Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Saturday, December 12, 2015

Clash Of Clans | Minions Attacking for Dummies

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hari ni saya nak share satu tips untuk niubis Clash Of Clans supaya senang nak menang. haha!
Perkara pertama yang niubis kena buat ialah, baiki casle dulu kepada yang belum baiki castle. Lepas tu masuk ke mana-mana group clan yang korang suka atau korang juga boleh join Clan kami iaitu INFINITY696. Saya dan Encik suami memang suka donate troops kepada niubis supaya diorang excited dan enjoy pakai troops yang diorang belum ada. Salah satunya adalah MINION!


Apabila korang dah ada clan atau group, korang request MINION daripada ahli-ahli group tersebut. Untuk permulaan, housing space atau ruang castle korang hanya boleh muat 5 ekor minions sahaja. Tapi, 5 minions pun boleh mengalahkan pihak lawan selain daripada korang boleh rampas semua harta-harta pihak lawan. hahaha! Elixir dan gold korang akan semakin banyak, so boleh upgrade pertahanan village.

Cara ni, korang BOLEH JIMAT ELIXIR juga sebab korang akan hantar minion menyerang pihak lawan bukan troops korang sendiri. Korang tak perlu nak habiskan semua troops yang korang train tu semasa attacking. Bazir!

Selepas dah terima minions 5 ekor, korang dah boleh pergi attack orang dah. Tapi jangan attack membuta tuli pula.. kena ada strategi juga. Kalau tak ada strategi, habis minions korang tu mati katak macam tu je!

Semasa korang nak attack orang lain guna Minions, korang kena ikut step kat bawah ni.

  1. Tengok kalau-kalau ada Air Defense (Roket) - kalau ada, kena hancurkan dulu benda ni.
  2. Pastikan Acher Tower pun dimusnahkan terlebih dahulu.
  3. Apabila dah clear, tak ada Air defense, keluarkan MINIONS dari castle.
Korang boleh tengok video saya kat bawah ni untuk lebih jelas lagi. Happy COC!!


Thanks sebab sudi baca.
Jumpa lagi next entry.












Friday, December 11, 2015

Left 4 Dead 2 | Zombie bertukar menjadi Skeleton | Modded

Assalammualaikum bloggers dan readers,

Semangat betul saya tukarkan zombie-zombie tu jadi skeleton. Dalam fikiran saya, lagi nampak menyeramkan kalau skeleton yang menyerang waktu main Left 4 Dead 2 tu.

Kami pun test la main. Pergghh! semua zombie dah tukar jadi skeleton!! Malangnya, sekali main je kami putuskan untuk tukar skeleton tu kembali kepada zombie asal. Hahaha! Sebab warna skeleton tu nampak tak menarik langsung. Semua nampak sama dan tak jelas keberadaannya di depan. Tak logik pula tembak skeleton tapi darah tepercik-percik. Tak feel langsungg! haha!

Lain-lain komen, bila ada tank datang, akan muncul lagu semacam dalam concert. Lupa pula lagu apa tapi, nanti saya fikirkan semula nak tukar kepada asal atau pun tidak. hahaha!

Jom tengok kitorang main tembak-tembak skeleton kat video di bawah ni.. hehe..

Selamat menonton!!



Terima kasih sudi baca.
Jumpa lagi next entry.











Wednesday, December 9, 2015

Left 4 Dead 2 | Semua watak "Special Infected" memakai pakaian dan tatu di badan | Modded

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Hari ni, Encik suami ajar saya "tukar pakaian" special infected kat game Left 4 dead. Hahaha! Saya baru tahu PC game boleh buat macam tu. Ingatkan setakat main macam tu je.

Antara watak-watak Special Infected, saya paling suka watak WITCH yang sudah pun menjadi seorang Gothic. hahaha!

Macam mana dengan fesyen dia sekarang? haha! cantik kan.
Ni pakaian asal Witch dalam Left 4 Dead 2.

Saya try main kali ni sorang-sorang, nak tengok semua watak-watak Special Infected dah jadi macam mana. Boomer nampak cute juga berbaju. hahaha!

