Showing posts with label Ramadhan Al-Mubarak. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Al-Mubarak. Show all posts

Thursday, June 18, 2015

Saya dan Ramadhan #01 : Ramadhan Al-Mubarak yang pertama sebagai Isteri

Assalammualaikum WBT Blogger dan Readers! :)

Syukur Alhamdulillah... bermulalah Ramadhan saya sebagai seorang isteri. Berpuasa bersama suami. Kalau dulu ibarat sendiri, kini dah pun berdua. hehe.. Alhamdulillah...

Syukur sebab suami jenis yang excited berpuasa dan semangat bila tibanya bulan Ramadhan. Maka, sebagai isteri berganda sedikit semangatnya..tempias..haha..Syukur..syukur..

Selepas bersahur, saya berkemas rumah sedikit. Menyusun atur barang-barang yang dulu berada dalam stor buat sementara waktu. Barang-barang seperti buku-buku motivasi, buku kegemaran sejak kecil, VCD/DVD lama dan sebagainya..

Sekarang, tepat pada bulan yang mulia ni, saya dah ada port bekerja..ala-ala ofis kononnya.. kat rumah je...haha..walaupun masih belum perfect bentuknya macam sebuah ofis yang dirancang oleh kami berdua, tapi Alhamdulillah dah cukup buat saya jadi double triple rajin jadinya. haha! Terima kasih suami yang memberi sokongan dan membantu.

..kemas punya kemas...tiba-tiba...

saya terjumpa sesuatu,

Masya Allah...tarikh buku 17 September 2009.
17 September 2009; Sehari selepas hari lahir saya. Hadiah daripada sang guru teristimewa dalam hati. Alhamdulillah atas pertemuan saya dengan beliau pada tahun tersebut (semasa saya Tingkatan 6 - STPM).

Dugaan dan ujian yang tidak sebesar mana tu, sudah membuat saya goyah..bila diingat-ingat, Astagfirullah...mungkin rasa kesal dan malu tu ada, mungkin rasa lucu pun ada. haha..maklumlah..budak mentah.. Sekarang saya sudah pun menjadi seorang isteri.. sudah pun berumur 25 tahun (ohh..belum lagi...September nanti 25 tahun..kikiki..berkira.. :p ).. saya rasa SEMUA yang dinasihatkan oleh Puan Siti Zubaidah Salleh ada benarnya. Setiap kesulitan itu, ada hikmahnya. Mungkin yang dulu itu, tidak baik untuk saya. Maka Allah tukarkan kepada yang sesuai dan yang lebih baik buat saya. Subhanallah...Allah itu maha mengetahui.

Pasti! Saya hairan..usaha bagaimanapun, ingin macam mana pun, kalau Allah tidak setuju, maka ia tidak mungkin akan berlaku. Meski tidak berlaku, tetapi saya yakin dan percaya, setiap usaha yang ada, akan Allah berikan ganjarannya. Alhamdulillah...

Buku tu, ada CD Audio..Zikir dan ceramah agama yang benar-benar baik sungguh bunyinya..tenang jiwa..

Selepas tamatnya tingkatan 6, CD Audio tu sentiasa saya pasang. Mengenang si pemberi yang bakal jauh dan jarang dijumpa dan dilihat lagi...Allah jadikan beliau sebagai orang tengah untuk menyampaikan buku dan kata-kata motivasi yang ini. Alhamdulillah...selain itu,mendengar audio tersebut untuk melatih diri dan hati dari setiap yang saya dengar dari kata yang baik-baik dari audio tersebut. Akhirnya, hati terbuka dan lapang dada. Saya terima, saya redha. Kepercayaan ada sesuatu yang lebih besar, lebih baik dan lebih indah akan tiba itu kuat.

Yes! itu benar...Syukur... Saya bahagia.. saya gembira dengan keadaan dan hidup yang kini terutamanya part perkahwinan dan bersama insan tercinta yang memahami, baik hati, penyayang, romantik.. dia lah suami, dia lah sahabat, dia lah kawan, dia lah kaunselor, dia pemberi semangat, pemimpin ...dia lah segalanya...

Terkenang Puan Siti ni, sekaligus membuatkan saya teringat dengan kisah RAMA-RAMA dan BUNGA.

Pada suatu hari tu, beliau kata, "Sofinah, datang ke pejabat cikgu dulu sekejap... ada sesuatu cikgu nak tunjuk..."

Di pejabatnya, dia membuka laptop. "Tengok ni..", katanya..

..terpampang "KISAH RAMA-RAMA DAN BUNGA" .



Setelah tamat sekolah, saya bawa kisah ini ke mana-mana. Syukur Alhamdulillah...memang ada benarnya...

Terima kasih Puan Siti atas segala nasihat dan motivasi. Jasamu tetap ku kenang...Semoga Allah sentiasa menyayangi dan melindungi. Amin..

