Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

Pelaburan Rumput Dan Padi Menuju Kekayaan Abadi

Assalammualaikum Readers and Bloggers,

Dalam zaman yang menekan kita kini, kita sering SENTIASA sibuk dengan urusan dalam mengasah bakat, potensi dan apa sahaja yang berkaitan dalam bidang yang kita sedang ceburi atau yang sedang kita akan ceburi.





Banyak sangat perkara yang perlu dikejar dan banyak sangat pengorbanan demi pengorbanan yang perlu kita lakukan lantaran masa tidak akan pernah menunggu kita.

Kita sibuk dengan dunia kita untuk menjadi kaya. Kita sibuk dengan dunia kita untuk menjadi hebat. Kita sibuk dengan bidang masing-masing. Doktor sibuk dengan hal-hal pesakit, ubat-ubatan dan apa sahaja mengenai penyakit. Ahli saintis sibuk menguji itu dan ini. Programmer sibuk dengan sistem komputer dan sebagainya.



YES! Kita sememangnya banyak potensi diri. Kita sememangnya mempunyai bakat tersendiri dalam apa sahaja bidang yang kita suka dan memang sudah takdir untuk kita.

Kita menalaah banyak buku-buku dalam bidang kita. Kita menghabiskan masa untuk menjadi seorang Jutawan, untuk menjadi seorang doktor, untuk menjadi seorang usahawan, untuk menjadi ahli kerajaan, dan apa sahaja cita-cita.

Tapi,

Pernahkah kita untuk belajar untuk menjadi seorang isteri yang baik? Suami yang baik? Ayah yang baik ? Hamba Allah yang beriman atau anak yang bertanggungjawab ?

Berapa buah buku kah yang kita ada dalam bidang ini ?

Berapa kalikah kita membaca hal seperti ini dalam seharian kita ?

Pernahkah syarikat anda mengajar hal-hal keluarga dan kasih sayang untuk anda ?

Pencapaian ini tidak ada anugerah di dunia. Mungkin ramai yang lupa lantaran mengejar dunia yang penuh tipu daya.

Semoga kita mampu mengimbangi masa kita. AMIN.




Artikel Berkaitan : Keseimbangan ILMU DUNIA DAN AKHIRAT.


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Thursday, October 24, 2013

Pemberi Sedekah VS Peminta Sedekah | Tipu atau Benar

Assalammualaikum Readers,

Sepanjang saya berada di mana-mana di area tanah air kita, Malaysia. Tidak kiralah di Labuan, Sabah, Kuala Lumpur dan di mana-mana. Kita sering kali akan didatangi oleh seseorang atau beberapa orang peminta derma atau sedekah atau meminta sumbangan dan sebagainya.

Kadang-kadang, bukan sahaja warga Malaysia yang datang, tetapi warga asing.

Jika kita tidak didatangi oleh mana-mana peminta sedekah atau derma atau sumbangan ini, pasti akan ada kita terlihat di mana-mana kaki lima atau tempat khalayak ramai yang duduk bersila dan memegang bekas untuk dimasukkan duit syiling atau berapa sahaja nilai wang yang sudi menderma atau memberi.

Pelbagai jenis yang pernah kita nampak bukan ? Kanak-kanak yang lusuh pakaiannya, seorang ibu yang mengendong seorang bayi, pakcik makcik kakak adik abang yang kurang upaya, orang yang tidak dianugerahkan penglihatan seperti kita dan macam-macam jenis manusia lagi.

Pasti semua orang berfikir-fikir bila datang seorang pakcik, "Assalammualaikum..." lalu tangannya menghulur sesuatu untuk kita. Lalu dia berkata lagi, "Berapa-berapa sahaja yang anak sudi..." . Apakah yang kita fikirkan ?

Pertama :

Pakcik ni tak mampu bekerja ke? Tengok macam sihat je. Apasal pula minta sedekah sana sini?

Kedua :

Betul ke tipu ni?

Ketiga :

Patut ke aku bersedekah dengan pakcik ni atau tidak?

...dan mungkin pelbagai lagi pemikiran yang muncul dalam benak kita.

Ada juga kanak-kanak yang mengaku bisu dan pekak. Sedang kusyuk melayan makan minum di sebuah restoren tiba-tiba seorang budak memberikan kad bertulis : "Kami daripada pusat kanak-kanak bisu dan pekak meminta sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan bagi mendapatkan sebuah penempatan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti kami.."

Pada kad tersebut, kadang-kadang tertulis nama organisasi, terdapat tanda tangan dan sebagainya untuk menarik orang percaya kepada mereka.

YANG PASTI, KITA SEMUA TERTANYA-TANYA SEPERTI INI : NAK BAGI, TAKUT KENA TIPU, TAK BAGI KASIHAN PULA.

Betul bukan ?

Soalan yang sama daripada beberapa orang yang berlainan pernah diajukan kepada kita, "Boleh percaya ke tu?"

Kita mungkin tidak hebat dalam menjawab persoalan sedemikian. Bagi kita, yang tahu hanyalah Tuhan sama ada mereka tipu atau tidak. Mereka tidak mampu atau tidak, hanya mereka dan Tuhan sahaja yang tahu kerana kita tidak mengenali mereka.. Jawapan kita sering akan berbunyi : "Tipu dosa, derma pahala.."

Jadi, apakah hukumnya jika memberi kepada si penipu? Apakah hukumnya bersedekah dalam keadaan kita tidak tahu mereka tipu atau tidak?

Bagi saya, saya tidak tahu mereka tipu atau tidak. Jika saya tahu mereka menipu, TERBUKTI MENIPU, saya rasa wajar untuk kita tidak memberi kerana kita menyokong mereka untuk terus menipu. Tetapi, persoalannya, bagaimana jika kita was-was dan tidak pasti??

Alhamdulillah, hari ini saya tergerak hati untuk mencari jawapan. Menurut Ustaz Azhar Idrus mengenai persoalan ini adalah :




"sekiranya kita tidak yakin sama ada peminta derma atau sedekah itu benar atau penipu, maka harus kita beri kepadanya. Sekiranya dia sebenarnya memang berhajat, maka kita dapat pahala sedekah dan sekiranya memang dia seorang penipu, maka kita dapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala kena tipu."

Syukur kepada hadrat Ilahi kerana :

  1. Kita masih berakal waras kerana kita tidak mahu menjadi penipu.
  2. Kita masih bertenaga dan mampu untuk berusaha mencari rezeki.
  3. Allah masih memberikan kita rezeki yang banyak hingga kita mampu memberi untuk mereka yang tidak berkemampuan.
  4. Allah membuka hati kita untuk bersedekah/menderma/memberi dalam keadaan kita juga bukan sekaya mana.
  5. Kita masih tidak berlagak sombong atau angkuh dengan apa yang kita ada.

"Selamat beramal sahabat sekalian. Mudah-mudahan amalan kita ikhlas dan diterima oleh-Nya.Amin.."


Sebesar-besar DOSA akan "Terhapus" dengan TAUBAT.
Sehebat-hebat amalan dan KEBAIKAN akan "Terhapus" dengan RIAK.



Entry Berkaitan : Hukum sedekah kepada orang kaya / penipu / pelacur.



P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Thursday, May 2, 2013

Untungnya Kamu Sebagai Wanita


1.) Dia bekerja dengan Allah..Jadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..


3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,
sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA~

P/S : betapa beruntungnya kamu wahai Hawa sekalian..apa lagi yang kamu mahu selain daripada kurniaan yang x terhingga ini~


Aku,
30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (13) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Maze Runner (1) Melancong (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (15) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)