Ketahui Personaliti,Kerjaya,Sikap, dan Kecenderungan Kita Melalui Kiraan Metafizik Tarilh Lahir

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Readers, Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je k...

Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Friday, December 25, 2015

#Sofinazz and #BFF at #FikAyuWedding

Assalammualaikum Bloggers and Readers,

5 days ago, saya dan suami ke Majlis wedding Rohayu Osman. Dia teman sebaya saya, ex classmate or ex schoolmate. Saya dan Ayu satu kelas semasa tingkatan 4 dan 5 di SMK Mutiara. Tak sangka pula, Tingkatan 6 di SMK Lajau, berjodoh lagi dengan dia.

19 Disember 2015, sah lah sudah Ayu sebagai isteri. Bidadari milik Syafik di dunia.
20 Disember 2015 adalah Majlis bersanding dua mempelai, Ayu dan Fik di WP.Labuan.

Tidak disangka-sangka, majlis Ayu ni ada rezeki bertemu dengan sahabat-sahabat yang lain. Kawan-kawan 6 tahun yang lalu di SMK Lajau. Meriah sekali!

Alhamdulillah, masing-masing ada 'pattern' masing-masing.Setiap dari mereka ada life yang unik dan tersendiri.

Untuk Ayu dan suami, semoga bahagia selalu. Semoga hubungan hingga ke syurga. Dah official kita satu CLUB. hahaha!

Member-member yang lain pula, semoga impian menjadi kenyataan, semoga perjuangan dan cita-cita diraih dengan cemerlang seperti yang diinginkan.

Semalam, akhirnya siap video yang bertajuk "Wonderfull Memories". Inilah saya dari dulu hingga sekarang, gambar bukan sekadar gambar, disimpan bukan sekadar sebagai koleksi. Memory itu adalah harta. Best moment hanya boleh dilihat semula dengan merekodnya.

Jemput lihat video kami di bawah. Video masih tak mantap..nak pakai software gempak mahal plak. kikikiki :p

Enjoy!



Terima kasih sudi baca.
Jumpa lagi next entry.











Sunday, September 21, 2014

Roslinda E-Day on 02 Ogos 2014

Assalamualaikum Readers, dan rakan bloggers semua...

Alhamdulillah hari ni berkesempatan untuk bercerita tentang Linda lagi...sebelum ni, saya pernah juga bercerita tentang Roslinda. Kawan lama saya di SMK Mutiara. Sahabat paling karib semasa tingkatan 4 dan 5.

Syukur Alhamdulillah... sebelum hari raya lepas, saya ada berhubung dengan Linda. Linda kata, dia akan bertunang. Maka, berlangsung sudah majlis pertunangan dia pada 02 Ogos 2014 yang lalu. hehe. Sebulan dah berlalu baru nak update berita baik ni kat sini. Maaf la Linda... busy sikit.. hehehehe.. dan saya tahu Linda pun tahu saya sedang sibuk buat apa kat sini.. ngehe!!


Macam mana? Comel dan berseri-seri kan dia? hehehe.. mesti happy sangat-sangat tu... Congratulations Linda! Semoga cepat-cepat naik pelamin.. In Shaa Allah kalau ada rezeki saya terbang ke sana di Majlis Perkahwinan kamu berdua nanti :)

Entry lain tentang Roslinda : KLIK SINI.


With Love,





Thursday, September 12, 2013

Hanya Tuhan Yang Tahu

Assalammualaikum Readers,

Berapa hari saya tak update blog ni ? Tolong saya kira, boleh ? Haha. Dah lah.. sakit "pernafasan" saya hari ni. Rasa macam nak tumbuk orang pun ada juga. Nasib baik ada si Fian Kee dan si El Kee kat rumah ni teman kan saya. Kalau tak....eh sekejap....Disebabkan ini lah sebenarnya peluang, maka, apa lagi tunggu ? Jom pakai speaker kingkong ayah saya kat ruang tamu tu. HAHA. Lagu TUNA by Sherina Munaf. MiahahHA. Sebenarnya tak cukup umph! pun lagu tu kalau ikut kepala "not responding" saya sekarang ni. Dah full usage untuk hari ni yang gila kebabas punya server gila yang memang gila dan gila DAN GILA! Pas ni nak pasang lagu LADY GAGA. Amekaw!

