Showing posts with label Review Produk. Show all posts
Showing posts with label Review Produk. Show all posts

Sunday, October 25, 2015

Qaseh Adinda by Qaseh Gold | Ramuan Khas Untuk Kaum Hawa | Menyelesaikan masalah wanita

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Sebagai wanita, saya pasti ramai yang faham kenapa wujud Qaseh Gold Adinda di pasaran. Produk Qaseh Gold Adinda ini telah menyebarkan berita-berita baik kepada setiap wanita yang memerlukan jalan penyelesaian terhadap pelbagai masalah wanita.



Masalah wanita seperti senggugut, Haid tidak lancar dan paling menarik adalah mampu menyelesaikan masalah yang biasa dialami oleh ibu-ibu mengandung. Mungkin ia adalah "Biasa" sahaja. Dan mungkin ada wanita yang merasakan ia adalah perkara biasa yang remeh untuk di ambil serius.

Apakah masalah biasa yang dialami oleh wanita mengandung?

  1. Morning Sickness, mabuk atau loya.
    • Untuk mengatasi masalah ini :
      • kita perlu kerap makan tetapi dalam kuantiti yang kecil.
      • Elakkan makanan yang berangin, pedan dan berminyak.
      • Makan makanan yang mudah hadam.
      • Minum air yang secukupnya.
  2. Back Pain atau pun sakit belakang.
    • Untuk mengatasi masalah ini :
      • Gunakan tilam dan bantal yang sesuai ketika tidur.
      • Lakukan sedikit senaman regangan.
      • Elak menggunakan kasut bertumit tinggi dan berdiri lama.
      • Urutan yang dapat memberikan keselesaan.
  3. Cirit-birit.
    • Masalah ini mengakibatkan :
      • Tubuh anda terhidrat.
  4. Kaki Kejang atau Cramp.
    • Untuk mengatasi masalah ini :
      • Makan makanan yang mengandungi potasium tinggi seperti pisang sebelum tidur.
      • Menambah pengambilan kalsium
  5. Panas badan.
    • Masalah ini akan mengakibatkan :
      • Mudah beremosi.
    • Untuk mengatasi masalah ini :
      • Pastikan kebersihan dan suhu sekeliling  adalah selesa.
      • Jaga kebersihan untuk mengelakkan masalah ruam kulit.
      • Banyak meminum air.
  6. Yis atau masalah keputihan.
    • Untuk mengatasi masalah ini :
      • Pakai pakaian dalam yang longgar.
      • Pakai pantyliner.
    • Masalah ini mengakibatkan :
      • Masalah bau dan kegatalan di bahagian faraj.
      • Jangkitan terhadap faraj.
      • Tidak selesa.
Walaupun saya sudah menyenaraikan sedikit maklumat CARA MENGATASI masalah ini, tidak semua boleh diikut oleh ibu-ibu mengandung dan tidak mungkin semua cara ini adalah berhasil untuk semua ibu-ibu mengandung. Hal ini kerana, tidak semua individu itu adalah sama.

Mungkin, untuk masalah loya, saya boleh memberi nasihat dengan berkata, "perlu kerap makan dan elakkan makanan yang berangin" dan mungkin saya akan memberikan tips demi tips. Tetapi tidak semua orang akan berjaya mengatasi masalah tersebut dengan melakukan tips yang saya kongsikan tadi.

Saya ada sahabat, mempunyai masalah morning sickness dan loya yang teruk. Tak ada apa-apa makanan pun yang mampu ditelan.

Tetapi, saya dapati ada produk yang bagus dan sesuai untuk wanita dan ibu mengandung iaitu Qaseh Gold Adinda. 



Paling menarik!! Produk Qaseh Gold Adinda ini, bukan sahaja sesuai untuk ibu mengandung,wanita bermasalah senggugut dan kitaran haid tidak teratur tetapi sangat sesuai untuk wanita selepas bersalin (berpantang), ibu yang menyusukan anak. Malah, UNTUK MENDAPATKAN CAHAYA MATA!



Selain itu, masalah kulit kusam juga dapat diatasi dengan pengambilan produk Qaseh Adinda ini. Untuk melihat testimoni pengguna-pengguna Qaseh Adinda by Qaseh Gold ini, sila -KLIK SINI- .
Untuk bertanya lebih banyak maklumat mengenai produk ini, boleh terus menghubungi Puan Nita di facebook beliau. -KLIK SINI- untuk ke FB beliau.