Kesitulah minda saya terawang-awang sambil mengemas..Selain daripada tu, macam biasa...barang-barang favourite dan koleksi kesayangan saya, pasti, mesti, harus dibuka dari kotak. Fuhh...lama saya nantikan..waktu untuk mengeluarkan barang-barang kesayangan ni dari stor lantaran tak ada tempat dan ruang untuk menyimpannya dalam rumah. Tak ada tempat yang sesuai sebelum ni.




Tak sempat siap mengemas, tepat jam 2 petang, mama call suami perlukan meja tambahan untuk berniaga di Bazaar Ramadhan. So then, saya dan suami pun berkemas untuk ke Bazaar Ramadhan menghantar meja.

Kat Bazaar Ramadhan area Labuan Walk memang kelihatan sibuk sekali. Parking pun nak tak ada..sesak.

Mata ; tak cukup tido.. haha!!


Selesai menghantar meja di Bazaar Ramadhan, saya dan suami ke Ujana Kewangan, untuk singgah sebentar ke Giant. Kot kot ada meja baru kat situ. Untuk kegunaan kami berdua buat kerja dan baca buku di ruang tamu, di rumah. Nampaknya rezeki kami tak ada..stok meja kat Giant dah habis. Jadi kami tangguhkan dulu mencari meja hari ni. Kami teruskan misi mencari makanan untuk berbuka puasa hari ni. YeahHH!!

Wefie of da day..ahaks...

Jam 5 petang.
Dalam jam 5 petang, kami keluar dari Ujana Kewangan, menuju ke Utama Jaya, Labuan. Beli makanan berbuka puasa di Utama Jaya, Labuan sebelum balik ke rumah. Suasana memang jammed... Risau juga tak sempat balik berbuka kat rumah. huhu...

Setelah keluar dari Utama Jaya, kami round sekejap Bazaar Ramadhan area Pasar Besar Labuan... Tahun ni adalah pertama kali Bazaar Ramadhan dibuka di area Pasar Besar Labuan lantaran Pasar Besar baru sudah pun siap sepenuhnya.

Suasana Bazaar Ramadhan Pasar Besar Labuan tak sehebat di Bazaar Ramadhan area Labuan Walk. Hal ni mungkin disebabkan tahun ini adalah pertama kali. Kalau nak cerita tentang strategik atau tidaknya Bazaar Ramadhan di Pasar Besar Labuan, boleh tahan strategik juga sebab berhampiran dengan Utama Jaya dan Stesen Bas Awam. Kalau nak cerita tentang tempat letak kereta, saya rasa ok juga...


video



Bila sampai rumah, buat persiapan buka puasa dan bila dah buka puasa, macam biasa, dari dulu sampai sekarang Encik Suami memamg suka buka puasa dengan dessert!...

...dan hari ni, mangsanya AISKRIM!



Ok! sampai sini dulu..! hehe...Selamat berpuasa...












Wednesday, June 17, 2015

Saya dan Ramadhan #00 : Sehari sebelum Ramadhan Al-Mubarak

Assalammualaikum WBT Bloggers and readers! :)

Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Illahi...Esok terbukalah tirai Ramadhan Al-Mubarak.
Ramadhan kali ni, saya nekad nak menulis di blog ni semula setiap hari..terutamanya pada bulan yang mulia ni.

Pada Ramadhan tahun 2013 yang lepas, saya ada menulis cerita day by day pada bulan puasa. Alhamdulillah...boleh >>klik sini<< untuk membaca entry-entry Ramadhan 2013 saya. Seronok! time-time jadi tunang orang lagi masa tu..tahun pertama menyambut Ramadhan bersama Encik Tunang...Hikhik..Alhamdulillah beliau sudah sah menjadi suami saya kini. Kalau masa tu saya kata "Seronok" , sekarang saya takkan kata macam tu lagi, tapi lebih dari itu. Nikmat perjalanan sebagai suami isteri ibarat anugerah daripada Allah yang tiada bandingannya. Alhamdulillah...



Ramadhan tahun 2014 pula, nawaitu nak update cerita sepanjang bulan puasa tu ada juga, tetapi nampaknya tidak mampu nak dilaksanakan kerana saya sibuk dengan kerja lain..bukan nak kata "Tak ada masa", tipu pula bila dikata begitu sedangkan setiapnya kita ada 24 jam sehari. hehe... tapi, 24 jam tu digunakan ke arah yang lain. Waktu tu, saya kerja di syarikat ejen menjual kereta Mitsubishi. haha..tak sangka..mengganti seorang kakak yang bercuti bersalin selama 3 bulan. Sepanjang kerja kat sana, saya bersyukur juga kerana Allah berikan rezeki baik sangat selama 3 bulan tu..Saya share ceritanya kemudian.

Photo-photo ketika kat Mitsubishi.

..so, Ramadhan tahun 2015 ni, saya sebagai Full Time wife Encik Mohd Nasyit excited nak menulis lagi kat blog personal ni mengenai aktiviti di bulan Ramadhan.