Sebenarnya, saya singgah kat blog personal saya sekarang ni sebab tak dapat nak singgah sangat ke blog yang satu tu.

Buat kepala hotak aku berkarat jeeerrr. Jual kat tempat BESI BURUK, dapat juga duit poket !

Hah! Hampir terlupa. Nak cerita benda lain dulu. Nanti sambung membebel :p

Pertama, saya nak cakap bahawa, anak saya dah pun bertambah seorang lagi ! Tengok, chomel kan ?


Comel kan anak saya ? hehe. Alaa.. anak saya la tuh sebab anak kakak saya, so ni anak buah saya. "Anak" juga la.

Saya dah tak senang duduk kat rumah ni. Menunggu si kecik ni pulang rumah. Semalam patut dah balik. Tup tup sampai esok tak boleh balik rumah. huhu~ Sebab si kecik dah bersin-bersin. Jadi doktor tak bagi pulang dulu.

Nama dia Muhammad Fizie. Saya panggil "iiJiee" . Nanti mesti hensem punya bila dah besar ni. Hehe. Girlfriend dia dah ada dah kat rumah sebelah. Nama dia Mia. WeKekeke.. :p Oh yerr.. Ada lagi satu GF dia ni, nama dia Wawa.. Tapi jauh nun kat kampung sebelah. So, Wawa jangan jeles kat Mia. Haha.

Nak tengok Mia ? Chumil macam umi dia.

Eh.. Tiba2 ada gambar saya pula :p

chomel an ?? arr dah cakap dah tadi tak percaya..



Dah tengok Mia, sekarang nak tengok Wawa pula. Hehe..


Bby zaman sekarang terer kan posing ? Pantang nampak Kamera. Hehe.

Meriah hidup saya dengan baby-baby tahun ni.. YehahHHHA.. !!

So, saya meneruskan penantian anak buah saya, iiJiee pulang ke rumah. Hehe.

Hari ni, saya bangun seawal jam 7 pagi.. Alaa.. tau la saya bangun lambat. You all jam 5 pagi pun dah terpacak rambut kan ? Hihuhu..

Sebenarnya semangat 8Share tetap di hati,
Tapi semangat blogging hilang hentah kemana,
Sambil-sambil layan 8Share hari-hari,
Apa salahnya blogging berjela-jela.

Haihh..? haha..hahahhaha..

Banyak ketawa saya hari ni, ketawa sorang-sorang depan lappy pujaan hati intan payung nyamuk hinggap pun tak boleh ni, Bukan sebab lapar. Eh.! Lapar la juga. Dari jam 7 tadi tak makan-makan layan layan si terkecoh lepas tu tergolek lagi tu saya sanggup diet hari ni. Tak pa, bukan rezeki saya buat banyak-banyak hari ni. Malam ni, amekaw, esok lusa tubin. hah!

Ayam pun tak goreng lagi ni. Dari ayah ngan mami pergi kerja hampir nak pulang sekarang ni, ini saja kau bagi saya jomhosting ??

Nasib baik 8Share saya ada teman siang malam bagi dua puluh sen (Hampeh merepek 20 sen je , tapi kau ada ke nak bagi walau sepOsen ??) haha. Annoying saya baca entry sendiri mak.

Naseb baik juga la Sahabat dunia akhirat hantar gambar sweet hari ni. Nak tengok ?

Nah tengok,



Sahabat kata,
Daripada zaman sekolah --> belajar --> kerja --> tunang --> berkahwin --> ada anak

# semoga ukhwah yg terjalin akan terus berkekalan sehingga ke hujungnya...sahabat dunia akhirat
— with Sofinah Lamudin.

In Shaa Allah SAHABAT SELAMANYA. Sekarang sahabat saya ni dah kat Penang. Belajar. Saya harap dia akan berjaya dan mencapai cita-cita dan impian yang dia impikan selama ni. Impian kami satu, yang tak satunya, dia kat sana saya kat sini. Tak ada rezeki. Rezeki saya lain.

