Ketahui Personaliti,Kerjaya,Sikap, dan Kecenderungan Kita Melalui Kiraan Metafizik Tarilh Lahir

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Readers, Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je k...

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

Rahsia Solat 5 Waktu

Assalammualaikum.

Saya nak kongsi mengenai Solat 5 Waktu ini. Semoga ilmu ini akan terus menyedarkan kita untuk Solat ON TIME :) Amin.



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Sumber : Ustazrazi


With Love,



Saturday, March 22, 2014

Mulakan sekarang. Jangan Tunggu.

Assalammualaikum.

Mutiara kata hari ini :)

Semoga kita adalah dalam kalangan yang memiliki banyak idea lalu setiap idea digerakkan dan dicuba.
Semoga kita adalah dalam kalangan yang mempunyai akal,kesihatan dan kudrat yang baik lalu kita gunakan dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah.
Semoga kita adalah orang-orang yang mempunyai impian lalu dimulakan segera.

"Setiap perjalanan dimulakan dengan langkah pertama..jangan tunggu sehingga masa meninggalkan kita begitu sahaja..mulakanlah langkah pertama dan bertindaklah sekarang walaupun sedikit demi sedikit daripada tidak bermula langsung.." 




P/S : Thanks Encik Tunang yang selalu memberi semangat jatuh dan bangun :)


With Love,



Friday, November 15, 2013

Koleksi IK Inspirasi Kejayaan Irfan Khairi

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Minggu lepas, saya tempah majalah IK pakej "Big Sale" yang pihak IK promo.. Untuk matlumat lanjut, boleh baca infonya kat BIG SALE (Klik untuk baca).

Dan sekarang juga siap ada promotion beli satu percuma satu untuk keluaran Majalah IK yang lepas-lepas. BEST KAN ? Beli online murah dan berbaloi-baloi tau! ^_^ Tambah-tambah kalau kita beli barang yang berbaloi untuk kita. Boleh baca infonya kat Beli Satu Percuma Satu (Klik untuk baca).

Majalah IK bukan macam majalah hiburan semata-mata, Majalah IK mengandungi motivasi dan tips perniagaan. Jadi kalau nak buat koleksi Majalah ni, untuk bahan bacaan berulang kali, memang bagus! :)

Pengasas Majalah IK atau penuhnya Inspirasi Kejayaan ini ialah Irfan Khairi. Sebut huruf "I" dan "K" pun orang dah tahu siapa kan...

Majalah yang saya tempah ni, dah pun sampai ke rumah saya. Terima kasih pihak IK yang memberi servis yang baik dan murah...hehehe...





Sejujurnya, kalau boleh saya tak nak terlepas mana-mana keluaran Majalah IK pun. Hehehe... In Shaa Allah ada rezeki lagi, saya tempah untuk setahun terus!....Boleh baca infonya kat LANGGAN SETAHUN (Klik untuk baca).


BELI ISU #13 , PERCUMA ISU #12

ISU #1 HINGGA #7

BACA jangan tak BACA..

Tengok... Teddy Bear pun nak baca juga.

"JADI KAN MEMBACA AMALAN HARIAN KITA , Selamat Menuntut Ilmu..."


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Thursday, November 14, 2013

Tetapkan Pendirian dan Niatkan Kerana Allah

Assalammualaikum Readers dan rakan-rakan blogger,





Hari ni dah 14 November 2013. Jadual saya dah di-ter-beng-ka-lai-kan sejak beberapa hari lalu.



Puncanya adalah...saya masih dalam keadaan yang belum berdisiplin! oh ini sungguh mengharukan mengecewakan diri sendiri!

Apa itu disiplin ? jika kemahuan kuat untuk berdisiplin , tak cukup, kena berlatih buat dan buat dan buat. Adakah itu cukup? Jawapannya, TIDAK. Kenapa .?

Saya nak cakap kat sini soal dalaman kita. Kadangkala, dalaman kita sangat weak. WEAK! tak dapat kena kacau sikit, dia jadi weak. Nak tahu kenapa ? kekuatan kita adalah kelemahan kita. Apa saya cakap ni ?

Oke macam ni. Kita kena pisahkan "kekuatan" kita dengan "kelemahan" kita sekarang supaya kita tidak akan weak bila kekuatan kita terganggu. Bila kekuatan kita terganggu dengan sesuatu, maka kelemahan akan turut join sekaki. So, mula lah malas balik. Mula lah malas buat. Mula tidur berjam-jam. Mula lah termenung jauh-jauh. Mula lah dengar lagu dari pagi sampai petang. Mula lah lupa kerja apa kena buat. Mula lah pakaian tak basuh seminggu. Mula lah bilik betabur macam kena tsunami. Mula lah malas pakai make-up. Mula lah malas nak pakai baju. Ehh?! tak senonoh lah! Saya bagi contoh satu,

Kalau kembar siam, gabung satu kepala, bila sakit kepala kedua-duanya akan rasa! Lebih kurang macam tu lah.

