Showing posts with label Kisah Realiti Sofinah Lamudin. Show all posts
Showing posts with label Kisah Realiti Sofinah Lamudin. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Dinginnya Malam Ni..!



Dingin nya...
Panas nya...

...dan rimas nya...


Saya terbangun...
Tadi sampai sekarang rasa tak selesa...
Resah,
Gelisah semacam...

Hati tak senang...

Kaki tangan, badan...Rasa dingin sejuk panas...Kenapa yer?





Rasa penat, letih...sakit badan...
...........
.........
.....

....dan , tak selesanya!


Saya nak demam ni...Tekak sakit...


Tak sukanyerr...
Rasa mual-mual...kepala denyut-denyut...


........Cik Sofie jangan la..sakit...
 !!  TAK BESTNYERR...




P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Thursday, November 14, 2013

Tetapkan Pendirian dan Niatkan Kerana Allah

Assalammualaikum Readers dan rakan-rakan blogger,





Hari ni dah 14 November 2013. Jadual saya dah di-ter-beng-ka-lai-kan sejak beberapa hari lalu.



Puncanya adalah...saya masih dalam keadaan yang belum berdisiplin! oh ini sungguh mengharukan mengecewakan diri sendiri!

Apa itu disiplin ? jika kemahuan kuat untuk berdisiplin , tak cukup, kena berlatih buat dan buat dan buat. Adakah itu cukup? Jawapannya, TIDAK. Kenapa .?

Saya nak cakap kat sini soal dalaman kita. Kadangkala, dalaman kita sangat weak. WEAK! tak dapat kena kacau sikit, dia jadi weak. Nak tahu kenapa ? kekuatan kita adalah kelemahan kita. Apa saya cakap ni ?

Oke macam ni. Kita kena pisahkan "kekuatan" kita dengan "kelemahan" kita sekarang supaya kita tidak akan weak bila kekuatan kita terganggu. Bila kekuatan kita terganggu dengan sesuatu, maka kelemahan akan turut join sekaki. So, mula lah malas balik. Mula lah malas buat. Mula tidur berjam-jam. Mula lah termenung jauh-jauh. Mula lah dengar lagu dari pagi sampai petang. Mula lah lupa kerja apa kena buat. Mula lah pakaian tak basuh seminggu. Mula lah bilik betabur macam kena tsunami. Mula lah malas pakai make-up. Mula lah malas nak pakai baju. Ehh?! tak senonoh lah! Saya bagi contoh satu,

Kalau kembar siam, gabung satu kepala, bila sakit kepala kedua-duanya akan rasa! Lebih kurang macam tu lah.

Sila pisahkan kekuatan anda dengan kelemahan anda sekarang juga! Jadi, saya sebenarnya sudah mengalami masalah ini. Ini adalah serius! maydey maydey...!!



Apa yang membuatkan saya lemah? Apa yang membuatkan saya malas? apa yang membuatkan saya melupakan kerja-kerja saya? SEMUANYA PERLU SAYA TOLAK TEPI SEKARANG JUGA!

Alaa... Susah saja nak cakap panjang. Kalau letak kekuatan kita pada Tuhan, ombak badai besar mana pun datang, kita tetap dengan pendirian kita.

Bila kelemahan datang, zikir banyak-banyak. Lupakan saja. Lepas kan saja. Lepas tu sambung buat kerja. no hal punya lah. :)



Mulai hari ni, jadual saya ni, adalah sebab pendirian saya. Sebab memang saya mahu dan memang saya suka. Maka apapun buat saya "weak" , sedih , kecewa , maka kerja saya lah nombor satu. Sebab kerja saya, adalah pendirian saya. Pendirian saya adalah kekuatan saya. Kekuatan saya hanya kerana Tuhan.



Semoga Allah memberkati kita semua. Amin.


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Wednesday, November 6, 2013

Meraikan Kemenangan Tiket VIP ke Millionaire Mind Intensive!

Assalammualaikum Readers,

Alhamdulillah! Saya yakin ada lagi rezeki yang lebih baik dari ini :) Walau bagaimanapun, saya nak mengira budget untuk ke Millionaire Mind Intensive bersama T Harv.. Kenal T Harv kan?