Lepas ni elok lah saya makan sebelum rasa macam nak makan orang pula! Apapun, akhir kata, hanya Tuhan yang tahu dan faham. Kita tak cakap pun, DIA akan tetap tahu. Dia yang menghadirkan perasaan kasih, sayang dan cinta antara manusia.

oh~ Dunia.. tak habis-habis nak menyusahkan. Dah nama "Dunia" bukan "Syurga" . Dah nama pun kehidupan manusia. Mana kah lagi jika bukan Dunia untuk Manusia ? Dunia atau Akhirat, amalan manusia yang tentukan.

Wassalam.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Sunday, August 11, 2013

Cerita Hari Raya | Kawan vs Pasangan

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hari ni hari raya yang ke-empat.. Semakin meningkat umur kita, semakin upgrade hidup kita, semakin berubah gaya dan cara kita mengikut kesesuaian masa dan situasi :)

Semasa saya budak-budak dulu, hari raya adalah hari yang paling saya nantikan. Kalau dah habis raya, rasa tak sabar nak raya lagi untuk tahun depan. Kenapa ? Duit Raya. Jalan-jalan dengan kawan-kawan (sama-sama budak) , masuk rumah orang, dalam kepala hanya satu, duit raya. HAHA. Waktu malam, lepak-lepak dengan anak-anak jiran, sepupu sepapat main bunga api. Main api pelita. Lari-lari.. kejar-kejar..pagi-pagi dikejutkan, dimandikan, dipakaikan pakaian baru dan cantik! wangi gitu..Raya ke sana ke mari dengan family.

Semasa saya meningkat remaja, hari raya sudah berubah menjadi pandangan remaja. dapat sampul duit raya, jadi tersipu-sipu malu (aih.. aku malu la... dah besar panjang...) , kalau family bagi duit raya tu tak apa kut. Bunga api ? dah tinggal dah. Kenapa ? sebab dah tahu fikir, bunga api lepas bakar lepas tu buang..dah tahu dah, maksudnya, kita bazir duit untuk bakar bunga api tu je.. especially yang meletup-letup.. rasa macam nothing laa. Life mula berubah, nak raya dengan kawan-kawan jauh dari rumah dan jiran. Naik kereta ramai-ramai, raya sakan sana sini..dari pagi sampai la malam macam tak habis lagi raya. Lebih-lebih masa cuti sekolah, masa banyak! tak ada apa halangan untuk pergi jenjalan raya. Kenderaan? kawan yang ada kenderaan, dia la drive masa tu. Pergi rumah cikgu-cikgu, kawan-kawan sebaya..kadang-kadang semasa beraya macam tu jumpa pula kawan baru. Seronok! Lepas tu berkenalan pula dengan keluarga kawan-kawan.

Semasa saya sudah bekerja, raya semakin susah nak macam dulu. Dah berubah..tahun demi tahun.. Kena minta cuti raya kat majikan. Ada masa tak beraya pun dengan family. Raya kat tempat kerja walaupun di hari raya pertama. Dah raya dengan keluarga pun payah, apa lagi nak raya dengan kawan? haha. Hidup membujang, kawan saja yang diingat..untuk lepak dan borak kosong masa tu.

TU DULU...

Sekarang, kawan-kawan dan sepupu sepapat saya dah ada life masing-masing. Mereka sangat gembira dan bahagia. Kita jangan lah kecil hati bila mereka macam lupakan kita. Actually, mereka tak lupa kita. Cuma, keadaan dah berubah. Saya sendiri dah bertunang sekarang. Kawan-kawan saya, sepupu saya yang sangat rapat dulu pun dah ada suami. Takkan saya nak ajak dia melepak pula? Saya gembira sangat mereka bahagia :) Kalau saya ajak pun, kalau boleh nak ajak suami dia juga, untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Tambah-tambah sekarang hari raya..Tapi maklumlah, masa itu selalu cemburu kat kita, kadang kita rancang hari ni, mereka tak ada masa hari ni, nak esok, tapi esok pula kita yang tak ada masa.