Thursday, October 22, 2015

Kenapa kita perlukan suplement sedangkan kita tidak sakit?

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Dulu saya pun macam korang juga, selalu bertanya pada diri sendiri, "kenapa saya nak ambil supplement pula?" saya bukan sakit pun,kann.

Sebenarnya, supplement bukan untuk orang sakit semata-mata. Kita perlu faham supplement ni apa. Sebagai manusia, saya yakin tak ada seorang pun yang sihat 100%. Semakin kita meningkat dewasa, usia semakin bertambah, banyak keperluan-keperluan badan kita akan semakin berkurangan.

Apa yang saya perhatikan, pelbagai masalah kecil dianggap perkara biasa dan tidak diambil peduli langsung seperti tak boleh duduk lama-lama, sakit kepala, tak dapat nak jalan jauh dan sebagainya.
Masalah-masalah kecil seperti memang kelihatan remeh tetapi kita semua mesti ambil peduli! Sayangi diri kita sendiri. Kalau bukan kita siapa lagi?

KITA SEMUA PERLUKAN SUPPLEMENT.

Kenapa? Okeyh! Korang lihat keadaan zaman sekarang ni, tak sama seperti dulu-dulu lagi.


  • Sayur-sayuran dan buah-buahan - Zaman sekarang korang yakin ke sayur dan buah terjamin kebersihannya? Korang yakin ke zat sayur dan buah sekarang sama macam zaman dulu? TIDAK kan!Sekarang ni susah dah nak macam zaman dulu-dulu...Selain tu, korang tidak akan menyangka zat sayuran tu akan berkurang atau paling teruk sudah hilang ketika ia di masak. Sebab tu ada yang tidak mahu masak sayur sampai betul-betul layu kerana takut zatnya hilang serta merta. Yang tinggal hanya sayuran sebagai pelawas ketika korang membuang. haha! Sama juga dengan buah-buahan. Sebagai contoh, korang kata, kita tak perlu makan supplement seperti Vitamin C, pergi beli dan makan je buah oren. Korang tahu ke berapa biji oren korang kena makan untuk lengkapkan keperluan badan korang untuk mendapatkan vitamin C tersebut? Kalau korang tahu sekalipun, korang tidak mungkin sanggup nak makan buah oren tu sampai lengkap keperluan Vitamin C korang dalam satu hari!

Jom main kira-kira...
Tubuh badan manusia memerlukan 2000mg vitamin C sehari!
Sebiji buah oren hanya ada 60mg..

60mg x 34biji = 2,040mg Vitamin C.

okeyh! Nampaknya korang kena makan dalam 30biji sehari untuk dapatkan 2000mg Vitamin C.
Hahaha! Jenuh nak habiskan.

  • Pemulihan sel-sel badan - Tak ada makanan zaman sekarang ni yang mampu menyembuhkan kita bermula dari sel. Makanan zaman sekarang kebanyakkannya adalah makanan segera dan mempunyai bahan-bahan yang memudaratkan dalam jangka masa panjang. Walaupun kita tidak sakit, kita perlu mempunyai sell badan yang sihat. Untuk mencegah penyakit. Jangan tunggu terhantuk baru nak tergadah. 
  • Menggunakan ubat-ubatan - Tak akan ada doktor, klinik atau hospital yang akan mengakui bahawa bahan-bahan kimia dan dadah dalam ubat-ubatan tu sebenarnya akan memberi kesan tak baik dalam jangka masa panjang. Zaman sekarang, jarang kita jumpa individu yang mampu hidup melepasi 100 tahun. Bandingkan sendiri, supplement semulajadi dan ubat-ubatan adalah mengandungi bahan kimia dan dadah. Mungkin tidak memudaratkan sekarang tetapi nanti. Sebab tu kalau boleh elakkan sakit. Cegah dengan mengambil supplement.


Saya hanya akan kupas 3 perkara sahaja. Yang lain-lain, korang boleh - KLIK SINI- untuk dapatkan info supplement yang terbaik untuk tubuh badan kita.

Sekiranya korang memerlukan bantuan atau nasihat dari segi pengambilan supplement, boleh hubungi Puan Rafha Atiqah di facebook beliau - KLIK SINI - takkisahlah supplement yang macam mana korang perlukan. Kecantikan? Kesihatan? Boleh refer beliau. In Shaa Allah, akan dibantu.


Setakat ini dahulu.
Terima kasih sudi baca.
Jumpa di next entry!











