan kehadiran Encik Tunang saya, beraidilfitri as Tunang orang. Tahun ni saya dapat bersama keluarga, Encik Tunang dan Alhamdulillah pergi melawat-lawat ke rumah sepupu-sepapat saya, saudara saya, keluarga Encik Tunang saya, kawan-kawan lama saya.. Terima kasih Encik Tunang dan keluarga dan my family for this great hari raya!


Photoshoot hari raya setakat ini.. Ini saja la upload.. lambat pula loading.. hoho..



Custom couple T-Shirt sempena Hari Raya Aidilfitri...

Siblings... Mujie & A'an...

Encik Tunang dengan bapa mertua.. hehe..

Anak buah saya...in purple...

Cik Sofie bersama mama mertua.. hee..

My beloved mummy and daddy...

Cik Sofie dan Mr.Nazz in blue... :)

Berhari raya di rumah si kembar...

Saya dan cuzzy : Suzie bersama anaknya, bby Wawa...

Open house di rumah kawan lama, Kak Rosezarina...

Me and my sis. Siblings!

Me.. hehe..

L.O.V.E

Mana satu yang kembar? hehe.. gambar kat rumah si kembar lagi...

Bergambar dengan adik Anil...Kat rumah uncle Lee..kawan lama..


See until next entry... :) Wassalam...


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Thursday, August 8, 2013

Makna Hari Raya Dalam Islam


Sempena menyambut hari raya tak lama lagi, marilah kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 masa: (status hadith ini mintak sahabat yang pakar check semula).

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan

3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala
Menurut Nabi Muhammad saw. Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala.

Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari raya bagi kita.

Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati.
Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakrat, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikatul-maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita. Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.

Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas. Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.

Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.

Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman.
Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hariraya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya. Hari Raya Idilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai.


Mudah-mudahan hariraya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak.

Sumber : Angkasanuri

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 Kepada Semua Blogger dan Reader

Assalammualaikum Readers, Bloggers :)

Takbir raya sudah berkumandang.Semoga dihari yang mulia ini semua yang menyambut Hari Raya Aidilfitri sihat walafiat hendaknya.

Alhamdulillah kita semua masih panjang umur dan masih berjumpa lagi untuk Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini. Semoga Ramadan tahun ini sangat bermakna buat kita semua berbanding Ramadan yang lepas-lepas. Amin. Alhamdulillah.

Sebelum saya bercerita panjang lebar, Saya nak MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA YANG MENYAMBUT PERAYAAN INI.

Kehadiran Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia.

Aidilfitri itu juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.

Alhamdulillah,
Sempena Hari Raya ini, saya memohon maaf kepada semua yang mengenali saya. Saya mohon maaf kepada insan-insan yang pernah saya sakiti dan lukai tanpa saya sedar mahupun sedar especially orang yang dekat dengan saya..Biasanya, orang yang paling dekat dengan kita itulah mudah kita tersakiti kan kan? Mudah terkecil hati tanpa kita sedari. Kenapa? Sebab mereka lah yang paling dekat dengan kita. Selalu bergurau senda pun agak lebih-lebih kan? Cakap pun terkadang main lepas saja.. hehe..dan.. Saya juga memaafkan kesalahan korang :) Alhamdulillah.. Syukur.

Cuma... "pengkhianat" tidak dapat dimaafkan sama seperti orang lain.. Mungkin memberi kemaafan yes.. untuk menerima insan itu lagi.. "NO!"

Kad Ucapan di bawah ini adalah khas untuk semua readers dan bloggers yang menyambut hari yang mulia ini, hehe :




Wassalam~

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (13) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Maze Runner (1) Melancong (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (15) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)