In Shaa Allah kalau ada rezeki kan berjumpa juga macam dulu-dulu cuma dah ada ahli lain (suaminya,isterinya, tunangnya, bakalnya, calonnya) itu perkara biasa. Normal! Jangan tutup dan sempitkan hidup kita dengan tidak mahu bergaul atas tujuan hubungan baik sesama manusia.

Saya rapat dengan Sulwani. Kami keluar sama-sama tapi dengan pasangan masing-masing. Kan elok macam tu. Tak akan ada timbul apa-apa fitnah dan konflik. Lebih seronok!!


Kawan saya, Sulwani dan suaminya...

Kawan saya bersama suaminya dan Encik Tunang saya..


yang lepas tu lepas. Kenangan manis tetap dikenang..tapi bukan untuk diingat-ingat. Sudah lumrah manusia, Allah ciptakan, berpasang-pasangan. Kalau dulu, kita rapat macam mana pun dengan kawan kita, suatu hari kita akan ada pasangan hidup yang perlu dijaga hatinya, kita ada tanggungjawab lain, komitmen lain, diri kita sudah bukan milik kita sendiri lagi untuk pergi kemana sahaja kita mahu semahunya, sesuka hati seperti zaman-zaman bujang.. Masa kita bujang/solo/single , YES, suka hati kita nak ke mana. Dengan siapa dan buat apa pun. Tak ada apa-apa yang kita nak fikirkan masa tu. Freedom kan.. hehe. Kalau dah ada pasangan, bukan sahaja pasangan nak jaga, keluarga pasangan pun kena jaga. Bak kata best friend saya, "Kalau kita kahwin, bukan setakat kahwin saja, dengan keluarga pasangan tu pun kena kahwin juga" - Faham kan maksud dia? Kawan-kawan? Siapa kata, kita akan putus kawan bila kita dah ada pasangan? Tuhan tak bagi pun kita pilihan "pilih antara pasangan dan kawan, kalau pilih pasangan, putus kawan" ? Saya rasa, ada sesuatu yang perlu dibaiki. Asas ukhuwah tak akan putus. Walau ada siapapun dalam hidup kita. Apasal fikiran cetek bebenor? Kalau pilih kawan, jadi nak putuskan pasangan ke? lepas tu nak jadi apa? ANDARTU dan BUJANG TERLAJAK? sebab apa? sebab kawan. SETIA KAWAN bukan macam ni konsep nya. Ni dah salah!

SETIA KAWAN ADALAH MACAM NI :

Kawan baik saya, terima saya yang sudah ada tunang. Tunang saya, terima kawan baik saya, as kawan juga. Asas ukhuwah ada.. Silaturrahim makin erat sesama kita.. Saya dan best friend saya still kawan, Tunang saya still tunang. Tunang dan kawan saya berkawan juga tujuan hubungan sesama manusia dan berbatas..Kalau kes kawan suruh buat pilihan macam kat atas tu, dia bukan kawan baik! Kenapa? Dia nak jatuh kan kita namanya tu. Doakan yang terbaik untuk kawan-kawan kita. Bukan nak jadi lebih hebat dari kawan-kawan kita. Pangkat, harta, kereta, duit kalau banyak sekali pun, manusia tetap manusia. Semua manusia sama saja. Miskin kaya, tetap manusia kan?




Dan sekarang juga saya bukan kerja makan gaji lagi. Tak ada majikan yang halang saya untuk bercuti raya..Suka hati saya nak cuti bila saya nak :p

Jadi, raya saya sangat WONDERFUL , GREAT sangat tahun ni! dengan kehadiran Encik Tunang saya, beraidilfitri as Tunang orang. Tahun ni saya dapat bersama keluarga, Encik Tunang dan Alhamdulillah pergi melawat-lawat ke rumah sepupu-sepapat saya, saudara saya, keluarga Encik Tunang saya, kawan-kawan lama saya.. Terima kasih Encik Tunang dan keluarga dan my family for this great hari raya!