Sila pisahkan kekuatan anda dengan kelemahan anda sekarang juga! Jadi, saya sebenarnya sudah mengalami masalah ini. Ini adalah serius! maydey maydey...!!



Apa yang membuatkan saya lemah? Apa yang membuatkan saya malas? apa yang membuatkan saya melupakan kerja-kerja saya? SEMUANYA PERLU SAYA TOLAK TEPI SEKARANG JUGA!

Alaa... Susah saja nak cakap panjang. Kalau letak kekuatan kita pada Tuhan, ombak badai besar mana pun datang, kita tetap dengan pendirian kita.

Bila kelemahan datang, zikir banyak-banyak. Lupakan saja. Lepas kan saja. Lepas tu sambung buat kerja. no hal punya lah. :)



Mulai hari ni, jadual saya ni, adalah sebab pendirian saya. Sebab memang saya mahu dan memang saya suka. Maka apapun buat saya "weak" , sedih , kecewa , maka kerja saya lah nombor satu. Sebab kerja saya, adalah pendirian saya. Pendirian saya adalah kekuatan saya. Kekuatan saya hanya kerana Tuhan.



Semoga Allah memberkati kita semua. Amin.


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Sunday, November 10, 2013

4 Days Left but BORED words made my days blaa blaa

THE REASON : I HATE "BORED" WORDS.


LABUAN, 10 NOVEMBER 2013. Seorang perempuan yang baru mencari bidang baru untuk dirinya telah mengangkat kaki nya berulang kali ke atas meja. Lalu diturunkan semula kemudian melihat ke kiri dan ke kanan mencari ada atau tidak lembu bertindik hidung akan lalu di depan mukanya yang 'terjatuh' pada hari ini.

Beliau juga telah membelek buku yang ada di dalam ofis kecilnya dari muka surat ke muka surat sehingga habis yang hanya berisi satu patah perkataan sahaja iaitu :





Sungguh tidak tahu apa yang ada di dalam perkataan tersebut sehingga dia mampu membacanya sehingga muka surat yang terakhir.

Kemudian, beliau mengecas telefon bimbitnya yang berbunyi, "text message" sepanjang masa daripada celcom dan dia sangat merasa gembira lantaran menekan-nekan telefon bimbitnya sehingga kehabisan bateri lagi.

Perempuan ini juga sudah ke dapur dan memakan semua yang ada di dapur sehingga yang tinggal hanyanya sisa tulang ayam di dalam tong sampah yang bercampur dengan lampin budak.

Beberapa budak yang keriangan di luar ofisnya sangat membuatkan beliau merasa mukanya bertambah bingung apabila yang di riangkan hanyalah, sekeping sapu tangan yang bertulas "ANAKKU".

Menurut beliau, "Saya sudah tidak tahu mana satu yang saya nampak pada gelas tersebut. Sama ada separuh berisi air atau separuh kosong..Saya juga merasakan bahawa air suam yang saya minum pagi tadi terdapat perasa strawberi dan anggur yang sudah basi. Mungkin juga, selepas ini, muka awak akan menjadi seperti shrek sebentar lagi..." Kata beliau sambil ketawa terbahak-bahak sambil membuangkan semua sisa daging mentah ke dalam tong sampah kecil - BERNAMA.







4 DAYS LEFT
BUT..
I HAVE DOING...
NOTHING...

NOTHING TO SAY..
oh nothing to say...
nothing
tooooo
sayyyy...
nothing to say...

ohhh~

BORED LIFE BEGIN FROM BORED FELT.
Don't try this at home!
Please READ this for more informations : READ THIS

oh please~


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Sunday, October 27, 2013

Pelaburan Rumput Dan Padi Menuju Kekayaan Abadi

Assalammualaikum Readers and Bloggers,

Dalam zaman yang menekan kita kini, kita sering SENTIASA sibuk dengan urusan dalam mengasah bakat, potensi dan apa sahaja yang berkaitan dalam bidang yang kita sedang ceburi atau yang sedang kita akan ceburi.





Banyak sangat perkara yang perlu dikejar dan banyak sangat pengorbanan demi pengorbanan yang perlu kita lakukan lantaran masa tidak akan pernah menunggu kita.

Kita sibuk dengan dunia kita untuk menjadi kaya. Kita sibuk dengan dunia kita untuk menjadi hebat. Kita sibuk dengan bidang masing-masing. Doktor sibuk dengan hal-hal pesakit, ubat-ubatan dan apa sahaja mengenai penyakit. Ahli saintis sibuk menguji itu dan ini. Programmer sibuk dengan sistem komputer dan sebagainya.



