Ketahui Personaliti,Kerjaya,Sikap, dan Kecenderungan Kita Melalui Kiraan Metafizik Tarilh Lahir

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Readers, Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je k...

Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Tuesday, July 4, 2017

Dua minggu dah hari raya berlalu..

Assalammualaikum Bloggers and Readers,

Nampaknya, dah dua minggu Hari Raya Aidilfitri berlangsung. So far, ada yang still on raya mood ke? Hehe... Majority pun dah kerja, right?

Saya and husband pun dah off raya mood. Haha.. Walaupun kami dua ni bekerja sendiri.

Alhamdulillah! Raya this year berjalan dengan lancar. Cuma tak kesampaian projek raya 1 van yang dah sekian lama ada dalam fikiran...
Raya 1 van? Hahaha... Rahsia! In Shaa Allah kalau Allah izinkan ada la rezeki projek ni berlangsung tahun depan. In Shaa Allah..

Raya tahun ni, baju raya simple sahaja. Saya suka sangat pakai kurti.. Pasal apa? Saya ni boleh tahan rock. Haha... Tak minat sangat pakai kain. Kalau pakai kurti, boleh gabung dengan jeans. CewahhH! Macam tu juga dengan husband.. Dia pakai kurta.. Aiseh! Kurta kurti gituu... Untuk my mom, saya sediakan blouse. And.. Dad pula baju melayu..

Warna tema kami suami isteri on first raya is Navy blue. Warna tema my mom and dad pula is dark grey..




First raya macam biasa la.. Ke kubur arwah abang saya, Supawi and Supawin, arwah nenek and atok sebelah ayah, atok sebelah my mom..dan keluarga serta saudara yang lebih awal dijemput ilahi.

Then, on first raya, WAJIB jumpa cousin saya yang sorang ni.. Suzie.  Kawan rapat since childhood!


Tahun ni, Alhamdullilah jumpa keluarga from brunei... Rezeki!
...and then, saya dan suami ke rumah mama (ibu mentua saya - mak En.husband). Maklum la.. Kami berdua ni sama-sama orang Labuan. Jadi, on raya memang senang gila la nak ke mana. Tak payah gilir-gilir.. Memang in first raya semua jumpa.

Mama masak rendang, kelupis, and...apa ye? Ada lagi tapi dah lupa. Hahaha... Kenyang punya pasal lupa apa di makan.. Kah kah kah ...
Second raya pula, kami suami isteri hot red! Hahaha! I love red! Terang benderang...My parents warna pink and merah...



Second raya kakak and anak buah saya menziarahi kediaman ayah and mami. Secara tak langsung berjumpa lah kami semua sebab saya dan suami pun stay kat rumah ayah.


Lepas tu second raya ni terus ke rumah mak ayah angkat saya masa kecil. Alaa.. Sebelah rumah je... Tak sampai pun 5 minit. Wakakaa...

Raya keempat, saya dan husband pink and merah pula. My parent is yellow..eh? Raya ketiga buat apa? Oh.. Duduk rumah je sambut tetamu dan saudara mara. Tak ada tema. Tema bebas belaka. Nak pakai baju kelawar pun boleh.. Wahaha..!
Raya keempat ni bawa my ayah and mami jumpa mama (my mak mentua). And sesi berkumpul dengan siblings en.husband..



Pastu raya sampai malam. Paling tak tahu malu, raya lagi kat rumah mak ayah angkat saya sebelah rumah. Hahaha...!!

Oh ya! Actually, on raya ketiga ada beraya kat rumah member waktu malam. Jumpa si kucing and si hamster kat rumah dia yang ramai tu..

Well, raya dengan rakan tak dapat saya laksanakan tahun ni. Huhu... Memang masa sangat limited dan kalau paksa pun susah juga. In Shaa Allah. Try harder tahun depan untuk jumpa kawan lama.

Thanks baca dan berkongsi cerita dengan saya..
Jumpa lagi di lain entry..

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Saturday, December 14, 2013

Lepak kat atas feri dah...