Photoshoot hari raya setakat ini.. Ini saja la upload.. lambat pula loading.. hoho..



Custom couple T-Shirt sempena Hari Raya Aidilfitri...

Siblings... Mujie & A'an...

Encik Tunang dengan bapa mertua.. hehe..

Anak buah saya...in purple...

Cik Sofie bersama mama mertua.. hee..

My beloved mummy and daddy...

Cik Sofie dan Mr.Nazz in blue... :)

Berhari raya di rumah si kembar...

Saya dan cuzzy : Suzie bersama anaknya, bby Wawa...

Open house di rumah kawan lama, Kak Rosezarina...

Me and my sis. Siblings!

Me.. hehe..

L.O.V.E

Mana satu yang kembar? hehe.. gambar kat rumah si kembar lagi...

Bergambar dengan adik Anil...Kat rumah uncle Lee..kawan lama..


See until next entry... :) Wassalam...


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Friday, August 2, 2013

Awak Bukan Kawan Saya Lagi | PENGKHIANAT

Assalammualaikum,

Tuhan tak suka kita bersangka buruk kan ? YES! Sebab tu saya kawan dengan dia.. Walaupun hati rasa tak selesa sangat.

But... NOW, I knew dia siapa di belakang saya... kawan yang sebenar adalah kawan yang sama dan tetap sama dan sama di depan dan di belakang kita.

Bukan hanya di depan baru kawan tapi di belakang lawan. Saya gembira yang teramat sangat sebab Tuhan tunjuk kat saya dia tu siapa kat belakang saya. Saya sangat berbahagia dan bersyukur kerana dia bukan kawan saya lagi. Sedikit kecewa juga tidak ada. Hanya terkilan bila, dia sudah tahu tapi dia tetap buat-buat tak tahu dengan hak orang lain.

SAYA MERASA GEMBIRA, LEGA DAN BAHAGIA KERANA TUHAN TAK NAK SAYA BERKAWAN LAGI DENGAN DIA DENGAN MENUNJUKAN SIAPA DIA DI BELAKANG SAYA. ALHAMDULILLAH!!! :) :)

Sekarang, bila orang kenakan dia, start la cerita tentang agama..start la nasihat kan orang dengan ayat-ayat agama.. masa dia buat kat orang lain dulu, dia lupa pula agama..cara berfikir ala-ala agama pun dia lupa.. nasihat-nasihat agama entah ke mana masa tu..

Sekarang,kata-kata dia tu memang betul.. Tak boleh nafikan. Tapi orangnya tu yang tak betul.. Cakap tak serupa bikin.. so , saya ambil kata-kata cukup lah. Orang yang sampai kan tu? Semoga sedar diri dan akui kesilapan sendiri.. Benang dah basah, tak payah susah-susah nak tegakkan..Jangan tahu cakap untuk orang lain, diri sendiri tolak tepi. Suruh orang muhasabah diri, sendiri pura-pura baik, hipokrit, muka plastik! Orang buat hal kat dia, sebab tu dia mula berfalsafah. Mula berdakwah. Masa dia buat hal kat orang tak ingat dakwah. Tak ingat falsafah.

Nak orang faham dia, nak ada kawan yang faham dia, tapi masa buat jahat kat kawan sendiri tak ingat pula nak faham perasaan kawan sendiri. Nak salahkan siapa? salahkan syaitan hasut? Nak salahkan nafsu yang di golak galikkan oleh syaitan? Silap tetap silap biar apa pun kata-kata terbaik dari mulut atau penulisan dia.. Nak orang berhenti dan menahan marah.. Tapi lupa nak tahan diri dari buat khianat kat belakang orang lain..