Semalam, kira-kira jam 8.30PM, pengumuman puasa jatuh pada esok hari, 18 Jun 2015. Jadi, macam biasa, mak mertua akan berniaga di Bazaar Ramadhan Labuan Walk. Seperti dua tahun yang lepas, Encik suami, memang akan membantu mama ("mama" tu mak mertua saya, kalau mak kandung saya, saya panggil "mami") seperti menghantar barang-barang berniaga, hantar dan jemput ke Bazaar Ramadhan.

So then, esok puasa..maka, malam ni saya dam suami akan menghantar barang ke Bazaar Ramadhan untuk persiapan keesokkannya. Sebelum angkat barang, kami jenguk dulu tapak berniaga. Tengok suasana macam mana, ok ke tak..bila senang nak susun dan angkat barang. Suami kata, lewat malam sikit angkat barang baru ok, banyak lagi kereta yang parking kat kawasan tapak Bazaar tu..

Tengah malamnya, jalan lengang betul. Tak macam malam-malam yang biasa, I guess, orang rehat awal malam ni. Sebab esok nak puasa, pagi nak sahur. Lepas tu nak sambung Subuh, tak tidur dah lepas tu... terus pergi kerja... agaknya, sebab tu la lengang,sunyi dan sepi... lagi pun, lepas Tarawikh malam ni, rasanya tak ada yang keluar malam dah. Takkan punya kan... mesti sibuk prepare makan kat rumah je.

Sempat rakam suasana malam tu...

video

Sunyi kan?

Gerai peniaga lain yang dah pun pasang kem selain kami...semangat!! Yelah...nak cari rezeki...tak semua ada pendapatan di Bulan Puasa...trust me. Berniaga di Bazaar Ramadhan lah satu-satunya jalan untuk dapat income.


Selain daripada membuat persiapan untuk Bazaar Ramadhan, Encik Suami ajak beli barang-barang dapur seperti ayam, minuman, etc untuk stok makanan sikit-sikit ketika Bulan Ramadhan ni. Yang pasti untuk berbuka puasa dan sahur. hehe.












Wednesday, July 17, 2013

Ilmu Ramadhan - Apa SAINS kata tentang PUASA ?

Kewajipan Berpuasa.
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

” Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa..“

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

Keutamaan Ramadhan.
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

Antara fadhilat dan kelebihan berpuasa di bulan ramadhan.
1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka

Fadhilat yang lain-lain.

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Amal Ibadah di Bulan Ramadhan.
Dalam khutbah terakhir bulan Sya’ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:

1. Solat sunat Tarawih
2. Solat-solat sunat yang lain
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
4. Memberikan hidangan berbuka puasa
5. Banyakkan membaca tahlil
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
8. banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.

KEBAIKAN BERPUASA DARI SUDUT SAINS :

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.


Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.




Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.


Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :

“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya.



Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.Sudah pastinya kereta perlu diservis selalu bagi ianya bisa berjalan lancar dan tanpa gangguan.Begitu jua dengan tubuh manusia yang amat kompleks daripada kereta dimana amat perlu diservis biarpun hanya setahun sekali selama sebulan,malah lebih baik sekiranya diservis setiap bulan dengan berpuasa.Wallah Huaalam.

Sumber : Waksab

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Tuesday, July 16, 2013

Ilmu Ramadhan - Mengumpat Di Bulan Ramadan?


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.

Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Sumber: Suara Persatuan Ulama Online

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Monday, July 15, 2013

Ilmu Ramadhan - Wanita dan Solat (Solat Tarawih)


Kaum wanita dibolehkan keluar dari rumah mereka apabila ada keperluan yang sangat mendesak. Demikian juga diharuskan bagi mereka pergi ke masjid, asalkan mereka menutup aurat dengan sempurna, tidak memakai wangi-wangian dan tidak memakai perhiasan yang menimbulkan suara gemerincing.

Rasulullah s.a.w. tidak melarang para wanita pergi ke masjid berdasarkan hadis-hadis berikut:


عَن ِ ابْن ِ عُمَرَ رَضِيَ الله ُ عَنـْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلـّـَى الله ُ عَلـَيْهِ وَسَلـّـَمَ لاَ تَمْنـَعُواالنـِّسَاءَ مِنَ الـْخـُرُوْج ِ إ ِلـَى الـْمَسْجـِدِ بِاللـّـَيْلِ
رواه البخاري ومسلم وأحمد وأبو داود والترمذي وعبد بن حميد
وفي رواية
لاَ تَمْنـَعُوا إ ِمَاءَ اللهِ مَسَاجـِدَ اللهِ
رواه البخاري ومسلم وأحمد وأبو داود وابن خزيمة
وأخرى
لاَ تَمْنـَعُوا نِسَاءَكُمُ الـْمَسْـجـِدَ وَبُيُوْتُهُنّ َ خَيْرٌ لـَهُنَّ
رواه أحمد وأبو داود وابن خزيمة

Daripada Ibnu Umar r.anhuma, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kalian melarang wanita-wanita untuk pergi ke masjid pada malam hari.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, at-Tirmidzi dan Abdu bin Humaid)

Di dalam satu riwayat: “Janganlah kalian mencegah wanita-wanita janda untuk pergi ke masjid.”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah)

Pada riwayat yang lain: “Janganlah kalian melarang wanita-wanita untuk pergi ke masjid, TETAPI di rumah lebih baik bagi mereka (untuk solat)
(Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah)

Bahkan, solat seorang wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih baik daripada solatnya yang dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Padahal, seseorang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram akan memperolehi pahala 100 000 kali ganda dan di Masjidin Nabawi 50 000 kali ganda.