YES! Kita sememangnya banyak potensi diri. Kita sememangnya mempunyai bakat tersendiri dalam apa sahaja bidang yang kita suka dan memang sudah takdir untuk kita.

Kita menalaah banyak buku-buku dalam bidang kita. Kita menghabiskan masa untuk menjadi seorang Jutawan, untuk menjadi seorang doktor, untuk menjadi seorang usahawan, untuk menjadi ahli kerajaan, dan apa sahaja cita-cita.

Tapi,

Pernahkah kita untuk belajar untuk menjadi seorang isteri yang baik? Suami yang baik? Ayah yang baik ? Hamba Allah yang beriman atau anak yang bertanggungjawab ?

Berapa buah buku kah yang kita ada dalam bidang ini ?

Berapa kalikah kita membaca hal seperti ini dalam seharian kita ?

Pernahkah syarikat anda mengajar hal-hal keluarga dan kasih sayang untuk anda ?

Pencapaian ini tidak ada anugerah di dunia. Mungkin ramai yang lupa lantaran mengejar dunia yang penuh tipu daya.

Semoga kita mampu mengimbangi masa kita. AMIN.




Artikel Berkaitan : Keseimbangan ILMU DUNIA DAN AKHIRAT.


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Friday, October 25, 2013

Antara Bas, Penumpang dan Pemandu

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,



BAS DAN PENUMPANG

Ramai manusia zaman kini lebih suka menunggu bas. Betulkan ? Ramai yang sanggup menunggu bas di perhentian bas walaupun bas tidak pernah kelihatan. Atau mungkin juga akan tetap menunggu bas itu walaupun tahu bas itu tidak akan kunjung tiba!

Tahukah anda bahawa manusia yang bersikap menunggu bas ini adalah seramai 98% ? hanya 2 % sahaja yang tidak pernah mahu menunggu bas. Mereka memilih untuk ke destinasi yang mereka impikan atau hajati dengan sendiri tanpa menunggu bas. Mungkin juga hanya berjalan kaki. Mungkin lambat tetapi adakah berbaloi menunggu bas yang tidak akan kunjung tiba berbanding berjalan kaki ?

Menunggu bas yang saya maksudkan di sini adalah simbolik kepada menunggu orang lain lakukan untuk kita. Manusia zaman kini lebih suka menunggu orang lain melakukan sesuatu untuk kita. Lebih suka menunggu orang lain mendapatkan sesuatu untuk kita. Erti kata lain adalah bergantung dengan orang lain. Terlalu bergantung dengan orang lain. Adakah itu adalah jalan yang betul untuk kita pilih ? Adakah kita akan dapat sesuatu yang kita mahu atau yang kita maksudkan tepat daripada orang lain ? JAWAPANNYA ADALAH TIDAK SAMA SEKALI!!!!!

Berusahalah untuk sesuatu yang kita inginkan. Berusahalah berubah untuk diri sendiri. Berusahalah mencapai impian menjadi kenyataan kerana tidak akan ada sesiapa yang akan lakukan untuk diri kita selain diri kita sendiri.



PEMANDU BAS DAN PENUMPANG

Jika anda melakukan sesuatu, jadilah PEMANDU BAS. Jangan menjadi PENUMPANG BAS.

Terlalu ramai manusia yang lebih suka menjadi penumpang berbanding menjadi pemandu bas kerana, jika tidak ada sesiapa yang mahu ikut bas, maka tidak akan ada yang berani naik ke atas bas itu untuk mengikut pemandu bas itu ke destinasi. Walaupun destinasi yang hendak dituju adalah sesuatu yang lumayan atau sesuatu yang indah.

Jadilah Pemandu bas. Jangan menjadi Penumpang bas kerana jika tidak ada sesiapa pun yang mahu mengikut anda ke destinasi yang indah  atau lumayan atau membawa kebaikan itu, anda tetap akan pergi ke destinasi itu walaupun anda bersendirian dalam perjalanan anda. Percayalah bahawasanya, dalam perjalanan anda membawa bas itu, akan ada yang naik ke bas anda untuk bersama anda ke destinasi. Mungkin ada yang akan turun semula di separuh perjalanan tetapi yakinlah pasti ada yang akan bersama anda ke destinasi itu kelak. Teruskan saja perjalanan anda!