Memang manusia tak lari dari silap. Tapi jangan silap, kata-kata "manusia tak lari dari silap" bukan untuk melarikan diri dari silap.. bukan nak guna kata-kata tu untuk senang lenang buat silap.. Mula saat ni, saya tamatkan cerita ni.. Tapi, nama saya , Sofinah Lamudin tak akan mungkin lesap dari kepala dia.. Selamanya..

# I let you go...Just make sure, jangan ulang antara kau dan aku. Tak kira berbentuk apa pun. Jika berulang, ternyata kau sengaja. Bukan kesilapan.. buktikan kau hanya melakukan silap bukan sengaja mengkhianat kawan sendiri... and make sure, hargai kawan-kawan yang masih ada sekarang.. Jangan kerana nafsu, kawan sendiri pun di makan.. Otak kau patut lebih bagus dari aku..

# Tidak payah menutup belang dengan agama.. Dari beri nasihat kat aku, orang yang kau khianat ni, bagus kau pergi baiki diri dengan kawan-kawan kau yang masih ada. Ramai kawan tak guna juga kalau kau buat kawan kau macam tu. Jadi, jangan hairan bila orang tak nak faham kau. Orang bukan tak faham TAPI MALAS NAK FAHAM.

# Jika kau kata aku kejam sekarang, jangan lupa kau lebih kejam dibelakang aku. Sedang aku lakukan depan kau dengan nama aku "Sofinah Lamudin" . Aku bercakap, jujur! Aku tunjuk diri aku. Kau ? PENGKHIANAT!

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Wednesday, July 17, 2013

Blog Challenge - Day 26 : What you think about your friends

Assalammualaikum..Readers dan Bloggers sekalian..

Tajuk kali ni mantapss...HAHA...



Apa yang saya fikirkan tentang kawan-kawan ? Tidak semua kawan-kawan itu boleh dipercayai. Kita kena pilih dengan siapa kita berkawan. Kadang-kadang, perkataan "kawan" akan diguna pakai untuk tujuan lain. Tujuan yang mungkin akan menikam belakang tanpa kita sedari.. Dengan erti kata lain, TALAM DUA MUKA. Depan ? Yes dia kata kita kawan dia. Belakang ? Dia cakap lain pula. Ada kan type yang macam ni ? hah!

Bukan nak berburuk sangka kat orang tapi, kalau dah tahu dia macam mana, terbukti macam tu, tak layak jadi kawan, takkan kita nak terus kawan dengan dia, right ?

Apa-apa pun, saya tahu tidak semua orang macam ni. Just hati-hati agar tidak terkena lagi. Paling teruk rasanya bila kita tahu kawan sendiri yang kita percaya, yang kita anggap kawan tapi buat "tahi" kat belakang kita berbanding kita dapat tahu musuh kita buat hal kat belakang.


Tak payah nak tulis banyak-banyak pasal ni... Saya yakin orang kat luar sana tu lebih faham. Malah ada yang terkena lebih teruk kot. Sabor saja laaa kalau jumpa kawan "MUKA PLASTIK" . lols.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Sunday, June 23, 2013

Blog Challenge - Day 03 : A picture of you and your friends

Assalammualaikum Reader dan Bloggers,

Simplenya challenge hari ke 3 ni.. Gambar dengan kawan-kawan ek? Ni yang buat rindu nak ke sekolah balik ni.. hahaha. Just Kidding :p This tajuk boleh tahan best bagi saya. Jom imbas kembali :

Me and Lnda : My BestFriend. Both of us di panggil twin sebab selalu sama-sama kalau zaman sekolah dulu. Dah tu sama baju pula... biru.. Pengawas sekolah la kononnya :p

Gambar ni, semasa kami semua dah rasa bebas gila sebab dah habis SPM.. pergh!! Macam dunia kami yang punya.. miahaha! Padahal, kat depan banyak lagi perkara sedang menunggu nak menguji hidup. hehe..

Saya bersama Lnda dan Woon Nie kat Taman Botanikal Labuan. Jalan-Jalan after habis sekolah dah. Rasa bebas rasanya.. haha.