Sehubungan dengan itu, di dalam sebuah hadith diceritakan mengenai seorang sahabiyah, Ummu Sa’adah r.anha yang datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan solat denganmu secara berjemaah di masjid.”

Rasulullah SAW bersabda, “Saya mengetahui betapa engkau berkeinginan untuk melaksanakan solat di belakangku dengan berjemaah, akan tetapi apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling dalam di dalam rumahmu adalah lebih baik daripada mengerjakannya di dalam rumahmu.Mengerjakan solat di dalam rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di perkarangan rumahmu, mengerjakan solat di perkarangan rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di masjid tetanggamu, (masjid yang berdekatan dengan rumahnya) dan mengerjakan solat di masjid tetanggamu lebih baik daripada datang ke masjidku.”
(Hadis riwayat Musnad Ahmad)

Di dalam hadis yang lain ada menyebutkan:

عَن ِ ابْن ِ مَسْعُـوْدٍ رَضِيَ الله ُ عَنـْهُ عَن ِ النـّـَبـِيّ ِ صَلـّـَـى الله ُ عَلـَيْهِ وَسَلـّـَمَ قـَالَ صَلاَة ُ الـْمَرْأ َةِ فِيْ بَيْتِهَا أ َفـْضَلُ مِن ْ صَلاَتِهِ فِيْ حُجْر ِهَا
وَصَلاَتِهَا فِيْ مَخْدَعِهَا أ َفـْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِيْ بَيْتِهَا
رواه أبو داود وابن حزيمة
وفي رواية لابن حزيمة
إ ِنّ َ أ َحَبّ َ صَلاَةٍ تُصَلـِّيْهَا الـْمَرْأ َة ُ إ ِلـَى اللهِ فِيْ أ َشدِّ مَكـَان ٍ فِيْ بَيْتِهَا ظُلـْمَةً
رواه ابن حزيمة

Maksudnya: Daripada Ibnu Mas’ud r.a, daripada Nabi s.a.w.baginda bersabda: ” Solat seorang wanita di ruangan rumahnya lebih afdal daripada solatnya di ruangan luar rumahnya. Solatnya di biliknya lebih afdal daripada solatnya di ruangan rumahnya.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah)

Di dalam riwayat yang lain: Sesungguhnya solat seorang perempuan yang paling disukai Allah adalah solat yang dilakukannya di tempat yang paling tersembunyi di dalam rumahnya.
(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah)

Urwah r.a. meriwayatkan kata-kata daripada Saidatina Aisyah r.anha sebagai berikut, “Wanita-wanita Bani Israil membuat sandal yang diperbuat dari kayu yang mereka pakai ke tempat-tempat ibadah mereka, dan mereka senantiasa menarik perhatian laki-laki, oleh karena itu Allah melarang mereka pergi ke sinagog (tempat ibadah orang Yahudi).” (Musnad Abdur Razzaq)

Dalam athar yang lain, Saidatina Aisyah r.anha berkata, “Jika Rasulullah SAW melihat tingkah laku kaum wanita setelah baginda wafat, nescaya baginda akan melarang mereka datang ke masjid sebagaimana wanita-wanita Bani Israil.”

Di dalam bulan Ramadhan nanti, terutamanya pada awal bulan, kita dapat saksikan ramai wanita Malaysia berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih. Alasan mereka ialah tidak pandai melaksanakan solat tarawih bersendirian di rumah dan tidak hafal bacaan-bacaan yang dibaca secara beramai-ramai di antara solat-solat tersebut. Ada juga yang berkata, “Senang solat di masjid, kita cuma baca Fatihah sahaja……….., dapat jumpa kawan-kawan……….”

Cara mengerjakan solat tarawih sebenarnya mudah saja. Ia dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Al-Qur’an, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat.

Tidak ada hadis Nabi s.a.w. tentang bacaan surah ini. Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat.

Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Ia juga tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

Kaum wanita memang dibolehkan ke masjid untuk untuk menuntut ilmu fardu ain sekiranya suami tidak mampu mengajar. Begitu juga wanita-wanita tua yang sudah kurang urusan di rumahnya.

Bagi kaum ibu pula, pastikan urusan rumah telah beres dan anak-anak yang ditinggalkan pula selamat seperti anda mempunyai anak dara dan teruna. Pastikan mereka menjaga ibadah solat sepeninggalan puan-puan dan tidak mengundang berlakunya sumbang mahram sepanjang ketiadaan puan-puan. Bagaimana pula dengan makan pakai suami?