Boleh google kalau nak tahu latar belakang atau story beliau yer.. Btw, saya sangat teruja nak pergi hingga mengira budget ke KUALA LUMPUR pada 7 November 2013.. uhh? Esok? Hehe..


Tiket Kapal Terbang ke KUALA LUMPUR :

PERGI : LBN - KUL 199.00 MYR X 2 ORANG =  398 MYR#

BALIK : KUL - LBN 196.00 X 2 ORANG = 392 MYR#

PENGINAPAN :

100 MYR X 2 MALAM = 200 MYR

TRAIN :

50 MYR -/+ (Kiraan Cincai sahaja)


MAKAN MINUM :

300 MYR -/+ (Kiraan Cincai sahaja)


TIKET BAS KLIA - SENTRAL - KLIA

68 MYR -/+ (Kiraan Cincai sahaja)

TOTAL : Cincai la 1,500 MYR untuk 2 orang.. hehehehe..






Actually,sebagai meraikan kemenangan saya mendapat 2 tiket VIP yang bukan calang-calang orang yang memberi talk ini, dan orang terpilih sahaja yang boleh pergi ke talk ini secara percuma. Jadi, saya mengambil keputusan untuk berikan Tiket ini kepada mereka yang lain. Sayang kalau tiket ni diberikan PERCUMA kepada orang yang tidak akan berada di tempat tersebut. :) Semoga orang yang menggantikan tempat saya dan Encik Tunang mendapat manfaat yang baik untuk hidup beliau...Amin.

Terima kasih kepada 8share yang memberikan saya peluang emas ini :) saya sangat menghargainya!!


"Have a great experiance to both of them!" :)


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Tuesday, November 5, 2013

Empat Orang | Dua Pasangan

Assalammualaikum Readers,

Alhamdulillah... Selamat pagi semua.. Semoga rezeki kita mencurah-curah dan diberkati...

Pagi buta ni melepak dulu kat blog sofinahlamudin.com ni sebelum pergi buat kerja. EwaahHH! Semangat tinggi ni..

Saya nak mengimbas moment-moment indah hujung minggu bersama Encik Tunang dulu. Kira nak story on time. Baru la best kan. Ish Ish.. Macam mana la Cik Sofie ni nak jadi reporter handalan kalau macam ni. Cerita bulan lepas pun tak masuk akhbar lagi ni. Haha.

Sebenarnya bukan tak nak update story moment-moment best. Busy la yong. hehehe.. Busy buat perancangan kawen. Eh! Tersasul pula... Busy buat plan business. Sekelip mata dah hujung tahun. Esok-esok bangun pagi dah pun tahun 2014 kan. Tu la sibuk ni kalah-kalah mak orang :p Start la nak mengarut tu kan...

Saya nak imbas balik la story masa jenjalan ke Kota Kinabalu bulan lepas bersama mami, dadi dan Encik Tunang pada suatu hujung minggu pada bulan lepas.. Uish.. lama dah parents saya tu tak jenjalan macam tu. Saya pula yang kerap pergi Kota Kinabalu tahun 2013 ni. Dah tu jalan dengan bakal menantu kesayangan pula. HEHEHE~

Encik Tunang dengan saya macam biasa la.. kalau dah pergi KK, confirm kedai buku, tengok wayang, Hot Dog CP , POP CORN, dan tengok barang apa yang boleh di shopping kan la gitu.

Imbas kembali moment-moment tatkala itu. Hehe...


Mami, Dadi And Me Sedang menunggu kedatangan Encik Tunang Kesayangan saya awal pagi!

Ketibaan Raja...uh ? Raja Hatiku...hehe..

Kira-kira jam 6 pagi macam tu kot we all dah terpacak kat bandar Labuan nak bertolak ke Menumbok. Dari Menumbok we naik bas..HEHE..

Kemudian berjalan-jalan di Kota Kinabalu selama 3 hari 2 malam berempat, ini lah beberapa foto kenangan...


Ajak mami dadi ke Suria Sabah...



HAPPYNYER SI DIA.. hehe... ^_^

oh.. Romantiknyer~

Ini lah anjing yang unik, lain dari yang lain, pelik atau seumpamanya lah yang korang rasa boleh guna. HEHE..
Siap bawa handphone lagi tau spesis ni. Tapi tak sure pula la kan, dia boleh jawab panggilan ke tak :p

Mami dan Dadi

Saya Dan Dia..ehehe...