Seawal jam 4.30 pagi lagi dah prepare nak bertolak ke bandar... Time saya bangun pagi , fitri still tdur lagi..semalam, bukan main semangat lagi dia sampai kata taknak tdur takut tak terbangun...siap bagi warning kat saya "jangan malas bangun pagi esok" kekekeke....yer laa tuu.... :p by the way, first time guna HP until update blog ni...aduyyy.....punyer la slow macam siput.....kwkwkw....huhu....


Wednesday, December 4, 2013

Kes mandikan Black Beauty, Ontot, Merry dan Garfield

Assalammualaikum rakan blogger,

Selamat pagi hari Rabu!! Dah sarapan ke?
...Nampaknya, saya sedang lepak kat rumah sorang-sorang pagi ni. Parents, kakak, anak buah semua pergi jalan.

Tapi eloklah tu, hehe... saya punya kerja kemas bilik, barang dari setor dan bekas BBQ semalam belum buat lagi. Tapi yang pasti, nak blogging dan blogwalking dulu. Huwahuwa...

"Black Beauty" ? Amboii... nama canggih benar kan... hiihii... Tu nama group anak kucing hitam. Anak-anak kucing kat rumah saya sekarang ni semuanya hitam, ada juga yang hitam putih. So, disebabkan banyak warna hitam, saya panggil saja la Black Beauty. Kalah nama pelakon Hollywood! ngeh~ Anak-anak kucing ni, mak ayah dia pun memang hitam. Anak kepada kucing kakak saya yang kami panggil dengan nama "ngingg" dan "mingg" .







"Ontot" tu nama kucing angkat kami. Lama dah dia join family kami. Dah jadi bukan angkat dah. Actually, dulu kami panggil dia "Kontot" tapi lama-lama hilang pula "K" kat depan nama tu. Haa haa... saya pun dah tak jadik panggil dia dengan nama "Manja". Dulu, kiranya nak bagi nama tu kat Ontot ni. Bersama keluarga saya dari dia kecil lagi...sekarang dah gemuk dan besar. Saya dan keluarga panggil guna nama tu sebab ekor dia kontot. Saya pernah post story tentang Ontot ni pada 25 May 2011 : KLIK SINI untuk baca entry tu. hee..




"Merry" my kucing masa kecik... dah lama dah tak ada.... saja letak nama dia juga....hii hii hii.... :) Merry hilang semasa saya umur 6 tahun kalau tak silap. Masa tu, Merry muncul masa Christmas, ayah angkat saya yang bagi. Jadi, saya panggil la "Merry" sebab ni - 'Merry Christmas' . Haha.... Tak apa lah, dah hilang nak buat macam mana, saya tunggu kat tangga setiap petang pun tak muncul-muncul juga.

"Garfield" pun nama kucing saya. Official kucing saya yang kedua selepas Merry. Kucing-kucing lain tu share dengan family. Tak sama lah.. haha... (Kucing pun tak nak share) lol. Tapi Garfield dah tak ada. Pun hilang juga -_- isk isk..sobs.. Entry tentang garfield pada bulan puasa tahun 2013 : KLIK SINI untuk baca.






Actually, entry ni just nak cerita cara nak mandikan kucing. Huesshhh... susah kan nak mandikan kucing ? Menjerit, melolong dia. heehee... tak suka mandi kot? Antara semua kucing yg saya cerita tadi, Garfield je steady bila dimandikan. Ontot? Amboii.. menjerit "toolllooonngggggg tolong...grrr tolonggg..." hahahaha...

Oke teruskan membaca cara mandikan kucing:-

1.Bersihkan telinga kucing dengan cootonbuds dan baby oil, lakukan perlahan & jangan terlalu dalam agar tidak mengenai gendang telinga kucing.

2.Potong kuku kucing, jangan terlalu pendek & cukup pada bahagian bening kuku. Hal ini dilakukan juga untuk menjaga keselamatan kita dari cakaran kucing apabila kucing berontak pada saat dimandikan. (sakit tau kena cakaran dia....)

3.Periksa bahagian-bahagian yang sakit di seluruh tubuh. Jamur biasanya menyerang bahagian dagu, ketiak, lipatan paha, telapak kaki, ekor dan pangkal ekor. Tungau Scabies paling sering menyerang bahagian telinga luar dan ujung-ujung telingan bagian dalam. Kutu pinjal  sering menyerang bagian atas kepala, dagu, ketiak dan lipatan paha. Ingat-ingatlah bahagian yang sakit tersebut, karena harus terkena shampoo dan disikat pada saat dimandikan.

