Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts

Sunday, October 25, 2015

Qaseh Adinda by Qaseh Gold | Ramuan Khas Untuk Kaum Hawa | Menyelesaikan masalah wanita

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Sebagai wanita, saya pasti ramai yang faham kenapa wujud Qaseh Gold Adinda di pasaran. Produk Qaseh Gold Adinda ini telah menyebarkan berita-berita baik kepada setiap wanita yang memerlukan jalan penyelesaian terhadap pelbagai masalah wanita.



Masalah wanita seperti senggugut, Haid tidak lancar dan paling menarik adalah mampu menyelesaikan masalah yang biasa dialami oleh ibu-ibu mengandung. Mungkin ia adalah "Biasa" sahaja. Dan mungkin ada wanita yang merasakan ia adalah perkara biasa yang remeh untuk di ambil serius.

Apakah masalah biasa yang dialami oleh wanita mengandung?

  1. Morning Sickness, mabuk atau loya.
    • Untuk mengatasi masalah ini :
      • kita perlu kerap makan tetapi dalam kuantiti yang kecil.
      • Elakkan makanan yang berangin, pedan dan berminyak.
      • Makan makanan yang mudah hadam.
      • Minum air yang secukupnya.
  2. Back Pain atau pun sakit belakang.
    • Untuk mengatasi masalah ini :
      • Gunakan tilam dan bantal yang sesuai ketika tidur.
      • Lakukan sedikit senaman regangan.
      • Elak menggunakan kasut bertumit tinggi dan berdiri lama.
      • Urutan yang dapat memberikan keselesaan.
  3. Cirit-birit.
    • Masalah ini mengakibatkan :
      • Tubuh anda terhidrat.
  4. Kaki Kejang atau Cramp.
    • Untuk mengatasi masalah ini :
      • Makan makanan yang mengandungi potasium tinggi seperti pisang sebelum tidur.
      • Menambah pengambilan kalsium
  5. Panas badan.
    • Masalah ini akan mengakibatkan :
      • Mudah beremosi.
    • Untuk mengatasi masalah ini :
      • Pastikan kebersihan dan suhu sekeliling  adalah selesa.
      • Jaga kebersihan untuk mengelakkan masalah ruam kulit.
      • Banyak meminum air.
  6. Yis atau masalah keputihan.
    • Untuk mengatasi masalah ini :
      • Pakai pakaian dalam yang longgar.
      • Pakai pantyliner.
    • Masalah ini mengakibatkan :
      • Masalah bau dan kegatalan di bahagian faraj.
      • Jangkitan terhadap faraj.
      • Tidak selesa.
Walaupun saya sudah menyenaraikan sedikit maklumat CARA MENGATASI masalah ini, tidak semua boleh diikut oleh ibu-ibu mengandung dan tidak mungkin semua cara ini adalah berhasil untuk semua ibu-ibu mengandung. Hal ini kerana, tidak semua individu itu adalah sama.

Mungkin, untuk masalah loya, saya boleh memberi nasihat dengan berkata, "perlu kerap makan dan elakkan makanan yang berangin" dan mungkin saya akan memberikan tips demi tips. Tetapi tidak semua orang akan berjaya mengatasi masalah tersebut dengan melakukan tips yang saya kongsikan tadi.

Saya ada sahabat, mempunyai masalah morning sickness dan loya yang teruk. Tak ada apa-apa makanan pun yang mampu ditelan.

Tetapi, saya dapati ada produk yang bagus dan sesuai untuk wanita dan ibu mengandung iaitu Qaseh Gold Adinda. 



Paling menarik!! Produk Qaseh Gold Adinda ini, bukan sahaja sesuai untuk ibu mengandung,wanita bermasalah senggugut dan kitaran haid tidak teratur tetapi sangat sesuai untuk wanita selepas bersalin (berpantang), ibu yang menyusukan anak. Malah, UNTUK MENDAPATKAN CAHAYA MATA!



Selain itu, masalah kulit kusam juga dapat diatasi dengan pengambilan produk Qaseh Adinda ini. Untuk melihat testimoni pengguna-pengguna Qaseh Adinda by Qaseh Gold ini, sila -KLIK SINI- .
Untuk bertanya lebih banyak maklumat mengenai produk ini, boleh terus menghubungi Puan Nita di facebook beliau. -KLIK SINI- untuk ke FB beliau.














Thursday, October 22, 2015

Kenapa kita perlukan suplement sedangkan kita tidak sakit?

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Dulu saya pun macam korang juga, selalu bertanya pada diri sendiri, "kenapa saya nak ambil supplement pula?" saya bukan sakit pun,kann.

Sebenarnya, supplement bukan untuk orang sakit semata-mata. Kita perlu faham supplement ni apa. Sebagai manusia, saya yakin tak ada seorang pun yang sihat 100%. Semakin kita meningkat dewasa, usia semakin bertambah, banyak keperluan-keperluan badan kita akan semakin berkurangan.

Apa yang saya perhatikan, pelbagai masalah kecil dianggap perkara biasa dan tidak diambil peduli langsung seperti tak boleh duduk lama-lama, sakit kepala, tak dapat nak jalan jauh dan sebagainya.
Masalah-masalah kecil seperti memang kelihatan remeh tetapi kita semua mesti ambil peduli! Sayangi diri kita sendiri. Kalau bukan kita siapa lagi?

KITA SEMUA PERLUKAN SUPPLEMENT.

Kenapa? Okeyh! Korang lihat keadaan zaman sekarang ni, tak sama seperti dulu-dulu lagi.


