Showing posts with label Hobi bersama suami. Show all posts
Showing posts with label Hobi bersama suami. Show all posts

Sunday, January 17, 2016

The 5th Wave movie : Misi menghantar Teddy Bear ke pangkalan tentera.

Assalammualaikum bloggers and readers,

14 Jan 2016, movie The 5th Wave release di panggung wayang, right? My husband excited nak tengok ni dari kami kat Kota Kinabalu lagi. Terbawa-bawa excited ke Labuan.

Semalam, kami we free tima and ada mood nak keluar rumah, so misi kami semalam is "THE 5TH WAVE".

Korang dah tengok movie ni? Kalau sudah, pasti korang faham kenapa tajuk entry saya ada "Misi menghantar teddy bear ke pangkalan tentera". Dan kepada yang belum menonton, boleh tengok trailer dulu kat bawah ni.



Macam mana? gempak?! yess!




SINOPSIS "THE 5TH WAVE"

Sinopsis [Part 1]
Dalam movie #THE 5TH WAVE" ni, watak utama adalah seorang budak perempuan yang masih bersekolah menengah bernama Cassieophia (sempena nama gugusan bintang). Dia mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Sam Sullivan.

Cassie dan keluarga tinggal di Ohio dengan bahagia dan normal. Namun, pada suatu hari mereka didatangi oleh makhluk asing yang mereka gelar sebagai "The Others". Hari pertama "The Others" datang ke bumi, mereka berada di merata tempat di seluruh dunia. Ohio? Jelas sekali kapal makhluk asing tersebut berada di atas Ohio. 10 hari selepas kedatangan "The Others" ke bumi, tiada apa-apa amaran atau pesanan daripada "The Others". Senyap. Tiba-tiba, wujud satu keadaan yang menyusahkan penduduk seluruh dunia dengan segala sumber air dan elektrik dimatikan. Tidak berfungsi sama sekali! Itu dipanggil sebagai "The 1st Wave" . Cassie dan Sam, terpaksa mengambil air daripada tasik yang ada di kawasan mereka tinggal untuk meneruskan keperluan air mereka.

Kemudian, muncul "The 2nd Wave" iaitu tsunami atau bencana alam seperti gempa bumi. Di Ohio? hanya tasik yang perlu dirisaukan. Di laut? sudah pasti tsunami besar. "The 2nd Wave" sudah ramai manusia yang mati lantaran bencana alam tetapi "The Others" belum mahu berhenti lagi. Mereka meneruskan dengan "The 3rd Wave".

"The 3rd Wave" ialah mewujudkan virus daripada burung. Virus ini menular keseluruh Ohio dan seluruh bumi. Di sini, lebih ramai lagi yang tidak mampu bertahan. Wanita, kanak-kanak, lelaki dan sesiapa sahaja mati dengan virus ini. Termasuklah ibu kepada Cassie. Ibu Cassie mati kerana virus ini kerana ibunya adalah salah seorang jururawat yang bertugas untuk mengawasi pesakit-pesakit yang terkena virus.

Sejak hari itu, tinggallah Cassie dan Sam bersama ayahnya. Mereka pergi ke kem pelarian untuk berlindung daripada "The 4th Wave". Wave keempat adalah "The others" menyerupai seperti manusia dimana manusia tidak mampu mengenal "The Others" kerana mereka sama sahaja seperti manusia.

Timbul situasi kesukaran untuk mempercayai sesiapapun. Manusia berbunuhan sesama sendiri kerana masing-masing tidak mampu mengenal "The Others". Siapakah "The Others" ?

Di Kem pelarian tersebut, tiba-tiba mereka didatangi oleh askar-askar dari Amerika Syarikat dengan kereta kebal dan bas sekolah yang besar lebih dari sebuah bas. Cassie hairan bagaimana mereka boleh menghidupkan enjin kereta sedangkan elektrik dan apa sahaja teknologi sudah dimusnahkan oleh "The Others". Siapa kah askar-askar tersebut?

