Ketahui Personaliti,Kerjaya,Sikap, dan Kecenderungan Kita Melalui Kiraan Metafizik Tarilh Lahir

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Readers, Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je k...

Showing posts with label Random Post. Show all posts
Showing posts with label Random Post. Show all posts

Thursday, May 29, 2014

Perbezaan Ciki dan Member

"Ciki ada member. Kami memang rapat. Ciki dengan dia memang suka borak sama-sama. Dah lama dah. Memang kalau nak bergosip sakan memang Ciki suka sangat kalau dengan dia. Ciki memang suka kongsi cerita lawak dengan dia. Macam-macam la Ciki cerita kat dia ni sebab dia memang layan je apa pun topik. Dia pun memang rajin juga kongsi cerita dengan Ciki. Macam-macam cerita.

Tapi Ciki kadang-kadang meluat dengan dia ni bila dah start merungut dengan kisah dia. Pasal suami dia la, rumah dia la, anak dia la, kereta dia la, duit dia la, mak dia la, adik kakak abang dia la, tentang kampung halaman dia la, tentang kawan lama dia la dan macam-macam la.

Ciki bukan apa. Kalau dia nak cerita masalah, Ciki memang dengar. Ciki hanya mampu dengar dan nasihat apa yang patut sahaja. Kalau dia luahkan perasaan pun Ciki tak kisah, Ciki boleh dengar. sebab dia kawan Ciki.

Cuma, Ciki rasa menyampah sangat bila dia asyik merungut bagaikan masalah tu memang masalah. Ciki ada hati juga. Ciki bukan orang senang. Ciki memang jauh beza dengan dia. Ciki orang susah kalau bandingkan dengan dia. Tak lah miskin sangat Ciki ni kalau masih dibawah ketiak ibu bapa, cuma bila dah 'dilepaskan' oleh ibu bapa ni, Ciki memang rasa susah. Duit poket pun tak mudah nak dapat. Dapat pun tak banyak. Nak kumpul pun tak sempat memang akan pakai punya untuk keperluan.

Bila member Ciki ni asyik cerita suami dia ni, begini la begitu la.. tak itu la tak ini... Ciki rasa dia macam tak bersyukur langsung dengan apa yang dia dapat. Mungkin dia bahagia dan lega dapat cerita semua tu kat Ciki sebab Ciki tak pernah cerita kat dia yang Ciki ni lagi susah dari dia. Tapi Ciki tak nak cerita. Buat malu Ciki saja. Buka aib sendiri saja. Ciki ada suami yang sayang Ciki. Tak kaya pun tapi Ciki syukur sebab dia ada hati kental walaupun Ciki ni perangai macam budak brutal tapi tak la brutal sangat kot. 'Tersepak batu' nangis juga. Suami Ciki saja tahu Ciki macam mana. Kalau marah, dia saja yang tahu siapa Ciki. Orang lain tak pernah nampak pun Ciki ni macam mana. Jadi, Ciki syukur ada suami yang memang tahu serba serbi diri Ciki. Tak perlu Ciki cakap kat member.

Bila member Ciki kata, duit dia tak cukup. Dia kata, suami dia tak faham tentang dia dan sebagainya. Hidup diorang serba serbi tak cukup. Anak-anak nakal dan sebagainya. Ciki rasa sakit hati.

Kenapa Ciki sakit hati?

Sebab Ciki tengok suami dia belikan dia macam-macam. Handphone pun canggih dah ribu ringgit nilainya. Ada rumah walaupun sewa. Ciki? handphone pun bapa Ciki yang belanja handphone yang tak original. Mana mampu nak dapat hanphone ribu ringgit sendiri. Tapi member Ciki masih kata dia serba serbi tak cukup? Kata suami dia begitu dan begini. Ciki hairan sangat.

