Ketahui Personaliti,Kerjaya,Sikap, dan Kecenderungan Kita Melalui Kiraan Metafizik Tarilh Lahir

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Readers, Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je k...

Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Sunday, January 17, 2016

The 5th Wave movie : Misi menghantar Teddy Bear ke pangkalan tentera.

Assalammualaikum bloggers and readers,

14 Jan 2016, movie The 5th Wave release di panggung wayang, right? My husband excited nak tengok ni dari kami kat Kota Kinabalu lagi. Terbawa-bawa excited ke Labuan.

Semalam, kami we free tima and ada mood nak keluar rumah, so misi kami semalam is "THE 5TH WAVE".

Korang dah tengok movie ni? Kalau sudah, pasti korang faham kenapa tajuk entry saya ada "Misi menghantar teddy bear ke pangkalan tentera". Dan kepada yang belum menonton, boleh tengok trailer dulu kat bawah ni.



Macam mana? gempak?! yess!




SINOPSIS "THE 5TH WAVE"

Sinopsis [Part 1]
Dalam movie #THE 5TH WAVE" ni, watak utama adalah seorang budak perempuan yang masih bersekolah menengah bernama Cassieophia (sempena nama gugusan bintang). Dia mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Sam Sullivan.

Cassie dan keluarga tinggal di Ohio dengan bahagia dan normal. Namun, pada suatu hari mereka didatangi oleh makhluk asing yang mereka gelar sebagai "The Others". Hari pertama "The Others" datang ke bumi, mereka berada di merata tempat di seluruh dunia. Ohio? Jelas sekali kapal makhluk asing tersebut berada di atas Ohio. 10 hari selepas kedatangan "The Others" ke bumi, tiada apa-apa amaran atau pesanan daripada "The Others". Senyap. Tiba-tiba, wujud satu keadaan yang menyusahkan penduduk seluruh dunia dengan segala sumber air dan elektrik dimatikan. Tidak berfungsi sama sekali! Itu dipanggil sebagai "The 1st Wave" . Cassie dan Sam, terpaksa mengambil air daripada tasik yang ada di kawasan mereka tinggal untuk meneruskan keperluan air mereka.

Kemudian, muncul "The 2nd Wave" iaitu tsunami atau bencana alam seperti gempa bumi. Di Ohio? hanya tasik yang perlu dirisaukan. Di laut? sudah pasti tsunami besar. "The 2nd Wave" sudah ramai manusia yang mati lantaran bencana alam tetapi "The Others" belum mahu berhenti lagi. Mereka meneruskan dengan "The 3rd Wave".

"The 3rd Wave" ialah mewujudkan virus daripada burung. Virus ini menular keseluruh Ohio dan seluruh bumi. Di sini, lebih ramai lagi yang tidak mampu bertahan. Wanita, kanak-kanak, lelaki dan sesiapa sahaja mati dengan virus ini. Termasuklah ibu kepada Cassie. Ibu Cassie mati kerana virus ini kerana ibunya adalah salah seorang jururawat yang bertugas untuk mengawasi pesakit-pesakit yang terkena virus.

Sejak hari itu, tinggallah Cassie dan Sam bersama ayahnya. Mereka pergi ke kem pelarian untuk berlindung daripada "The 4th Wave". Wave keempat adalah "The others" menyerupai seperti manusia dimana manusia tidak mampu mengenal "The Others" kerana mereka sama sahaja seperti manusia.

Timbul situasi kesukaran untuk mempercayai sesiapapun. Manusia berbunuhan sesama sendiri kerana masing-masing tidak mampu mengenal "The Others". Siapakah "The Others" ?

Di Kem pelarian tersebut, tiba-tiba mereka didatangi oleh askar-askar dari Amerika Syarikat dengan kereta kebal dan bas sekolah yang besar lebih dari sebuah bas. Cassie hairan bagaimana mereka boleh menghidupkan enjin kereta sedangkan elektrik dan apa sahaja teknologi sudah dimusnahkan oleh "The Others". Siapa kah askar-askar tersebut?

Askar tersebut mengaku bahawa mereka mahu menentang "The Others" sebelum kemunculan "The 5th Wave". Dalam briefing, kanak-kanak dan remaja diminta untuk menaiki bas sekolah dan orang dewasa diminta berkumpul ke dewan makan. Kanak-kanak yang menaiki bas akan dihantar ke pangkalan tentera untuk dilindungi.

Di dewan makan, mereka mendapati terdapat seorang "The Others" di dalam dewan tersebut lalu mereka semua mengeluarkan pistol masing-masing dan.........they killing each other! termasuklah ayah kepada Cassie dan Sam.

Jadi, dimanakah Cassie dan Sam?

Sinopsis [Part 2]
Cassie dan Sam diminta naik ke sebuah bas sekolah untuk dihantar ke pangkalan tentera. Ayahnya terpaksa melepaskan mereka menaiki bas tersebut. Cassie dan Sam kesal terpaksa akur dengan keputusan ayahnya untuk tinggal di kem tersebut bersama orang dewasa yang lain.