4.Tutup teling kucing dengan kapas kecil agar tidak kemasukan air saat dimandikan.

5.Mandikan kucing dengan air hangat yang sudah disiapkan. Lakukan dengan perlahan agar kucing tidak terkejut. Siram bahagian tengkuk sampai bahagian ekor. Pastikan air membasahi seluruh bulu sampai ke kulit. Pengubatan tidak akan efektif bila air dan shampoo tidak mencapai kulit kucing.

6.Ratakan shampoo ke seluruh tubuh sambil dipijat/disisir/disikat menggunakan jari. Hati-hati pada saat memberikan shampoo pada daerah sekitar mata dan hidung (wajah). Usahakan shampoo tidak masuk ke mata. Untuk membersihkan kaki kucing, gunakan sikat lembut & lakukan dengan perlahan.

7.Setelah merata, sikat  dan bersihkan bahagian-bahagian yang sakit dengan sikat gigi. Hati-hati bila menyikat bagian yang luka. Pastikan shampoo berada di tubuh selama 5-7 minit agar kutu, jamur dan bakteria penyebab penyakit mati terkena shampoo ubat tersebut.

8.Bilas seluruh tubuh kucing dengan air hangat hingga bersih.

9.Keringkan kucing dengan handuk, kemudian keringkan kucing dengan blower/hair dryer sambil disisir/disikat.Penyisiran bertujuan menghilangkan rambut yang rontok/gugur dan mempercepat pengeringan rambut. Pastikan bulu dan seluruh tubuh kucing kering sampai ke kulit, terutama di bbahagian bulu tebal dan yang agak sulit seperti daerah perut, kaki belakang, daerah diantara kaki belakang, pangkal ekor dan telapak kaki. (Pengeringan yang tidak sempurna akan menciptakan lingkungan dan kelembaban yang senang bagi tumbuhnya jamur.)

10.Setelah bulu kering dengan merata, taburi bulu dengan bedak bayi/bedak khusus kucing hingga merata sambil disisir berulang-ulang.

11.Terakhir, semburkan perfume khusus kucing secukupnya (bila diperlukan).


Macam mana ? Syok kan mandikan kucing? hee hee.. kucing kita pun bersih, wangi, tak ada masalah gatal-gatal.. malah boleh dibawa tidur di atas katil bersama-sama... ngeh3x...

Macam mana pun, Jika kucing korang takutkan bunyi hair dryer, biarkan kucing memilih tempat yang dia suka untuk keringkan badan dia.

Nota untuk pencinta kucing:-

Saat kita akan memandikan kucing, kita harus memastikan bahawa kucing kita dalam keadaan yg fit atau benar-benar sehat. Apabila kita memandikan kucing yang sedang dalam keadaan kurang sehat, akan  memungkinkan menambahkan penyakit yang sedang dideritanya. Jadi batalkan plan korang untuk mandikan kucing korang okeyh! dan gantikan dengan melakukan mandi kering pada kucing apabila kondisinya kurang memungkinkan untuk dimandikan.

Mandi kering dapat dilakukan dengan membersihkan bulu kucing dengan washlap yg di basahi air hangat, keringkan, dan bubuhi bulu kucing dengan bedak khusus kucing/bedak bayi.
 Jika kucing kita termasuk kucing yang hiperaktif, hati-hati saat memandikannya. Mungkin boleh mulakan dengan perlahan agar kucing tidak memberontak, atau mandikan dengan bantuan kandang agar kita senang dengan bantuan macam tu saat memandikan kucing.

Jangan memandikan kucing di atas jam 4 petang dan jangan dikala cuaca yg sedang hujan, sebab nanti dapat mengakibatkan kucing sakit.


Apa-apapun, sebelum tinggalkan blog saya ni, jangan lupa tengok dan baca kat bawah ni yah! Assalam.


With Love,

P.S : Terima kasih sebab sudi baca entry ni. Jangan lupa tinggalkan URL blog korang untuk saya blogwalking ke blog korang semula oke :) tQ~


---------------------------------------------------------------------------------------




Jom join ramai-ramai "Contest SEO Eridy" ni sebab hadiah pemenang sangat lumayan tau!