Member Ciki ada rumah dan tinggal bersama suami dan anak-anak. Walaupun rumah sewa, tapi kat kampung ada rumah sendiri. Ciki? Ciki tak ada rumah sewa apatah lagi rumah sendiri. Menumpang saja kat rumah mertua yang kecil.Adik beradik suami pun tinggal bersama. Kawan-kawan adik ipar kadang-kadang tidur kat rumah. Ciki rasa tak ada privacy langsung. Ciki rimas. Tapi nak buat macam mana, Ciki bukan orang kaya. Rumah keluarga member Ciki besar. Boleh muat ramai. Sekiranya dia tak ada rumah sendiri atau sewa, member Ciki tetap nampak beruntung sebab rumah tu besar. Anak dia boleh lari-lari dalam rumah tu. Dua tingkat pula.

Dia juga selalu merungut tentang anak-anak. Katanya susah nak buat itu dan ini sejak ada anak. Ciki rasa simpati dengan anak dia. Kalau Ciki jadi anak dia, Ciki mesti rasa tersingung sebab bagus tak payah lahir ke dunia kalau lahir pun dianggap macam tu. Kalau Ciki? Ciki bukan tak nak anak. Ciki nak. Ciki suka budak-budak. Budak-budak sangat menghiburkan hati Ciki. Sedih atau hibanya Ciki, budak-budak kecil boleh menghilangkan rasa sedih. Tapi Ciki terpaksa merancang dulu. Ciki belum bersedia untuk dapatkan anak lagi. Kewangan Ciki dan suami belum mampu menanggung anak. Kesian anak-anak serba serbi tak cukup nanti. Makan minum dan keperluan Ciki pun terpaksa dikecilkan. Tak cukup! Tapi Ciki gembira sebab Ciki dimanja dan disayang suami yang penyayang. Kenapa member Ciki menganggap semua tu masalah? sedangkan Ciki merasa cemburu kerana dia ada apa yang Ciki nak?

Ciki tak percaya bila member Ciki kata, dia tak cukup itu dan ini. Susah sebab kereta begitu dan begini. Sedangkan suami dia dah belikan dia kereta. Malah bukan sebuah. Ada dua buah kereta yang cantik! Walaupun orang kaya akan kata kereta tu adalah kereta biasa sahaja. Tapi bagi Ciki, kereta dia tu kereta terbaik bila Ciki ada. Kenapa? Sebab kereta Ciki kereta usang dan selalu rosak. Hmm.. Bukan kereta Ciki pun. Kereta suami. Mungkin juga bukan kereta suami. Kereta keluarga suami. Entah apa yang member Ciki rasa tak cukup sedangkan Ciki, lesen kereta pun Ciki belum mampu nak dapatkan! Ciki nak dapatkan pun duit Ciki akan habis ke arah lain! Member Ciki ada lesen dan kereta. Kenapa dia kata macam tu? Ciki anggap Ciki tak suka kereta. Ciki anggap diri Ciki tak suka kereta sebab Ciki tak mampu dapat kereta. Ciki anggap Ciki gila motorsikal. Tu pun pada hakikatnya, motor pun Ciki tak ada pun. Basikal pun tak mampu nak dapat. Mampus la member Ciki kalau hidup dia ditempat Ciki agaknya.

Member Ciki bertuah. Seorang pemegang Ijazah. Dia pernah merasa berada di menara gading. Ciki? Ciki tak ada Ijazah. Ciki tak mampu sambung belajar. Ciki budak pandai tapi Ciki tak mampu nak lebarkan sayap Ciki macam member Ciki. Tapi dia masih kata hidup dia tak cukup? Kalau Ciki jadi dia, Ciki bangga sebab Ciki pernah ke menara Gading tapi tak jadi andartu. hahaha...Sebab orang gila kerjaya jarang dapat kawen awal dan ada keluarga. Tu pun, Ciki tengok, ada juga wanita yang boleh belajar walaupun ada keluarga. Asal ada kemampuan kewangan dan kemahuan. kan.