  • Sayur-sayuran dan buah-buahan - Zaman sekarang korang yakin ke sayur dan buah terjamin kebersihannya? Korang yakin ke zat sayur dan buah sekarang sama macam zaman dulu? TIDAK kan!Sekarang ni susah dah nak macam zaman dulu-dulu...Selain tu, korang tidak akan menyangka zat sayuran tu akan berkurang atau paling teruk sudah hilang ketika ia di masak. Sebab tu ada yang tidak mahu masak sayur sampai betul-betul layu kerana takut zatnya hilang serta merta. Yang tinggal hanya sayuran sebagai pelawas ketika korang membuang. haha! Sama juga dengan buah-buahan. Sebagai contoh, korang kata, kita tak perlu makan supplement seperti Vitamin C, pergi beli dan makan je buah oren. Korang tahu ke berapa biji oren korang kena makan untuk lengkapkan keperluan badan korang untuk mendapatkan vitamin C tersebut? Kalau korang tahu sekalipun, korang tidak mungkin sanggup nak makan buah oren tu sampai lengkap keperluan Vitamin C korang dalam satu hari!

Jom main kira-kira...
Tubuh badan manusia memerlukan 2000mg vitamin C sehari!
Sebiji buah oren hanya ada 60mg..

60mg x 34biji = 2,040mg Vitamin C.

okeyh! Nampaknya korang kena makan dalam 30biji sehari untuk dapatkan 2000mg Vitamin C.
Hahaha! Jenuh nak habiskan.

  • Pemulihan sel-sel badan - Tak ada makanan zaman sekarang ni yang mampu menyembuhkan kita bermula dari sel. Makanan zaman sekarang kebanyakkannya adalah makanan segera dan mempunyai bahan-bahan yang memudaratkan dalam jangka masa panjang. Walaupun kita tidak sakit, kita perlu mempunyai sell badan yang sihat. Untuk mencegah penyakit. Jangan tunggu terhantuk baru nak tergadah. 
  • Menggunakan ubat-ubatan - Tak akan ada doktor, klinik atau hospital yang akan mengakui bahawa bahan-bahan kimia dan dadah dalam ubat-ubatan tu sebenarnya akan memberi kesan tak baik dalam jangka masa panjang. Zaman sekarang, jarang kita jumpa individu yang mampu hidup melepasi 100 tahun. Bandingkan sendiri, supplement semulajadi dan ubat-ubatan adalah mengandungi bahan kimia dan dadah. Mungkin tidak memudaratkan sekarang tetapi nanti. Sebab tu kalau boleh elakkan sakit. Cegah dengan mengambil supplement.


Saya hanya akan kupas 3 perkara sahaja. Yang lain-lain, korang boleh - KLIK SINI- untuk dapatkan info supplement yang terbaik untuk tubuh badan kita.

Sekiranya korang memerlukan bantuan atau nasihat dari segi pengambilan supplement, boleh hubungi Puan Rafha Atiqah di facebook beliau - KLIK SINI - takkisahlah supplement yang macam mana korang perlukan. Kecantikan? Kesihatan? Boleh refer beliau. In Shaa Allah, akan dibantu.


Setakat ini dahulu.
Terima kasih sudi baca.
Jumpa di next entry!











Berputus asa dalam usaha menguruskan badan? Kenapa semua usaha tu harus dihentikan? TERUSKAN!

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Pernah tak korang rasa, penat betul nak teruskan usaha untuk kurus?
Pernah tak korang rasa, macam-macam dah korang buat untuk kurus tapi tak ada hasilnya juga?
Ye lahh! Bersenam sudah, jaga makan pun sudah dan macam-macam supplement cuba tapi hasilnya mengecewakan korang?

Mesti pernah kann?
Sakit hati?
Penat?
GIVE UP?!

Jangan! Jangan benarkan diri korang sendiri berhenti untuk cantik! :) Teruskan usaha.

Untuk terus bersemangat meneruskan usaha dalam matlamat menjadi kurus, korang perlukan inspirasi seperti,


  • Korang boleh memakai baju yang cantik, fesyen dan bergaya.
  • Keyakinan korang akan meningkat.
  • Korang akan lebih sihat!


Saya faham perasaan korang yang berputus asa tu. Mungkin usaha dah banyak tapi hasil penurunan berat badan korang agak lambat.

Perkara macam ni berlaku ada sebab. Kita kena tahu kenapa usaha kita TIDAK BERHASIL untuk langsing dan kurus!

Punca-punca lambat kurus
1.Metabolisme lemah
- Jika Metabolisme kita lemah, pembakaran lemak akan menjadi kurang efektif! So, apakah punca metabolisme korang ni lemah?

  • Kurang makan - maksud nya kat sini, bukan kita kena jadi seorang yang kuat makan. Tapi, pastikan kita tidak melengahkan waktu makan kita. Kalau korang sedang nak kurus, makanlah kerap snek dalam setiap tiga jam. Makanannya pula bukanlah makanan berat-berat tetapi ambil makanan seperti oat, jagung, epal, etc.
  • Tidak mengambil Kafein langsung - Ini adalah salah satu punca metabolisme melemah. Cuma, ini bukan satu keperluan yang 'wajib' diambil. Hal ni kena bersesuaian dengan individu juga. Ada orang tak boleh ambil kafein atas sebab-sebab tertentu. Selain tu, pengambilan kafein berlebihan pula akan mendapat kesan yang negatif seperti menjadi resah gelisah dan panas baran.
  • Kurang mengambil makanan serat - Dalam diet yang sihat, kurangkan makanan bergula dan bergaram termasuklah nasi putih. Banyakkan makanan serat seperti oat organik, jagung, epal dan brown rice.
  • Jarang meminum air putih - keperluan badan untuk air adalah lebih kurang 7 hingga 9 gelas air putih. Kurang minum air putih akan membuatkan metabolisme melemah dan kita mungkin akan menjadi lemah badan dan sakit kepala kerana kurangnya oksigen dalam badan.
  • Berkurung dalam rumah - Untuk mengaktifkan daya Metabolisme untuk bekerja, kita tidak boleh terlalu berkurung di dalam tempat tertutup. Kita mesti keluar dan mendapatkan cahaya matahari.