Di dalam bas, Sam memberitahu kakaknya bahawa patung teddy bearnya tertinggal di dalam khemah. Sam terlalu sedih tanpa teddy bear tersebut dan dia mahu mengambil teddy bear tersebut sebelum bas itu bertolak dari situ. Cassie yang terlalu sayang kepada Sam tidak mahu adiknya kemana-mana dan meminta Sam menunggunya di dalam bas sementara dia mengambil teddy bear tersebut.

Semasa Cassie mengambil teddy bear Sam. Bas tiba-tiba bertolak meninggalkan Cassie. cassie cemas dan mengejar bas tersebut dan Sam di dalam bas tersebut menjerit-jerit nama kakaknya. Namun, Cassie tidak berjaya mengejar bas tersebut dan Cassie mencari ayahnya.

Cassie ke dewan makan dan melihat ayahnya di dalam dewan. Cassie cemas apabila melihat keadaan didalam dewan begitu kecoh. Ayahnya sempat menjerit kepada Cassie menyuruhnya lari. Cassie terlihat orang dewasa di dalam dewan itu bertembak-tembakan dan melihat sendiri ayahnya mati ditembak lalu Cassie pun lari ke hutan yeng berdekatan sambil menangis.

Selepas tentera-tentera itu meninggalkan kem pelarian, Cassie kembali ke kem tersebut mencari ayahnya di dewan makan. Malangnya, ayahnya memang sudah mati. Cassie tidak boleh berbuat apa-apa lalu pergi dari situ. Sebelum pergi, Cassie sempat mengutip semula teddy bear adiknya lalu dimasukkan ke dalam beg galasnya. Selain itu, Cassie juga mengambil senapang kepunyaan seorang askar yang sudah mati di situ.

Cassie ke hutan, tanpa haluan.

Sinopsis [Part 3]
Sam yang sudah dibawa ke pangkalan tentera, dijadikan askar bersama kanak-kanak lain. Di sana, Sam berjumpa dengan Ben Parish. Ben Parish adalah seorang budak lelaki yang terkenal di sekolah kakaknya. Cassie adalah salah seorang peminat Ben Parish. Ben Parish dijadikan ketua skuad di sana untuk misi membunuh "The Others". Panggilan bagi Ben di pangkalan adalah "Zombi".

Semasa di pangkalan tentera, semua kanak-kanak akan diberikan alat pengesan ditengkuk mereka. Mereka juga diajarkan bagaimana untuk mengenal "The Others" dengan mudah sedangkan rupa "The Others" adalah sangat sama seperti manusia.

kanak-kanak diajar menembak, mereka berlatih seperti askar-askar dewasa termasuklah Sam.

Sinopsis [Part 4]
Cassie berjalan jauh untuk ke pangkalan tentera agar boleh mendapatkan adiknya semula. Namun, ketika Cassie berada di kawasan jalan raya yang banyak mayat bergelimpangan dan banyak kereta rosak disekelilingnya, kaki Cassie ditembak oleh "The Others" menggunakan senapang sniper. Lalu Cassie pengsan.

Apabila Cassie bangun, dia mendapati, dia diselamatkan oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut bernama Evan Walker. Disebabkan keadaan agak sukar untuk mempercayai sesiapapun, adalah mustahil bagi Cassie untuk mempercayai Evan walaupun sudah menyelamatkan nyawanya.

Walau bagaimanapun, lama kelamaan, Cassie percaya kepada Evan dan mereka bersama-sama ke pangkalan tentera untuk mendapatkan Sam semula. Dalam perjalanan mereka ke pangkalan tentera, Cassie dan Evan ditemui oleh "The Others". Dalam pertempuran Evan dengan "The Others", Cassie mendapati bahawa Evan adalah salah seorang daripada "The Others"!

Evan cuba untuk menyakinkan kepada Cassie bahawa dia tidak merbahaya kerana dia sangat menyintai Cassie. Dia adalah manusia dan makhluk asing. Dalam keadaan yang sukar untuk memberi apa pun keputusan, Cassie meninggalkan Evan di hutan dan dia pergi ke pangkalan tentera sendirian.

Sinopsis [Part 5]
Di pangkalan tentera, Ben Parish dengan nama gelarannya "Zombi" diarahkan membawa skuadnya ke medan perperangan. Oleh hal yang demikian, mereka membuat persiapan dengan berlatih dan belajar menembak daripada seorang perempuan yang lasak bernama Ringer.

Pada hari mereka untuk dihantar berperang, Ben Parish sempat mengikat Sam di tandas agar dia tidak dihantar ke medan perang bagi melindungi budak kecil itu. Ben tidak sampai hati untuk membawa Sam bersamanya ke medan perang.

Di medan perang, mereka diberikan alat seperti helmet yang dilengkapi dengan kanta yang boleh melihat otak "The others" yang berwarna hijau dan seperti serangga parasit di dalam kepala mereka. Jika di medan perang tersebut mereka terlihat manusia yang di dalamnya terdapat parasit tersebut, maka Ben akan mengarahkan skuadnya menembak.