Ciki tahu , Ciki ni golongan mana. Ciki bukan golongan sederhana pun. Ciki golongan miskin. Terus terang Ciki cemburu dengan dia dengan semua yang dia ada. Suami dia mampu bawa shopping, melancong, jalan sana sini... tak kisah pun. Tapi dia masih meluahkan perasaan dia dengan masalah dia yang bagi Ciki bukan masalah pun. Dia patut bersyukur sebab Ciki tak ada pun apa yang dia ada.

Ntah la... Ciki tak tahu nak cakap apa kat member Ciki ni. Elok Ciki tak payah layan..."

[Copy Paste]

P.S : Cerita panjang lagi...tapi panjang sangat... ambil pendek saja cukup la asal tahu dan faham apa yang tersirat dalam cerita si Ciki ni....Bersyukurlah apa yang ada. Cari apa yang dimahu tidak salah dengan syarat masih bersyukur kerana ada apa yang ada di depan mata. Masalah member Ciki ni, dah la tak bersyukur, tapi merungut dengan apa yang dia ada. Malah dia tak bertindak pun untuk dapatkan apa yang dia mahu. Merungut tak sudah~ Elok bagi apa yang dia ada kat Ciki je. HAHAHAHA!!!


With Love,



Saturday, July 27, 2013

Bila ada hati nak couple dengan Mr.Ex-Bf semula - Parody

Ada al-kisah sepasang kekasih...

SEMASA COUPLE

Si perempuan selalu sangat minta putus..sampai ayat pun tahap nak terjatuh telinga kita dengar.

"CINTA PENUH DENGAN AIR MATA TAK PATUT BERSAMA" - Nak sangat putuskan hubungan.. Nak sangat lelaki yang hebat kat luar pada mata dia.



Bila dah buat salah besar, Si lelaki tetap terima tapi entah kenapa agaknya si perempuan ni semakin gila.

PATAHKAN SIM CARD, BUANG CINCIN PEMBERIAN SI LELAKI DALAM LUBANG JAMBAN, BAKAR HADIAH DARI SI LELAKI...Nak sangat dia putus...

Si lelaki tetap bertahan.

Tiba-tiba, Si perempuan menghilangkan diri. Lesap! Ingat dah mati. haha, rupanya hidup lagi...Laa menghilang berbulan-bulan.. si lelaki tunggu tak muncul-muncul. Selepas 6 bulan. Tak ada SMS, tak ada telefon dan sebagainya. Tak ada mesej dan pesanan.

SELEPAS PUTUS

Si lelaki menganggap tak ada jodoh, si lelaki bawa diri dan buka hati kat orang lain. Si lelaki nekad nak hidup dalam lembaran baru.

Tak ada angin dan ribut. Setelah berbulan-bulan dengan GF baru, tiba-tiba si perempuan tu muncul semula. WHAT ??? Alasan hilang ? langsung tak logik dan tak boleh diguna pakai.

Si lelaki dah penat dengan perangai si perempuan itu dulu.. walaupun dah putus dengan GF baru dia, tak ada jodoh, dia langsung tak cari balik si perempuan tu. LANGSUNG!!

Lama juga si lelaki hidup bahagia tanpa kekasih..yelah, buat apa nak ada GF kalau menyusahkan saja. Lebih bagus hidup seronok dan gembira bersama keluarga :)

Tapi.. entah kenapa si perempuan yang dulu nak sangat putus dan hilang tanpa pesanan. KINI gila mengharap diterima semula walaupun semasa si lelaki sudah mempunyai buah hati yang sangat layak untuknya.

GILA! hahahaha.

Pada suatu hari,
Di hari lahir si lelaki...Si perempuan menghantar ucapan.

"Selamat hari jadi. Dari EX-GF mu.."

uh ? Kenapa mesti ada signature, "dari ex-gf mu" kat hujung ? Geli geleman lah..