Alangkah moleknya jika-jika kaum lelaki berduyun-duyun ke masjid berkat galakan para wanita. Wanita pula bersolat pada awal waktu di dalam bilik tidur masing-masing. Pada zaman Rasulullah s.a.w. hanya lelaki yang diketahui benar-benar kemunafikannya sahaja yang tidak bersolat di masjid.
Selain daripada itu, kaum wanita juga berpeluang mendapat pahala melebihi kaum lelaki. Sekiranya lelaki mendapat pahala sebanyak 27 kerana solat berjamaah, puan-puan akan mendapat 28 pahala. Mengapa lebih? Satu adalah pahala solat puan-puan, 27 pula adalah saham yang puan-puan perolehi kerana menggalakkan mahram menunaikan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:



مَنْ سَنّ َ سُـنـّـَة ً حَسَـنـَة ً فـَلـَهُ أ َجْرُهَا وَأ َجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا إ ِلـَى يَوْم ِالـْقِيَامَةِ
وَمَنْ سَـنّ َ سُنـّـَة ً سَيِّـِئَة ً فَعَلـَيْهِ و ِزْرُهَا وَو ِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا
إ ِلـَى يَوْم ِ الـْقِيَامَةِ
رواه ابن ماجه
Klik untuk mendengar bacaan hadis di atas

Sesiapa yang menggalakkan satu kebaikan untuk diikuti dan dilaksanakan oleh orang lain, maka orang yang menggalakkan juga mendapat pahala sehingga hari kiamat.
Dan sesiapa menggalakkan sesuatu kejahatan lalu kejahatan itu diikuti dan dilaksanakan oleh orang lain, maka orang yang menggalakkan juga mendapat dosa sebagaimana orang yang melakukannya sehingga hari kiamat.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Galakkanlah mahram puan-puan dengan menyediakan peralatan mereka untuk ke masjid seperti; baju untuk solat, serban, sugi, minyak wangi, kunci motorsikal atau kereta dan lain-lain pada suatu tempat yang khusus. Dengan cara ini, mereka mudah ke masjid dan puan-puan juga dapat menunaikan solat pada awal waktu tanpa gangguan, insyaAllah.

Jika ada kelapangan masa, bolehlah puan-puan membaca wirid-wirid selingan di antara solat-solat tarawih itu. Kelebihan membaca selawat dan zikir-zikir tersebut ada di dalam banyak hadis. Ianya telah disusun oleh para ulama’ untuk kemudahan kita mengamalkannya.

Wahai kaum wanita yang budiman, solatlah kamu mengikut cara atau anjuran Rasulullah s.a.w. Baginda diutuskan untuk memberi panduan bagaimana cara beribadah, beraqidah dan berakhlak. Beramallah dengan cara yang terbaik mengikut keutamaan. Mohon maaf jika terlanjur bicara. Semoga ada manfaatnya. Wassalam.

Sumber :

1. Dr. Muhammad Ismail M. 2005. Hijab – Pakaian Taqwa Bagi Wanita Muslimah. Bandung : Pustaka Ramadhan
2. Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman. 2005. Solat-solat Sunat Hikmah Dan Cara. Selangor : Wholesale-mart Business Point Sdn Bhd.
3. Ustaz Fadzli Al-Yamani. Majalah SOLUSI Isu No.22 (Ogos 2010). (Soaljawab Solat) Muka surat 38. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
4. Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. 2007. Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat Jilid 1. Kedah: Pustaka Darussalam. m.s 71
5. Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. 2007. Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat Jilid 2. Selangor: Halaqah Resources. m.s 53
6. Kapsul Hadith Radio IKIM.fm oleh Ustaz Haji Zamri Haji Zainal Abidin
7. Senarai rujukan Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman tentang solat sunat tarawih:
7.1.Nawawi mengatakan semua ulama sepakat tentang hukumnya. Lihat al-Majmu’, Juz 4, hlm 37.
7.2.Mengikut Syaukani, ertinya solat yang ikhlas dan tidak riya’. Lihat Nailul Autar, Juz 3, him 50.
7.3.Sahih Bukhari, Juz2, hlm 251; al-Jami’al Sahih, Juz 2, hlm l76; Sunan Abu Daud, Juz 2, hlm 49; Sunan al-Nasai, Juz 4, hlm 155; Sunan Ibnu Majah, Juz 1, hlm 420; Sunan al-Darimi, Jilid 1, hlm 474; al-Muwatta’, Juz 1, hlm 113.
7.4.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 253.
7.5.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
7.6.Al-Majmu’, Juz 5, hlm 38.
7.7.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
7.8.Al-Baihaqi, Juz 2, hlm 496.
7.9.Bukhari, Juz 2, hlm 48; Muslim, Juz 2, hlm 189.
7.10.Bukhari, Juz 2, hlm 245; Muslim, Juz 3, hlm 162.
7.11.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 40; Muslim, Juz 2, hlm 163.


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Sunday, July 14, 2013

Ilmu Ramadhan - Solat Sunat Tarawih

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.

Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.

Rasulullah SAW. bersabda; Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”.

Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari).