Disebabkan "The others" terlalu ramai diluar sana, Ringer membuat helah agar semua skuad berjaya masuk ke kawasan yang sesuai untuk bersembunyi. Di tempat persembunyian mereka, Ringer mengamuk dengan keadaan mereka yang dijadikan sebagai askar. Menurut Ringer, hal tersebut adalah melampau dan tidak masuk di akal langsung. Bagi Ringer, kanak-kanak bukan dilindungi tetapi mereka dijadikan alat untuk perperangan sedangkan Voch (Ketua Askar di Pangkalan Tentera) boleh membuang bom sahaja di kawasan "The Others" jika benar-benar mahu membunuh "The Others" tersebut. Ringer turut mempersoalkan mengapa mesti kanak-kanak yang dihantar untuk membunuh "The Others"?

Dalam pertengkaran Ringer dengan Ben Parish di tempat persembunyian mereka, Ringer mengerat tengkuknya yang ditanam alat pengesan itu lalu dikeluarkannya. Dia merasa seperti dipergunakan oleh Voch. Ketika alat pengesan ditengkuk mereka dikeluarkan, semua skuad terkejut apabia melihat kepala Ringer ada parasit hijau! Lalu semua skuad mengacukan senapang ke arah Ringer.

Ringer terkejut dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Ben cuba menenangkan keadaan dan meminta agar semua skuad menurunkan senjata. Ben juga turut mencuba mengeluarkan alat pengesannya di tengkuk. Sekali lagi semua skuad terkejut apabila tiba-tiba kepala Ben ada parasit hijau!

Di sini, Ben, Ringer dan semua skuad mengerti bahawa mereka semua ditipu bulat-bulat oleh Voch. Voch lah "The Others". Kanak-kanak dimanipulasikan dan diperalatkan untuk membunuh sesama manusia untuk menghapuskan semua survivors (manusia yang masih hidup di bumi). Manusia dihantar untuk membunuh manusia! Agar mereka pupus dengan sendiri dan yang penting oleh diri mereka sendiri.

Di situ, Ben Parish baru teringat tentang Sam (Nama gelaran Sam adalah Nugget). Sam yang diikatnya di sebuah tandas sebelum sampai ke medan perperangan. Ben menyesal meninggalkan Sam di pangkalan tentera. Ben ingin kembali ke pangkalan tentera untuk menyelamatkan Sam.

Agar tidak kelihatan ketara dengan rancangannya, Ben meminta salah seorang skuad untuk menembaknya di mana-mana bahagian yang tidak terkena dengan organ dalaman.

Ben Parish mengarahkan skuad yang lain mengeluarkan alat pengesan dari tengkuk masing-masing dan dia pula, memasukkan semula alat pengesannya di tengkuk lalu dia berpura-pura ditembak tetapi masih hidup. Bila tiba masanya, Ben dijemput oleh helikopter Voch dan dia kembali ke pangkalan tentera.

Di pangkalan tentera, Ben cuba berpura-pura untuk meyakinkan Voch bahawa hanya dia sahaja yang terselamat. Malangnya, muslihat Ben adalah sia-sia belaka. Voch tetap tahu dan dia mahu Ben dihapuskan. Tidak sempat untuk membunuh Ben, sistem pangkalan tentera berlaku sesuatu. Mereka mengalami gangguan dan mereka diserang dengan beberapa letupan bom. Ben melarikan diri.

Sinopsis [Part 6]
Cassie berjaya ke pangkalan tentera dengan berpura-pura terjatuh di jalan raya semasa sebuah bas sekolah melintasi jalan raya tersebut. Askar dari bas tersebut membawa Cassie bersama mereka ke pangkalan tentera.

Di pangkalan tentera, Cassie di bawa masuk dan menjalani ujian yang sama seperti Ben Parish dan Sam. Disebabkan Evan sempat memberitahu Cassie bahawa pangkalan tentera adalah tempat yang tidak selamat dan digunakan oleh "The Others", Cassie membunuh seorang wanita yang berada di dalam bilik ujian bersamanya. Cassie memakai pakaian wanita itu untuk menyamar dan dia keluar dari bilik ujian tersebut. Semasa Cassie mencari jalan di dalam pangkalan tentera tersebut untuk mencari Sam, Cassie terserempak dengan Ben Parish yang sedang melarikan diri dari Voch dan konco-konconya.

Di situ, Ben cuba menerangkan keadaan yang berlaku dan dia juga memberitahu tentang di mana keberadaan Sam, adik Cassie. Semasa mereka sedang menuju ke tempat Sam, tiba-tiba mereka didatangi oleh konco-konco Voch dan mereka diserang. Tiba-tiba, konco-konco Voch diserang pula oleh seorang lelaki yang datang dari atas bumbung. Dia adalah Evan Walker. Evan Walker datang untuk menyelamatkan dan membantu Cassie.

Evan dan Cassie sempat berbual hal peribadi mereka dan Evan menyatakan kepada Cassie bahawa tidak penting untuk dia memilih dia adalah siapa sama ada manusia atau makhluk asing tetapi yang dia tahu adalah dia memilih Cassie, orang yang dia cintai. Evan mengarahkan Cassie keluar daripada pangkalan tentera itu secepat yang mungkin kerana dia akan meletupkan pangkalan tentera tersebut.

Ben membawa Cassie ke ruangan di mana kanak-kanak lain diarahkan untuk naik ke kapal terbang untuk mereka dibawa ke kawasan yang hanya "The Others" yang tahu. Ben yakin adik Cassie pasti berada di sana juga. Cassie mencari adiknya di dalam keramaian kanak-kanak itu. Mujurlah Cassie terlihat Sam lalu dia membawa Sam lari daripada ruangan itu.