Di hari lahir yang lain pula,

"Hanya tuhan yang tahu ex aku yang mana satu akan kembali kepada aku.." hahahaha...tangan ke bahu, mata ke atas!



Ucapan hari lahir yang sungguh pelik bunyinya..wkakakaka!!

Mesej di hari-hari yang lain :

"Aku bersyukur sangat kita tak pernah terserempak kat sini.." kenapa pula tiba-tiba cakap terserempak ? Berharap la tu.. tapi guna ayat songsang. hahahahaha!

Menghantar gambar baju...baju baju baju.. minta pendapat mana satu sesuai untuk dia...kekekeke... ada juga perempuan macam ni kan ? Minta pendapat peribadi dengan BF orang. Jelik dan geli je...Tak ada kawan perempuan ke nak minta pendapat tentang baju ? Tak pun, minta pendapat la kat lelaki yang dia suka atau bf sendiri kan ? ops! lelaki yang dia suka ? hah! Sebab dia ada hati lagi kan ex-bf dia. sebab tu lah dia buat macam tu. Miahahaha!! Kesian...

Bila si lelaki pilih salah satu baju...si perempuan pun reply,

"Tolong bayarkan...tq.."



Seperti yang dia kata, SAH lagi membuktikan... "Aku ni, MATERIALISTIK DAN PENDENDAM" semasa mereka masih couple beberapa tahun yang lalu. hahahahaha!

Minta bayarkan bf orang ?? ciri-ciri perampas dan pisau cukur sungguh. Kenapa lah terdesak sangat minah-minah type gedik macam ni ?

Si perempuan benar-benar rajin skodeng atau jadi stalker kat facebook GF si lelaki itu, sungguh dia tidak pernah tahu bahawa GF si lelaki memang tahu dia sedang dilihat, diskodeng, di-stalk!..

Si perempuan terrkejut kononnya,

"GF kau kidal pula kan..." hahahaha... dia detect GF ex bf dia ada persamaan dengan dia. SO what kan ? Ada ke orang kisah ? Jika luaran sama, tak semestinya hai sama.. hati lain-lain, even muka sama ke mirip ke, kalau dah tak match, tetap tak match!

Si perempuan selalu juga menghantar mesej bermula dengan bertanya khabar. Kemudian mencarut sendiri.. Ayooo! Kesian. Sungguh kesian. Lepas tu apa terjadi ? Si lelaki buat bodoh dan delete mesej yang menggelikan itu :p Kwang3x...

Si perempuan sangat tidak sedar. GF si lelaki sangat senang dengan tindakan dia. "Skodeng lah puas-puas...kehidupan kami yang bahagia dan tiada kesan pun dengan mesej-mesej yang kau hantar...kenapa tak hantar kat aku saja ?" kata GF si lelaki sambil tergelak-gelak.. HAHAHA.

Kemudian,
Kehidupan si lelaki dengan kekasihnya semakin upgrade. Sudah tiba masanya untuk membuang semua cerita lama dan tamatkan lah ia. Mereka bersama-sama "membuang" kisah lalu dan salah satu tindakan mereka adalah "block person" kat Facebook. Kenapa ? Mereka tidak penting sama sekali. hahahahaha... Mereka semua berada di belakang dalam dunia silam.

Tiba-tiba..ayat PERASAN keluar pula daripada si perempuan itu.. sudah di block, dia cari cara lain untuk menghantar mesej. Melalui kawan dia.

"Berhentilah hidup dalam bayang-bayang aku..."



erk ?? O_o Buah hati si lelaki merasa geli dan geleman dan nak termuntah pun ada dengan ayat PERASAN ex-gf buah hatinya itu... HAHahahahaha.. Gelak sekejap.. hahahahaha. hahahahaha.. HAHAHahahaha...

Saya rasa, itu bukan yang sekejap.. sangat lama...


