Ketahui Personaliti,Kerjaya,Sikap, dan Kecenderungan Kita Melalui Kiraan Metafizik Tarilh Lahir

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Readers, Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je k...

Showing posts with label Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Kreatif. Show all posts

Friday, December 13, 2013

Selesai dua logo untuk satu malam

AsSalam readers!

Selesai buat logo untuk blog Forex dan page Forex semalam. Terima kasih.

visit owner forex fan page : https://www.facebook.com/PullBackforexTrading?fref=ts

No copy paste ; lukis sendiri 100%



Tempahan logo hanya RM35 satu logo. Selanjutnya >> KLIK SINI .



With Love,


Tuesday, December 10, 2013

Perkhidmatan Membuat Logo Murah Untuk Blogger Newbie (RM35 Sahaja)

Assalammualaikum Reader dan kawan-kawan bloggers,

Mulai hari ini saya akan membuat perkhidmatan logo untuk BLOGGERS NEWBIE atau blogger baru.
Jika rakan blogger nak menempah logo, boleh isi borang tempahan di bawah. Pembayaran pula boleh dilakukan melalui Maybank atau CIMB atau RHB. Tidak semestinya logo untuk blog, logo untuk hal-hal lain pun boleh.

Harga logo hanya RM35.

Setiap tempahan akan diberikan empat(4) buah ebook PERCUMA!

1.Dua(2) buah ebook berkaitan Internet yang bernilai RM39.90 setiap satu.




2.Dua(2) buah ebook berkaitan kesihatan yang bernilai RM15.90 setiap satu.





Sila lihat folio Logo yang pernah saya reka untuk blog :





Anda boleh membuat bayaran ke akaun di bawah :




Sila isi borang tempahan logo di bawah :

Powered byEMF Form Builder





Nota : Saya akan menerima tujuh(7) tempahan sahaja. Sekiranya tempahan sudah cukup quota, saya akan umumkan dan akan menutup borang tempahan. Selepas ketujuh-tujuh logo sudah siap, borang tempahan akan dibuka semula dan akan diumumkan.

Sebarang pertanyaan boleh add saya kat FB : Sofinah Lamudin.

Terima kasih baca entry ni. Jangan lupa tempah logo yer :) Assalam.



With Love,

P.S : Terima kasih sebab sudi baca entry ni. Jangan lupa tinggalkan URL blog korang untuk saya blogwalking ke blog korang semula oke :) tQ~


---------------------------------------------------------------------------------------




Jom join ramai-ramai "Contest SEO Eridy" ni sebab hadiah pemenang sangat lumayan tau!

Contest SEO Eridy ini sudah pun berlangsung sekarang untuk pendaftaran dan pendaftaran akan ditutup pada 11-12-13 (Cantik pula tarikh tutup ni... haha).




Kemudian,

Contest SEO Eridy ini akan bermula pada 12-12-13 hingga 30-12-13.

Hadiah untuk contest ini ialah wang tunai berjumlah RM500.00

Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Semoga berjaya kepada sesiapa yang dah mendaftar untuk menyertai Contest SEO Eridy ni yer!! :)


---------------------------------------------------------------------------------------




Saya nak kongsikan berita baik kepada rakan blogger saya yang suka layan Facebook dan Twitter...Korang tahu tak kita boleh dapat duit poket sambil layan FB dan tweet-tweet? Tak tahu? Kalau macam tu kena lihat video kat bawah ni :-


video


Seronok kan? ....nak maklumat lebih lanjut, klik .


---------------------------------------------------------------------------------------




Dapatkan Ebook PERCUMA Jana pendapatan sampingan korang kat bawah ni. Khas untuk rakan blogger yang singgah ke blog saya. Terima kasih banyak... :)




---------------------------------------------------------------------------------------




Jom Tempah LOGO MURAH dan dapat 4 EBOOK PERCUMA ! Beberapa logo yang sudah siap :






Tuesday, November 26, 2013

Cursor untuk adik Farah Hanim

Assalammualaikum pembaca yang budiman :)

Apa khabar hari ni ? Wahh Labuan nampaknya hujan lebat malam ni.... Baru saja balik dari keluar makan malam... Lepas makan saja terus balik, HUJAN! yang sangat lebat.....