Jom tengok video saya kat bawah.



Terima kasih sudi baca.
Jumpa next entry.











Main Left 4 Dead 2 bersama suami di masa lapang

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Selain dari Clash Of Clans, saya dan suami dah boleh main PC games sama-sama sejak saya tukar PC yang ada kad grafik. Game favourite kami ialah Left 4 Dead 2. Actually, L4D2 ni game mencabar yang pertama saya pernah main. Masa saya solo dulu-dulu, just main game biasa-biasa sahaja seperti game PS2, game Android dan game Angry Bird untuk kat PC.

Pernah juga try main Counter Strike tapi saya macam lagi suka L4D2. hahaha! Jadi kami kerap main L4D2.

Waktu main L4D2 ni, saya paling tak suka kalau pakai Shortgun. Menyusahkan betul. wakaka! Lambat plak tu. Saya paling suka pakai Machinegun. Kalau Encik suami pula, kuali pun dia boleh guna untuk belasah zombie tu semua. Kadang-kadang dia pancung je kepala Witch tu pakai samurai. Tak payah pakai pistol ke senapang ke.huhu... Tapi paling lawak kalau pakai kuali masak telur goreng tu la. Bunyi pun "Toeng" "toeng"...

Beberapa hari lepas, saya belajar me-rekod desktop ketika bermain game L4D2 menggunakan Smartpixel. Saya nak rekod. Video simpan buat kenangan...haha! Kadang-kadang kami akan tengok balik untuk bincang-bincang game tu. Kadang saja nak tengok nak "mengumpat" game tu je. ahahaha!

Jemput tengok video L4D2 kami di bawah. Map apa? ntah la. Lupa dah.


Thanks sudi baca.
Jumpa lagi.











Tuesday, December 8, 2015

Main Clash Of Clans di PC menggunakan Bluestack versi kedua

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Pada january tahun ni, saya ada buat entry tutorial bagaimana bermain Clash Of Clans menggunakan Bluestacks. Boleh -klik sini- untuk baca entry tersebut. Hari ni, saya uninstall bluestack tu dari PC saya untuk tukar kepada bluestack versi kedua. (oh..ya.. saya dah beli PC baru ada kad grafik. So far ringan je guna Bluestack kat PC berbanding kat laptop).

Kenapa kita mesti upgrade bluestacks kita kepada versi kedua? Sebab, bluestack kedua lebih advance dan senang digunakan.


Kepada yang suka layan banyak game tu, boleh buka game lebih dari satu sebab Bluestacks versi kedua mempunyai fungsi multitasking. So, kalau saya...saya boleh la buka game favourite saya serentak. wahaha!

Cara nak dapatkan Bluestacks versi kedua ni, anda hanya perlu uninstall bluestack pertama yang ada kat PC korang tu. Sekiranya korang belum pernah ada Bluestacks sebelum ni, korang boleh direct ke laman web bluestacks versi kedua -klik sini-

Selepas website bluestacks versi kedua sudah terbuka, sila klik "Download".

kemudian, page seperti di bawah akan terbuka. File bluestack akan di download.




Setelah selesai download, anda klik "Show in folder" .



Setelah folder terbuka, anda double klik pada installer bluestacks.


File akan di-extract.


Kemudian, akan muncul window seperti di bawah.. Klik "next" , "install" dan "finish".





Dan, bluestacks anda akan kelihatan sperti di bawah ini. Klik "Discover".


Siap..! :)
Dah boleh main game Clash of Clans...
dan boleh buka banyak games..


Selamat ber-bluestacks!










Sunday, February 8, 2015

Rancangan Kegemaran bersama suami dari Channel ANTV Indonesia | Jejak Paranormal | Mistik

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Sekarang dah jam 1:48am tapi ambil kesempatan update blog kejap. Hehe. Saya dan Encik suami baru saja selesai menonton rancangan TV berjudul JEJAK PARANORMAL secara online. Terpaksa layan secara online sebab rancangan tu dari Indonesia - ANTV nama channelnya.