Ho ?

HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!


Siapa mencari siapa sebenarnya ni ? "Sungguh perasan ex-gf you ni darling...hihuhaaaa...dia yang tak boleh hidup bila u block dia..dia boleh kata macam tu ek? Tak ada kemaluan ek? hihuhaaaa..." , katanya slumber je.

Semakin si perempuan tu macam tu, semakin si lelaki dan buah hatinya yang sekarang ni TERTAWA dan TERTAWA...

Pengajaran : Hargai orang yang ada depan mata. Jangan bila dia dah tak nak kat kita baru menangis dan tercari-cari. Menyesal sekarang pendapatan.. menyesal kemudian you rasa lah sendiri. hee.. dan jangan mengharap perkara yang sudah terang-terangan jelas tidak boleh dimiliki lagi. Buka lah lembaran baru.

P.s : Penulisan ini tidak ditujukan khas kepada sesiapa. Penulisan ini tercetus setelah melihat drama yang sangat seronok jadi bahan ketawa. lols. Kepada yang terasa, saya tidak bertanggungjawab sama sekali, kerana saya mungkin tidak mengenal kamu dan tidak pernah tahu pun cerita hidup kamu. Chill bebeh.. jadikan sahaja cerita ini sebagai bahan pelajaran. Jangan jadi macam cerita kat atas kepada kita semua.Amin. Kalau terasa juga, mungkin apa yang saya tulis kat atas tu you pernah buat tak ? O_o


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Thursday, February 14, 2013

Just let they know and compare which one better

Just Let they know...

Terangkan...
Jelaskan...
Beri mereka tahu...

They will be...

or

They will do the best...

Just...please...

Do not tell them that they can not.

COMPARE :

1.Hey, please do like this...don't do like this. (Explain if any...Show them..)

VS

2.Hey, why you do like that?...you're not good in this. you don't do it in earnest.

WHICH ONE BETTER?

Accuse or teach?

P.S : I am often accused by the boss.

Aku,

Friday, November 30, 2012

Extremely Scary Ghost Elevator Prank in Brazil

Assalammualaikum Bloggers and Readers :)

Pernah berada dalam lif seorang diri dan terjumpa hantu yang menakutkan?




Dalam keadaan yang sangat menakutkan tersebut, apa yang anda mampu lakukan? HAHAHA.. oke... lihat video di bawah :




Hanya satu penipuan...satu gurauan... apa terjadi sekiranya pesakit jantung yang berada di dalam lif tersebut? adakah ini wajar dilakukan sebagai satu gurauan?

by the way...video ini sangat digemari khalayak ramai...lihat :



Apa pendapat anda?

Aku,

Thursday, August 2, 2012

Hobi, Kepuasan dan Ketenangan

Assalammualaikum! =) Jawab...HAHA.

Pepagi buta ni, aku terfikir tentang sesuatu. Aku rasa, ini adalah sesuatu yang aku tidak pernah lihat dari kaca mata orang lain selama ni. Maksudnya, aku tidak pernah mencuba untuk faham!

Hobi dan kepuasan. Aku bukan nak cerita tentang hobi aku atau kepuasan yang aku mahukan tapi...aku sedang dalam proses memahami sesuatu yang selama ni aku tidak mengerti!



Ada kawan lelaki aku tu selalu menghabiskan duit mereka dengan barang-barang yang aku rasa tidak berbaloi. Aku kata kat diorang, diorang tidak berjimat! Buang duit dan semua tu sia-sia dan tidak ada masa depan. Kumpul lah duit untuk kahwin ke apa ke. HAHA. Mungkin kawan aku tu tersinggung kan? I Am So Sorry! =) Harap dimaafkan.