Askar tersebut mengaku bahawa mereka mahu menentang "The Others" sebelum kemunculan "The 5th Wave". Dalam briefing, kanak-kanak dan remaja diminta untuk menaiki bas sekolah dan orang dewasa diminta berkumpul ke dewan makan. Kanak-kanak yang menaiki bas akan dihantar ke pangkalan tentera untuk dilindungi.

Di dewan makan, mereka mendapati terdapat seorang "The Others" di dalam dewan tersebut lalu mereka semua mengeluarkan pistol masing-masing dan.........they killing each other! termasuklah ayah kepada Cassie dan Sam.

Jadi, dimanakah Cassie dan Sam?

Sinopsis [Part 2]
Cassie dan Sam diminta naik ke sebuah bas sekolah untuk dihantar ke pangkalan tentera. Ayahnya terpaksa melepaskan mereka menaiki bas tersebut. Cassie dan Sam kesal terpaksa akur dengan keputusan ayahnya untuk tinggal di kem tersebut bersama orang dewasa yang lain.

Di dalam bas, Sam memberitahu kakaknya bahawa patung teddy bearnya tertinggal di dalam khemah. Sam terlalu sedih tanpa teddy bear tersebut dan dia mahu mengambil teddy bear tersebut sebelum bas itu bertolak dari situ. Cassie yang terlalu sayang kepada Sam tidak mahu adiknya kemana-mana dan meminta Sam menunggunya di dalam bas sementara dia mengambil teddy bear tersebut.

Semasa Cassie mengambil teddy bear Sam. Bas tiba-tiba bertolak meninggalkan Cassie. cassie cemas dan mengejar bas tersebut dan Sam di dalam bas tersebut menjerit-jerit nama kakaknya. Namun, Cassie tidak berjaya mengejar bas tersebut dan Cassie mencari ayahnya.

Cassie ke dewan makan dan melihat ayahnya di dalam dewan. Cassie cemas apabila melihat keadaan didalam dewan begitu kecoh. Ayahnya sempat menjerit kepada Cassie menyuruhnya lari. Cassie terlihat orang dewasa di dalam dewan itu bertembak-tembakan dan melihat sendiri ayahnya mati ditembak lalu Cassie pun lari ke hutan yeng berdekatan sambil menangis.

Selepas tentera-tentera itu meninggalkan kem pelarian, Cassie kembali ke kem tersebut mencari ayahnya di dewan makan. Malangnya, ayahnya memang sudah mati. Cassie tidak boleh berbuat apa-apa lalu pergi dari situ. Sebelum pergi, Cassie sempat mengutip semula teddy bear adiknya lalu dimasukkan ke dalam beg galasnya. Selain itu, Cassie juga mengambil senapang kepunyaan seorang askar yang sudah mati di situ.

Cassie ke hutan, tanpa haluan.

Sinopsis [Part 3]
Sam yang sudah dibawa ke pangkalan tentera, dijadikan askar bersama kanak-kanak lain. Di sana, Sam berjumpa dengan Ben Parish. Ben Parish adalah seorang budak lelaki yang terkenal di sekolah kakaknya. Cassie adalah salah seorang peminat Ben Parish. Ben Parish dijadikan ketua skuad di sana untuk misi membunuh "The Others". Panggilan bagi Ben di pangkalan adalah "Zombi".

Semasa di pangkalan tentera, semua kanak-kanak akan diberikan alat pengesan ditengkuk mereka. Mereka juga diajarkan bagaimana untuk mengenal "The Others" dengan mudah sedangkan rupa "The Others" adalah sangat sama seperti manusia.

kanak-kanak diajar menembak, mereka berlatih seperti askar-askar dewasa termasuklah Sam.

Sinopsis [Part 4]
Cassie berjalan jauh untuk ke pangkalan tentera agar boleh mendapatkan adiknya semula. Namun, ketika Cassie berada di kawasan jalan raya yang banyak mayat bergelimpangan dan banyak kereta rosak disekelilingnya, kaki Cassie ditembak oleh "The Others" menggunakan senapang sniper. Lalu Cassie pengsan.