Selepas 3 hari 2 malam berlalu begitu pantas sekali, akhirnya saya dan Encik Tunang ikut lah mami dan dadi pulang ke Labuan...

Snap by my dadi...

Ambil gambar dulu baru balik Labuan okeyh :D


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Saturday, October 19, 2013

My CHAMPION Life [Part 2]


CHAMPION UNDER CONSTRUCTIONS


Under Constructions for my Monday until Friday
Not Complete Yet








P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Thursday, October 17, 2013

List of People I Wish To Kill

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Pernah tak anda anda anda dan anda.. Merasa marah yang melampau hingga rasa sangat marah dan marah ? Bila marah lepas tu terus marah ? Pernah ?

Pernah tak anda, anda dan anda merasa nak tumbuk muka orang sampai tertanggal batang hidung nya ? Pernah tak anda merasa marah hingga nak tendang kepala hotaknya sampai terpusing 360 darjah ?

Saya tahu anda anda anda pernah tapi akhirnya ia hanyalah perasaan semata-mata. Bukan ?

Saya pernah kata, "HEY! PLEASE DIE.. I HATE YOU!" ... "HEY! KILL YOUR SELF!" ..Saya pun pernah marah. Hey tak baik tau marah macam ni. Tapi you all buat saya rasa nak bakar you all hidup-hidup atas BBQ ayam! lepas tu tambah perisa dengan jagung rasa asap. Kulit biar hitam legam sikit ah!




You all kan, sana sana sana sana sini sini sini... semua you all tak ada kerja lain ye? You all tahu nak pentingkan diri sendiri saja kan ? Perasaan orang tak pernah ambil tahu pun!

Oke lah, lihat senarai nama yang saya nak tarik-tarik biji mata dia, nak korek otak dia.




Ni Graf hidup saya. Dalam hidup saya, ramai manusia datang dan pergi. Ramai manusia muncul dan hilang. Ramai juga yang buat saya jatuh dan naik. Buat saya TERJUNAM pun ada. Rasa sedih, sakit hati, kecewa, frust tertonggeng pun ada.

Mengkhianat kat belakang pun ada. Kawan makan kawan pun ada. Orang tak ada kena mengena pun ada juga masuk main wayang.

You all semua siapa nak buat saya macam ni ? You all semua siapa? KAMU SEMUA SIAPA? HEBAT SANGAT ke? Banyak juga kelemahan kan ? Manusia juga kan ? Makan nasik juga kan ? You all tak ada hati perut?!

Kita sama. Kita manusia. Tapi hati lain-lain. Kadang-kadang, bila teringat balik apa yang you all buat, memang marah. Memang rasa nak, "HEY! Please DIE lah!"

Senarai nama yang bakal-bakal jadi ZOMBIE pun memang keluar kalau bila fikir balik.

Senarai-senarai nama :


#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You#You
#You
#You
#You


Tapi... You all tau tak? Kita manusia. Kita sama. Banyak kelemahan. Nak menuding jari kat you all semua pun tak ada gunanya. Saya tuding jari kat muka you all pun, empat jari lagi tunjuk kat diri saya sendiri. Tak kan saya nak guna semua kesepuluh-puluh jari nak tuding kat muka you? Jadi lah saya HANTU CINA macam tu. Lompat-lompat macam katak tak sudah. Lepas tu berhenti melompat bila letak kertas kat dahi. Lepas tu tak boleh nak buat apa dah, semua tak menjadi!

Mulai hari ni, saya lepas kan lah kamu semua. Pergi lah aman. Bergembiralah. Saya maafkan semuanya. Tak guna nak bawa semua kesalahan you all dalam "beg" saya, konon sebagai bukti nak tunjuk kat orang you all ni bersalah.. Tak payah! Buat berat "beg" saya saja. Elok-elok beg warna putih jadi hitam. Tak hingin saya nak bawa ke hulu ke hilir beg hitam yang berat melampau tu. Hitam pun tak segelap beg tu.

Apa pun kata-kata yang pernah you cakap pada saya, saya anggap semuanya penghapus dosa-dosa saya yang sama juga tak lah sempurna.

Apa sahaja perbuatan dan tindakan you all kat saya, saya maafkan. Saya tak maafkan pun, saya ni manusia juga. Bila-bila masa saya tiba, tiba juga.