2.Melakukan senaman otot bukan senaman cardio
- Kadang-kadang ada individu yang tersilap melakukan jenis-jenis senaman. Jika korang ingin membakar lemak, korang hanya perlu bersenam cardio seperti - jogging, berlari, skipping, berbasikal, berenang atau berjalan kaki jarak jauh. Bukan senaman mass seperti angkat berat, abs exercise, penggunaan dumble dan squad kerana,senaman mass adalah senaman membina otot badan. Jika korang mahukan otot, dan mahukan otot tu timbul, maka korang kena senaman cardio terlebih dahulu dan diikuti dengan senaman mass.

3.Kurang kalsium dalam badan
-Korang mesti pastikan korang tidak kekurangan kalsium. Hal ini kerana, jika kita kurang kalsium dalam tubuh badan, lemak yang akan mengantikan tempat kalsium tersebut. Ia bukan sahaja sukar untuk membakar lemak tersebut tetapi ia akan membahayakan kesihatan tubuh badan kita.

4.Vitamin C
-Vitamin C adalah vitamin penting yang diperlukan dalam tubuh badan, kekurangan vitamin C akan menyebabkan kesukaran penyerapan supplement lain dalam tubuh badan kita. Jika Vitamin C korang bermasalah, pengambilan kalsium korang tidak akan berjaya sepenuhnya. Sebaiknya korang ambil Vitamin C dan Kalsium sekali.

5.Penyerapan Usus kurang efektif
-Jika penyerapan dalam usus kurang baik, apa sahaja vitamin atau supplement yang korang ambil akan lambat menyerap ke tubuh badan korang. Mesti ada dalam kalangan kita hairan kenapa kawan kita yang mengambil produk yang sama dengan kita berkesan berbanding kita atau kesan dia lebih cepat berbanding kita, semua itu adalah berkaitan dengan penyerapan dari usus kita. Untuk mengatasi masalah ini, korang kena memakan atau minum minuman yang membantu usus korang sihat. Korang kena buat detoxifikasi usus. Selain daripada memakan pisang dan makanan-makanan lawas, korang boleh cari produk detox seperti detox slim, detox tea atau lactose. Korang jangan salah faham mengenai detox. Detox bukan sahaja melawaskan pembuangan tetapi fungsi detox adalah mengugurkan segala najis degil yang melekat pada dinding usus korang yang dah lama stay dalam tu. Korang mesti tak akan percaya kalau saya kata, terdapat najis lama pada tahun lalu yang masih ada dalam usus korang sekarang! haha!

Jadi, korang jangan cepat putus asa sebelum korang selidik apa sebenarnya badan korang perlukan. Teruskan usaha untuk cantik selain untuk sihat!

Selepas saya belajar perkara-perkara di atas, saya terjumpa satu produk untuk kurus yang bagi saya ia sangat bagus korang gunakan. Hal ini berkaitan dengan perkara yang sudah saya sentuh di atas. Produk ni mempunyai pakej yang lengkap untuk membantu mengurangkan berat badan terutamanya dari segi meningkatkan metabolisme.

Oh! Saya bukan nak jual produk ni. Saya cuma nak kongsikan dengan korang sebab bagi saya produk ni sangat menepati keperluan tubuh badan dalam mengurangkan berat badan. Kalau korang nak beli produk ni, korang kena cari orang yang sedang menjualnya. Yang pasti bukan saya. hehe..



Nama produk ni adalah Slim 7D Original.Kenapa saya kata, produk ni bagus?

Seperti yang saya dah bincangkan tadi, peranan metabolisme itu penting dalam pembakaran lemak.

Salah satu kelebihan Slim 7D Original ni adalah meningkatkan kadar metabolisme. Jadi, saya tidak hairan jika Slim 7D telah berjaya membuat beberapa orang kurus kurang dari 2 bulan.

Selain itu, Slim 7D Original mempunyai fungsi DETOX! atau melawaskan/melancarkan pembuangan. kan saya dah kata tadi, usus korang kena sihat dulu sebelum korang ambil supplement atau produk-produk yang memerlukan penyerapan. Slim 7D Original ni juga boleh membuang lemak dalam usus dan membuang makanan yang baru diambil. Slim 7D Original juga akan menghalang badan daripada menerima lebihan lemak dan karbohidrat!Ni sama fungsinya macam fat blocker! Interesting, kann?

Untuk kurus, kita tidak boleh makan banyak makanan yang berlemak seperti hidangan hari raya tu. Paling koman, hidangan ketika menghadiri majlis kahwin member kita. Makanan yang disediakan semuanya lemak, minyak dan kolestrol! Tapi, saya tahu makanan tu semuanya sedap...ada yang mampu menghalang diri dengan tidak memakannya walaupun sesudu? Apatah lagi ketika lapar atau pun selera makan memang jenis yang tinggi. Kalau korang berjaya menolak, saya katakan TAHNIAH! :)

Berita baiknya! Slim 7D Original mempunyai fungsi pengawalan selera makan!, pernah dengar produk macam ni? Ya..memang banyak produk mengawal selera makan. Ada macam-macam style, ada serbuk, ada cecair dan pil. Termasuklah produk bunga safron. Cuma saya jatuh hati dengan produk Slim 7D Original ni kerana dia datang dalam satu pakej yang lengkap dengan fungsi yang lain termasuk detox dan metabolisme.