Penumpang dan pemandu bas yang dimaksudkan di sini adalah simbolik untuk satu perniagaan berangkaian atau perniagaan yang memerlukan pasukan. Mungkin juga boleh digunakan simbolik ini dengan bidang atau sesuatu yang sesuai.Di mana seorang pemimpin yang akan tetap akan memimpin walaupun tidak ada sesiapa yang mahu menurut kebaikan yang anda cuba sampaikan kepada mereka. Pemandu bas berhak berjaya walaupun tidak ada penumpang yang bersamanya. Jika anda memilih untuk menjadi penumpang, anda akan turun daripada bas itu. Jika anda adalah pemandu bas, anda akan terus berjalan dan akan mencapai hasrat anda kerana tidak menunggu orang lain. Anda akan terus membuat apa yang anda patut lakukan untuk anda sendiri!

Pernahkah anda berimpian untuk membuat sesuatu bersama rakan-rakan anda ? Pernahkah anda mahu mendapatkan kerjasama bersama orang lain ? Pernahkah anda bercita-cita untuk mempunyai kumpulan yang melakukan perkara sama bersama anda? Mungkin dalam apa sahaja jenis perniagaan, anda sememangnya perlukan pasukan.

Namun, untuk mendapatkan pasukan yang ramai, boleh dipercayai dan mempercayai anda bukan sesuatu yang boleh dikatakan senang seperti memetik jari!

Mungkin ada satu situasi yang pernah anda lalui, di mana anda telah banyak melakukan sesuatu pekerjaan bersama seorang yang anda gelar sebagai rakan perniagaan anda tetapi perkara itu dihentikan serta merta kerana rakan perniagaan anda itu sudah tidak mahu melakukan perkara yang sama bersama anda. Mungkin juga rakan perniagaan anda tidak sama seperti anda yang kuat semangat? atau hangat-hangat tahi ayam? atau juga mereka kurang berminat untuk meneruskan apa yang pernah anda rancang bersama-sama sebelum ini.

Jika mereka tidak mahu melakukannya lagi. Anda jangan berhenti kerana impian anda akan tetap tercapai walaupun mereka tidak bersama anda...


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Thursday, October 24, 2013

Pemberi Sedekah VS Peminta Sedekah | Tipu atau Benar

Assalammualaikum Readers,

Sepanjang saya berada di mana-mana di area tanah air kita, Malaysia. Tidak kiralah di Labuan, Sabah, Kuala Lumpur dan di mana-mana. Kita sering kali akan didatangi oleh seseorang atau beberapa orang peminta derma atau sedekah atau meminta sumbangan dan sebagainya.

Kadang-kadang, bukan sahaja warga Malaysia yang datang, tetapi warga asing.

Jika kita tidak didatangi oleh mana-mana peminta sedekah atau derma atau sumbangan ini, pasti akan ada kita terlihat di mana-mana kaki lima atau tempat khalayak ramai yang duduk bersila dan memegang bekas untuk dimasukkan duit syiling atau berapa sahaja nilai wang yang sudi menderma atau memberi.

Pelbagai jenis yang pernah kita nampak bukan ? Kanak-kanak yang lusuh pakaiannya, seorang ibu yang mengendong seorang bayi, pakcik makcik kakak adik abang yang kurang upaya, orang yang tidak dianugerahkan penglihatan seperti kita dan macam-macam jenis manusia lagi.

Pasti semua orang berfikir-fikir bila datang seorang pakcik, "Assalammualaikum..." lalu tangannya menghulur sesuatu untuk kita. Lalu dia berkata lagi, "Berapa-berapa sahaja yang anak sudi..." . Apakah yang kita fikirkan ?

Pertama :

Pakcik ni tak mampu bekerja ke? Tengok macam sihat je. Apasal pula minta sedekah sana sini?

Kedua :

Betul ke tipu ni?

Ketiga :

Patut ke aku bersedekah dengan pakcik ni atau tidak?

...dan mungkin pelbagai lagi pemikiran yang muncul dalam benak kita.

Ada juga kanak-kanak yang mengaku bisu dan pekak. Sedang kusyuk melayan makan minum di sebuah restoren tiba-tiba seorang budak memberikan kad bertulis : "Kami daripada pusat kanak-kanak bisu dan pekak meminta sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan bagi mendapatkan sebuah penempatan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti kami.."

Pada kad tersebut, kadang-kadang tertulis nama organisasi, terdapat tanda tangan dan sebagainya untuk menarik orang percaya kepada mereka.

YANG PASTI, KITA SEMUA TERTANYA-TANYA SEPERTI INI : NAK BAGI, TAKUT KENA TIPU, TAK BAGI KASIHAN PULA.

Betul bukan ?

Soalan yang sama daripada beberapa orang yang berlainan pernah diajukan kepada kita, "Boleh percaya ke tu?"