Selepas Cassie dan Sam berpelukan dan menangis,Cassie memberikan semula Teddy Bear milik Sam kepada Sam. Kemudian, Ben Parish pula mengeluarkan alat pengesan di tengkuk Sam.

Beberapa minit kemudian, mereka keluar daripada pangkalan tentera itu dan berlari menuju ke hutan tetapi Voch terlihat mereka dan mereka diserang oleh rekahan tanah dan mereka juga ditembak bertalu-talu. Mereka cuba berlindung di sebalik lori besar. Tiba-tiba, Ringer datang dengan sebuah jeep. Mereka naik jeep itu dan mereka melesapkan diri dari kawasan pangkalan.

Akhirnya mereka selamat dan mereka berkumpul semula bersama-sama skuad yang diketuai oleh Ben Parish.

PERSOALAN

Selepas membaca sinopsis, saya yakin korang tertanya-tanya kemana perginya Evan Walker. Kan?

Bagaimana Evan Walker boleh melakukan sendiri dalam misi meletupkan pangkalan tentera? Oh kuatnya dia? - dah jadi macam ninja.

Kemana pergi kanak-kanak lain?

Sebenarnya, pasti banyak persoalan yang akan timbul jika korang alert semasa melihat movie ni.

INFORMASI MOVIE "THE 5TH WAVE"

Movie ni belum berakhir sampai di sini. Akan ada sambungan ke dua yang berjudul "THE INFINITE SEA".

Movie "The 5th Wave" adalah berdasarkan novel yang ditulis oleh Rick Yancey. Novel "The 5th Wave" dikeluarkan pada tahun 2013. Kemudian,novel "The Infinite Sea" adalah sequel daripada "The 5th Wave" yang dikeluarkan pada tahun 2014.

Tahun ini, 2016 akan dikeluarkan pula novel ketiga yang berjudul "The Last Star".

Movie "The 5th Wave" released pada 14 January 2016 yang diarahkan oleh J.Blackson.

KRITIKAN

Bagi saya, movie ni lebih kurang sama seperti "THE HOST" di mana makhluk asing menyerupai manusia tetapi dari segi kecanggihan dalam mempersembahkan dari segi grafik movie, "THE HOST" lebih gempak berbanding "THE 5TH WAVE".

Selain dari "THE HOST", movie ni juga hampir sama dengan "THE HUNGER GAMES" dan "THE MAZE RUNNER". Watak penjahat menggunakan kanak-kanak atau remaja untuk dimanipulasikan pemikiran mereka. Namun, sayangnya cara filem "THE 5TH WAVE" dipersembahkan agak kurang mencabar. Kurang aksi dan kurang 'puzzle' means, kita boleh bandingkan dengan "Maze Runner" di mana remaja-remaja ini tiba-tiba berada di sebuah maze yang besar dan dipersoalkan, "Dari mana datangnya mereka semua"? dan "Siapa yang menghantar mereka ke maze?". Ia boleh mewujudkan perasaan ingin tahu penonton mengapa, bila, siapa. Dengan persoalan-persoalan dan aksi-aksi yang sedemikian, sudah pasti penonton akan promise la nak tengok next sequel. Cara director "THE 5TH WAVE" lebih menonjolkan perasaan perasaan berbanding aksi dan cabaran dalam movie tersebut di mana director memfokuskan, betapa sedihnya Cassie kerana telah membiarkan adiknya, Sam sendirian di Pangkalan Tentera.

Bagi saya, movie ini lebih kepada MISI MENGHANTAR TEDDY BEAR KE PANGKALAN TENTERA. Apabila sampainya Cassie ke pangkalan tentera tersebut, Cassie mencari Sam dan setelah bertemu Sam, Cassie memberikan semula Teddy Bear tersebut kepada Sam. So, MISSION ACCOMPLISHED! Kenapa saya katakan begini, sepanjang movie ini, memang jelas Cassie mahu mencari Sam dan Cassie membawa teddy bear tersebut bukan untuk menjelaskan atau penekanan tentang 5TH WAVE.

Walaupun begitu, saya masih suka movie ni. Cuma cara persembahan director kurang penekanan dengan situasi "THE 5TH WAVE" seperti ditajuknya.

Mungkin, tajuk ni lebih sesuai jika begini "THE SAM'S TEDDY BEAR". hahaha!

Dalam mempersembahkan percintaan, movie "THE 5TH WAVE" memilih untuk mempersembahkan kisah cinta tiga segi yang hampir sama dengan "THE HUNGER GAMES". Cinta tiga segi itu adalah antara Cassie, Evan dan Ben. Kalau saya, saya lebih suka Cassie bercinta dengan Evan berbanding Ben. Hahaha! Opss! Ben boleh bercinta dengan Ringer! kuikuikui.

WATAK-WATAK "THE 5TH WAVE"












NILAI-NILAI MURNI

Sam - Dia budak lelaki yang comel dan baik hati sebab barang mainan dia adalah "Teddy Bear". Budak yang baik, ikut cakap ibu bapa dan kakaknya. Scene : Semasa ayahnya mengarahkan supaya dia ikut kakaknya dan ikut cakap kakaknya, Sam faham dan taat kata-kata ayahnya.