Ada juga kawan lelaki aku yang tidak tidur malam gara-gara layan benda yang aku rasa tidak berfaedah langsung. Aku kata kat diorang, daripada layan itu, kan ke bagus siapkan kerja rumah ke apa ke. Tidur lah jaga kesihatan. Aku tetap kata, diorang buat benda yang tak patut walaupun diorang bukanlah buat itu selalu. Mungkin kawan aku tu kecik hati kan? I Am So Sorry! Harap dimaafkan.



Aku selalu marah kat kawan aku tu, sampai muka dia jadi masam. Lepas tu, aku tak pandai pujuk pula. Kesian kat dia. Huhu..

Bila aku fikirkan balik, tu kan hobi diorang kan. Masing-masing ada hobi dan kesukaan masing-masing. Sebelum aku terfikir tentang hal ni, aku hairan kat kawan-kawan aku ni, bila aku marah-marah diorang tentang hal-hal macam ni, diorang bertambah pula dengan barang-barang tu semua. Tambah marah, tambah naik gila diorang main benda yang diorang suka tu. Aku sangatlah hairan!

Sekarang baru aku tahu kenapa. Sebenarnya, hobi kita sangat menenangkan! Apabila kita membuat sesuatu yang sangat kita suka, kita akan berasa tenang! Sebab itulah kawan aku tu, bila dimarah bertambah pula dia layan hobi dia. Sebab dia rasa tenang! Mungkin dia sedih sebab aku tidak suka dengan hobi dia tapi sedihnya hilang bila dia luangkan hidupnya dengan hobinya! Thats it!



Aku tidak sepatutnya marah kawan aku kan? Mungkin hobi dia tidak pernah mendatangkan duit atau berfaedah dan mungkin kelihatan 'gila'. Tapi mendatangkan kepuasan dalam diri dia. Mendatangkan kegembiraan, ketenangan dan menghilangkan stress. Aku patut faham perkara ni!

Aku tiba-tiba berfikir tentang ni pagi ni sebab semalam aku terlihat satu situasi 3 orang sahabat.Abu sedang dengar radio kuat-kuat sambil tutup mata. Ali marah sebab radio tu tak menyiarkan perkara yang seronok baginya. Dia berdiri dan ingin tegur Abu tapi dihalang oleh Ahmad. Ahmad kata, "Jangan! Biarkan dia...Dia sedang tenang lakukan itu.."



"Dia sedang tenang lakukan itu" membuatkan aku berfikir kembali tindakan aku kat kawan-kawan aku yang pernah aku marah tentang hobi diorang dulu-dulu. Aku pun ada hobi sendiri juga! Kenapa aku boleh tidak faham? Aku janji tak akan buat lagi.

P/S : As long as hobi kawan kita tidak mengugat agama, keselamatan dan kesihatan, cubalah fahami dia sebab dia akan sedih dan stress bila kawan sendiri tidak support dia. Walaupun hobi dia bukan hobi kita dan walaupun hobi dia tidak sama dengan hobi kita, fahami dia dengan cara meletakkan diri kita dalam diri dia. Lihat dia dari kaca mata dia dan selami hati dia yang gembira dengan hobi dia seperti kita gembira dengan hobi kita. Siapa tahu, itu ialah sebahagian dari hidupnya, kan? =)

Aku,

Wednesday, August 3, 2011

My Father's Name Is LAMUDIN BIN OMAR

I LOVE YOU AYAH! :)
Dialog 1 : "Sofinah Binti Lamudin? eh? Awak ni anak Tuan Lamudin eyh? Ayah apa khabar?"

Dialog 2 : "Lamudin? Anak HJ.Lamudin ke ni?"

Dialog 3 : "Eh? Inspektor Lamudin punya anak ke kamu ni?"

Dialog 4 : "Sofinah Lamudin? Bapamu ka tu yang di Labuan Supermarket tu?"

Dialog 5 : "Eh? Bapamu ka tu yang selalu ke Kastam tu?"

Dialog 6 : "Lamudin? Lamudin Sg.Bedaun ka?"