Kita mungkin tidak hebat dalam menjawab persoalan sedemikian. Bagi kita, yang tahu hanyalah Tuhan sama ada mereka tipu atau tidak. Mereka tidak mampu atau tidak, hanya mereka dan Tuhan sahaja yang tahu kerana kita tidak mengenali mereka.. Jawapan kita sering akan berbunyi : "Tipu dosa, derma pahala.."

Jadi, apakah hukumnya jika memberi kepada si penipu? Apakah hukumnya bersedekah dalam keadaan kita tidak tahu mereka tipu atau tidak?

Bagi saya, saya tidak tahu mereka tipu atau tidak. Jika saya tahu mereka menipu, TERBUKTI MENIPU, saya rasa wajar untuk kita tidak memberi kerana kita menyokong mereka untuk terus menipu. Tetapi, persoalannya, bagaimana jika kita was-was dan tidak pasti??

Alhamdulillah, hari ini saya tergerak hati untuk mencari jawapan. Menurut Ustaz Azhar Idrus mengenai persoalan ini adalah :




"sekiranya kita tidak yakin sama ada peminta derma atau sedekah itu benar atau penipu, maka harus kita beri kepadanya. Sekiranya dia sebenarnya memang berhajat, maka kita dapat pahala sedekah dan sekiranya memang dia seorang penipu, maka kita dapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala kena tipu."

Syukur kepada hadrat Ilahi kerana :

  1. Kita masih berakal waras kerana kita tidak mahu menjadi penipu.
  2. Kita masih bertenaga dan mampu untuk berusaha mencari rezeki.
  3. Allah masih memberikan kita rezeki yang banyak hingga kita mampu memberi untuk mereka yang tidak berkemampuan.
  4. Allah membuka hati kita untuk bersedekah/menderma/memberi dalam keadaan kita juga bukan sekaya mana.
  5. Kita masih tidak berlagak sombong atau angkuh dengan apa yang kita ada.

"Selamat beramal sahabat sekalian. Mudah-mudahan amalan kita ikhlas dan diterima oleh-Nya.Amin.."


Sebesar-besar DOSA akan "Terhapus" dengan TAUBAT.
Sehebat-hebat amalan dan KEBAIKAN akan "Terhapus" dengan RIAK.



Entry Berkaitan : Hukum sedekah kepada orang kaya / penipu / pelacur.



P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Wednesday, October 23, 2013

Masa Sedikit Tetapi Kerja Kualiti

Assalammualaikum Readers,

Dalam kehidupan seharian kita, terlalu banyak perkara yang hendak kita lakukan tetapi tidak banyak masa yang boleh mengizinkan kita untuk melakukan semuanya serentak!



Dalam banyak-banyak perkara yang ada dalam senarai perlu dilakukan dalam seharian, hanya SATU atau DUA atau TIGA sahaja yang mampu kita lakukan. Bagaimana dengan EMPAT dan LIMA dan ENAM dan seterusnya ?

Izinkan saya berkongsi beberapa tips kepada pembaca sekalian. Dalam semua perkara yang perlu dilakukan di dalam senarai "MUST DO" kita pada setiap hari, kenal pasti perkara UTAMA yang perlu kita lakukan pada hari itu yang akan MENGHASILKAN sesuatu yang BESAR buat kita.

Dalam semua senarai itu, ada beberapa perkara yang mungkin, kita mesti lakukan juga tetapi hasilnya bukan sesuatu yang BESAR buat kita.

Jadi , apa yang harus kita lakukan untuk menjimatkan masa yang kita ada tetapi semua kerja tetap siap ?

Tips satu :

Pilih satu hingga tiga sahaja dalam senarai "MUST DO". Pastikan pilihan pertama adalah perkara yang akan menghasilkan perkara BESAR pada hari itu atau masa itu atau minggu itu atau bulan itu atau mungkin juga SEPANJANG HIDUP ANDA! Pilihan kedua pula adalah perkara kedua yang akan menghasilkan perkara BESAR dalam hidup anda atau misi anda. Pilihan ketiga pula adalah perkara ketiga penting!

Tips dua :

Senarai keempat hingga seterusnya, anda boleh lakukan sama ada :

  • Agihkan kepada orang lain.
  • Upah orang lain untuk lakukan.
  • Lupakan sahaja.
  • Hapuskan sahaja.
  • Tangguhkan hari lain sahaja.
Tips tiga :

Anda boleh melakukan pilihan SATU , DUA dan TIGA anda dengan aman kerana anda tidak perlu lagi memikirkan senarai yang lain. Anda boleh lakukan dengan lebih berkualiti kerana anda tidak perlu kejar masa untuk senarai yang lain. Lakukan yang terbaik!