Cassie - Anak yang baik dan kakak yang penyayang. Dia sangat sayang adik lelaki dia. Scene : Menidurkan adiknya ketika adiknya tidak dapat tidur dan keseluruhan scene movie, Misi Cassie adalah untuk mendapatkan semula adiknya.

Evan - Suka membantu dan ikhlas. Scene : Semasa menyelamatkan Cassie.

Ben - Seorang yang popular dan tidak berfikir panjang. Scene : Percaya dengan pasukan askar dan membunuh manusia lain yang dia percaya bahawa itu adalah "The Others" tanpa soal selidik.

Ringer - Seorang yang mudah memberontak, tidak mudah diperalatkan oleh orang lain dan lasak. Scene : Semasa di pangkalan tentera, dia tidak suka budak lelaki memperlekehkan dan membulinya. Semasa di medan perang, Ringer lah orangnya yang mengungkap siapa sebenarnya "The Others".

Sekian.

Terima kasih sudi baca.
Jumpa lagi di next Entry.
http://sopheestudio.blogspot.com











Saturday, September 12, 2015

Maze Runner : Scorch Trials | Download Percuma bluray 1080p | Bikin panas punya movie!

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Semalam, Encik kesayangan ajak dating. Tengok Movie "Maze Runner : Scorch Trials" .. Menyesal tengok! Emosi saya! Tapi kalau tak tengok lagi menyesal...hahaha!

Cer fikir...penat saya sokong si Teresa tu... tapi apa dia dah buat? Thomas plak apa cerita? Macam bodoh je ajak si Teresa tu. Emo emo emo...ni semua WICKED punya pasal...Apa tu WICKED sebenarnya, ntahla...lantaklah... yang pasti memang sah salah WICKED..

Huwarrgghh! (over la plak).

Well, ada watak baru yang cute dalam siri ni...Brenda dan Aris. Boleh tahan Brenda, Never Giveup punya orang... Ada satu part dalam movie ni buat saya sakit kepala.. Brenda jatuh atas cermin yang retak, kalau pecah jatuh, kompom mampus! Tinggi tu broo! Tutup mata pun tak guna, rugi tak tengok dia akan mati ke tak! Jatuh je hancur kepala..terkeluar otak!

Get Ready tiket Maze Runner Scorch Trials 2 ketul.
Sebelum tengok movie, makang dulu...
Kepada yang nak tengok movie ni dan belum tengok Maze Runner yang pertama, elok tengok dulu yang pertama. Nanti pening, sebab tak faham...

Jangan susah hati, boleh download PERCUMA.
Download Maze Runner(2014) Full Movie BluRay 1080p - klik sini.

Lepas tengok Maze Runner(2014), terus tengok Maze Runner Scorch Trials(2015) okeyh! Cepattt! Rugi kalau tak tengok...kompom korang sakit hati...hahaha!

Lepas 2 jam 30 minit berada dalam hall, movie tamat dan kami pun pergi jalan-jalan...tu pun masih lagi cerita pasal Maze Runner.. Haha!

Oraitx...k, bye.
Thanks sudi baca.











Tuesday, September 8, 2015

The Transporter 4 Refueled (2015) Download Percuma 720p Bluray

Assalammualaikum Readers dan Bloggers!

Hahahaha! Nampak gayanya, entry untuk Bulan Puasa bulan lalu failed. Yang ada entry sebelum puasa dan entry puasa hari pertama je. Dasyat saya ni...Kesian blog ni berhabuk tahap darurat... Lepas dah bersihkan, pas tu tinggal balik.

Maklumlaa...enjoy dengan macam-macam aktiviti. Sampai tak sempat nak update sini...Tapi sempat update simple story kat Instagram...

Intagram 1 : @sofinahlamudin
Intagram 2 : @sopheericher

pilihlaa mana-mana untuk follow...tu pun kalau nak le. huhu..

Ok la, kembali kepada tajuk..Saya baru balik dari tengok wayang dengan Encik kesayangan...tajuk movie adalah Transporter...cer tengok trailer kat bawah ni :



Haa...syok kan! Tu baru trailer...haha... saya tengok memang macam taknak tutup mata tadi. Tapi sayangnya ending story ada sadis sikit... tak happy ending langsung. Apa la director dia ni. haha!

Kalau yang memang dah pernah tengok The Transporter 1 hingga 3 memang takkan nak tertinggal tengok yang ini. Kalau yang belum tengok, boleh la try tengok nombor 1 hingga 3... tengok online kat internet pun boleh kot. hikhik :p

Sebelum tu boleh tengok trailer dulu, amik feel sikit.

The Transporter 1 (2002) - klik sini.
The Transporter 2 (2005) - klik sini.
The Transporter 3 (2008) - klik sini.

Kalau rasa-rasa macam tak syiok tengok movie online sebab buffering dan sebagainya, boleh je download full movie terus.

Download Percuma terus ke komputer anda...
1.The Transporter 1 (2002) download 720p Bluray - klik sini.
2.The Transporter 2 (2005) download 720p Bluray - klik sini.
3.The Transporter 3 (2008) download 720p Bluray - klik sini.