TUJUAN

  1. Solat Tarawih adalah ibadah untuk menghidupkan malam Ramadan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  2. Menggunakannya untuk menghafal kembali surah al-Quran.
  3. Mengharapkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.”  Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
.
.

BACAAN SURAH

  1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
  2. Kebanyakan orang biasanya adalah dengan membaca surah-surah lazim:

3.  Bermula malam ke 16, boleh juga dibaca mulai daripada surah al-Lail pada rakaat pertama sehingga surah al-Masad, iaitu 20 surah bagi 20 rakaat solat Tarawih.
.
.

CARA MELAKUKAN SOLAT

.
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)
.
1.  Niat:




2.  Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih
Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka bolehlah dimulakan Solat Tarawih dengan bacaan-bacaan berikut.







.  Baca doa berikut selepas selesai rakaat ke 8 atau ke 20, iaitu rakaat terakhir solat Tarawih.

Doa Solat Tarawih

.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلَّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَفْضَلَ صَلَوَاتِكَ الَّتِىْ صَلَّيْتَ عَلَيْهِ، يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ، يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَرَضِىَ اللهُ تَعَالَى عَنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَرَضِىَ عَنَّا وَوَالِدِيْنَا جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ.                                                                           

Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!  Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.

 

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا بِاْلإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ، وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنِ، وَلِلزَّكاَةِ فَاعِلِيْنَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ، وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِى اْلآخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ، وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى الْبَلاَيَا صَابِرِيْنَ، وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ، وَإِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ، وَفِى الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَعَلَى سَرِيْرَةِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ، وَبِحُوْرٍعَيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِيْنَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفِّيْنَ شَارِبِيْنَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ، مَعَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ. وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ الله وَكَفَى بِاالله عَلِيْمًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.                                      

Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk  di atas Tahta Kehormatan di dampingi  bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam!

 

اَللَّهُمَّ فَارِقِ الْفُرْقَانَ وَمُنْزِلِ الْقُرْآنَ بِالْحِكْمَةِ وَالْبَيَانِ [بَارِكِ اَللَّهُمَّ لَنَا فِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ (×3)] وَاعْدَهُ اَللَّهُمَّ عَلَيْنَا سِنِيْنًا بَعْدَ سِنِيْنَ. وَأَعْوَامًا بَعْدَ أَعْوَامٍ عَلَى مَا تُحِيُّهُ وَتَرْضَاهُ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.      

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!


اَللَّهُمَّ إِنَّكَ فِىْ هَذَهِ اللَّيْلَةِ وَكُلُّ لَيْلَةٍ مِنْ لَيَالِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ، عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، فَاجْعَلْنَا اَللَّهُمَّ وَوَالِدِيْنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَمَشَآيِخِنَا وَمُعَلِّمِيْنَآ وَأَقَارِبِنَا وَأَصْحَابِنَا وَالْحَاضِرِيْنَ وَوَالِدِيْهِمْ مِنْ عُتِقَائِكَ مِنَ النَّارِ. [اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ سَآلِمِيْنَ (×3)] وَأَدْخِلْنَا وَإِيَّاهُمُ الْجَنَّةَ آمِنِيْنَ. [اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفْوٌ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا. (×3)]    

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.                                           

Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!


 .
.

G.   SOLAT SUNAT WITIR

.
A.   Setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan solat sunat Witir. Bilal akan menyeru:


Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!
.
Disambut jama’ah dengan lafaz;


Bersolatlah. Tiada Tuhan melainkanAllah.
.
.

B.   Cara Melaksanalam 2 Rakaat Pertama

1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:


* Sekiranya solat sendirian, tinggalkan perkataan di dalam kurungan;
Daku solat sunat Witir dua raka’at kerana Allah Ta’ala.
.
.
2.  Bacaan selepas Fatihah:
             Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
             Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun
.
.

C.  Selawat Selingan

.
  1. Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;

  
Ya Allah! Kurniailah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami dan  pemimpin kami Muhammad SAW.
.
      2,  Jama’ah menyambut dengan ucapan;

 
Ya Allah! Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya (Muhammad SAW).
.
.

D.  Cara Melaksanakan Satu Rakaat Terakhir

.
  1. Jama’ah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
 
* Daku solat sunat Witir satu raka’at kerana Allah Ta’ala.

 .

.
2.  Pada raka’at terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut;

1. Al-Ikhlas,
2.Al-Falaq dan
3.An-Naas.
.
.

E.  Berdoa Qunut

Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut selepas berdiri tegak dari rukuk, iaitu belum melakukan sujud pertama.


.
.

F.  Berdoa  

  1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan tasbih sebelum berdoa:

.
.
2.   Boleh dibaca doa-doa berikut:
.
.