Tips empat :

Upahkan kepada orang lain untuk jimatkan masa anda (Sekiranya situasi anda perlu mengupah). Tidak salah untuk mengupah orang lain dengan bayaran yang dipersetujui kedua belah pihak sekiranya anda boleh mendapat pendapatan yang lebih banyak dan lumayan dalam melakukan kerja nombor satu hingga tiga.

Berbaloi-baloi kerana :

  • Semua kerja dalam senarai siap oleh orang lain.
  • Semua kerja penting siap dengan kualiti dan tanpa gangguan.
  • Tidak perlu meluangkan masa yang banyak dengan kerja yang tidak mendatangkan impak besar kerana bekerja sendirian untuk semua kerja penting dan tidak penting membuatkan anda tidak ada masa untuk insan tersayang dan diri sendiri.

"MASA BERKUALITI UNTUK INSAN TERSAYANG DAN DIRI SENDIRI ADALAH MEMBAHAGIAKAN"

..........dalam masa yang sama,

"KERJA TETAP KUALITI WALAUPUN TIDAK MENGGUNAKAN MASA YANG BANYAK UNTUK PEKERJAAN"






P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Sepanjang Menikmati Kebosanan Kita, Kita Membazir Kebahagian Sedia Ada

Assalammualaikum Readers,

Adakah anda merasa bosan sepanjang hari ini ? Adakah anda merasa bosan kerana tidak tahu hendak melakukan apa yang patut pada hari ini ?

Itu maknanya, anda harus mengucapkan rasa syukur! Alhamdulillah.

Kenapa ?




...Kerana, merasa bosan adalah bermaksud anda mempunyai MASA YANG LAPANG hari ini. Apabila kita mempunyai MASA YANG LAPANG itu bermakna kita boleh melakukan apa sahaja yang kita suka atau melakukan apa sahaja yang kita tidak ada kesempatan untuk lakukan sebelum ini.

Ada pelbagai sebab mengapa kita boleh merasa bosan.


  1. Kita sudah biasa melakukan sesuatu aktiviti yang sama pada setiap hari hingga apabila perkara itu tidak ada pada hari ini, kita merasa bosan dan tercari-cari perkara itu.
  2. Kita sudah asyik melakukan perkara yang sama dan tidak pernah melakukan perkara lain.
  3. Kita tidak tahu harus melakukan apa kerana kita rasa kosong dan kabur.
  4. Kita sudah berusaha melakukan sesuatu dengan baik namun hasilnya tetap tidak pernah baik.

Kadang kala, memang kita akan merasa bosan apabila kita tidak melakukan perkara yang kita sudah biasa lakukan. Misalnya, seorang wanita yang sangat rajin bekerja akan merasa bosan pada hujung minggu kerana beliau tidak bekerja pada hari tersebut. Beliau merasa ada sesuatu yang kurang dan beliau merasa ingin pergi ke tempat kerja dan melakukan rutin harian yang sudah sebati dalam dirinya.

Tidak kah anda tertanya-tanya pada diri sendiri ? Mengapa kita perlu melakukan perkara sama pada hujung minggu sedangkan kita sememangnya akan melakukan perkara yang biasa kita lakukan selama enam hari ? adakah kita perlukan lakukan perkara itu pada hujung minggu yang berharga itu ? Ambil lah peluang yang ada untuk digunakan melakukan perkara lain seperti berkelah dengan keluarga. Keluar menonton wayang dengan kekasih atau pergi bersenam di taman rekreasi. Tidak ada istilah bosan dalam hidup jika kita tahu mengisi masa yang berharga dengan betul.

Segelintir manusia merasa bosan kerana melakukan perkara sama setiap hari atau sepanjang masa. Itu bermakna kita terlupa untuk mencuba sesuatu yang baru atau kita takut untuk mendapat sesuatu yang lain kerana tidak mahu merasa susah untuk bermula dari bawah semula. Jika anda merasa bosan dengan perkara yang sama dilakukan pada setiap hari, kemungkinan juga anda tidak membuat pembaharuan cara anda melakukannya. Cuba lah sesuatu yang kretif agar tidak merasa bosan dengan perkara itu.

Ada juga golongan yang kabur dan kosong untuk melakukan sesuatu. Dia merasa bosan setiap hari walaupun banyak perkara yang boleh dilakukan depan mata. Hal ini kerana kemahuan dan matlamat golongan ini tidak jelas. Kita perlu mencari kemahuan diri untuk kita bangun melakukan sesuatu perkara. Matlamat juga harus jelas. Jika tidak jelas maka, akan timbul perasaan "Mengapa harus lakukan ini?" YA! Mengapa kita harus lakukan itu ? Jika kita tahu mengapa kita lakukan sesuatu, kita akan lakukan sesuatu.
Jika kita tidak tahu mengapa kita lakukan itu, maka kita tidak akan melakukan apa-apa.