Bila dah balik tu, macam biasalah.... Online kejap... :)

Sempat chating dengan rakan blogger baru, adik Farah Hanim.....dan buatkan cursor comel untuk dia.... hadiah birthday la ni yer Farah Hanim ? hikhik...





Harap Farah Hanim suka :)

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Sunday, November 24, 2013

Bila mata macam bulan, Mula lah buka blog..

Assalammualaikum kawan-kawan blogger...

Alhamdulillah... Syukur dengan apa yang kita ada... :) Sebenarnya dari tadi tadi dan tadi lagi nak tulis entry tapi tak jadi sebab nak masuk tidur...nak tido nak tido nak rehat nak bangun awal-awal esok.. buat kerja buat kerja... berapa kali ulang dalam hotak!



Tapi bila dah nak masuk tidur, mata ni taknak tutup pula.. Macam terang je macam bulan je.. hoho.. Hentah-hentah nak saya menaip untuk entry ni juga kot baru lah dapat tido kan...

Sekarang dah pun menghampiri jam 12:00 AM.... sekejap saja lagi akan bertukar tarikh menjadi 25 November 2013... Dah nak masuk hari Isnin dah pun. Isnin, hari bekerja dan merupakan hari yang ramai yang tak suka sebab itulah hari permulaan untuk bekerja dalam seminggu... dah tu, itu lah hari pertama bekerja selepas bercuti pada hari Sabtu dan Ahad bagi mereka yang tak kerja pada Sabtu dan Ahad. Hihi....saya tahu, korang ada rasa malas2 kan ? hehihihi.... ala rajin laa... kejap lagi momentum kerja korang naik balik la...




Hah...? Apa saya cerita ni?? huu~  tak kisah lah, Isnin ke Jumaat ke,... saya bukan dalam dunia macam tu lagi.... sekarang ini lah dunia saya... blog! .............dan hari-hari pun buat kerja kat rumah :)

Tadi saya ada beli 3 batang pensil untuk hari hari depan... Nak melukis ala-ala greyscale pro gitu.. lols. Actually jeles sebab Encik Tunang ada melukis Minion untuk saya baru-baru ni... saya ni bila lagi nak lembutkan jari melukis semula ? Masa banyak ni... macam-macam boleh buat. Terima kasih kepada Encik Tunang sebab memberikan saya semua ni :) Kalau dulu-dulu mana ada macam ni.... asyik lepak kat ofis jerk. Nak nampak bantal pun susah. haaa haaa.. nak tido la tu... dah siap sebut bantal segala. :p




Tadi beli pencil "H" , "4B" dan "6B" ... haha... dari keras (Kabur) hingga lah ke lembut (Terang) mata pencilnya. Encik tunang pun join beli pencil "6B" , tak sabar bak tengok lukisan dia yang lain lepas ni :)

..dan saya pula nak lukis apa ya ? masih belum ada idea lagi... Sebenarnya saya dah ada Drawing Block... just belum start2 melukis. Saya lebih awal beli Drawing Block berbanding Encik Tunang.. ketara la tak start2 melukis :p



Kalau dulu , masa zaman sekolah, saya suka beli Drawing Block yang gsm dia tebal... kertas dia tebal sikit sebab nak melukis guna poster colour Buncho tu... Sebut tentang Buncho, sekarang ni harga dia mahal pula kan... dah naik harga.. zaman sekarang ni semua benda pun nak naik harga.. haish! Buncho tu poster colour yang popular dan sangat diminati orang ramai terutamanya yang suka melukis tetapi tu lah.... benda yang banyak demand tu la naik harga! >_<

Saya belum lagi beli baru... kira nak beli dua set! Satu untuk saya dan satu lagi untuk Encik Tunang... hehehe... Poster colour saya yang ada sekarang ni macam lain lain lain macam jerk ??! Dah lama tak guna la..