Kat bawah ni merupakan testimonial pengguna-pengguna Slim 7D Original.












Kalau nak lebih tahu mengenai SLIM 7D Original ni, boleh - KLIK SINI - Untuk soalan yang mungkin korang tanya, macam mana nak dapatkan produk ni, boleh berhubung dengan Siti Adaviah. - KLIK SINI - untuk menghubungi beliau.


Setakat ni itu dulu.
Terima kasih sudi baca.
Jumpa di next entry.











Thursday, October 23, 2014

Home Workout | Daily Fitness | Couple Hobby

Assalammualaikum Readers and bloggers,

Just finnish my home workout today. Fuhh~ Berpeluh. Rest kejap then nak lunch.

#Throwback. Gambar bulan 3 lalu. Sebelum keluar jogging, selfie dulu. kui3x.

Since kenal dengan Elken dan Zumba, memang saya sangat berminat dengan fitness. But tidak terlalu obses atau nak jadikan daily activities. Paling-paling pun, saya akan temankan Encik Tunang ke Taman untuk jogging. hehe. Dia jogging, saya pun jogging la.

#Throwback.Gambar bulan 3 lalu, tahun ni. HAHA.

#Throwback gambar jogging.Encik Tunang semangat!!

But now, since lepas bulan puasa tahun 2014 ni, rajin pula saya dan Encik Tunang berbincang tentang fitness, Vegeterian, Spirulina Elken, Sensualite Elken dan macam-macam lain yang bersangkut paut.



Pemakanan? Yes! masuk sekali. Kami berdua plan nak buat couple body fitness yang 'mengancam' . HAHAHA! Dasyat ayat. Gilos!

Apa-apa lah sahaja sebabnya, memang seronok fitness-fitness ni korang. Kalau bukan kerana nak body cantik bagi para wanitanya, kalau bukan nak tampan para lelakinya, UNTUK SIHAT tu paling baik diutamakan juga. Tapi...kan lebih tip top kalau kita dapat dua-duanya kan ? SIHAT dan CANTIK! Lelakinya TAMPAN dan BERGAYA! ewaahhH!

Actually saya dah amalkan DX Lingerie Elken since 2012. Makanan memang saya jenis taknak kuat makan. So now, nak menambahbaikkan lagi dengan workout/fitness bersama insan tersayang, bakal husband, Encik Mohd Nasyit. hehehe.

So, apa yang saya lakukan setiap hari?

  1. Minum air H2O setiap hari (H2O dengan penapisan Reverse Osmosis sistem Elken).
  2. DX Lingerie 8 jam sehari (Jahitan DX Lingerie Elken yang berperanan meletakkan lemak di tempat yang betul - so lemak yang salah stand tu better dielokkan cepat.hehe).
  3. Spirulina Elken (Untuk mengurangkan rasa lapar, Menambahkan nutrisi yang kurang di dalam badan -  siapa tak suka makan sayur, better ambil Spirulina Elken).
  4. Makanan berat 1 kali sehari sahaja. Yang lain-lain saya amalkan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, salad, sup, etc.
  5. Mengamalkan meminum greentea - greentea detox lebih baik. Kalau nak lebih bagus detox, gunakan Lactose Elken. Amalkan 3 kali seminggu, buang toxix dalam badan, kempiskan perut, dan ringankan badan, buang/cuci pada dinding usus.
  6. Fitness setiap pagi dan petang. Hujung minggu jogging. (Flexible - ikut kesesuaian masa - paling koman satu kali fitness pada waktu pagi, kalau rajin dan ada masa..bukan hujung minggu pun saya dan Encik Tunang pergi Jogging).
  7. Sensualite, Burner & Fabuloss 5 (Ini Encik Tunang saya yang gunakan, kalau saya yang guna ni, nanti jadi cicak kubin pula..haha!). 
Then, Fitness yang macam mana saya amalkan?

Ni fitness wanita. hahaha! Lelaki lain lagi. Encik Tunang saya punya fitness lain. Saya lain.

Pertama, saya warmup dulu. Lihat Video kat bawah.



Video kat atas ni adalah cara yang betul untuk warmup sebelum dan selepas exercise.

Kemudian, saya akan ke fitness Abs (Nak dapatkan perut yang sentiasa kempis dan rata).
Saya guna fitness abs yang simple dan senang sahaja. Sebab kalau yang susah-susah tu nenti makan masa banyak sangat. hehe..



Bila dah settle abs fitness, saya akan ke next fitness. My favourite fitness. haha. This fitness actually lelaki buat juga untuk mendapat otot pada dada. Kalau wanita, korang faham sendiri. hehehe. Untuk balance, memang kena buat ni, bila dah membuat pengurusan badan, lemak kat area dada akan kurang juga. So, payudara mengecil tu memang dah pasti.

Buat masa ni saya just guna Dumbbell comel.




In Shaa Allah akan ada koleksi Dumbbell untuk saya dan husband to be...its on the way. hehe.




Dah selesai fitness dalam video di atas, saya akan terus ke fitness booty. hahaha! oyeahh! Women is women..




Actually, seronok juga kalau dapat maintain aktiviti macam ni setiap hari. Jap! Angan-angan saya kan, dalam rumah nanti ada bilik untuk fitness. HAhahaha.

Kalau saya, berangan memang no.1. kwang3x.

Sampai sini dulu entry ni.
Nanti jumpa kat entry seterusnya.

Terima kasih sebab membaca.