Peringatan

*Lafaz niat di atas boleh digunakan untuk semua orang. Jika menjadi imam atau makmum, pilih salah satu perkataan tersebut dari dalam kurungan.  Jika solat berseorangan perkataan di dalam kurungan tidak perlu dibaca.
*Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.
*Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat solat sunat tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.
.
.
Penutup
Demikianlah cara-cara menunaikan Solat Sunat Tarawih dan Sunat Witir untuk mencari keberkatan, kurniaan dan keampunan Allah pada malam-malam bulan Ramadhan yang mulia ini dan terpulanglah  kepada individu memilih dan mengikuti cara yang sesuai  mengikut  kemampuan  dan keikhlasan diri masing-masing..

والسلام

Oleh;


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Saturday, July 13, 2013

Ilmu Ramadhan - Siapa Kata Tidak Ada Syaitan Di Bulan Ramadhan?


Saya rasa ramai yang keliru di antara syaitan dan jin di bulan Ramadhan, maka di sini saya kongsikan ilmu daripada saudara seIslam saya, Tuan Junied, semoga beliau mendapat pahala di atas ilmu yang dikongsikannya, Terpulanglah sama ada mahu mempercayainya atau tidak, tiada paksaan dalam Islam. (sesungguhnya ilmu Allah itu amatlah luas sehingga diluar jangkauan pemikiran manusia, yang benar kita ambil, yang tidak kita ketepikan dengan ilmu pengetahuan yang lagi baik)

Adapun yang disebut syaitan itu terbahagi kepada dua iaitu Syaitan Asli  dan Syaitan Terbitan:


*SYAITAN ASLI

1.Iaitu jin kafir dari keturunan Iblis, sementara Iblis itu sendiri juga adalah bangsa Jin.

2.Ia semulajadi cinta kepada kekafiran dan sejak lahir sampai matinya ia akan tetap kafir.

Mereka seperti Iblis iaitu Iblis itu dulunya adalah orang besar dalam kalangan Malaikat, maka ia tahu mana benar, mana sesat, mana baik dan mana buruk.

Tapi dengan ilmunya yang sangat tinggi itu dan keangkuhannya, ia tetap memilih kesesatan dari kebenaran dan kejahatan dari kebaikan.

Maka begitulah juga naluri Syaitan Asli.

Dan dikatakan seandainya Syaitan Asli itu menjadi Pendakwah (menyebarkan Islam), nescaya ramailah manusia dan jin yang beriman daripada sebab pengenalan meraka yang sangat mendalam tentang kebenaran yang mereka ketahui.

Namun pada hakikatnya Syaitan Asli itu tak mengajarkan sesuatu kecuali: “Bagaimana sepatutnya engkau buat, supaya bila engkau mati nanti engkau akan pulang ke Neraka”


*SYAITAN TERBITAN

Sesungguhnya kerja Syaitan Asli itu adalah mendorong dan menghasut seseorang kepada fikiran, cita-cita perkataan dan perbuatan yang melanggar perintah suruhan dan larangan Allah (maksiat).

Maka Jin Bukan Syaitan Asli termasuk juga sebagai jin Kafir dan manusia yang suka melakukan kerja Syaitan Asli, maka ketika itu jadilah jin biasa dan manusia itu sebagai apa yang dikenali Syaitan Terbitan (ketika mengerjakannya).

Seandainya ia berhenti atau tidak lagi berbuat hasutan kejahatan maka ia bukanlah lagi dipanggil syaitan. Maka Syaitan Terbitan itu adalah istilah semata-mata untuk jin biasa dan manusia yang berbuat kerja² Syaitan Asli.

Manakala Syaitan Asli itu jika ia mengerjakan kejahatan maka ia tetap syaitan dan jika ia mengerjakan kebaikan sekalipun, ia tetap juga dikenali sebagai syaitan dikeranakan kejahatan dan kebaikan yang dibuat oleh Syaitan Asli itu sama sahaja tujuannya iaitu hanya untuk menuju kejahatan ataupun melanggar perintah Allah swt (tipu daya semata-mata).

Jin Bukan Syaitan Asli (Syaitan Terbitan) sebenarnya ia adalah seperti manusia iaitu ada yang baik dan ada jahat serta mereka mempunyai pelbagai anutan agama.

Ia boleh berubah bila-bila masa sahaja daripada baik menjadi jahat atau daripada jahat menjadi baik kalau ia menginginkan sebagaimana manusia lakukan dan menukar agama atau daripada beragama kepada yang tidak beragama ataupun sebaliknya.

Dengan kata lain ada yang keras kepala tetapi tidak mustahil berubah menjadi lembut hati dan ada pula yang mudah insaf daripada segala kejahatan dan kesesatan kepada kebaikan dan kebenaran.

ADAPUN yang biasa disebut sebagai hantu penunggu, jembalang, hantu raya, pontianak, toyol, pelesit, penanggal, saka dan sebagainya adalah daripada kalangan Jin Bukan Syaitan Asli (Syaitan Terbitan).


DI BULAN RAMADHAN

Maka pada Bulan Ramadan hanya Syaitan Asli yang sahaja sebenarnya yang ditangkap dan dikurung manakala Jin Bukan Syaitan Asli (Syaitan Terbitan) sebagaimana manusia tetap lagi bebas menjalani cara hidup yang mereka ingini. Dan daripada kalangan dua golongan inilah iaitu Jin Bukan Syaitan Asli dan Manusialah yang akan menjadi syaitan di bulan Ramadhan (Syaitan Terbitan) bagi menggantikan kerja² yang tertangguh yang dilakukan oleh golongan Jin Daripada Syaitan Asli.