In Shaa Allah nnt saya beli... :)

Kalau sebut tentang lukisan hitam putih, saya ada buku tajuk "Jangan Beli, Bikin Sendiri" , beli semasa Labuan Art Festival hari tu.... hah! Buku tu buat saya konfius juga tau... dia kata jangan beli, tapi kann dia jual buku tu... saya patut beli ke tak ?? hehehehe...... Sabahan punya Qoutes letak sana.. memang lawak je bunyinya!




Buku tu kat dalam memang bersih habis.... kertas kosong.... buku ni, buatan tangan oleh team Pangrok Sulap. Cayaa lah... kreatif betul... ! So, memandangkan kat dalam memang kosong, saya nak jadikan buku ni buku lukisan greyscale dan hitam/putih saya ^_^ Buat koleksi lukisan...



Lepas saja selesai pergi cari barang yang nak dibeli dan sebagainya.... Saya dan Encik Tunang nak pergi lepak kat tepi pantai. Piknik nak baca2 buku kat sana kononnya... sekalikan... punyala ramai manusia... FullHouse kat tempat kitorang selalu lepak piknik2 tuh.... maklumlah Ahad kan... orang berhujung minggu. So, tak jadi laa... kami pun berpaling tadah... chewahh ;p kami pindah port... kitorang pergi ke Restoren DeepSea yang ada penmandangan laut...



Awan tu macam semacam je.....



..Dulu saya dan Encik Tunang memang suka makan malam kat sini... makan ikan fresh, lamb chop, chicken chop dan sebagainya makanan laut! Pemandangan kat sini kalau malam cantik sikit nampak macam ada bandar kat sebelah sana... sebab Restoren ni mengadap ke kawasan bangunan Oil and Gas. Lampu kat sana nampak macam ada bandar kedua pula dah :p Kadang-kadang kami ada nampak kapal terbang lalu... ish ish nampak macam kapal Alien pula lalu.. kihkihkih :p

Paling best lepak masa perayaan la kat sini.. ada orang pasang bunga api kat sebelah sana sesiapa sahaja yang makan kat DeepSea masa tu akan nampak bunga api tu. Heh! Macam Romantik jeee :p lols.



Panjang juga saya bercerita tengah malam ni kan...... nak tidur la... nak habiskan dulu susu ni... setiap malam tak boleh minum kopi , nnt tak tidur lah saya sampai esok pagi...

Layan susu dengan gelas favourite sepanjang zaman.


Terima kaasih sebab baca entry ni....
Selamat malam........
TwitTwit.. Wassalam.


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Akak, macam mana nak buat cursor comel ni?

Assalammualaikum kawan-kawan blogger :)

Farah Hanim atau blognya dikenali sebagai CikFa tadi ada tanya macam mana nak buat cursor comel.. hehe..
Malam ni saya ada masa yang terluang untuk buatkan tutorial ni untuk Farah Hanim dan untuk kawan-kawan blogger yang lain yang nak buat cursor macam ni juga :)

Cursor saya ni, baru saja saya buat pada 13 November 2013...saja buat sebab masa tu ada kelapangan dan memang mood blog memanjang. kekeke... Ni entry saya lepas siap buat cursor : KLIK SINI untuk baca.

Saya ajar buat cursor ni ikut cara saya k... kalau korang ada idea lebih bagus, boleh guna juga... :)

Saya buat cursor ni guna photoshop..

Step 1 :

Buka photoshop korang dan klik pada "FILE" kemudian diikuti dengan "NEW" .



Step 2 :

Adjust saiz canvas dalam ukuran "CM" . Kat gambar di bawah ni, saya letak lebar 5CM, tinggi 2CM. Kalau korang nak besar lagi, boleh adjust mana yang korang suka k.. kecik lagi dari ni pun boleh.. hehe..