Contest SEO Eridy ini sudah pun berlangsung sekarang untuk pendaftaran dan pendaftaran akan ditutup pada 11-12-13 (Cantik pula tarikh tutup ni... haha).




Kemudian,

Contest SEO Eridy ini akan bermula pada 12-12-13 hingga 30-12-13.

Hadiah untuk contest ini ialah wang tunai berjumlah RM500.00

Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Semoga berjaya kepada sesiapa yang dah mendaftar untuk menyertai Contest SEO Eridy ni yer!! :)


---------------------------------------------------------------------------------------




Saya nak kongsikan berita baik kepada rakan blogger saya yang suka layan Facebook dan Twitter...Korang tahu tak kita boleh dapat duit poket sambil layan FB dan tweet-tweet? Tak tahu? Kalau macam tu kena lihat video kat bawah ni :-


video


Seronok kan? ....nak maklumat lebih lanjut, klik .


---------------------------------------------------------------------------------------




Dapatkan Ebook PERCUMA Jana pendapatan sampingan korang kat bawah ni. Khas untuk rakan blogger yang singgah ke blog saya. Terima kasih banyak... :)




---------------------------------------------------------------------------------------




Jom Tempah LOGO MURAH dan dapat 4 EBOOK PERCUMA ! Beberapa logo yang sudah siap :






Tuesday, December 3, 2013

Telatah Anak Buah Yang Semakin Membesar

Assalammualaikum rakan bloggers, :)

Hari ni saya  agak penat dan mengantuk. HEHE.... semalam semangat sangat online, blogging, blogwalking, layan channel youtube, layan blog LabuanBlogger, buat page untuk Forex, fikirkan shaklee dan bagai-bagai lagi lah... sekali layan punya layan, boleh-boleh pula jam 6 pagi baru pergi tidur...

...jadi hari ni nak rehat pula... tapi sebelum berehat, saya nak post satu cerita tentang seorang makcik dan anak buah. ngeh ngeh....

walau bagaimanapun, sebelum saya cerita tentang anak buah tu kan, saya nak santai kejap layan cerita hari ni... dalam jam 11 macam tu, Encik Tunang tiba-tiba ada idea nak BBQ hari ni. Kalau selalu BBQ ayam, sosej, jagung... bla bla, tapi hari ni resepi lain! Kami BBQ Daging Kambing... pergh... sepantas kilat saya pergi dapur perap daging kambing tu... tapi silap nya, tak rebus pula huwahuwa... jadi, kesnya, daging kambing panggang kami ada liat sikit laa selepas siap BBQ.. Tapi, sedap! Jadi kami tetap layan juga lah... :)





Daging kambing tu baru saja sembelih so, rasa daging tu manis... memang best! Favorite Encik Tunang tuu... hee hee..

dah selesai barbeku tu, kami pun kemas-kemas lah.. Then temankan adik Encik Tunang pergi klinik... ada gatal-gatal kulit pula... sian... nasib baik dah habis exam.

..Aktiviti seterusnya, MCD! oyeahH~ Alhamdulillah kenyanggg makan hari ni....hiihii...

oke lah... rasa mata ni dah macam tak larat nak ditongkat lama-lama ngadap lappy, better teruskan cerita tentang anak buah saya, nama Mohammad Fitri. Dah besar dah sekarang, dah umur darjah dua. Ni koleksi gambar dia pertama yang saya ada untuk tahun ni. Tahun-tahun lepas ada juga, masa zaman dia budak lagi... kurus pula tu. Sekarang dah chubby sikit...




Alhamdulillah, ada kesempatan spend time dengan dia sampai ajak ke bandar. Tak pernah-pernah lagi macam ni.... ni cerita bulan lepas sebenarnya, semasa Labuan Art Festival. Dari dulu hingga lah hujung tahun lepas, saya ni gila dengan hal-hal kerja... kalau nak saya keluar dengan anak buah ni, bukan nak cakap tak ada harapan, tapi sememangnya jangan harap... haha. Syukur sangat sebab saya sekarang bukan seorang yang terlalu sibuk dan tidak ada masa langsung untuk orang lain. Rasanya berbeza...