Berputus asa dalam usaha menguruskan badan? Kenapa semua usaha tu harus dihentikan? TERUSKAN!

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Pernah tak korang rasa, penat betul nak teruskan usaha untuk kurus?
Pernah tak korang rasa, macam-macam dah korang buat untuk kurus tapi tak ada hasilnya juga?
Ye lahh! Bersenam sudah, jaga makan pun sudah dan macam-macam supplement cuba tapi hasilnya mengecewakan korang?

Mesti pernah kann?
Sakit hati?
Penat?
GIVE UP?!

Jangan! Jangan benarkan diri korang sendiri berhenti untuk cantik! :) Teruskan usaha.

Untuk terus bersemangat meneruskan usaha dalam matlamat menjadi kurus, korang perlukan inspirasi seperti,


  • Korang boleh memakai baju yang cantik, fesyen dan bergaya.
  • Keyakinan korang akan meningkat.
  • Korang akan lebih sihat!


Saya faham perasaan korang yang berputus asa tu. Mungkin usaha dah banyak tapi hasil penurunan berat badan korang agak lambat.

Perkara macam ni berlaku ada sebab. Kita kena tahu kenapa usaha kita TIDAK BERHASIL untuk langsing dan kurus!

Punca-punca lambat kurus
1.Metabolisme lemah
- Jika Metabolisme kita lemah, pembakaran lemak akan menjadi kurang efektif! So, apakah punca metabolisme korang ni lemah?

  • Kurang makan - maksud nya kat sini, bukan kita kena jadi seorang yang kuat makan. Tapi, pastikan kita tidak melengahkan waktu makan kita. Kalau korang sedang nak kurus, makanlah kerap snek dalam setiap tiga jam. Makanannya pula bukanlah makanan berat-berat tetapi ambil makanan seperti oat, jagung, epal, etc.
  • Tidak mengambil Kafein langsung - Ini adalah salah satu punca metabolisme melemah. Cuma, ini bukan satu keperluan yang 'wajib' diambil. Hal ni kena bersesuaian dengan individu juga. Ada orang tak boleh ambil kafein atas sebab-sebab tertentu. Selain tu, pengambilan kafein berlebihan pula akan mendapat kesan yang negatif seperti menjadi resah gelisah dan panas baran.
  • Kurang mengambil makanan serat - Dalam diet yang sihat, kurangkan makanan bergula dan bergaram termasuklah nasi putih. Banyakkan makanan serat seperti oat organik, jagung, epal dan brown rice.
  • Jarang meminum air putih - keperluan badan untuk air adalah lebih kurang 7 hingga 9 gelas air putih. Kurang minum air putih akan membuatkan metabolisme melemah dan kita mungkin akan menjadi lemah badan dan sakit kepala kerana kurangnya oksigen dalam badan.
  • Berkurung dalam rumah - Untuk mengaktifkan daya Metabolisme untuk bekerja, kita tidak boleh terlalu berkurung di dalam tempat tertutup. Kita mesti keluar dan mendapatkan cahaya matahari.



2.Melakukan senaman otot bukan senaman cardio
- Kadang-kadang ada individu yang tersilap melakukan jenis-jenis senaman. Jika korang ingin membakar lemak, korang hanya perlu bersenam cardio seperti - jogging, berlari, skipping, berbasikal, berenang atau berjalan kaki jarak jauh. Bukan senaman mass seperti angkat berat, abs exercise, penggunaan dumble dan squad kerana,senaman mass adalah senaman membina otot badan. Jika korang mahukan otot, dan mahukan otot tu timbul, maka korang kena senaman cardio terlebih dahulu dan diikuti dengan senaman mass.

3.Kurang kalsium dalam badan
-Korang mesti pastikan korang tidak kekurangan kalsium. Hal ini kerana, jika kita kurang kalsium dalam tubuh badan, lemak yang akan mengantikan tempat kalsium tersebut. Ia bukan sahaja sukar untuk membakar lemak tersebut tetapi ia akan membahayakan kesihatan tubuh badan kita.

4.Vitamin C
-Vitamin C adalah vitamin penting yang diperlukan dalam tubuh badan, kekurangan vitamin C akan menyebabkan kesukaran penyerapan supplement lain dalam tubuh badan kita. Jika Vitamin C korang bermasalah, pengambilan kalsium korang tidak akan berjaya sepenuhnya. Sebaiknya korang ambil Vitamin C dan Kalsium sekali.