So, korang punya canvas akan jadi macam ni :



Step 3 :

Selepas tu, kita kena delete dulu background cursor kita yang putih tu. Biarkan je dia tak ada background langsung. Klik kat "MAGIC ERASER TOOL" macam kat gambar di bawah ni.



Step 4 :

Bila dah klik kat "MAGIC ERASER TOOL" tu, korang klik kat canvas satu kali, then dia akan jadi macam kat bawah ni.




Step  5 :

Kalau nak letak nama saja, korang boleh pilih "TEXT" untuk korang tulis kat cursor korang. Oke, pilih "TEXT" sekarang. :)




Saya tulis "FATIN" kat cursor ni... :)




Step 6 :

So, macam mana pula dengan Arrow kecik tu ? Saya cari kat image google..korang boleh cari dari mana-mana sumber juga sebenarnya, dari photobucket boleh, kat mana saja yang korang suka boleh. :)

Kalau saya, memang simple saja... cari je kat carian imej google...



...dan saya pilih ini :




save ke komputer korang oke :) kemudian drag terus ke photoshop korang...



Step 7 :

Kecil kan Arrow tu dan letakkan kat tepi atas sebelah kiri canvas korang tu k...

Macam kat bawah ni :



Step 8 :

Lepas tu boleh dah save.. Make sure save dalam format PNG oke :) Macam kat bawah ni :


Pergi ke "FILE" kemudian ke "SAVE AS"...

Lepas tu pilih "PNG" ...

Then pilih "Interlaced" dan Klik "OK" .....

Step 9 :

Kemudian, korang kena dapatkan "URL" gambar korang untuk letak kat kod cursor untuk blog korang tau... Macam mana nak dapatkan "URL" gambar tu kalau letak kat komputer kan ? Macam ni.... korang boleh upload kan gambar tu ke Facebook korang ke, ke photobucket korang ke, atau... paling senang buat macam saya je... letak kat blog korang... upload la gambar tu....

Saya upload gambar cursor nama "FATIN" tadi tu yer... tengok kat bawah ni :



Comel tak ?? Pink lagi tuu.. hehehe... Kalau nak edit letak gambar korang pun boleh juga macam cursor saya tu... cara dia sama saja macam saya buat tadi... tapi bukan guna "TEXT" la. Tapi guna gambar muka sendiri... hehe :p

Sekarang kita ke step seterusnya pula....

..iaitu menjawab soalan "Macam mana nak letak kod cursor tu bersama-sama dengan gambar di atas?" Oke jum kita teruskan membaca .......


Step 10 :

Tengok kod kat bawah ni....

<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://4.bp.blogspot.com/-yhu2UU8AyDQ/UoNdNvf2ZzI/AAAAAAAAGhc/f8qOoRp-SK8/s1600/Sophee.png), progress;}</style>

Saya dah highlight kan warna kuningMerah kat URL gambar cursor saya. Korang copy kod kat atas ni, tukarkan "URL" gambar cursor saya kepada cursor pilihan korang k.... :)

Lepas tu korang boleh dah paste kan ke bahagian widget korang di blog korang...

Macam kat bawah ni... lepas tu klik "SAVE" ... jangan lupa save nanti tak jadi.... hehehe....



Dah siap tutorial buat cursor... hehe... senang saja kan... ? Selamat mencuba dan lebih kretif :) Sebarang pertanyaan, boleh je tanya kat sini...saya reply. Atau add saya kat facebook : Sofinah Lamudin ...



P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Anda Mungkin Mahu Baca Ini

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Bazaar Ramadhan (1) Beats Pill (1) Begleri (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (16) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (37) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (82) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (124) Favourite Song (27) Fidget Spinner (1) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Hand Spinner (1) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (4) Header (1) Headset (1) Hobi (8) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kashaka (1) Kawan (17) Keluarga (15) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (4) Kreatif (16) Kundasang (1) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Permainan (1) Personaliti (7) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (19) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (11) Ramping dan langsing (1) Ranau (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (4) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (12) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Thumb Chucks (1) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)