Kalau dulu memang kenyang dengan wang tapi haus masa...
Sekarang masa saya ada....banyak....nak layan hobi pun bersepah... nak layan lappy berjam-jam pun tak kisah...

Terima kasih kepada insan yang bertungkus-lumus untuk saya dan semua ni. Jasa tetap dikenang, budi tetap nak dibalas, kebaikan tetap diberikan kebaikan... In Shaa Allah...yang pasti, balasan Tuhan adalah yang paling terbaik. Saya tetap akan berusaha...untuk kebaikan bersama...

Ini lah kenangan saya dengan anak buah...nanti bila diorang dah besar, tak akan sama. Mana nak sama, dia dah besar panjang, citarasa dan gaya hidup dah beza... saya pula dah tua, dah berumahtangga, tanggungjawab dah banyakk...

saya sangat hargai saat ini,.... kenangan telatah anak buah yang semakin membesar... :)















*yawn* aduyai... mengantuk dah ni.... hahaha.... Tapi sebelum tidur, saya nak promote sikit "Contest SEO Eridy" dengan kawan-kawan blogger.... tengok kat bawah...





....jom join ramai-ramai "Contest SEO Eridy" ni sebab hadiah pemenang sangat lumayan tau!

Contest SEO Eridy ini sudah pun berlangsung sekarang untuk pendaftaran dan pendaftaran akan ditutup pada 11-12-13 (Cantik pula tarikh tutup ni... haha).




Kemudian,

Contest SEO Eridy ini akan bermula pada 12-12-13 hingga 30-12-13.

Hadiah untuk contest ini ialah wang tunai berjumlah RM500.00

Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Semoga berjaya kepada sesiapa yang dah mendaftar untuk menyertai Contest SEO Eridy ni yer!! :)

Selain tu, syukur Alhamdulillah hari ni saya mendapat berita baik daripada 8Share bahawa saya terpilih sebagai pemenang SHYS bulan November. Syukur... Terima kasih 8share!!




Korang yang belum join 8share tu, join lah... tak rugi sebab, selain daripada boleh menyertai contest seperti yang saya dan menang, boleh buat duit poket juga sambil ber-facebook dan ber-twitter....

Boleh baca maklumat lanjut dan testimoni kat sini : 
Boleh juga dapatkan panduan asas PERCUMA untuk mendapatkan duit poket tanpa modal korang dengan klik button 'klik sini' di bawah:





oke lah.. sampai sini dulu share story.... nanti sambung lagi.... Assalam...

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Sunday, November 24, 2013

Layan hujung minggu dengan Labuan Art Festival 2013

Assalammualaikum kawan-kawan :)

Nak share cerita hujung minggu lepas ni. Hujung minggu lepas Labuan ada Festival Art.... Bab-bab art ni memang saya laju sikit. Bingkas bangun macam roket juga la.. Tapi roket tu tak terbang pun.. haha.. Ye la... Festival ni art, saya minat art tapi datang pergi tengok-tengok, lepak-lepak, captured beberapa gambar saja. Tak ada lah sampai join pertandingan dan mengambil apa-apa bahagian kat Festival tu. No idea laa... biasa nya saya tak dapat tahu pun pertandingan tu diadakan.. nak dapat borang penyertaan pun dari mana tak tahu laa.. huhu... so, tengok, ambil gambar jadi supporter pun jadikk lah! hehehee..

Labuan Art Festival ni, ada jualan gerai makanan yang berderet. Tengah panas terik pun, makcik, pakcik, kakak, abang, adik, pak tok, bla bla... semua seangkatan dengannya tetap bertungkus-lumus membuka gerai makanan dan menjual mencari rezeki. Alhamdulillah... memang ramai pengunjung dan semua gerai jualan makanan tu memang laku punyalah ! Tambah-tambah mereka yang jual minuman sejuk! zazzzsss memang cepat habis lepas tu akan buat minuman second round ber round-round punya.

Panas-panas macam tu, pengunjung Festival Art Labuan sememangnya tak berkira langsung. Datang dan meramaikan serta memeriahkan lagi festival tersebut. Salah seorangnya saya lah. hehe.. kedua orangnya pula Encik Tunang.. haha. Muka saya ni bukan jenis duduk rumah takut dengan panas terik.. oh tidak... itu bukan saya sama sekali.