With Love,



Tuesday, June 18, 2013

Berjogging Membahayakan Kesihatan?

Assalammualaikum :)

Apa khabar you all? Sihat tak hari ni? Ada pergi senaman tak hari ni? hehe..


Hari ni, aktiviti saya petang-petang pergi library baca buku kejap.. Then, Pergi jogging...




Oke...Gambar kat atas ni tak ada kena mengena dengan jogging...but this time ngah tunggu Encik Tunang jemput datang rumah... he he... :p



Dah penat dah ni...huhu..Amik gambar jap :p


Muka kepenatan. hehe.

Terkejut tak baca tajuk kat atas? Hehe.. Jangan panik.. Jom baca info kesihatan ni :


Senaman perlu kerap dilakukan kerana ia adalah sebahagian daripada usaha yang dilakukan untuk mengekalkan kesihatan diri.


Dan ramai orang yang mahu sentiasa kelihatan segar dan sihat. Oleh itu, mereka berjogging. Bagaimanapun jogging bukan saja memberi banyak manfaat, ia juga boleh membahayakan.


Di sini adalah beberapa perkara yang perlu diketahui oleh mereka yang ingin memulakan senaman dengan berjogging: Ada beberapa sebab mengapa jogging berbahaya dan bagaimana ia boleh merosakkan kesihatan anda.


* Jika anda berjogging di jalan raya, anda akan menghadapi risiko dilanggar. Di Amerika Syarikat, Persatuan Automobil pernah melaporkan dalam tempoh 12 bulan saja, 8,300 orang yang berjogging terbunuh dilanggar kereta manakala 100,000 lagi cedera. Untuk menggelakkan risiko ini, anda perlu berjogging jauh daripada kawasan kenderaan atau sekurang-kurangnya pastikan anda memakai pakaian yang mempunyai tanda-tanda amaran keselamatan jalan raya ketika keluar pada waktu malam.


* Berjogging di jalan yang bengkang-bengkok boleh menyebabkan ketegangan di bahagian penyambung anggota badan anda. Salah satu kaki anda akan mengalami ketegangan dan sebelah lagi pula akan mengalami sedikit kekejangan.


* Sakit belakang adalah masalah yang sering dialami di kalangan mereka yang berjogging, khususnya yang berlari di kawasan yang sama rata. Dalam satu masa, tulang belakang anda akan menerima kira-kira 10,000 pusingan pelakuan yang tangkas. Akhirnya, anda akan mengalami sakit belakang yang berpanjangan.


* Sakit jantung adalah penyakit yang biasa dihadapi oleh golongan pertengahan umur yang tidak sihat dan berjogging tanpa latihan teratur. Dilaporkan satu punca utama mengapa mereka yang tidak sihat dilatih berjogging berduaduaan adalah untuk memudahkan salah seorang itu mendapatkan bantuan ambulans sekiranya rakannya diserang sakit jantung.


* Tekanan di sesetengah bahagian pada tulang kaki adalah biasa khususnya di kalangan pelari yang kurang pengetahuan dalam teknik itu. Untuk meminimumkan risiko itu, pelari sepatutnya mengganggotai kelab yang baik dan meminta nasihat daripada jurulatih yang bertauliah.


* Jangan berlari jika terasa sakit. Anggota badan yang sakit itu adalah tanda bahawa anda harus BERHENTI. Jika anda tidak memperdulikan amaran itu dan terus berlari, anda akan mengalami kerosakan anggota yang kekal dan mungkin juga menemui ajal.


* Denyutan jantung yang berlebihan akibat terlalu banyak berjogging boleh merosakkan hati dan jantung anda dan pertukaran hormon yang dikeluarkan juga boleh menjejaskan kehidupan seks anda.


* Setiap kali kaki anda terhentak ke tanah, tulang dan penyambungnya menghadapi risiko rosak. Bagi mengurangkan risiko kecederaan yang teruk, pastikan anda berlari dalam keadaan yang selesa, memakai kasut yang mempunyai tapak sesuai untuk tahan menerima hentakan kaki yang berulangkali.


* Berlari boleh menyebabkan anda ketagih. Apabila anda berlari, tubuh anda akan mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai endorfin dan ia adalah sama dengan sejenis dadah heroin serta morfin, apabila seketika akan membuatkan anda ketagih.


Beberapa sebab mengapa berjogging adalah baik untuk anda bagaimana ia dapat membantu kesihatan:


* Jogging membantu menguatkan bahagian cecair penyambung otot-otot, melenturkannya dan menolong mencegah serangan penyakit arteritis apabila tua.


* Senaman yang kerap akan meningkatkan kuasa dan kekuatan denyutan jantung dan mengurangkan kemungkinan serangan sakit jantung. Jogging juga baik, wajar sebagai salah satu senanam diperlukan oleh anda.


* Jika anda terlalu gemuk, anda boleh membakar kalori yang tidak diperlukan dengan berjogging.


* Kadar denyutan otot anda dapat dipertingkatkan dengan membuat senaman yang kerap dan ia juga dapat mengurangkan risiko menghadapi kekejangan atau masalah lain.


* Jika anda menghadapi sistem pencernaan yang tidak baik, pedih hulu hati atau masalah yang seakan-akan dengannya, senaman yang kerap membantu anda menyelesaikan masalah berkenaan dan seterusnya melindungi anda daripada masalah akan datang. Dengan membantu mengurangkan tahap tekanan, jogging juga boleh menolong mencegah penyakit ulcer.


* Sistem pernafasan anda dibantu dengan berjogging. Untuk memastikan larian betul, anda perlu belajar bernafas.