Begitu jugalah dengan jin atau syaitan yang sering mengganggu dan menakutkan anak cucu adam dan yang mendampingi atau menyerang anak cucu adam termasuk jin sihir yang merasuk dan yang menghuni jasad manusia itu adalah daripada kalangan Jin Biasa atau Jin Bukan Syaitan Asli ( Syaitan Terbitan).

Maka meskipun dalam bulan Ramadan, ia akan tetap terus mengganggu dan menyakiti manusia. Harus dingatkan, Syaitan Terbitan juga adalah manusia yang berperangai seperti Jin Daripada Kalangan Syaitan Asli yang suka menghasut ke jalan² kejahatan.

Pada sebuah buku (saya lupa tajuknya) ada disebutkan seperkara lagi berkenaan Syaitan Asli iaitu walaupun Syaitan Asli itu juga merupakan daripada kalangan Bangsa Jin namun ia dapat menghasut golongan Jin Bukan Syaitan Asli sebagaimana ia menghasut manusia iaitu tanpa dapat dilihat dan tanpa dapat disedari.

Dengan kata lainnya, ia juga bermaksud bahawa kejadian Jin Daripada kalangan Syaitan Asli itu lebih halus daripada kejadian Jin Bukan Daripada Golongan Syaitan Asli.

Terdapat riwayat yang menyebutkan bahawa pada Hari akhirat kelak Iblis itu akan didudukkan pada suatu tempat di mana seluruh penghuni Neraka (daripada kalangan Jin dan Manusia) akan dapat melihatnya dengan jelas. Ketika terdengar satu seruan maka seluruh penghuni Neraka akan dapat melihat Iblis dan dengan segera mereka dapat pula mengenalinya.

Maka mereka pun melaknat si Iblis dan berkata: “Kerana engkaulah kami menjadi penghuni Neraka…”

Jawab Iblis: “Semasa di Dunia dahulu aku hanya sekadar menghasut kamu kepada kemungkaran sedangkan kamu boleh mengingkariku, tetapi kamu sendirilah yang memilih untuk taat kepadaku. Maka hari ini janganlah kamu melaknatiku, tetapi laknatlah dirimu sendiri.”



Wallohu a’lam.

Sumber : http://aidanatasya.com

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Friday, July 12, 2013

Ilmu Ramadhan - Amalan Kesukaan Rasulullah Di Bulan Ramadhan

 
AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: "Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran." (Hadis riwayat Bukhari
Membaca al-Quran
Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: "... bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.
 
Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, "Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa."

Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu." (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi
Qiamullail
Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
(Hadis riwayat Bukhari
Solat tarawih
Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah
Mengerjakan umrah
Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku." (Hadis riwayat Bukhari
Zakat fitrah
Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. 

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Thursday, July 11, 2013

Ilmu Ramadhan - 3 Tazkirah Ramadhan Al-Mubarak


Pertama

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Kedua

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".


Ketiga
Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :

1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'
2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain
3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan
4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya
5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.

Sumber : http://www.smaaf.net

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Wednesday, July 10, 2013

Ilmu Ramadhan - Jaga Batas Larangan Di Bulan Ramadhan



Sabda Rasulullah S.A.W.:
"مَنْ صَامَ رَمَضَانَ وَعَرَفَ حُدُوْدَهُ، وَتَحَفَّظَ مِمَّا يَنْبَغِيْ أَنْ يَتَحَفَّظَ، كَفَّرَ مَا قَبْلَهُ .."
(رواه البيهقي و إبن حبان)
Maksudnya : "Barangsiapa mengerjakan puasa bulan Ramadhan sedang ia mengetahui batas-batas larangannya, dan berusaha dengan bersungguh-sungguh menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang merosakkan puasanya, (maka dengan itu) akan diampunkan dosanya yang telah lalu .. (Riwayat Baihaqi dan Ibnu Hibban)
HURAIAN HADIS :
  1. Bagi orang yang berpuasa ianya bukan setakat menahan lapar dan dahaga, malah menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, bahkan ianya dituntut untuk mengetahui hukum-hukum syarak mengenainya, kerana dengan itulah sahaja ia dapat menjaga diri dan mengawal hawa nafsunya daripada melakukan sesuatu yang merosakkan puasanya atau merosakkan pahalanya.
  2. Sesungguhnya mereka yang berpuasa dengan mematuhi segala rukun, syarat sah dan batalnya puasa dengan penuh keimanan maka dia akan memperolehi keampunan dari ALLAH SWT sepertimana yang telah dijanjikan.
    Peliharalah puasa dengan sebaik-baiknya. Pastikan seluruh anggota badan sama-sama ’berpuasa’. WALLAHU’ALAM

Sumber : http://www.alitisam.my

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (14) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (16) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)