Ketahui Personaliti,Kerjaya,Sikap, dan Kecenderungan Kita Melalui Kiraan Metafizik Tarilh Lahir

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Readers, Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je k...

Showing posts with label Permainan. Show all posts
Showing posts with label Permainan. Show all posts

Monday, July 24, 2017

Asal Usul "Thumb Chuck"! , Rupa Seakan Tasbih

Assalammualaikum Blogger dan Readers,

Whatsuppppp! Haha! Trending sangat fidget-fidget sekarang ni, right? Dari Fidget Spinner la, Fidget Cube la, Fidget Stick la.. So far, saya pernah try Fidget Spinner setakat ni. Fidget Cube dan Fidget Stick not yet.. Yezaa... Not yet ye. Maksudnya nak try la tu. 😁

Terus terang, memang lately saya terjebak juga dengan deman atau fenomena Fidget Spinner walaupun sebenarnya tak ada fungsi yang best sangat la hand spinner ni melainkan pusing-pusing-pusing kat tangan. Skill sangat tu memang tak diperlukan langsung.

CUMA, as ART ENTHUSIASTS macam saya ni rasa macam ada art di sebalik spinner ni. Apapun, nanti saya cerita pasal apa saya boleh terjebak dengan Hand Spinner OK. Sekarang saya nak story mengenai "ASAL USUL "THUMB CHUCK".



Perasan ke tak? "THUMB CHUCK" sudah mula menular ke Malaysia? Thumb Chuck ni adalah sejenis fidget-fidget juga. Berkaitan dengan jari jemari juga!

BUT, this fidget more advance la..mencabar sikit. Why? Because this thing, you guys need skill. Kalau Fidget Spinner dan Fidget Cube tak ada skill pun tak ada masalah. Semua golongan boleh main walaupun budak darjah satu sekali pun. OK, downgrade la...budak tadika also can play la HAND SPINNER!

Tak macam THUMB CHUCK ni guys!

Tengok video kat bawah :



Hah! Dah tengok? Perghhh! Ingat tak masa zaman-zaman YOYO dulu? 90's kids confirm ingat YOYO.

THUMB CHUCKS lebih kurang macam YOYO. Need skill dan kesabaran. Kita perlu kesabaran sebab nak praktis lebih la untuk main THUMB CHUCKS ni terutamanya kalau first time main.



So, actually datang dari mana la THUMB CHUCKS ni? Pelik kan? Toy'R'us pun sibuk jual permainan pelik ni.

Mari sini, saya story...

THUMB CHUCKS ni sebenarnya permainan klasik untuk budak-budak zaman-zaman dulu sebelum ada gadget. Alaa..sama la macam kita di Malaysia ni, dulu budak-budak main batu seremban la gengs.. bukan android mahupun IOS. hehe...

NAMA SEBENAR permainan ini adalah BEGLERI. Berasal usul dari GREECE dan menggunakan nama Greek Rosario atau Komboloi atau Kompoloi atau Worry Beads pada ketika itu. Bentuk asal BEGLERI seperti dalam gambar di bawah ni..


Reka bentuk hampir sama macam manik yang digunakan oleh agama-agama tertentu tetapi pada masa lampau, reka bentuk ini tiada kena mengena dengan sebarang upacara atau keagamaan. Hanya sekadar dipusing-pusingkan pada tangan untuk menyibukkan tangan ketika bosan,berfikir,risau,resah dan keseorangan. I guess, untuk rileks kan minda laa...atau suka-suka Boleh tengok video di bawah..


BEGLERI ni, pada mulanya sangat popular dalam masyarakat Mangas Yunani (Mangas = Golongan Pekerja pada zaman tersebut). Selain itu, berkaitan juga dengan Golongan pemain-pemain musik stail Rebetiko. Uh?! Apa kaitan pula dengan pemain musik stail Rebetiko dengan BEGLERI? Part ni, saya pun tak faham guys... sebab Musik Rebetiko mengunakan sejenis alat Musik yang serupa seperti gambus.

BEGLERI juga hampir sama dengan sejenis alat musik yang dikenali sebagai KASHAKA yang berasal dari Afrika Barat tetapi direproduksikan semula oleh beberapa negara lain menggunakan nama yang berbeza seperti "PATICA" dari Jepun dan "KOSIKA" dari USA.

Nama lainnya adalah...

1.Asalato
2.Kes Kes,
3.Tchangot Tche (erk! Macam mana nak pronouns ni?)
4.dan Lain-lain...