* Dengan memperuntukkan satu hingga dua jam seminggu untuk berjogging, anda boleh menghalang berlakunya tekanan dan ketegangan yang dialami setiap hari. Ingat! Tidak ramai orang berjogging membawa bersamanya telefon bimbit. Jogging adalah satu cara yang baik untuk menghapuskan tekanan. Jika kerja anda membuatkan anda sentiasa tertekan, jogging adalah elok untuk merehatkan anda.

Sumber : Panduan Jogging

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Wednesday, April 24, 2013

Berat badan tidak dapat turun dengan mudah disebabkan usus yg kotor


Setiap penyakit datangnya daripada usus. Di sinilah peranan pemakanan seimbang untuk mengelakkan daripada sebarang penyakit berlaku. Obesiti adalah salah satu fenomena yg boleh membawa pelbagai penyakit. Obesiti berlaku adalah disebabkan pemakanan yang tidak seimbang (terlalu banyak makan makanan berlemak dan karbohidrat).

Berbalik kepada piramid makanan, terdapat lemak, protein, serat vitamin dan mineral, dan karbohidrat. Kelompok lemak adalah diperlukan yg teramat sedikit manakala kelompok karbohidrat adalah yg paling diperlukan. Untuk menyeimbangkan pemakanan haruslah disertai dengan protein dan serat vitamin dan mineral untuk memberi fungsi yg bagus kepada tubuh badan. Namun begitu, begitu ramai sekali dalam kalangan overweight dan obesiti yg telah melebihkan makanan bergoreng serta karbohidrat, mengakibatkan makanan tidak seimbang.

Pemakanan seimbang adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan berat badan ideal. Selain daripada memberikan tubuh badan nutrisi yg cukup, ia mampu membantu untuk menurunkan berat badan jika faham tentang pemakanan yg seimbang. Bagi yg ingin menurunkan berat badan, haruslah elakkan daripada pengambilan lemak berlebihan seperti makanan bergoreng, kena ia menyumbang kepada lemak tepu dan trans lemak yg mana akan menaikkan kadar cholesterol dlm darah serta menaikkan risiko penyakit jantung. Lemak yg perlukan hanyalah daripada mono-lemak tak tepu dan poly-lemak tak tepu.

Peranan pemakanan yg seimbang dari sudut pengambilan protein haruslah disertakan bersama. Hal ini kerana protein mampu untuk memperbaiki dan membina tisu otot, yg mana akan mempercepatkan kadar metabolism dengan peningkatan jisim otot. Oleh itu, jika ingin menurunkan berat badan haruslah mengambil protein utk mendapatkan bentuk tubuh badan yg ideal. Dengan diet tanpa protein boleh menyumbang kepada yoyo diet, berat tetap akan turun, namun apabila kemudian mengambil makanan secara biasa, akan menaikkan berat badan dengan berganda.

Dari sudut pengambilan serat vitamin dan mineral, serat sangat membantu dalam proses penghadaman yg bagus. Penghadaman yg baik akan menjadikan usus lebih bersih. Apabila usus bersih mudah untuk menyerap nutrisi seperti protein, vitamin, dan mineral, untuk mendapatkan kesihatan yg optimum. Tanpa pengambilan serat, akan menyukarkan proses penghadaman sehingga menyukarkan tubuh badan untuk mendapatkan nutrisi yg secukupnya. Berat badan takkan dapat turun dengan mudah disebab usus yg kotor kerana tak dpt menyerap segala nutrisi yg diperlukan. Akhirnya membawa kepada pemakanan yg tidak seimbang.

Sungguhpun pemakanan yg seimbang memainkan peranan penting dalam menurunkan berat badan, tetapi biarlah ia disertai dengan pengambilan calorie yg tidak melebihi daripada calorie keperluan seharian. Jika ia terlebih, tetap menyumbang kepada penambahan berat badan. Maka dengan itu haruslah berwaspada dengan pengambilan calorie dan menyeimbangkan segala pengambilan makanan

Sumber : Kevin Zahri is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist, and the author of several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks".

Aku,

Saturday, April 20, 2013

Kesan Protein Berlebihan



Protein adalah salah satu menu dalam makanan seimbang selain karbohidrat, lemak, fiber dan lain-lain. Pengambilan protein dicerna sama seperti makanan lain. Penghadaman dilakukan dan protein akan dipecahkan mengikut kepada zarah yang lebih kecil yang dipanggil asid amino. Diet tinggi protein amat popular dikalangan individu yang ingin mengurangkan berat badan kerana ia mungkin dapat membantu rasa kenyang yang lebih lama dan membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Walaupun begitu, ia juga terdapat kesan yang tidak elok jika mengambilnya secara berlebihan. Tubuh manusia tidak boleh menyimpan protein yang berlebihan. Hal ini mungkin boleh menyumbang kepada beberapa perkara seperti berikut:-

Masalah buah pinggang

Pengambilan protein yang berlebihan boleh mengakibatkan masalah terhadap buah pinggang anda. Hal ini kerana apabila protein berubah menjadi asid amino, keton dilepaskan ke dalam sistem anda. Keton diproses oleh buah pinggang. Ia akan mengakibatkan peningkatan aktiviti di buah pinggang  yang sekaligus membuatkan buah pinggang anda ‘bekerja lebih’ dan boleh memberi kesan yang tidak elok kepada buah pinggang anda seperti terjadinya batu karang. Selain daripada itu, ia boleh mengakibatkan buah pinggang anda tidak berupaya untuk memproses asid urik dengan cepat yang akhirnya boleh mengakibatkan penyakit gout, sejenis artritis. Asid urik yang berkumpul di sendi, dengan itu menyebabkan kesakitan dan ketegangan.  Ia juga boleh menyebabkan dehidrasi dimana pengumpulan keton dalam darah yang dikenali sebagai ketosis akan membuat buah pinggang mengusir protein berlebihan bersama-sama dengan air, dan dengan itu membuat anda berasa lemah dan letih.