Apabila Cassie bangun, dia mendapati, dia diselamatkan oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut bernama Evan Walker. Disebabkan keadaan agak sukar untuk mempercayai sesiapapun, adalah mustahil bagi Cassie untuk mempercayai Evan walaupun sudah menyelamatkan nyawanya.

Walau bagaimanapun, lama kelamaan, Cassie percaya kepada Evan dan mereka bersama-sama ke pangkalan tentera untuk mendapatkan Sam semula. Dalam perjalanan mereka ke pangkalan tentera, Cassie dan Evan ditemui oleh "The Others". Dalam pertempuran Evan dengan "The Others", Cassie mendapati bahawa Evan adalah salah seorang daripada "The Others"!

Evan cuba untuk menyakinkan kepada Cassie bahawa dia tidak merbahaya kerana dia sangat menyintai Cassie. Dia adalah manusia dan makhluk asing. Dalam keadaan yang sukar untuk memberi apa pun keputusan, Cassie meninggalkan Evan di hutan dan dia pergi ke pangkalan tentera sendirian.

Sinopsis [Part 5]
Di pangkalan tentera, Ben Parish dengan nama gelarannya "Zombi" diarahkan membawa skuadnya ke medan perperangan. Oleh hal yang demikian, mereka membuat persiapan dengan berlatih dan belajar menembak daripada seorang perempuan yang lasak bernama Ringer.

Pada hari mereka untuk dihantar berperang, Ben Parish sempat mengikat Sam di tandas agar dia tidak dihantar ke medan perang bagi melindungi budak kecil itu. Ben tidak sampai hati untuk membawa Sam bersamanya ke medan perang.

Di medan perang, mereka diberikan alat seperti helmet yang dilengkapi dengan kanta yang boleh melihat otak "The others" yang berwarna hijau dan seperti serangga parasit di dalam kepala mereka. Jika di medan perang tersebut mereka terlihat manusia yang di dalamnya terdapat parasit tersebut, maka Ben akan mengarahkan skuadnya menembak.

Disebabkan "The others" terlalu ramai diluar sana, Ringer membuat helah agar semua skuad berjaya masuk ke kawasan yang sesuai untuk bersembunyi. Di tempat persembunyian mereka, Ringer mengamuk dengan keadaan mereka yang dijadikan sebagai askar. Menurut Ringer, hal tersebut adalah melampau dan tidak masuk di akal langsung. Bagi Ringer, kanak-kanak bukan dilindungi tetapi mereka dijadikan alat untuk perperangan sedangkan Voch (Ketua Askar di Pangkalan Tentera) boleh membuang bom sahaja di kawasan "The Others" jika benar-benar mahu membunuh "The Others" tersebut. Ringer turut mempersoalkan mengapa mesti kanak-kanak yang dihantar untuk membunuh "The Others"?

Dalam pertengkaran Ringer dengan Ben Parish di tempat persembunyian mereka, Ringer mengerat tengkuknya yang ditanam alat pengesan itu lalu dikeluarkannya. Dia merasa seperti dipergunakan oleh Voch. Ketika alat pengesan ditengkuk mereka dikeluarkan, semua skuad terkejut apabia melihat kepala Ringer ada parasit hijau! Lalu semua skuad mengacukan senapang ke arah Ringer.

Ringer terkejut dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Ben cuba menenangkan keadaan dan meminta agar semua skuad menurunkan senjata. Ben juga turut mencuba mengeluarkan alat pengesannya di tengkuk. Sekali lagi semua skuad terkejut apabila tiba-tiba kepala Ben ada parasit hijau!

Di sini, Ben, Ringer dan semua skuad mengerti bahawa mereka semua ditipu bulat-bulat oleh Voch. Voch lah "The Others". Kanak-kanak dimanipulasikan dan diperalatkan untuk membunuh sesama manusia untuk menghapuskan semua survivors (manusia yang masih hidup di bumi). Manusia dihantar untuk membunuh manusia! Agar mereka pupus dengan sendiri dan yang penting oleh diri mereka sendiri.