5.Penyerapan Usus kurang efektif
-Jika penyerapan dalam usus kurang baik, apa sahaja vitamin atau supplement yang korang ambil akan lambat menyerap ke tubuh badan korang. Mesti ada dalam kalangan kita hairan kenapa kawan kita yang mengambil produk yang sama dengan kita berkesan berbanding kita atau kesan dia lebih cepat berbanding kita, semua itu adalah berkaitan dengan penyerapan dari usus kita. Untuk mengatasi masalah ini, korang kena memakan atau minum minuman yang membantu usus korang sihat. Korang kena buat detoxifikasi usus. Selain daripada memakan pisang dan makanan-makanan lawas, korang boleh cari produk detox seperti detox slim, detox tea atau lactose. Korang jangan salah faham mengenai detox. Detox bukan sahaja melawaskan pembuangan tetapi fungsi detox adalah mengugurkan segala najis degil yang melekat pada dinding usus korang yang dah lama stay dalam tu. Korang mesti tak akan percaya kalau saya kata, terdapat najis lama pada tahun lalu yang masih ada dalam usus korang sekarang! haha!

Jadi, korang jangan cepat putus asa sebelum korang selidik apa sebenarnya badan korang perlukan. Teruskan usaha untuk cantik selain untuk sihat!

Selepas saya belajar perkara-perkara di atas, saya terjumpa satu produk untuk kurus yang bagi saya ia sangat bagus korang gunakan. Hal ini berkaitan dengan perkara yang sudah saya sentuh di atas. Produk ni mempunyai pakej yang lengkap untuk membantu mengurangkan berat badan terutamanya dari segi meningkatkan metabolisme.

Oh! Saya bukan nak jual produk ni. Saya cuma nak kongsikan dengan korang sebab bagi saya produk ni sangat menepati keperluan tubuh badan dalam mengurangkan berat badan. Kalau korang nak beli produk ni, korang kena cari orang yang sedang menjualnya. Yang pasti bukan saya. hehe..



Nama produk ni adalah Slim 7D Original.Kenapa saya kata, produk ni bagus?

Seperti yang saya dah bincangkan tadi, peranan metabolisme itu penting dalam pembakaran lemak.

Salah satu kelebihan Slim 7D Original ni adalah meningkatkan kadar metabolisme. Jadi, saya tidak hairan jika Slim 7D telah berjaya membuat beberapa orang kurus kurang dari 2 bulan.

Selain itu, Slim 7D Original mempunyai fungsi DETOX! atau melawaskan/melancarkan pembuangan. kan saya dah kata tadi, usus korang kena sihat dulu sebelum korang ambil supplement atau produk-produk yang memerlukan penyerapan. Slim 7D Original ni juga boleh membuang lemak dalam usus dan membuang makanan yang baru diambil. Slim 7D Original juga akan menghalang badan daripada menerima lebihan lemak dan karbohidrat!Ni sama fungsinya macam fat blocker! Interesting, kann?

Untuk kurus, kita tidak boleh makan banyak makanan yang berlemak seperti hidangan hari raya tu. Paling koman, hidangan ketika menghadiri majlis kahwin member kita. Makanan yang disediakan semuanya lemak, minyak dan kolestrol! Tapi, saya tahu makanan tu semuanya sedap...ada yang mampu menghalang diri dengan tidak memakannya walaupun sesudu? Apatah lagi ketika lapar atau pun selera makan memang jenis yang tinggi. Kalau korang berjaya menolak, saya katakan TAHNIAH! :)

Berita baiknya! Slim 7D Original mempunyai fungsi pengawalan selera makan!, pernah dengar produk macam ni? Ya..memang banyak produk mengawal selera makan. Ada macam-macam style, ada serbuk, ada cecair dan pil. Termasuklah produk bunga safron. Cuma saya jatuh hati dengan produk Slim 7D Original ni kerana dia datang dalam satu pakej yang lengkap dengan fungsi yang lain termasuk detox dan metabolisme.

Kat bawah ni merupakan testimonial pengguna-pengguna Slim 7D Original.












Kalau nak lebih tahu mengenai SLIM 7D Original ni, boleh - KLIK SINI - Untuk soalan yang mungkin korang tanya, macam mana nak dapatkan produk ni, boleh berhubung dengan Siti Adaviah. - KLIK SINI - untuk menghubungi beliau.


Setakat ni itu dulu.
Terima kasih sudi baca.
Jumpa di next entry.











30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (14) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (16) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)