Showing posts with label Kenalan Baru. Show all posts
Showing posts with label Kenalan Baru. Show all posts

Friday, October 10, 2014

Kenangan Bersama Sea Lane selama 14 hari

Assalammualaikum reader dan bloggers,

Sealane. Hehe! Kisah bulan April tahun ni. Macam sekejap masa berlalu... Sekarang dah bulan oktober. Tapi masih jelas dalam fikiran.

"KITA BUKAN POKOK, KALAU TAK SUKA KAT TEMPAT TU, PINDAH DAN TINGGALKAN"



Alhamdulillah. Pada 28 Apr 2014, saya dipanggil interview di sebuah company shipping. Tak sangka begitu cepat sekali, saya mula bekerja pada 29 Apr 2014.

Mulanya saya berasa ragu.

"Saya belum bersedia untuk sibuk bekerja makan gaji.."
"Saya belum mengemas bilik.."
"Saya belum ready dari segi mental dan fizikal.."
"Saya tak akan ada masa seperti biasa jika.."

Macam-macam yang saya fikirkan kerana dah setahun saya meninggalkan dunia bekerja. Ragu memang ada. Tetapi,

Saya berbisik.

"Peluang tak mungkin datang dua kali."

Oke! Saya menjawab dengan yakin. "Boleh..esok saya boleh mula bekerja."

Saya bersetuju dengan membuang semua fikiran negatif.

"Seni duit yang wanita tidak pernah tahu.." [KLIK SINI]

Malamnya...

Saya mula berfikir-fikir. Sea Lane sangat strategik. Tengah bandar. Saya boleh kemana sahaja saya suka. Saya boleh ke Perpustakaan, saya boleh ke kedai kopi, saya boleh ke stokis, saya boleh ke Labuan Supermarket, saya boleh jumpa orang dengan mudah dan saya boleh itu dan ini.

Syukur Alhamdulillah.

Hari pertama saya bekerja. Perasaan pertama, excited. Saya datang awal dan masuk ke dalam ofis. Amazing...Ofis begitu selesa. Komputer sangat laju. Kemudahan fotostat, printer, scanner dan sebagainya begitu menyenangkan!



Saya mula 'scan' muka orang-orang yang ada di dalam ofis. Saya mula mahu berkenalan dan berkawan.

Mungkin tempat tak sesuai. Ofis tu penuh dengan manusia yang sibuk dan kepalanya penuh dengan fikiran yang serabut. Untuk berkenalan dan berborak itu mustahil.

Saya mula serius, belajar sedikit demi sedikit bersama Anna, Rini dan Chin mengenai Forwarding. YA AMPUN! langsung tak faham. hehe. Blur? yes. Blank? yes.

Its oke. Kita memang kena mula dari 'Zero'. Saya yakin boleh bawa kerja ni.

OKE! Apa sebenarnya kerja saya? Saya kerja kat syarikat Shipping. Ejen Shipping. Jadi apa pula Ejen Shipping tu?

Shipping agent / carrier adalah pihak yang "mempunyai cara dan prasarana" angkutan laut mahupun udara. Kata "mempunyai cara dan prasarana" bukan bermakna semua syarikat shipping agent / carrier mempunyai armadanya sendiri. Ada shipping agent / carrier yang mempunyai armadanya sendiri seperti kapal dan pesawat. Namun banyak juga yang tidak memilikinya. Namun begitu, mereka yang tidak mempunyai armada sendiri juga tetap dikatakan sebagai shipping agent. Kerana mereka menawarkan perkhidmatan angkutannya. 

Lalu apa yang kita perlukan dari shipping agent / carrier ini dalam kaitannya dengan proses export dan import ?. Yang kita perlukan dari mereka adalah: 

1 Harga penghantaran via laut / udara (Ocean Freight / Air Freight) 
2 Schedule Pelayaran / Penerbangan (Shipping schedule / flight schedule). 
3 Space / tempat kosong di kapal atau pesawat sebagai tempat menaruh barang kita 
4 D / O atau Delivery Order (untuk penghantaran menggunakan bekas). Kerana D / O inilah yang kita gunakan untuk mengambil bekas kosong. 
5 B / L atau Bill of Lading iaitu konosemen yang digunakan sebagai bukti penghantaran barang bagi exportir / shipper / pengirim barnag dan sebagai bukti pengambilan barang bagi si buyer / consignee / penerima barang.- sumber

Hari pertama saya agak penat. Otak penat. Cuba untuk faham dan belajar ibarat budak sastera baru nak study sains. Yep. Maklumla kan... dah setahun buat kerja online tiba-tiba kena buat semua tu.