Di situ, Ben Parish baru teringat tentang Sam (Nama gelaran Sam adalah Nugget). Sam yang diikatnya di sebuah tandas sebelum sampai ke medan perperangan. Ben menyesal meninggalkan Sam di pangkalan tentera. Ben ingin kembali ke pangkalan tentera untuk menyelamatkan Sam.

Agar tidak kelihatan ketara dengan rancangannya, Ben meminta salah seorang skuad untuk menembaknya di mana-mana bahagian yang tidak terkena dengan organ dalaman.

Ben Parish mengarahkan skuad yang lain mengeluarkan alat pengesan dari tengkuk masing-masing dan dia pula, memasukkan semula alat pengesannya di tengkuk lalu dia berpura-pura ditembak tetapi masih hidup. Bila tiba masanya, Ben dijemput oleh helikopter Voch dan dia kembali ke pangkalan tentera.

Di pangkalan tentera, Ben cuba berpura-pura untuk meyakinkan Voch bahawa hanya dia sahaja yang terselamat. Malangnya, muslihat Ben adalah sia-sia belaka. Voch tetap tahu dan dia mahu Ben dihapuskan. Tidak sempat untuk membunuh Ben, sistem pangkalan tentera berlaku sesuatu. Mereka mengalami gangguan dan mereka diserang dengan beberapa letupan bom. Ben melarikan diri.

Sinopsis [Part 6]
Cassie berjaya ke pangkalan tentera dengan berpura-pura terjatuh di jalan raya semasa sebuah bas sekolah melintasi jalan raya tersebut. Askar dari bas tersebut membawa Cassie bersama mereka ke pangkalan tentera.

Di pangkalan tentera, Cassie di bawa masuk dan menjalani ujian yang sama seperti Ben Parish dan Sam. Disebabkan Evan sempat memberitahu Cassie bahawa pangkalan tentera adalah tempat yang tidak selamat dan digunakan oleh "The Others", Cassie membunuh seorang wanita yang berada di dalam bilik ujian bersamanya. Cassie memakai pakaian wanita itu untuk menyamar dan dia keluar dari bilik ujian tersebut. Semasa Cassie mencari jalan di dalam pangkalan tentera tersebut untuk mencari Sam, Cassie terserempak dengan Ben Parish yang sedang melarikan diri dari Voch dan konco-konconya.

Di situ, Ben cuba menerangkan keadaan yang berlaku dan dia juga memberitahu tentang di mana keberadaan Sam, adik Cassie. Semasa mereka sedang menuju ke tempat Sam, tiba-tiba mereka didatangi oleh konco-konco Voch dan mereka diserang. Tiba-tiba, konco-konco Voch diserang pula oleh seorang lelaki yang datang dari atas bumbung. Dia adalah Evan Walker. Evan Walker datang untuk menyelamatkan dan membantu Cassie.

Evan dan Cassie sempat berbual hal peribadi mereka dan Evan menyatakan kepada Cassie bahawa tidak penting untuk dia memilih dia adalah siapa sama ada manusia atau makhluk asing tetapi yang dia tahu adalah dia memilih Cassie, orang yang dia cintai. Evan mengarahkan Cassie keluar daripada pangkalan tentera itu secepat yang mungkin kerana dia akan meletupkan pangkalan tentera tersebut.

Ben membawa Cassie ke ruangan di mana kanak-kanak lain diarahkan untuk naik ke kapal terbang untuk mereka dibawa ke kawasan yang hanya "The Others" yang tahu. Ben yakin adik Cassie pasti berada di sana juga. Cassie mencari adiknya di dalam keramaian kanak-kanak itu. Mujurlah Cassie terlihat Sam lalu dia membawa Sam lari daripada ruangan itu.

Selepas Cassie dan Sam berpelukan dan menangis,Cassie memberikan semula Teddy Bear milik Sam kepada Sam. Kemudian, Ben Parish pula mengeluarkan alat pengesan di tengkuk Sam.