Saya memang datang sana tangan kosong...memang tujuan jalan, lepak, tengok, santai, lihat saja pun. Tak ada apa-apa bahagian , tugas mahupun membuka gerai memang tak ada langsung. Lain kalau Encik Tunang. Dia ada kerja sikit... bantu mama dia berjual kat Festival tu. Diorang buka gerai makanan, mee goreng, jeruk buah, keropok lekor... Alhamdulillah saya tengok jualan mereka memang laris pada waktu tu..






Selain ada gerai jualan makanan, gerai jualan barang-barangan pun ada juga. Contohnya yang menjolok mata saya ni ... bukan menjolok... lain macam je bunyinya. keke... yang mengoda diri ini sesuai agaknya kot. Hape2 saja la kan... contohnya, kerongsang, jam tangan, baju, kraftangan, hand beg, kasut, selipar, topi dan sebagainya...Tapi yang menarik perhatian saya pada waktu adalah.......kerongsang, baju printing, topi bulu2.. jam tangan, apa lagi ? apa lagi ? kalau layan semua tu, memang beg duit boleh jadi kosong terus tak sampai sejam. hehehehehe... oh oh... jadi tak payah la layan... jangan layan langsung! Heh..

Kalau baju types macam ni saya suka..! hehe... memang beli dua helai..
satu untuk saya, satu untuk Encik Tunang ^_^

Jualan Kraftangan.. Banyak lagi, tapi korang tengok gambar ni je laa :p

Pin tudung murah-murah...

Macam-macam ada...


Pertandingan yang ada waktu tu pula seperti melukis Graffiti...bila tengok peserta2 tu sedang kusyuk melukis dinding tu macam kacang kan, teringat pula zaman sekolah yang melukis mural tak sekacang tu. Terkial-kial ada lah.. senget sana, salah sini, lupa itu, garisan pun macam guna tangan tak ada jari jeeee....kalau kat zaman sekolah dulu tu, saya memang suka sangat lukis mural ni. Tapi bukan guna spray...guna Pelaka... guna berus mewarna.


Semangat dia melukis ni... macam nak menari-nari je kat situ..

Aik? ni kehilangan ilham ke ketandusan idea ni ? Huhu~ Sian pula...
dah la duduk sorang-sorang.. :p

Yang ni, lukisan dia power beb!

Yang ni pun boleh tahan juga ni..

Disebabkan lukisan kat dinding tu lawa sangat, saya dan Encik Tunang pun apa lagi... Ambil gambar laa.. hehehe...

Encik Tunang <3
Tiup belon.... fuuuuhhh~

Besar betul pempuan tuu...

Kiss penyu skit :p lols.




Then ada juga pertandingan.......kutip sampah terbanyak??? Okelah.. pada pendapat saya la kan... kalau buat Festival macam ni, memang ramai manusia datang punyalah.. dah tu memang macam-macam ragam punya lah lah lah la kan... so salah satu ragamnya adalah.... membuang sampah merata tempat. Cer korang fikirkan... pertandingan tu membantu apa ? bantu siapa ? haha..! Dah tu... peserta ni  pula semangat sangat kutip sampah macam berdozen je saya tengok... tu maksudnya, memang ramai manusia jenis buang sampai merata ni la maksudnya. kekekekeke. Jangan buang sampah macam tu keyh... sian kat mereka-mereka-mereka yang membersihkannya selepas festival tu... kalau pertandingan tak apa.. korang kutip lah.. tak kisah pun. ngeeeh. Nak angkat sampah berkarung pun tak apa.

Lepas tu ada juga lah..pertandingan melukis telur dan ada pertandingan melukis wajah... by the way... saya bangun lambat pada waktu pertandingan itu berlangsung oke.... jadi saya sudah terlepas untuk melihat mereka melukis secara live! RUGI tapi tak apa lah.. bukan rezeki... malah nikmat bangun lambat sebab penat tu dapat. Ngiahaha. Bangun lambat pun sebab balik lewat malam dari Festival hari pertama dan kedua tuh. Hari kedua tuuu lagiii la penat sebab saya bawa anak buah lelaki saya sama ke Festival tu. ADUH! Layan budak tu, boleh patah pinggang dibuatnya. Patah pinggang tu boleh layan jugalaaa... yang tak boleh belah, dompet saya boleh terbelah dua beb :p hee... Tak apa lah ... asal kan dia happy ^_^ bukan selalu boleh buat dia macam tu. Alhamdulillah sebab ada rezeki bawa dia time tu...