Apabila kita merasa bosan selepas mencuba dan berusaha melakukan sesuatu, tetapi hasilnya tetap tidak memberangsangkan, itu bermakna, kita perlu berehat sebentar. Selepas berehat, kita jangan terus lakukan perkara tadi. Tetapi fikirkan strategi atau rancang sesuatu yang baru dan dapatkan maklumat kenapa sesuatu yang kita lakukan atau usahakan tidak berhasil. Kita akan bertambah membuang masa jika kita terus lakukan dan lakukan tanpa berfikir. Melakukan sesuatu tanpa berfikir adalah punca segala masalah. Jika masalah semakin banyak yang timbul, itu akan membuatkan kita merasa bosan.

Walau bagaimana pun, 

Wujud juga segelintir orang yang bosan berada di mana-mana hingga orang disekelilingnya juga turut bosan mendengar perkataan "BOSAN" dari mulutnya. Elakkan menyebut perkataan bosan kerana :-

  1. Kita mungkin akan membuat seseorang yang bersama kita salah sangka dan memikirkan bahawa dia yang membuatkan kita merasa bosan.
  2. Kita mungkin akan membuat seseorang yang bersama kita merasa meluat kerana tidak pernah berhenti merasa bosan sedangkan sudah cuba menghiburkan kita.
  3. Kita mungkin akan dianggap sebagai orang yang tidak tahu bersyukur kerana asyik merungut itu dan ini membosankan sedangkan kita tahu ada lagi orang lain yang hidupnya lebih tidak bahagia.
  4. Kita mungkin akan lupa menghargai diri sendiri kerana tidak tahu untuk gembira ketika sendirian.
  5. Kita mungkin akan mengundang ketidakbahagiaan bersama pasangan kelak kerana tidak tahu merasa bahagia sebelum mempunyai pasangan.
Walau apa pun alasannya, buanglah perasaan bosan dan jangan amalkan menyebut perkataan bosan kerana hidup ini singkat. Merasa bosan hanya akan membuang masa kita dan melambatkan kita untuk merasa bahagia.



BELAJARLAH BAHAGIA SEKARANG DENGAN APA ADA NYA. ALHAMDULILLAH!






P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Sunday, October 20, 2013

Bersyukur Setiap Hari

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Alhamdulillah sebab hari ni saya masih boleh menulis blog ni dan memberi peringatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan dunia maya.

Alhamdulillah, Syukur segala yang ada. Alhamdulillah kerana masih ada kudrat untuk berusaha untuk apa yang belum ada. :)



P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

RODA KEHIDUPAN

Hidup ni seperti RODA.
Bila kita berada di atas, kita jangan lupa, kita tidak akan berada di atas selamanya.
Bila kita berada di bawah, kita jangan lupa, kita tidak akan berada di bawah selamanya.
Jika tiba masa kita di atas, jangan sombong jangan alpa dan lupa diri. Tetapi terus melakukan kebaikan kepada orang lain dan insan yang ada disekeliling kita.
Jika tiba masa kita di bawah, siapa sangka insan yang ada di sekeliling kita itu lah akan akan membantu kita pula.

#TheSecret

1. Orang buat jahat balas baik.
2. Orang buat baik balas baik.
Jadi yang kembali kepada kita adalah yang baik-baik.

-Karma-





P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Saturday, October 19, 2013

"Highlight" Ketika Menalaah "Eat That Frog!" Page 1 until 10

Its TIME to READ! and...LEARN!

"Alasan terbesar bagi sikap suka bertangguh dan kurangnya motivasi adalah minat yang keliru dan kabur tentang apa yang mahu dilakukan, bagaimana caranya, dan mengapa kita melakukannya. Kita harus keluar daripada situasi ini. Kita perlu berusaha dengan segala kekuatan yang kita ada bagi mencari PANDANGAN YANG JELAS tentang MATLAMAT dan tugas terbesar kita.."

"Sebelum kamu mula berlumba-lumba menaiki tangga kejayaan, pastikan tangga itu tersandar pada bangunan yang betul." - Stephen Covey

"Matlamat atau tujuan yang tidak ditulis hanyalah sebuah keinginan atau fantasi. Tiada tenaga di belakangnya. Matlamat yang tidak tertulis membawa kepada kekeliruan, kekaburan, salah arah, dan banyak kesilapan"

"Dengan matlamat bertulis dan pelan yang tersusun, kita menjadi lebih produktif dan efisien berbanding orang yang hanya melakar matlamat mereka dalam minda."

"Matlamat adalah bahan bakar kepada roket pencapaian.."

"Bertindak tanpa berfikir adalah sumber masalah!"