Sementara The Transporter 4 (The transporter refueled - 2015) masih fresh, download full movie sudah ada tetapi kualiti still slow la..Boleh download kat bawah ni :

Download Full Movie The Transporter Refueled 2015 Percuma terus ke komputer anda...
Link download - klik sini.

Enjoy the movie!...,bloggers!
Thanks sudi baca.
k, bye.











Thursday, November 27, 2014

Lagi lagi Kota Kinabalu

Assalammualaikum Readers and bloggers,

I am here! in Kota Kinabalu. Doing here follow Mr.Husband to be for his business anyway.
Dalam tengahari sampai KK, naik ferry express. Ambil kesempatan untuk snap photo.







Nice view right? hehehe... oh crap I need new camera bebeh! Apapun, my legend phone, nokia music express yang boleh pusing-pusing tu dah banyak buat jasa kat saya untuk membuat koleksi gambar. Gambar yang sangat banyak! oohh.. gambar koleksi peribadi sahaja. Tak ada jasa yang berkaitan making money pun. :) But, that handphone very kesayangan. Hadiah ayah selepas form 5 tamat. Result SPM released dapat la handphone tu sebagai rewards kat anak bongsu dia.

Hehe.. Handphone ni dah 7 tahun bersama saya dalam membuat koleksi photo.
Dah macam-macam kisah dia tengok.

Okeh! Lupakan pasal handphone. Today saya dan Encik Tunang sempat ke Suria Sabah jalan-jalan. Masuk kedai elektronik, jumpa headphone gilos bass nak mampus, brand sony. Alooo.. syok gilerrr pakai dengar lagu. Tapi harga pun syok juga. RM849.00. Hah!! bagus saya beli handphone baru kan kan kan....kahkahkah...

Lepas tu masuk pula ke kedai alat musik.. banyak lawa-lawa...banyak jual keyboard elektronik juga. hahahahahaha! Boleh gila kalau stay dalam tu lama-lama. Kebetulan nampak gitar warna pink. Nasib Encik Tunang dah bagi hadiah kat Labuan sebijik gitar. hekhek...!

Then, Encik Tunang ajak ke Times. Macam biasa lah. kalau dah ke Suria Sabah situ la tempat favourite dia. Saya cari buku belajar gitar.. ada tu ada.. tapi.....dalam bahasa inggeris.. mampukah saya? hHAHAhaha! Boleh la kot kalau...kalau rajin buka dictionary sambil belajar main gitar..atuyaii!

oh ya! saya ada juga minta Encik Tunang belanja satu buku. haha! Penulis buku Kim Kiyosaki. You know her ? Tajuk "Rich Women" dalam versi Bahasa Melayu. Still nak paksa diri untuk bangun sebenarnya. Dalam Forex and business.

I got this motivation dari Instagram, "If You Want To Be Strong, Learn To Fight Alone!" ...ya.. I know my weakness. Tapi please la tak payah lah lembab sangat. Macam tak biasa. huhu!

Jalan-jalan cari buku sana sini...tersasar pula ke area stationery. OMG! tolong lah. haha. Saya sangat sukakannya! Ada target nak beli.. buku diary untuk 2015. Oyeahh! but next time la. Saya nak beli benda lain.

Last for today, kami tgk movie Dumb & Dumber. Comedy ni. Bodoh nak mampus rasanya tengok movie vangang macam tu. kahkahkah...pecah perut dibuatnya.

Korang tengok la sendiri yer.. malas nak review banyak. haha!

Then, its time to rest! With green tea.. just green tea.. no more!



See ya!












Wednesday, November 19, 2014

There's no time to be bored

Assalammualaikum Readers and Bloggers,

How to start this post? hmm..
hmm..

Hi there,
person who read this. hee..

hmm...by the way, i am not feeling well. I hate this feeling. No spirit, No hope, No happiness, No Joyful, feel like Jealousy, Broken heart, painful, regret and so on - all is SAD and dissapointed.

hmm..
sorry.
broken English.

Ntah apa mimpi tiba-tiba tulis broken English ni kat sini. hahaha! Yeayy!

Since Saturday, saya rasa kosong. Bored? mungkin. Tak dapat terima kenyataan? Mungkin.


Until today, I feel like... Nak lari jauh-jauh. hahahaha!

Apa pun,
There's no time to be bored in a world as beautiful as this!



I need some air! ..and music...AND MY LOVE ONE!

Dalam salah satu bank account saya ada RM1,000 plus. Why not saya withdraw and enjoy something,kan? - ar ma gadd! i am crazy!

Apa yang ada dalam fikiran anda? YES! Sama. Saya rasa macam nak withdraw je semua. Beli tiket kapal terbang atau tiket ferry, gua blah dari Labuan. Stay kat tempat tu sampai lah habis duit tu. ALONE! - so crazy.

But you know what? Saya waras lagi. Saya withdraw seratus je on monday. HAHAHAHAHA! Silake. Sebab saya tahu ada sesuatu yang lebih bagus untuk buat saya gembira daripada duit. MY TAMBUN! Apa apa pun yang jadi, TAMBUN JUGA yang boleh. Tak ada yang lain. Yang lain? Susah. hmm.. nanti tak matching. hehe.



Tapi seratus tu... mujarab juga. Saya rasa lega walaupun tak ada siapa tahu hati menangis meraung-raung, saya masih boleh berbelanja.