Rancangan JEJAK PARANORMAL ni berlangsung setiap hari AHAD (Jam 12.30 pagi) waktu Malaysia. Kalau kat Indonesia, 11.30 malam, bersamaan hari Sabtu.

Last week, diorang buat shooting kat BOGOR. Tu yang hashtag nya #JPBOGOR.
Minggu ni mereka buat kat BEKASI, so #JPBEKASI. Rancangan ni hot tau kat Indonesia.

JEJAK PARANORMAL ni, kalau tak kuat semangat, jangan tengok sorang-sorang tau. Ada plak yang menjerit atau pengsan. huhu. Kalau yang berani siut tu, silakan tengok sorang-sorang. hahaha...

Saya? saya memang minat tengok cerita JEJAK PARANORMAL ni. Tapi...dengan syarat, mesti berteman. Encik suami wajib temankan tengok ni. hahaha! Punca saya kenal rancangan TV ni pun dari dia juga. Wkaka.

Video kat bawah ni video promo #JPBEKASI, diorang buat jejak paranormal kat rumah yang dah ditinggalkan lebih 20tahun. Wehh.. 20tahun tu, confirm ada yang tinggal..faham-faham sendiri. huahua...

Tengok lah video ni...

Macam mana? Seram tak?

So apa sebenarnya JEJAK PARANORMAL ni? Rancangan ni, sama macam seekers la lebih kurang tapi yang ni lagi mantapp la bagi saya. Paling jelas nak cakap, jejak mahkluk ghaib seperti Jin. So rancangan ni memang buat satu pembuktian bahawa makhluk ghaib tu wujud. Penampakan seperti Pontianak, Pocong, apa lagi ye? Bahasa Indonesia panggil macam-macam, contohnya, Genderowo, Wewe Gombel, Bolong dan macam-macam lagi.

Selain tu, mereka ada juga buat tarikan barang pusaka yang tertanam. Paling seram bila mereka jumpa jenglot. Aduyy... Jenglot tu apa? Korang google sendiri ye. Tak sanggup nak letak gambar benda alah tu kat blog ni. hiaihiahiahaia..

Rancangan ni diketuai oleh dua orang yang mungkin saya boleh kata sebagai pengamal ilmu ghaib. Tak sure nak gunakan perkataan apa. Kalau Indonesia, diorang sebut "Paranormal" atau "Praktisi".Seorang lelaki, yang bernama "Ki Prana Lewu"... yang perempuannya pula bernama "Ana Cikey" . By the way, saya ni peminat Ana Cikey! Sebab dia nampak rugged tau. Fashion dia pula, pergh! fuhh.. memang I loike sangat. Pakai boot, pakai tshirt, pakai jeans. Sesuai dengan rancangan la juga. Takkan nak jejak hantu guna tumit tinggi. Wakaka!

Ana Cikey berani tau! TIP TOP! ;)

Korang boleh follow Ana Cikey dan Ki Prana Lewu ni kat Twitter. Nak follow Jejak Paranormal pun boleh juga.

@AnaCikey
@KiPranaLewus
@KiPranaLewu
@jejakparanormal




Kalau korang nak layan cerita ni siang-siang, dan nak tengok rancangan mereka yang lepas-lepas, korang just search kat youtube. Berlambak tu. hehehe.



OK! Selamat menonton JEJAK PARANORMAL. Thanks sebab sudi baca :)












Saturday, January 31, 2015

Bagaimana bermain Clash Of Clan di PC? | Hobi Bersama Suami | Clash Of Clan

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Alhamdulillah. Sejak jadi isteri ni sangat indah dan lebih seronok. Bahagia rasanya. Hobi boleh dikongsi bersama. Saya memang suka share dengan Encik husband. :) Dari sebelum kahwin lagi. Sekarang bertambah-tambah lah nikmat "Berdua lebih baik". kekeke.

Sejak bulan November 2014, sebelum kami kahwin, kami try install dan main game CLASH OF CLAN kat handphone masing-masing.. Siapa yang tak tahu game ni? Rasanya majority memang tahu.