Beberapa minit kemudian, mereka keluar daripada pangkalan tentera itu dan berlari menuju ke hutan tetapi Voch terlihat mereka dan mereka diserang oleh rekahan tanah dan mereka juga ditembak bertalu-talu. Mereka cuba berlindung di sebalik lori besar. Tiba-tiba, Ringer datang dengan sebuah jeep. Mereka naik jeep itu dan mereka melesapkan diri dari kawasan pangkalan.

Akhirnya mereka selamat dan mereka berkumpul semula bersama-sama skuad yang diketuai oleh Ben Parish.

PERSOALAN

Selepas membaca sinopsis, saya yakin korang tertanya-tanya kemana perginya Evan Walker. Kan?

Bagaimana Evan Walker boleh melakukan sendiri dalam misi meletupkan pangkalan tentera? Oh kuatnya dia? - dah jadi macam ninja.

Kemana pergi kanak-kanak lain?

Sebenarnya, pasti banyak persoalan yang akan timbul jika korang alert semasa melihat movie ni.

INFORMASI MOVIE "THE 5TH WAVE"

Movie ni belum berakhir sampai di sini. Akan ada sambungan ke dua yang berjudul "THE INFINITE SEA".

Movie "The 5th Wave" adalah berdasarkan novel yang ditulis oleh Rick Yancey. Novel "The 5th Wave" dikeluarkan pada tahun 2013. Kemudian,novel "The Infinite Sea" adalah sequel daripada "The 5th Wave" yang dikeluarkan pada tahun 2014.

Tahun ini, 2016 akan dikeluarkan pula novel ketiga yang berjudul "The Last Star".

Movie "The 5th Wave" released pada 14 January 2016 yang diarahkan oleh J.Blackson.

KRITIKAN

Bagi saya, movie ni lebih kurang sama seperti "THE HOST" di mana makhluk asing menyerupai manusia tetapi dari segi kecanggihan dalam mempersembahkan dari segi grafik movie, "THE HOST" lebih gempak berbanding "THE 5TH WAVE".

Selain dari "THE HOST", movie ni juga hampir sama dengan "THE HUNGER GAMES" dan "THE MAZE RUNNER". Watak penjahat menggunakan kanak-kanak atau remaja untuk dimanipulasikan pemikiran mereka. Namun, sayangnya cara filem "THE 5TH WAVE" dipersembahkan agak kurang mencabar. Kurang aksi dan kurang 'puzzle' means, kita boleh bandingkan dengan "Maze Runner" di mana remaja-remaja ini tiba-tiba berada di sebuah maze yang besar dan dipersoalkan, "Dari mana datangnya mereka semua"? dan "Siapa yang menghantar mereka ke maze?". Ia boleh mewujudkan perasaan ingin tahu penonton mengapa, bila, siapa. Dengan persoalan-persoalan dan aksi-aksi yang sedemikian, sudah pasti penonton akan promise la nak tengok next sequel. Cara director "THE 5TH WAVE" lebih menonjolkan perasaan perasaan berbanding aksi dan cabaran dalam movie tersebut di mana director memfokuskan, betapa sedihnya Cassie kerana telah membiarkan adiknya, Sam sendirian di Pangkalan Tentera.

Bagi saya, movie ini lebih kepada MISI MENGHANTAR TEDDY BEAR KE PANGKALAN TENTERA. Apabila sampainya Cassie ke pangkalan tentera tersebut, Cassie mencari Sam dan setelah bertemu Sam, Cassie memberikan semula Teddy Bear tersebut kepada Sam. So, MISSION ACCOMPLISHED! Kenapa saya katakan begini, sepanjang movie ini, memang jelas Cassie mahu mencari Sam dan Cassie membawa teddy bear tersebut bukan untuk menjelaskan atau penekanan tentang 5TH WAVE.

Walaupun begitu, saya masih suka movie ni. Cuma cara persembahan director kurang penekanan dengan situasi "THE 5TH WAVE" seperti ditajuknya.