Peningkatan kolesterol

Seperti yang kita tahu,jenis makanan protein adalah seperti daging dan telur. Kebanyakannya adalah dari sumber haiwan yang sangat tinggi lemak yang boleh membawa risiko kepada peningkatan kolesterol dan jika lebih teruk boleh mengakibatkan penaykit jantung. Selain daripada itu, sumber lemak tepu tersebut juga berisiko untuk pertambahan berat badan.

Osteoporosis


Pengambilan protein berlebihan juga akan mengakibat jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan meningkat. Jika tulang anda kurang mendapat kalsium, ia akan membawa kepada osteoporosis di mana tulang cenderung untuk menjadi rapuh dan memutuskan mudah. Terdapat beberapa fakta yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti terjadinya kepada wanita yang mengambil protein berlebihan akan lebih cenderung untuk mempunyai pergelangan tangan patah, berbanding dengan wanita yang kurang makan protein.

Oleh itu, anda seharusnya mengimbangkan sumber makanan yang diambil didalam kalori harian anda kerana jika mengambil salah satu sumber dengan secara berlebihan boleh membawa kesan sampingan. Kesannya mungkin tidak terjadi sekaligus, ianya mungkin mengambil masa. Jadi, pengawalan pemakanan seimbang amat penting dalam menjaga kesihatan tubuh badan anda.

Untuk ketahui 10 makanan yang anda perlu elak dalam diet anda : KLIK SINI :)

Aku,

10 Makanan Yang Perlu Dielak Dalam Diet

Setiap orang mempunyai tubuh badan yang berbeza.Sesetengah orang mungkin sedang berusaha untuk menambahkan berat badan manakala sesetengah yang lain terpaksa menjaga setiap makanan yang disuap ke mulut mereka kerana ingin menurunkan berat badan. Jika anda ingin menjadi lebih sihat dengan diet harian anda, elakkan makan makanan yang diproses dan ambil lebih banyak makanan yang segar.Terdapat lebih kurang 10 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika anda menghadapai masalah untuk tidak mengambil makanan ini sekaligus, cuba usaha untuk tidak mengambil makanan ini satu persatu untuk mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan.

1.Soft Drinks / Minuman bergas
Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein ini.
Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.

2.Minuman Kedai Kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain.
Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri.

3. Produk kaya tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.

4.Roti, kek, dll
Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.
Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.

5.Makanan / Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

6.Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.

7.Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.

8.Makanan segera
Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.

9.Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.

Sumber : Kevinzahri.com

Aku,

Thursday, April 18, 2013

Pentingkah BMI untuk Berat Badan Ideal?

Pentingkah BMI Untuk Berat Badan Ideal?
Apakah BMI? Pentingkah ia dalam usaha saya untuk fitness training? Walaupun ia merupakan cara yang paling mudah untuk mengkategorikan seseorang (obese, normal, underweight), secara keseluruhan BMI adalah overrated kerana ia tidak mengambil kira banyak factor yang mempengaruhi result berkenaan.

Definasi BMI: 
Body Mass Index (BMI) adalah sukatan lemak badan berdasarkan tinggi dan berat seseorang (lelaki & perempuan). Formula BMI adalah seperti berikut:

BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m)  x Tinggi (m)]
Kategori BMI: 
► Underweight = <18.5
► Normal weight = 18.5-24.9
► Overweight = 25-29.9
► Obesity = BMI of 30 or greater
Pentingkah ia dalam usaha saya untuk fitness training?
Ya dan tidak. Ia bukan menjadi masalah untuk mengetahui nilai BMI untuk pengetahuan kita. Tapi adakah berpuas hati sekiranya BMI anda dalam kategori normal? Perasaan "puas hati" itu datang daripada kita sendiri. Kalau anda melihat pada cermin di rumah dan selesa dengan your own reflection, itu jauh lebih penting daripada nilai BMI yang hanya mengambil kira berat dan tinggi sesorang. Daripada itu, BMI tidak dapat:
Mengambil kira otot badan: People yang stocky ataupun mempunyai berat otot yang berlebihan …secara automatic akan mempunyai BMI yang tinggi. "Berat" dalam pengiraan BMI tidak membezakan lemak & otot. Contoh: ahli bina badan akan mempunyai nilai BMI yang tinggi walaupun mereka kelihatan UMPH!

Struktur Tulang: Sesetengah orang mempunyai rangka tulang yang besar dan padat. So of couse nilai BMI mereka lebih tinggi

Menilai fitness level: Patutkah anda lega sekiranya nilai BMI anda "normal". Hmmm…anda sendiri kena jawap soalan itu tetapi BMI tidak dapat menilai your fitness level dan tahap kesihatan anda.

Kesimpulannya? Tak salah kita mengetahui nilai BMI. Tetapi apa yang lebih penting is 1. how you feel about yourself dan 2. mengamalkan asas-asas pemakanan & senaman dan jadikan ia satu gaya hidup.

Sumber : http://health.mylaunchpad.com.my/

Aku,

Tuesday, August 14, 2012

Mencegah lebih baik berbanding merawat!!