Tak apa... saya masih kata saya boleh.

"Seni duit yang wanita tidak pernah tahu.." [KLIK SINI]

Hari pertama, saya nampak Frankie. Suara dia agak lantang. Penuh satu ofis dengan suara dia. hehe. Tapi saya sangat perasan. Dia seorang yang SANGAT BAGUS dalam mengajar orang. Dia seorang lelaki berbangsa Cina. Memang bercakap Cina dalam ofis. Perasaan untuk belajar Bahasa Cina membuak-buak dalam hati. Dia membuatkan saya mengimbau impian yang sudah terkubur. SAYA MAHU BELAJAR BAHASA CINA. SAYA MAHU BERCAKAP CINA DENGAN ORANG BERBANGSA CINA.

Hasil belajar Bahasa Cina bersama Kak Lim dulu, sedikit-sedikit membuatkan saya faham apa yang Frankie bebelkan. tapi malas nak fikirkan sangat.

Hari demi hari pun berlalu...

Tik tok tik tok... saya mula membebel hampir setiap hari dengan Encik Tunang bahawa sungguh bosan kerja tersebut. hahaha! Sungguh payah dan mengusutkan kepala hotak. Antara faktornya..

Saya tidak minat.
Saya tidak minat.
Saya tidak minat.
Saya TIDAK MAHU.

hehe... sian Encik Tunang. Asyik dengar saya bercakap - cakap - cakap - bebel.

...dan saya rasa sangat banyak gangguan dari segi telefon. Nak reply email pun tangan tak cukup, ni nak kena angkat telefon yang tak sudah-sudah berbunyi. huhu. Lepas tu dokumen kena siap cepat. Hampeh betul lah.

Nak ikhlaskan? Mungkin perlu beberapa bulan lagi dan saya sudah pun mati kat situ. Muahaha!

Akhirnya,
Tanpa fikir panjang, saya tamatkan perkhidmatan saya di sana.

Alhamdulillah. Tamatkan perkhidmatan kat sana tak guna banyak taktik. Tak guna alasan banyak.

GAJI? BY CASH untuk 14 hari saya bekerja..!! Cayalah Sealane. Saya tahu company memang kaya! Bangunan pun semart kan.. Apa pun, semoga kawan-kawan yang memang dah lama kat situ, yang memang buat kerja kat sana macam kacang, semoga terus berjaya.

Terima kasih kerana sudi baca. Jumpa di entry seterusnya.

With Love,





Monday, December 17, 2012

Kawan Baru : Wan Nor Aishah

Assalammualaikum Readers dan Bloggers!! :)

Selamat berhari ISNIN..selamat bekerja bagi yang sedang bekerja keras..selamat bercuti bagi mereka yang sedang bercuti-cuti di hujung tahun...

Baru-baru ni aku ada buat akaun facebook baru semata-mata untuk buat sharing. Suddenly ada seorang kawan ni peramah betul tegur aku kat facebook tu walaupun aku tak letak details aku yang sebenar dan aku tak letak pun gambar aku kat facebook tu.

Mula-mula aku layan macam tu saja. Tapi 2 tiga hari lepas, aku dapat tahu dia siapa!

wahhH! Tak sangka dapat kawan dengan orang macam dia. Aku panggil dia Ecah :) Dia pangkat kakak dengan aku sebenarnya.




Selamani, aku tak ada kawan yang macam ni. Orang macam ni, mesti boleh belajar macam-macam tentang Islam. InsyaALLAH :) Terasa macam dalam movie ayat-ayat cinta tu la pula.