Dialog 7 : "Ni anak Lamudin Kg.Sg.Bedaun ka atau Kg.Layang-layangan?"

Macam-macam ada~

Whatever 'lamudin' in your mind..my 'lamudin' is THE BEST OF THE BEST FOREVER..Hehehe..

Aku,

Tuesday, August 2, 2011

AKU DAH BESAR



SEMALAM…dia berkata,

“SOFIE KAU DAH BESAR..DAH DEWASA..KAU BERKEMBANG DISINI..”

AKHIRNYA, kau sebut antonim perkataan yang pernah kau gelar aku.
AKHIRNYA, kau akui aku bukan seperti yang kau sangka.

Aku nampak kau lepaskan aku.
Aku nampak kau biarkan aku.
Aku juga lihat kau percayakan aku.
Aku melihat kau harapkan aku.

TRUST ME THAT U WILL NEVER FRUST!
TRUST ME THAT U SHOULD TRUST!


Aku,

Monday, May 9, 2011

Mana KAU Pergi? PULANGLAH~

Cemas! Panik! Kemana kau pergi? Semalam ku rasa kau hanya duduk diam di rumah seperti biasa. Kau ku lihat berehat dan bersantai sambil kakimu bergoyang-goyang di kerusi. Kau melihat aku dengan matamu yang tidak dapat ku baca apa isinya.. Yang pasti hanya ku dapat rasa suatu perasaan kasih dan sayang buat mu yang COMEL! walaupun kadang-kadang ku rasa wajahmu kelihatan garang benar bila terasa diancam.

Kemana kau pergi?? Seharian kau tidak pulang ku hanya menunggu..kakak juga menunggu..hinggalah malam tiba kau tiada jua pulang. Kenapa kau lari dari rumah?? Apakah aku dan keluarga ku sekalian sudah membuat engkau rasa tersinggung mahupun terluka?? Apakah yang telah aku buat? Apa keluargaku telah buat hingga kau pergi tanpa apa-apa kata mahupun pesanan akhir?

Aku dan keluarga menunggu mu pulang semalaman. Kau tidak juga mahu muncul-muncul..kenapa? kemana kau pergi? Kakak ku sedih dan aku juga sedih. Selalu ku akan melihat mu tidur di atas kerusi..tidak pun ku akan melihat mu bermain dengan gembira di ruangtamu. Tapi sekarang? Suasana telah pun berubah. Kau sudah tiada... :(

Malam itu, aku berdoa..aku yakin kau masih ada.Aku yakin kau tiada apa-apa..aku berdoa agar Tuhan memberikan petunjuk atau pulangkan engkau kepada kami semula dengan keadaan yang selamat. Namun, kau tidak juga muncul..Tapi aku masih menunggu..kami memanggil-manggil namamu...tapi sayunya hati bila kau tidak pernah mahu menyahut..

Subuh pun menurunkan tirai...Matahari juga mula bangun dan menerangi alam..aku keluar dari bilik dan ke ruangTamu...ah?! Ngingingggggg!! KAU PULANG!! Percayalah! biarpun aku sering sibuk dengan hal-hal kerja dan hal ku yang kau tidak mengerti langsung...kau tetap ada dalam hatiku kucing tersayang!

Mak Kucing (Nginging) ngah main somo ngan anak dia kot..
P/S : Buat Orang Panik Je! Rupanya Dia Pergi Menziarahi Rumah Jiran...Haha..Syok sangat ke umah dia sampai kau tak nak pulang? Huhu..

Aku,

Tuesday, April 19, 2011

Unique Of Me is Best Of Me


Jiwa gua jiwa muda..
Muda belia remaja tu gua..
Layan lagu, lagu yeaHh-YeahHh!
BiasaLah saya punya suka..

Gua idop dalam 'dunia' BLUES gua..
Jiwang ke karat belaka..
Itu lah Gua, gua lah saja..
Jadi bayangan bikin susah saja..