Note : Page 1 until 10.
Thanks to : Eat The Frog, by Brian Tracy



P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Cara Yang Hebat Untuk Berjaya adalah Berfikir di Atas Kertas

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Di bawah merupakan senarai FORMULA HEBAT bagi menetapkan matlamat dan mencapai matlamat yang kita mahukan. Formula ini dapat kita gunakan sepanjang hayat kita. Formulanya hanyalah tujuh langkah yang mudah. Langkah-langkah ini mampu menggandakan produktiviti kita sehingga TIGA KALI GANDA! . Berikut adalah tujuh langkah tersebut :


  1. Tentukan apa sebenarnya yang kita mahukan.
  2. Tulis.
  3. Tetapkan tarikh akhir dan sub-tarikh akhir sekiranya perlu bagi mencapai matlamat kita.
  4. Buat senarai semua perkata yang kita fikir kita pasti lakukan bagi mencapat matlamat kita.
  5. Atur senarai itu dalam satu pelan.
  6. Bertindak serta-merta.
  7. Bertekad melakukan perkara-perkara yang dapat membawa kita kepada matlamat kita pada setiap hari.

Thanks to : Eat That Frog, by Brian Tracy.




P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Makan Katak Itu! [Tugasan 1] - Eat That Frog By Brian Tracy

[1] Buat satu senarai yang mengandungi 10 matlamat yang yang kita mahu capai pada tahun hadapan di atas kertas. Tulis matlamat-matlamat ini seolah-olah kita sudah berada di hujung tahun dan tahun baru akan menjelang tidak lama lagi.

Tuliskan dalam bentuk kata kerja dan kata nama pertama (Saya) supaya lebih jelas! dan pastikan menulis matlamat anda dalam kata yang positif sahaja.

Contoh ayat positif : Saya menunaikan solat 5 waktu tepat pada masanya.

Contoh ayat negatif : Saya tidak akan meninggalkan solat 5 waktu.


Contoh senarai matlamat yang boleh anda contohi dan merupakan senarai matlamat saya sendiri :


  1. Saya menunaikan Solat 5 waktu yang berkualiti (Solat tepat waktu).
  2. Saya menguasai banyak ilmu Internet Marketing yang banyak dan mengajar/membantu orang lain dalam bidang ini.
  3. Saya menunggang skuter comel.
  4. Saya mendapat pendapatan pasif dan berterusan mencapai pendapatan puluhan ribu ringgit hingga minimum RM10,000 sebulan.
  5. Saya kembali ke bisness kesukaan setelah mendapat pendapatan pasif dan berterusan dalam Internet Markerting dan mencapai dua kejayaan dalam dua perniagaan berbeza.
  6. Saya sudah berkahwin bersama Mohd Nasyit Md Nooh.
  7. Saya menggunakan kamera DSLR bernilai RM5,000 dan ke atas.
  8. Saya mempunyai lesen kereta dan membeli kereta.
  9. Saya mempunyai ofis sendiri untuk menjalankan perniagaan saya dengan mudah dan selesa bersama rakan perniagaan.
  10. Saya berpenampilan yang kemas, bekerjaya dan menarik.

[2] Pilih salah satu matlamat yang boleh membawa IMPAK BESAR yang positif kepada kehidupan kita!

"Saya mendapat pendapatan pasif dan berterusan mencapai pendapatan puluhan ribu ringgit hingga minimum RM10,000 sebulan."

[3] Tulis kan pilihan matlamat yang sudah dipilih di atas kertas yang berasingan dan pecah-pecahkan pelan anda untuk matlamat yang sudah dipilih.

[4] Tuliskan matlamat-matlamat anda, tidak kira apa pun di dalam kertas yang berasingan. Tetapkan tarikh akhir, buat perancangan dan bertindak segera.Lakukan apa sahaja setiap hari yang boleh membawa kita ke arah matlamat itu. Latihan ini mampu mengubah kehidupan kita!


Thanks to : Eat That Frog, Brian Tracy.



P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

My CHAMPION Life [Part 2]


CHAMPION UNDER CONSTRUCTIONS


Under Constructions for my Monday until Friday
Not Complete Yet








P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Anda Mungkin Mahu Baca Ini

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Bazaar Ramadhan (1) Beats Pill (1) Begleri (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (16) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (37) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (82) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (124) Favourite Song (27) Fidget Spinner (1) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Hand Spinner (1) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (4) Header (1) Headset (1) Hobi (8) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kashaka (1) Kawan (17) Keluarga (15) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (4) Kreatif (16) Kundasang (1) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Permainan (1) Personaliti (7) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (19) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (11) Ramping dan langsing (1) Ranau (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (4) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (12) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Thumb Chucks (1) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)