Selain tu, kami ada persamaan yang buat aku rasa sangat gembira dapat berkawan dengan dia. Tengok gambar kat bawah :

DIA SEORANG YANG KREATIF 





PANDAI BUAT KEK


Selain tu, Ecah juga suka berniaga.. :) Dia gunakan bakat dia dalam perniagaan..aku suka sangat! :)

Sila lah bertandang ke page Ecah untuk melihat hasil kratif beliau : https://www.facebook.com/DalisTawfeeq

P/S : Alhamdulillah dapat kawan baru :)

Aku,


Monday, March 28, 2011

Itu Dia CT MAS

SOFIE & CT MASDIAH
Ada staff baru masuk dalam beberapa minggu lepas. Dia lah pengganti Madam.Lucy.A :) Orangnya cute, kecik molek dan mesra serta peramah. Setiap pagi, aku request kat ayah untuk drop aku kat Labuan Supermarket je. Sebab, aku nak jalan kaki dari Labuan Supermarket ke Ujana Kewangan ngan dia. KT dah tak ada sekarang. SO, penggantinya CT MAS. Nice knowing her! ^_^

Aku,

Friday, March 4, 2011

P.E.A.N.U.T

PEANUT!!! hMMM...
PeaNut BuTTer...Aku belum sarapan lagi ni..waaahhh!! Sedappppnyeee~~
WHat Is Peanut Mean?
Owh..Makanan??
Hehhe...

Tapi..kalau aku, maksudnya lain...
Asal je orang sebut peanut,
aku akan teringat kat NUT..
or...
NAD = NUT (Sound sama kan?)
Hehehehe~~~

NAD >> NADRAH

She is my new friend.
i call her 'Kak Nad' ..
Dia pangkat kakak tapi jiwa still yo g ! :p

Dia baik, unik dan tak cerewet.. :p
Sepanjang aku kawan ngan dia di tempat kerja,
Aku sangat selesa dan aku happy..
SUkenye! Bila dia ada awal pagi dan buat Morning Operations sama2..
SUkenye! Bila dia ada waktu nak pulang dan buat End Operations sama2..
SUkenye! Bila bos bagi kitorang green light jadi partner untuk sesuatu kerja / task..
Hahaha!

Btw, aku selesa dengan dia..
Aku boleh percaya dia..
Dia tak macam orang lain yang suka kutuk PY aku..
Dia tak macam orang lain yang suka mengajak aku untuk mengumpat..
Dia tak macam orang lain yang tak ikhlas dalam pergaulan..
Dia tak macam orang lain yang malas buat kerja..
May be malas tu ada ar..tapi dia still juga buat sampai siap..

Yang seronoknya juga, bila kuar ngan dia kan..
Teringat kat zaman sekolah dulu ada Best Friend yang best = Rozalinde Isharu.
Macam tu la bestnya ngan Peanut.
Seronokkk...
Aku bercerita tak payah kias2...direct je..
Dia suka bercerita macam Rozalinde Isharu..
Lawak plak tuh!

OK2!
itu je nak cakap..Hahaha!


Aku,

Tuesday, January 11, 2011

Sofinah Yussoff .vs. Sofinah Lamudin


Tadi pagi, kira-kira jam 10.30am tu...Aku take over cashier counter dalam 1 jam. Ada 2 orang customer membayar..Sorang ni, p signal kawan dia kat sebelah..tunjuk2 name tag aku "Sofinah Binti Lamudin" . Then, Dia pun tegurlah.."HeyY..nama kita sama lah..." Aku ni pun..dalam hati kata..'uh? ada nama aku kat tempat orang lain nieyh..1st time ni..ingatkan tak ada orang nama macam aku' . Dari dulu lagi aku tertanya-tanya..wahH..tak ada ke nama orang yang sama macam nama aku? Terlampau unique kowt.

Bila g cari keychain yang ada nama2 orang tu, mesti dan memang pasti : Sofiah, Sofia, Sofieana or etc. Memang takkan ada nama aku punya. Percayalah! Haha! Pernah dulu, masa di Sekolah Menengah (SMK Mutiara) ada student nama 'sufinah' . Tapi ejaan tak sama kan? Yang ni, betul2 sama geng!! S.O.F.I.N.A.H..ngam! tepat!

Masa tu, sempat la bertanya2 pasal facebook.. hahahaha~ so, hari ni, dia add aku..aku add balik...Bila tgk profile dia, owh! student UMS, KK rupanya...dah tu memang orang Labuan. Then, dia pangkat kakak..ngeh3x...

Aku,
30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (13) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Maze Runner (1) Melancong (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (15) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)