Tonton video di bawah untuk melihat alat musik KASHAKA.



Hmm... Lepas tengok video KASHAKA ni, saya yakin next THUMB CHUCKS confirm ada musik. Alaa... Fidget Spinner pun sekarang siap ada versi speaker bluetooth. Teknologi canggih zaman sekarang ni, memang hebat hingga boleh upgrade permainan klasik dulu-dulu. Err.. Tak sure la kalau batu seremban kan. Kekekeke! Cuba bayangkan kita main batu seremban tu, siap ada lagu. Muehehe..

BEGLERI ni popular sejak tahun 1960-an tau! Haaaa kau! bukan tahun ni. Cuma nama BEGLERI diubah kepada THUMB CHUCKS mungkin untuk lebih moden dan seronok digunakan atau ini lah yang dikenali sebagai "PENJENAMAAN SEMULA" . Lagipun, penjenamaan semula ni lebih menyerlahkan lagi permainan klasik agar budak-budak gadget ni boleh open minded untuk lupakan permainan android atau IOS atau PS4..Lagipun, rupa asal permainan ini agak creepy right? HAHAHahaha! Terus terang saya cakap, macam tasbih.

Sekitar tahun 60-an ke atas, BEGLERI sudah popular diluar GREECE sebagai Skill Toy dan di bawa ke mana-mana oleh peminat-peminat BEGLERI pada ketika itu dan digubah dalam pelbagai bentuk dan design menggunakan alat dan bahan yang lebih moden. Yelaa... dulu kan guna manik je kan. Kikiki...rupa pun nampak terlalu klasik.

Contohnya menggunakan guli, metal, err...dan banyak lagi lah.





Seawal tahun 2010, populariti BEGLERI semakin menular ke laman-laman sesawang yang berkaitan dengan hobi terutamanya dalam kategori Skill Toy. Seperti dalam laman forum, blog, video dan sebagainya untuk bertukar-tukar skill dan berhubung sesama peminat BEGLERI.

Semenjak itu, style dan tricks BEGLERI semakin berkembang sesuai mengikut trend semasa. Nama-nama dan jenis skill dalam permainan ini juga sudah dinaik-taraf oleh peminat. Contohnya, syarikat Zing, mengeluarkan BEGLERI dalam versi mereka sendiri dengan nama "THUMB CHUCKS"! Material getah mudah pantul malah siap ada LED. Perghh! Lagi best la main guna THUMB CHUCKS original dari syarikat Zing sebab boleh bounce! Tak percaya? Boleh try sendiri. hehehehe...May be ada kelebihan lain dari syarikat Zing yang kita tak tahu lagi.

Kepada yang just nak cuba-cuba THUMB CHUCKS tetapi tak mahu melaburkan atau meleburkan duit untuk THUMB CHUCKS original yang guaranti mahal, boleh la cari kat mana-mana kedai permainan berdekatan dengan anda. HAHA!

Saya punya pun murah je. RM5.90 tetapi ada LED. CUMA, ia agak keras dan langsung tak boleh terpantul pon! But, untuk kegunaan praktis, ia bagus.

My THUMB CHUCKS

Actually, saya beli THUMB CHUCKS saya ni secara tidak sengaja. Kat Kota Kinabalu, saya ternampak satu kedai permainan, so saya masuk suka-suka. Nak tengok-tengok Fidget Spinner. Mana la tahu ada Fidget Spinner lebih unik designnya kan. Tiba-tiba, saya nampak dua biji bola ni.

Tak tahu la kenapa, saya beli je.

Lepas tu baru google dan youtube untuk cari tahu apa yang saya baru je beli tadi. Meh~

OK.

Tu la story mengenai THUMB CHUCKS versi saya!
Nak lebih lanjut boleh google. See ya!

Jumpa lagi di next entry.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Anda Mungkin Mahu Baca Ini

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Bazaar Ramadhan (1) Beats Pill (1) Begleri (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (16) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (37) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (82) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (124) Favourite Song (27) Fidget Spinner (1) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Hand Spinner (1) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (4) Header (1) Headset (1) Hobi (8) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kashaka (1) Kawan (17) Keluarga (15) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (4) Kreatif (16) Kundasang (1) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Permainan (1) Personaliti (7) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (19) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (11) Ramping dan langsing (1) Ranau (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (4) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (12) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Thumb Chucks (1) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)