Daripada saya sibuk melompat macam hantu cina, lagi elok saya cari batu loncatan untuk dapat anjakan paradigma. Lepas tu, dapat REWARDS.

REWARDS lebih nanti, In Shaa Allah saya agihkan lah untuk you all.


I FORGIVE YOU (EVERYBODY)
and
PLEASE FORGIVE ME TOO.





I don't want to waste my time again and again for "WASTE PAPER" because I want to study more for my question paper, NOW.

Read >>> Beg Hitam Yang Menghantui Kita

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Kesinambungan Ask - Believe - RECEIVED!

Assalammualaikum Readers,

Awan tidak selalunya cerah. Tahun demi tahun kita menjalani hidup, sebenarnya kita tidak akan terlepas dari belajar sesuatu tentang hidup. Kesilapan sangat banyak dikumpul-kumpul tetapi lupa nak baiki asyik menuding jari tak sudah-sudah. Semua pilihan kita tidak semua betul. Kadang-kala kita perlu dengar orang lain kata apa. Biarpun orang yang berkata-kata bukan lah malaikat, bukanlah hebat dan bukanlah superhuman tetapi siapa sangka kalau manusia yang dianggap sampah, cengeng, bodoh, bangang, sial dan sebagainya itu Allah hantarkan untuk kita belajar sesuatu ? Belajar sesuatu yang kita sendiri tidak nampak bahawa kita ni lebih BODOH!

Okeh! Sebenarnya apa saya cakap ni ? kata-kata di atas adalah kata-kata yang tak ada kaitan dengan entry. Tahun 2013 sudah pun hampir nak "tutup kedai" , tapi jualan tak habis lagi. Tahun 2014 nak masuk barang baru pula. Okeyh ! Mengarut lagi.

Saya jumpa gambar "Carta Pai" saya tahun 2010 dari PICASA. Gambar tu, dah 3 tahun tak nampak. Hari ni saya nampak semula.

Siapa saya pada tahun 2010 ? You can see this.






I still remember this pai ! I wrote this on December 2010. I also create "FOKUS 2011" that time..





KESINAMBUNGAN FOKUS 2011 ADA DALAM 2012 dan 2013.


Its called "The Secret" . Law of attraction. Apa yang kita mahu pada tahun 2011, tidak semestinya akan berlaku pada tahun yang sama. Proses pembelajaran perlukan masa. "Fokus 2011" yang di cipta pada tahun 2011 adalah batu loncatan pada tahun 2012. Pada tahun 2012, proses belajar berterusan tetapi lambat akibat kurang fokus dan mempunyai kelemahan diri yang tidak mahu dibaiki. Hujung tahun 2012, saya percaya, apa yang pernah dicipta atau diharap pada tahun 2011 akan tercapai. Pada tahun 2013, its HAPPENED!





Pada tahun 2011 saya tidak tahu mengenai "The Secret" apatah lagi mengenai "The Law Of Attraction" . Secara tidak sengaja saya sudah membuat "ASK" . Tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk percaya ("BELIEVE") . Pada tahun 2012, saya sudah tahu mengenai "The Secret" but saya tidak tahu bagaimana untuk apply dalam kehidupan seharian. Saya tahu mengenai "The Secret" tetapi saya tidak pernah mahu mempelajarinya. Secara tidak sengaja juga, saya mula percaya ("BELIEVE") apa yang saya "ASK" pada tahun 2011 akan tercapai. Saya masih ingat lagi, kewujudan "BELIEVE" berlaku pada hujung tahun 2012 di Kota Kinabalu. "BELIEVE" semakin kuat pada 12 Januari 2013 di Sipitang. Bulan demi bulan berlalu di tahun 2013, pelbagai perkara saya dapat yang berkaitan dengan "ASK" dan "BELIEVE" tetapi saya lupa untuk "RECEIVE" .


NOW, ITS TIME TO RECEIVE.
RECEIVED.

Kenapa lupa "RECEIVE" ? Kerana sikap tak betul. 99% resepi kejayaan adalah SIKAP. 1% adalah PENGETAHUAN. Hebat macam mana pun kita, kalau sikap tak betul, tak kemana.


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (13) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Maze Runner (1) Melancong (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (15) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)