Aku ialah aku...
Tak kira! aku nak jadi aku juga...
Aku suka gelak, ketawa, ceria, manja...
BIASALAH itu AKU...

Kalau tak suka sila lah ke kaunter sebelah...
Gagagagaga...

Sekian Terima Kasih!

P/S : JadiLah Diri Sendiri..Personaliti anda ialah anda..Image anda itu hanya luaran belaka...


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


 

Wednesday, March 23, 2011

Persoalan Tanpa Jawapan Yang Pasti


  1. Are you happy? - I'm not sure.
  2. Are you feelin sad? - May B.
  3. What do you want? - I Don't know.
  4. Do you like working as CC? - I really don't know.
  5. You better go study or working? - 50:50.
  6. What happened? - Something missing / wrong.
  7. What is your feeling? - I'm feeling so zero.
  8. What description for you right now? - Error.
REMARKS :

I DO NOT KNOW MYSELF! ZERO @_@


Aku,

Thursday, March 10, 2011

Di Kala Rasa Itu Kembali

CINTA DI MANA???
NAK BELAJAR MAIN KEYBOARD...
NAK BELI KURA-KURA KECIK SIMPAN DALAM OFIS JADI TEMAN..
SAYANG MAK AYAH...

Aku,

Saturday, February 5, 2011

Larut Malam


oh! Dah larut malam~
Aku dengar ayam berkokok!
Kok Kok Kok!!
Tuuu..aku dengar lagi..
bersahut-sahutan pula...

Mata aku ni tak reti nak lelap..
SMS aku tak reply..
SOrry MR.Lola..
NNt lepas subuh aku reply..

Streamyx je bunyinye..
Tapi line macam kura-kura..
Berhabuk aku nunggu..
Loading...
Loading...
Loading...

Malam ni sejuk betul!
Hujan renyai-renyai...
Dari semalam hujan..
Baju kalau jemur,
SAH takkan kering punyalah..
aku jamin! Haha...

BAikLah!
Nak tidor dulu..sejam dua...
Pas tu siap-siap sumer..
Pergi kerja..
NAK JADI PEKERJA TERBAIK NI!
Selamat Malam...
~
~

Aku,


Friday, February 4, 2011

Lepak tak bertempat

  • Nak outing - CANCEL - sebab hujan.. T_T
  • Nak Cuci Baju - CANCEL - sebab hujan.. T_T
  • Nak ke pantai berjiwang - CANCEL - sebab hujan.. T_T
  • Nak ajak main motor - CANCEL - sebab hujan.. T_T
OK! Semua pun CANCEL..so,aku pun...
  • Makan kuaci...lepas satu, satu..lepas satu, satu - Penat mengunyah!
  • Blogwalking...lepas satu, satu...lepas satu, satu - Penat membaca!
  • Dengar lagu...lepas satu, satu...lepas satu, satu - Balik2 juga lagu ni!
  • Baca Novel...lepas satu page, satu page...lepas satu page, satu page - Ngantuk!
  • SMS...lepas satu, satu...lepas satu, satu - Tak kena reply dah!

Lepas ni nak buat..

  • Update blog.
  • Melukis tema CNY.
  • Buat paperwork.
  • Tido.
  • Makan.
  • Rindu-rinduan.
Hahahaha!!

Aku,

Anda Mungkin Mahu Baca Ini

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Bazaar Ramadhan (1) Beats Pill (1) Begleri (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (16) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (37) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (82) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (124) Favourite Song (27) Fidget Spinner (1) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Hand Spinner (1) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (4) Header (1) Headset (1) Hobi (8) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kashaka (1) Kawan (17) Keluarga (15) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (4) Kreatif (16) Kundasang (1) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Permainan (1) Personaliti (7) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (19) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (11) Ramping dan langsing (1) Ranau (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (4) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (12) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Thumb Chucks (1) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)