Mungkin, tajuk ni lebih sesuai jika begini "THE SAM'S TEDDY BEAR". hahaha!

Dalam mempersembahkan percintaan, movie "THE 5TH WAVE" memilih untuk mempersembahkan kisah cinta tiga segi yang hampir sama dengan "THE HUNGER GAMES". Cinta tiga segi itu adalah antara Cassie, Evan dan Ben. Kalau saya, saya lebih suka Cassie bercinta dengan Evan berbanding Ben. Hahaha! Opss! Ben boleh bercinta dengan Ringer! kuikuikui.

WATAK-WATAK "THE 5TH WAVE"












NILAI-NILAI MURNI

Sam - Dia budak lelaki yang comel dan baik hati sebab barang mainan dia adalah "Teddy Bear". Budak yang baik, ikut cakap ibu bapa dan kakaknya. Scene : Semasa ayahnya mengarahkan supaya dia ikut kakaknya dan ikut cakap kakaknya, Sam faham dan taat kata-kata ayahnya.

Cassie - Anak yang baik dan kakak yang penyayang. Dia sangat sayang adik lelaki dia. Scene : Menidurkan adiknya ketika adiknya tidak dapat tidur dan keseluruhan scene movie, Misi Cassie adalah untuk mendapatkan semula adiknya.

Evan - Suka membantu dan ikhlas. Scene : Semasa menyelamatkan Cassie.

Ben - Seorang yang popular dan tidak berfikir panjang. Scene : Percaya dengan pasukan askar dan membunuh manusia lain yang dia percaya bahawa itu adalah "The Others" tanpa soal selidik.

Ringer - Seorang yang mudah memberontak, tidak mudah diperalatkan oleh orang lain dan lasak. Scene : Semasa di pangkalan tentera, dia tidak suka budak lelaki memperlekehkan dan membulinya. Semasa di medan perang, Ringer lah orangnya yang mengungkap siapa sebenarnya "The Others".

Sekian.

Terima kasih sudi baca.
Jumpa lagi di next Entry.
http://sopheestudio.blogspot.com











Saturday, December 12, 2015

Clash Of Clans | Minions Attacking for Dummies

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hari ni saya nak share satu tips untuk niubis Clash Of Clans supaya senang nak menang. haha!
Perkara pertama yang niubis kena buat ialah, baiki casle dulu kepada yang belum baiki castle. Lepas tu masuk ke mana-mana group clan yang korang suka atau korang juga boleh join Clan kami iaitu INFINITY696. Saya dan Encik suami memang suka donate troops kepada niubis supaya diorang excited dan enjoy pakai troops yang diorang belum ada. Salah satunya adalah MINION!


Apabila korang dah ada clan atau group, korang request MINION daripada ahli-ahli group tersebut. Untuk permulaan, housing space atau ruang castle korang hanya boleh muat 5 ekor minions sahaja. Tapi, 5 minions pun boleh mengalahkan pihak lawan selain daripada korang boleh rampas semua harta-harta pihak lawan. hahaha! Elixir dan gold korang akan semakin banyak, so boleh upgrade pertahanan village.

Cara ni, korang BOLEH JIMAT ELIXIR juga sebab korang akan hantar minion menyerang pihak lawan bukan troops korang sendiri. Korang tak perlu nak habiskan semua troops yang korang train tu semasa attacking. Bazir!

Selepas dah terima minions 5 ekor, korang dah boleh pergi attack orang dah. Tapi jangan attack membuta tuli pula.. kena ada strategi juga. Kalau tak ada strategi, habis minions korang tu mati katak macam tu je!

Semasa korang nak attack orang lain guna Minions, korang kena ikut step kat bawah ni.

  1. Tengok kalau-kalau ada Air Defense (Roket) - kalau ada, kena hancurkan dulu benda ni.
  2. Pastikan Acher Tower pun dimusnahkan terlebih dahulu.
  3. Apabila dah clear, tak ada Air defense, keluarkan MINIONS dari castle.
Korang boleh tengok video saya kat bawah ni untuk lebih jelas lagi. Happy COC!!