SISTEM KARDIOVASKULAR

Tubuh badan kita mempunyai salur darah untuk mengedar darah beroksigen dan bernutrien ke seluruh badan. Selain itu, salur darah berfungsi untuk mengangkut bahan kumuh untuk disingkirkan daripda badan.Alat transpotasi utama manusia adalah darah. Peranan darah adalah membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Malah, darah juga berperanan dalam memindahkan bahan kumuh daripada tisu badan untuk disingkirkan seperti :

  • Karbon Dioksida ke paru-paru.
  • Urea ke ginjal.
  • Air ke kulit,ginjal dan paru-paru.
  • Membawa hormon dan enzim darikelenjar ke tempat lain.
  • Sel darah putih (leuksit) dan antibodi melawan serangan kuman.
  • Kawal suhu dan keseimbangan badan.
Sistem kardiovaskular memainkan peranan penting dalam mengawal setiap fungsi utama tubuh dan organ seperti di dalam gambar rajah di bawah :

JANTUNG

Jantung merupakan ENJIN utama manusia. Jantung adalah struktur berotot yang mengepam darah supaya darah terus mengalir dalam badan. Jantung manusia terletak di sebelah kiri rongga toraks.




Otot jantung sangat aktif menjalankan penguncupan setiap masa. Oleh itu ia perlukan bekalan oksigen yang mencukupi. Bekalan oksigen di dalam darah dibawa ke tisu jantung oleh arteri koronari.

Apabila peredaran darah ke jantung lemah, seseorang akan mengalami :

  • Pening Kepala.
  • Sesak Nafas.
  • Kelesuan.
  • Sakit dada.
  • Degupan Jantung tidak teratur.
  • Serangan Jantung.
SERANGAN JANTUNG

Apa yang dimaksudkan serangan jantung? Serangan jantung terjadi ketika aliran darah ke suatu bahagian otot jantung terhalang. Jika aliran darah tidakboleh dibaiki dengan cepat, bahagian dari jantung tersebutkan rosak kerana kekurangan oksigen dan boleh mengakibatkan kematian.

Serangan jantung jantung merupakan PEMBUNUH SENYAP UTAMA tidak kira wanita atau lelaki, tua atau muda..!!


Serangan jantung sering terjadi kerana sebuah keadaan yang biasa disebut 'Coronary Artery Disease (CAD)' . Pada keadaan CAD, sekumpulan lemak yang dipanggil 'plak' berkumpul selama bertahun-tahun pada bahagian dalam arteri koroner.Arteri koroner adalah bahagian yang menyalurkan darah dan oksigen ke jantung.Pada akhirnya, kawasan 'plak' tadi berkumpul dan menghalang aliran darah.



Punca terjadinya 'plak' di dalam saluran darah adalah kolestrol yang berlebihan. Pembentukan kolestrol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia.

Sewaktu terjadi serangan jantung, jika halangan pada arteri koroner tidak dirawat dengan segera, otot jantung akan mula mati dan digantikan dengan bekas luka. Kerosakan pada jantung ini tidak disedari tetapi akan menjadi masalah secara perlahan-lahan.

Tanda dan gejala yang biasa terjadi sebelum serangan jantung ialah seperti berikut :

  • Rasa sakit pada dada seperti ditekan, seperti diramas, sakit pada daerah tengah dada yang bisa terasa kuat atau ringan. Rasa sakit ini terjadi beberapa minit kemudian hilang dan kembali lagi.
  • Rasa nyeri di salah satu atau kedua belah tangan, punggung, leher, rahang atau perut.
  • Pernafasan terasa pendek yang berlangsung saat rasa sakit di dada atau setelahnya.
  • Tanda lainnya termasuk nausea(rasa sakit di perut), pening atau pengsan, sering berpeluh sejuk.
Faktor-faktor serangan penyakit jantung :
  • Lelaki yang telah masuk usia 45 tahun.
  • Wanita yang telah masuk usia 55 tahun atau mengalami menopuse dini.
  • Genetik atau keturunan keluarga.
  • Diabetes.Kebanyakan penderita diabetes meninggal bukan kerana meningkatnya level gula darah, tetapi kerana kondisi komplikasi jantung mereka.
  • Merokok.
  • Hipertensi (Tekanan darah tinggi).
  • Obesiti (Kegemukan).
  • Gaya hidup buruk.
  • Stress. Banyak kajian yang sudah menunjukkan bahawa , bila menghadapi situasi tegang, akan terjadi arithmias jantung yang membahayakan jiwa.
Sila klik pada gambar untuk tumbesaran atau boleh baca di --> sila klik : Utusan Online
Sila klik pada gambar untuk tumbesaran atau boleh baca di --> sila klik :  Pesona
OTAK

Apabila 'plak' atau kolestrol yang melekat pada dinding salur darah yang membawa darah ke otak semakin banyak dan menyebabkan aliran darah menjadi sempit, ia akan mengakibatkan peredaran darah ke otak menjadi lemah.

Keadaan yang berlaku apabila peredaran darah ke otak lemah ialah :

  • Daya ingatan yang lemah.
  • Pening Kepala.
  • Sakit Kepala.
  • Hinlang koordinasi/Hilang keseimbangan.
  • Demensia/Pikun.
  • Strok.
STROK


STROK ISKEMIA




Strok Iskemia terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok Iskemia terjadi akibat dari timbunan kolestrol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

Trombosis Serebrum - Darah beku terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak, menghentikan bekalan darah.
Embolisme Serebrum - Gumpalan darah terbentuk di saluran darah dari bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher atau pun jantung dan dibawa oleh aliran darah ke otak.
Strok Lakunar - Sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak.

STROK BERDARAH

Strok berdarah terjadi apabila saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.


Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.

Pendarahan Intraserebrum - Apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri.
Pendarahan Subaraknoid - Apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala yang dikenali sebagai ruang Subaraknoid.

Aku,

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (14) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (16) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)