Tengok tuu.. happy kan dia ?

Ni muka dia dah kepenatan dan keboringan... tapi tetap tak nak pulang juga..
Kononnya nak join saya dan Encik Tunang sampai malam lepak
kat sana.... pujuk sikit belikan beli Spiderman tuh... ngengenge.... :p


Kalau nak diceritakan mengenai artis jemputan pada malam Festival, ada 3 malam memang ada artis. Malam pertama , Tegar dijemput untuk menghiburkan pengunjung festival. Malam kedua, ada Mus dari kumpulan May...eh betul ke? macam salah je? Tak sure la... Malam ketiga, saya tak tahu siapa nama mamat tu tapi suara boleh tahan lunak juga. kekeke..

Selain itu, ada juga pertandingan melukis kat atas kanvas, kerta tapi... tajuk dan tema dia macam pelik je? macam tak reti je saya nak lukis. Alah, lukis muka pun senget ni kan pula nak lukis tema2 macam diorang tu Cik Sofie oii.. hehe..





HAH! Saya hampir terlupa pula... kat festival art Labuan ni ada mini fun fair tau korang. terus terang la kann, mini sangat la.. hehe.. budak-budak sesuai la main benda-benda alah macam tu tapi ahh... lantaklah saya sendiri pun naik benda pusing2 tu... hahahaha... temankan anak buah kan, kalau biarkan sorang-sorang naik sian pula... Masa naik permainan bulat pusing-pusing tu, saya naik dengan anak buah , Encik Tunang pula naik sorang-sorang.. huhu.. kecik sangat kan... tak muat nak bertiga. Tak best langsung la. Tak spoting langsung la tempat duduk tu. Kecik sangat sangat sangat...uh!


Tengok Encik Tunang sorang je kat situ.. Kat nombor 9... saya dengan anak buah nombor 8..

Eheem. :p

Tengok c Fitri ni... Semangat je, macam seronoookkk je...

Happy nyerrr....

Dah pusing lama sangat, tetiba muka dia macam ni...HAHAHA!
Topi pun buka....


Dah la kecik tempat duduknya, lama sangat berpusing-pusing... mana taknya, orang yang jaga permainan tu tertidur kat bawah, kami dibiarkannya pula pusing-pusing-pusing... pening pala hotak.. rasa mual nak muntah je rasa...huhu...


Ni pemandangan Festival sebelah kiri Fun Fair...

Ni pula pemandangan sebelah kanan Fun Fair...

Tengok ni... kecik je Fun Fair ni... 

Ujana Kewangan nun jauh di sanaa...

Comel pula patung ni....

ramai juga yang main benda alah ni kan...kitorang tengok je...
tak main pun....


Pameran fotografi yang di captured oleh para fotografer Labuan dan Sabah pun ada juga. Cuma pameran tu, pada pendapat saya kena lah dibuat secara besar-besaran sikit dengan penglibatan ramai fotografer. Baru lah tip top! Baru la best pameran cenggitu.. hehe.. saya ni tahu cakap je kan... macam senang je.. :p






Macam tu lah suasana Festival Art Labuan pada hujung minggu lepas (15 - 17 November 2013). Kalau festival macam ni selalu buat kat Labuan kan seronok kan.. haha.. tak duduk rumah la saya jawabnya :p

Sampai sini dulu...

Terima kasih sebab sudi baca... ^_^


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Anda Mungkin Mahu Baca Ini

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Bazaar Ramadhan (1) Beats Pill (1) Begleri (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (16) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (37) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (82) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (124) Favourite Song (27) Fidget Spinner (1) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Hand Spinner (1) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (4) Header (1) Headset (1) Hobi (8) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kashaka (1) Kawan (17) Keluarga (15) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (4) Kreatif (16) Kundasang (1) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Permainan (1) Personaliti (7) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (19) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (11) Ramping dan langsing (1) Ranau (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (4) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (12) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Thumb Chucks (1) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)