Kalau gambar kat atas we all kat Taman Botanikal, Yang ni kami kat Chimney Labuan. Kami round Labuan masa ni. Seronok juga!! Tengok-tengok tempat sendiri...

Ni waktu rehat. Time ni saya masih tingkatan lima. Kat koperasi sempat ambil gambar kenangan.

Ni kat Ujana Kewangan. Jalan-jalan dengan ex classmate tingkatan 4 dan 5..



Melepak kat Dataran Labuan lepas balik sekolah. Hahahaha! Time ni saya tingkatan enam. Pindah sekolah dah. Kawan-kawan baru...

Yang ni, Achap, EMran dan Farah Bandon... orang keempat, saya.. tukang ambil gambar. Time ni kami selalu lepak berempat...

Gitar? ahaha.. eksen jek! Tak pandai main pun..

Kami geng-geng tingkatan enam buat piknik kat Pohon Batu.. Lower 6 lagi time ni.. kuat main.. haiseyh!

Ni, we all kat Dewan Konvenyen Hall ada pertandingan Kuiz Pengguna tahun 2009.

Hah!! ni lah classmate saya semasa tingkatan enam kat SMK Lajau Labuan. Hahahaha.. semua putih dari atas sampai bawah.. aduyaiii!

AJK Majalah sekolah :D

Kami lepak-lepak kat Shopping Kompleks! hahahaha!

OKelah.... ni adegan yang tak tahu nak cakap apa. Dasyat!!! Waktu petang study group but...tengok apa dah jadi kalau dah stress :p

Kat Lapangan Terbang Labuan. We all lepak-lepak sampai tengah malam kat Mc Donalds.. saja jumpa balik.. masa ni dah habis dah sekolah.. masing-masing buat hal sendiri dah.. but this time kami berkesempatan berjumpa lagi :)

Semangat lukis kain rentang untuk pertandingan kelas tercantik untuk hari kemerdekaan :D

Macam kumpulan Nasyid la pula gambar ni kan? hahaha.. Time ni kami kat Kota Kinabalu ada program anti Dadah..

Semasa Hari Raya tahun 2009 :) - Sofie, Farah dan Ayu...kami kawan.. hehe..
Bersama-sama kakak Parkson. Masa ni saya sekolah tapi balik sekolah saya kerja.. :)
Dengan Mr.K... kawan ngan budak-budak :p

Kak Jelin. Dia tak berada kat Parkson pun we all tetap kawan.

Berkawan dengan budak-budak lagi.. haha!

again! kawan ngan budak-budak lagi.. :p

Bersama adik-adik Parkson. Rasa macam saya ketua je dalam gambar ni.. Miahahaha!

Gambar kenangan kat Putrajaya bersama Kak Idah dan kawan-kawan kecik saya "F BOYS" - Fawwaz, Farhan, Firas dan Faris :) Comel je nama.. hehe.

Geng Kaca Mata. Hehe.. persamaan kami adalah pakai spek.. dan kami kawan :)
Kawan baru saya pada tahun 2012. Wife and Husband yang secocok ni mel dan acin...

Tengok! Ada Kak Jelin lagi kat sini. hehehe...

Kat KL bersama-sama kawan-kawan Elken...

Kat POGH...bersama Kak Comel dan Kak Mong! 
Bersama kawan-kawan Diamoney...

Kat Time Square.. bersama kawan-kawan KL.

i-City....bersama-sama dengan kawan kenalan FB dan junior...
Blog Challenge? What Is This? Visit HERE.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Anda Mungkin Mahu Baca Ini

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Bazaar Ramadhan (1) Beats Pill (1) Begleri (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (16) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (37) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (82) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (124) Favourite Song (27) Fidget Spinner (1) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Hand Spinner (1) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (4) Header (1) Headset (1) Hobi (8) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kashaka (1) Kawan (17) Keluarga (15) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (4) Kreatif (16) Kundasang (1) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Permainan (1) Personaliti (7) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (19) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (11) Ramping dan langsing (1) Ranau (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (4) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (12) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Thumb Chucks (1) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)