Thanks sebab sudi baca.
Jumpa lagi next entry.












Friday, December 11, 2015

Left 4 Dead 2 | Zombie bertukar menjadi Skeleton | Modded

Assalammualaikum bloggers dan readers,

Semangat betul saya tukarkan zombie-zombie tu jadi skeleton. Dalam fikiran saya, lagi nampak menyeramkan kalau skeleton yang menyerang waktu main Left 4 Dead 2 tu.

Kami pun test la main. Pergghh! semua zombie dah tukar jadi skeleton!! Malangnya, sekali main je kami putuskan untuk tukar skeleton tu kembali kepada zombie asal. Hahaha! Sebab warna skeleton tu nampak tak menarik langsung. Semua nampak sama dan tak jelas keberadaannya di depan. Tak logik pula tembak skeleton tapi darah tepercik-percik. Tak feel langsungg! haha!

Lain-lain komen, bila ada tank datang, akan muncul lagu semacam dalam concert. Lupa pula lagu apa tapi, nanti saya fikirkan semula nak tukar kepada asal atau pun tidak. hahaha!

Jom tengok kitorang main tembak-tembak skeleton kat video di bawah ni.. hehe..

Selamat menonton!!



Terima kasih sudi baca.
Jumpa lagi next entry.











Wednesday, December 9, 2015

Left 4 Dead 2 | Semua watak "Special Infected" memakai pakaian dan tatu di badan | Modded

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Hari ni, Encik suami ajar saya "tukar pakaian" special infected kat game Left 4 dead. Hahaha! Saya baru tahu PC game boleh buat macam tu. Ingatkan setakat main macam tu je.

Antara watak-watak Special Infected, saya paling suka watak WITCH yang sudah pun menjadi seorang Gothic. hahaha!

Macam mana dengan fesyen dia sekarang? haha! cantik kan.
Ni pakaian asal Witch dalam Left 4 Dead 2.

Saya try main kali ni sorang-sorang, nak tengok semua watak-watak Special Infected dah jadi macam mana. Boomer nampak cute juga berbaju. hahaha!

Jom tengok video saya kat bawah.



Terima kasih sudi baca.
Jumpa next entry.











Main Left 4 Dead 2 bersama suami di masa lapang

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Selain dari Clash Of Clans, saya dan suami dah boleh main PC games sama-sama sejak saya tukar PC yang ada kad grafik. Game favourite kami ialah Left 4 Dead 2. Actually, L4D2 ni game mencabar yang pertama saya pernah main. Masa saya solo dulu-dulu, just main game biasa-biasa sahaja seperti game PS2, game Android dan game Angry Bird untuk kat PC.

Pernah juga try main Counter Strike tapi saya macam lagi suka L4D2. hahaha! Jadi kami kerap main L4D2.

Waktu main L4D2 ni, saya paling tak suka kalau pakai Shortgun. Menyusahkan betul. wakaka! Lambat plak tu. Saya paling suka pakai Machinegun. Kalau Encik suami pula, kuali pun dia boleh guna untuk belasah zombie tu semua. Kadang-kadang dia pancung je kepala Witch tu pakai samurai. Tak payah pakai pistol ke senapang ke.huhu... Tapi paling lawak kalau pakai kuali masak telur goreng tu la. Bunyi pun "Toeng" "toeng"...

Beberapa hari lepas, saya belajar me-rekod desktop ketika bermain game L4D2 menggunakan Smartpixel. Saya nak rekod. Video simpan buat kenangan...haha! Kadang-kadang kami akan tengok balik untuk bincang-bincang game tu. Kadang saja nak tengok nak "mengumpat" game tu je. ahahaha!

Jemput tengok video L4D2 kami di bawah. Map apa? ntah la. Lupa dah.


Thanks sudi baca.
Jumpa lagi.











30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (14) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (16) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)