  1. Belanja Encik Tunang makan kat Black Gold.
  2. Lepak tengok wayang dengan Encik Tunang.
  3. Lepak dengan Encik Tunang kat Old Town.
  4. Beli Green Tea banyak-banyak! - you know? green tea also one of my theraphy when I am sad. hehe.

Semua di atas tu...yang paling best ialah TENGOK WAYANG DENGAN ENCIK TUNANG. Tengok BIG HERO 6. 



hmm...I got good memory di situ. Wacthing movie paling best, kelakar, comel dan bermakna bersama SI TAMBUN. hehehe. My Husband to be.

Syukur movie tu bagus. Make my day smile. Ketawa dengan Tambun.
Lepak kat Oldtown also the best malam tu.

Ada free time nanti nak story pasal Big Hero 6...Memang syok!!

Ada juga gambar-gambar yang menanti untuk syg edit.

Jumpa lagi di next entry.


With Love,



Sunday, November 10, 2013

Penerbangan Bersama Minions Yang Comel

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Minions sangat popular sekarang sehingga mereka sanggup buat belon macam ni.. hehe!




ADAKAH ANDA KENAL MEREKA ? HEHEHE...





P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Sunday, September 29, 2013

Ala-ala Tamil movie online time nak study cara dapat pendapatan sampingan

Informasi menarik :



Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Selamat berhujung minggu kepada semua rakan-rakan blogger dan pembaca sekalian. Apa agaknya rancangan you all hari ni yer ? Haha.. Saya pepagi buta dah menonjolkan biji mata depan laptop ni blogging kat www.sofinahlamudin.com ni. Semangat je rasa nak sign in blog..eh blog sign in.. ump!

Sempat juga la melepak kat nuffnang tengok-tengok blog list Malaysia tadi. Mantaff la blog diorang tu.

Sekarang mood blogging sedang PANAS! ni you all.. Bukan apa lah. Nak buat duit la kiranya kan. Hehe. Bisnes online ni kira kerja sampingan yang bagus untuk dapatkan pendapatan sampingan yang tip top gitu! Jadi kengkawan yang sedang tertanya-tanya tentang bagaimana menjana pendapatan sampingan tu, cepat-cepat lah sign up blog. Hehe.

Tapi macam biasa lah you all, yang bulat tak kan datang bergolek. Yang leper takkan dapat tertempel ke muka you. Hahahaha! Adey.. ops! Bukan bukan.. yang leper tak kan melayang mudah-mudah je macam tu ni ye ha'a kan ? Kena banyak benda nak study. Jeles I, you all.. bila tengok mamat mamat minah minah blogger, penulis dah hot hot gitu.. panas lagi poket dengan duit yang penuh. kekekeke :p

Jumaat lepas Encik tunang ada belanja saya satu ilmu. HEHE.. Panduan Asas SEO . Kiranya nak study time hari Jumaat tu lah dengan Encik Tunang kat Oldtown. Tup tup lain pula yang saya study. Nak tahu apa saya study ? Tengok video kat bawah ni :





Hahaha.. Tomey kan minions ? Benda alah kuning ni la yang buat saya gile babas gelak sorang-sorang dalam bilik :p

You all pun may be salah seorang peminat Despicable Me ni juga kan ? Kalau tak tahu tentang menatang kuning ni, you all try la search kat google Despicable Me atau Despicable Me 2. Banyak berderet punya cerita pasal diorang ni. Tak kering gusi gelak!




Saya layan Despicable Me 2 ni sampai lah hari gelap. Al-Maklumlah internet free guna Oldtown punya kan. Rasa macam tengok movies online jerk! Ngee~ Rasa ala ala Tamil movies online le pulok. Heahea.. start dah mengarut. Padahal dok layan kat Youtube je tuh.

Encik Tunang macam biasa lah.. Layan trading dulu.. yeaha yeahaa :D



Tak boleh tinggal juga McDonalds saya tu nak enter frame keyh. Kalau lepak kat airport memang layan Fries McDonalds punya sebab KFC jauh dari pandangan hamba. Hehe. Kalau McDonalds Delivery ada kat Labuan ni, hentah-hentah asyik order fries je hari-hari. huhu.

Haa.. berbalik semula mengenai Panduan Asas SEO tu, saya dan Encik Tunang sedang sibuk study mengenai how to increase blog traffic sekarang. Best tau you all.. hehe..

Join la sekali. Layari saja kat sini : http://tiny.cc/PanduanSEO . Best kalau dapat ramai pembaca kat blog kita kan. :)





Informasi menarik :



P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Saturday, April 20, 2013

Dream Of Us

video

 DREAM OF US :)


Aku,

The Host : "I Miss Everything About Her"

 
video

Why i like this movie?
Because; I love Melanie's voice.
And This; "Love Never Dies, Fight For Your Freedom, Fight For Your Future, Fight For Your LOVE"

Aku,

Thursday, August 2, 2012

Harry Potter and The Sorcerer's Stone


Assalammualaikum… =)

Ada tak kawan-kawan blogger aku yang minat Harry Potter gila gila? Hehe. Memandangkan baru-baru ni aku menonton Harry Potter tahun pertama, jadi mood aku sekarang ni Harry Harry Harry! Tak kisahlah kalau ada orang kat luar sana nak kata aku macam budak-budak. Kat sana tu siapa suka Chin Chan apa cerita tu? HAHA.