Sekarang ni, saya dan Encik suami dah kemaruk Clash Of Clan ni. Sambil layan chart forex tu, saya dan Encik suami memang tak sah tak main Clash Of Clan ni. hehe.

Saya memang suka main game sejak kecil pun. hahaha. Kalau di bagi Oculus ke, PS3 ke apa ke, boleh jadi kemaruk juga kot. Layan ngan Encik suami, main lawan-lawan. hahaha! Saya ni, tengok jenis game tu juga baru layan. BUT! ditekankan kat sini,..bukan 'gila game' sampai tak ingat dunia tu.
Huhu.. Semua orang faham kan. Game tu game juga. Minat tu minat juga. Faham-faham la sendiri. ahakz..

Semalam, Encik Suami install Bluestack kat PC dia. Dia meng-android kan PC dia tu. Hah! Apa lagi, BESAR gila COC dia kat PC..Saya jeles juga la. hahaha. Sebab lappy saya tak boleh la ada bluestack tu. Jadi lembab semacam je. Susah nak buat kerja. So, abaikan je. Saya main kat hanphone cukup. hikhik...

So, Bagaimana nak main COC kat komputer? Lagi puas hati kan main sebesar-besar screen? haha..

Puas hati kan macam ni!!! Waahahaha!


video

Tengok lah, Encik suami layan kat PC. Sebesar besarnya. haha. Ni belum tambah dua tiga biji monitor lagi ni... >_<

Macam ni, TUTORIAL BERMAIN CLASH OF CLAN DI PC ATAU KOMPUTER adalah seperti berikut;

Langkah 1 :
Download dulu BLUESTACKS kat sini : http://www.bluestacks.com/.

Langkah 2 :
Lepas download siap, install kan ke komputer anda, kemudian anda akan melihat screen seperti di bawah:



Lepas tu, macam biasa, login alamat email anda yang anda gunakan untuk Clash Of Clan anda tu. Masukkan password dan klik sign in.

Langkah 3:
Lepas sign in, anda akan ke menu utama Bluestacks seperti di dalam gambar di bawah ni.



Langkah 4:
Kemudian, klik kat 'search' button warna oren tu dan taipkan 'clash of clan' macam dalam gambar kat bawah ni pula.



Langkah 5:
Google Play akan meminta google ID dan password kemudian boleh ke main menu Google Play dan search Clash Of Clan dan klik install.





Langkah 6:
Selepas install, anda sudah boleh bermain Clash Of Clan anda di PC. :)



Dah siap tutorial nya. Selamat mencuba! hehehe... sumber tutorial : http://cocland.comhttp://www.cocland.com

Clash Of Clan saya kecik lagi. Tak banyak yang di unlock. Nanti lama-lama besar la juga. Antara Clan saya dan Clan Encik Suami, tentu lah Clash Of Clan dia lagi tinggi level. Laju pula tu. Tak tahu macam mana dia buat. Tak apa... Saya nak main kejar kejar COC dengan suami ni. Siapa lagi cepat.. kekekekee. :p


Base saya yang tak berapa semart ni. Kejap lagi tukar.. Ngah tunggu Town Hall naik level jap lagi.. (next week kowt baru siap... kejap la sangat)...
Chating serius ni... Wakaka.
Saya punya baru level 40...huhu..

Nama Clan kitorang "Infinity696".. Kalau nak datang menjenguk datang la :)

Peperangan antara clan. Boleh tahan collect loots. Hahaha... banyak kali menang. Kitorang war tak habis2. 

Pencapaian yang nak dikejar demi Gems. HAHA!

Email antara ahli clan.

Oyeaahhh! Saya menang walaupun tak 100% star. ekekeke. Ok la tu kalau setakat nak merompak gold dan elixir tuh. :p

Encik Suami punya profile! Dah ada Dragon!!! Saya pun nakk juga....!!

Itu saja nak cerita. Nanti sambung lagi. Nak main COC dengan Encik suami dulu. hikhik :p












30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (13) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Maze Runner (1) Melancong (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (15) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)