Sebenarnya dah agak lama aku tak tengok cerita Harry Potter ni. Jadi kira nak buat revision la kononnya. Bila tengok cerita Harry Potter yang pertama ni, rasa excited la pula. Nak tahu kenapa? Oh! Mereka 3 sahabat, Ron Weasley, Harry Potter dan Hermione Granger nampak sangat cute!!! Rasanya macam Ron nampak lebih cute berbanding dia dah besar ni, I mean, sekarang macam tak berapa oke le =P Toeng! HAHA.


Bukan tu aku nak cerita. Aku nak cerita tentang beberapa perkara yang aku sempat tangkap dalam movie ni. Antaranya :

HARGAILAH IBU DAN AYAH KITA SELAGI MASIH ADA KESEMPATAN

Korang ingat lagi tak? Masa ni Harry Potter masih banyak benda tak tahu pasal parent dia kan? Kesian kat Harry sebab sangat kehausan kasih sayang ibu dan ayah. Dah tu, Pak cik dan Mak cik dia tu lagi la, perangai punya la kejam! Uh! Bila tengok sepupu dia tu lagi la menjengkelkan! +_+ Nasib baik Harry ni penyabar sikit orangnya. Oke, kembali kat cerita parent Harry. Aku ter-touching bila tengok Harry happy gila gila nampak parent dia muncul kat dalam cermin besar masa dia melarikan diri dari perpustakaan larangan nak cari maklumat tentang Nicholas Flamel. Selama dia dibesarkan oleh makcik pakcik dia, dia tak pernah tahu akan asal usulnya. Memang nak sangat jumpa Mak ayah dia.

Aku ter-touching malah timbul rasa sangat bersyukur sebab aku masih ada mak ayah yang sangat sayang kat aku ni ha! Cuba bayangkan kita macam Harry…tak ke rasa sedih tahap tak tahu nak cakap? Jadi, kita-kita yang masih ada parent ni, cubalah buat mereka happy dan cuba untuk berbakti kat mereka oke! =)

Aku yakin, Harry tu, kalau bukan lakonan, nak aja dia tu peluk-peluk mak ayah dia tu! Apa boleh buat mak ayah dia dah tak ada. Voldermort  punya pasal la tuu…

KALAU NAK JADI PANDAI, BELAJAR RAJIN-RAJIN

Watak paling aku suka kat cerita ni ialah Hermione Granger! Korang perasan tak dia ni sangat bijak tahap gaban? HEHE. Aku tengok, dia ni jenis yang ulat buku dan banyak membaca sebab tu macam-macam dia tahu. Aku rasa, orang yang tidak sediakala bijak dan genius, kalau rajin membaca macam dia ni, akan jadi pandai juga. Yang penting Rajin! Aktif! Dan tak pemalu macam si Hermione ni. HEHE.


CUBA UNTUK BERANI

Korang ingat tak Neville Longbottom ? Dalam cerita ni,dia berwatak yang agak penakut. Gagagaga…Neville pernah jatuh dari atas bangunan gara-gara tak pandati terbang guna penyapu.Tapi ada satu babak tu, demi pasukan dia cuba untuk berani. Dia cuba haling Harry dan kawan-kawan untuk tidak keluar dari asrama dan taknak markah pasukan diorang kurang lagi. Part ni memang lawak tapi sekurang-kurangnya dia cuba =)


PERSAHABATAN

Dalam movie ni, tak mungkin tak ada yang perasan bahawa hubungan persahabatan dan kesetiaan antara Ron, Harry dan Hermione sangat kuat. Kerjasama antara mereka , kasih sayang dan membantu antara mereka sangat kuat! Dalam cerita ni, yang ni memang aku tak dapat nak sangkal!


SAYANGI HAIWAN

Kenal Hagrid dalam cerita Harry Potter? Mustahil tak kenal. HAHA. Sahabat Harry yang sangat besar dan penyayang. Dia yang datang jemput Harry kat rumah pak cik mak cik Harry tepat pada hari lahir Harry Potter. Masa tu, Harry Potter dah 11 tahun. Dia siap bawa kek birthday untuk Harry Potter! HEHE.

Sikap si Hagrid dalam cerita ni, dia ni sangat penyayang. Sangat suka ada pet. Macam-macam dia jaga. Anjing, Anak Naga,Burung Hantu dan…err..anjing kepada 3? HAHAHA. Aku tak kata la kita kena sayang minatang-minatang ganas macam dalam cerita Harry Potter ni. Jangan la dok lurus bendul..hehe..



Aku,

Anda Mungkin Mahu Baca Ini

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Bazaar Ramadhan (1) Beats Pill (1) Begleri (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (16) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (37) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (82) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (124) Favourite Song (27) Fidget Spinner (1) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Hand Spinner (1) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (4) Header (1) Headset (1) Hobi (8) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kashaka (1) Kawan (17) Keluarga (15) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (4) Kreatif (16) Kundasang (1) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Permainan (1) Personaliti (7) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (19) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (11) Ramping dan langsing (1) Ranau (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (4) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (12) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Thumb Chucks (1) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)