Showing posts with label Saya dan Ramadan 2013. Show all posts
Showing posts with label Saya dan Ramadan 2013. Show all posts

Tuesday, August 13, 2013

Koleksi cerita Ramadan 2013 | Mr.Nazz dan Cik Sofie

Assalammualaikum... :)



Selesai sudah Ramadhan kita...
Hampir seminggu berhari raya..
Yang bercuti kini bekerja semula.
Yang balik kampung dah kembali ke kota..

EwahH! hehe..

Hi Readers, perut kenyang berisi lemang,rendang,kari,ketupat setiap hari..Raya sakan poket penuh dengan duit raya..Saya dan Encik Tunang dah penat berhari raya..kira-kiranya mahu kembali ke dunia niaga...kekekeke...

Sempat pula saya lepak kat blog Encik Tunang.. baca..baca..baca.. entry tatkala saya masih segan silu :p lols...Tapi ternyata entry-entry tu la buat saya angau kat tempat kerja dulu...hehehehehe... syhhttt.. Encik Tunang tak tahu tu saya senyum-senyum depan PC masa baca entry tu dulu..ha ha.. :p

Salah satu entry yang saya paling suka adalah "Hello! Ini Cik Sofie yang periang!" Encik Tunang memang gentleman!

Okelah...Hari ni saya update entry untuk kumpul link cerita sepanjang Ramadhan 2013. Kenangan :) In Shaa Allah panjang umur jumpa lagi di Ramadhan Tahun hadapan. Amin..

KOLEKSI CERITA RAMADHAN 2013

Klik pada nama untuk baca.

Ramadhan #03 : Cik Sofie | Mr Nazz  
Ramadhan #04 : Cik Sofie | Mr Nazz
Ramadhan #05 : Cik Sofie | Mr Nazz
Ramadhan #06 : Cik Sofie[Part 01], [Part 02] | Mr Nazz 
Ramadhan #07 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #08 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #09 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #10 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #11 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #12 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #13 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #14 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #15 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #16 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #17 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #18 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #19 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #20 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #21 : Cik Sofie | Mr Nazz
Ramadhan #22 : Cik Sofie | Mr Nazz
Ramadhan #23 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #24 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #25 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #26 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #28 : Cik Sofie | Mr Nazz 
Ramadhan #29 : Cik Sofie | Mr Nazz 

Masa untuk bersuka-ria sudah tamat.. hehe..


Jom! BACK TO BUSINESS!! :)

Semoga hari esok lebih baik berbanding hari ini.. Amin... Assalammualaikum...


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Sunday, August 11, 2013

Cerita Hari Raya | Kawan vs Pasangan

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hari ni hari raya yang ke-empat.. Semakin meningkat umur kita, semakin upgrade hidup kita, semakin berubah gaya dan cara kita mengikut kesesuaian masa dan situasi :)

Semasa saya budak-budak dulu, hari raya adalah hari yang paling saya nantikan. Kalau dah habis raya, rasa tak sabar nak raya lagi untuk tahun depan. Kenapa ? Duit Raya. Jalan-jalan dengan kawan-kawan (sama-sama budak) , masuk rumah orang, dalam kepala hanya satu, duit raya. HAHA. Waktu malam, lepak-lepak dengan anak-anak jiran, sepupu sepapat main bunga api. Main api pelita. Lari-lari.. kejar-kejar..pagi-pagi dikejutkan, dimandikan, dipakaikan pakaian baru dan cantik! wangi gitu..Raya ke sana ke mari dengan family.

Semasa saya meningkat remaja, hari raya sudah berubah menjadi pandangan remaja. dapat sampul duit raya, jadi tersipu-sipu malu (aih.. aku malu la... dah besar panjang...) , kalau family bagi duit raya tu tak apa kut. Bunga api ? dah tinggal dah. Kenapa ? sebab dah tahu fikir, bunga api lepas bakar lepas tu buang..dah tahu dah, maksudnya, kita bazir duit untuk bakar bunga api tu je.. especially yang meletup-letup.. rasa macam nothing laa. Life mula berubah, nak raya dengan kawan-kawan jauh dari rumah dan jiran. Naik kereta ramai-ramai, raya sakan sana sini..dari pagi sampai la malam macam tak habis lagi raya. Lebih-lebih masa cuti sekolah, masa banyak! tak ada apa halangan untuk pergi jenjalan raya. Kenderaan? kawan yang ada kenderaan, dia la drive masa tu. Pergi rumah cikgu-cikgu, kawan-kawan sebaya..kadang-kadang semasa beraya macam tu jumpa pula kawan baru. Seronok! Lepas tu berkenalan pula dengan keluarga kawan-kawan.

Semasa saya sudah bekerja, raya semakin susah nak macam dulu. Dah berubah..tahun demi tahun.. Kena minta cuti raya kat majikan. Ada masa tak beraya pun dengan family. Raya kat tempat kerja walaupun di hari raya pertama. Dah raya dengan keluarga pun payah, apa lagi nak raya dengan kawan? haha. Hidup membujang, kawan saja yang diingat..untuk lepak dan borak kosong masa tu.

TU DULU...

Sekarang, kawan-kawan dan sepupu sepapat saya dah ada life masing-masing. Mereka sangat gembira dan bahagia. Kita jangan lah kecil hati bila mereka macam lupakan kita. Actually, mereka tak lupa kita. Cuma, keadaan dah berubah. Saya sendiri dah bertunang sekarang. Kawan-kawan saya, sepupu saya yang sangat rapat dulu pun dah ada suami. Takkan saya nak ajak dia melepak pula? Saya gembira sangat mereka bahagia :) Kalau saya ajak pun, kalau boleh nak ajak suami dia juga, untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Tambah-tambah sekarang hari raya..Tapi maklumlah, masa itu selalu cemburu kat kita, kadang kita rancang hari ni, mereka tak ada masa hari ni, nak esok, tapi esok pula kita yang tak ada masa.

In Shaa Allah kalau ada rezeki kan berjumpa juga macam dulu-dulu cuma dah ada ahli lain (suaminya,isterinya, tunangnya, bakalnya, calonnya) itu perkara biasa. Normal! Jangan tutup dan sempitkan hidup kita dengan tidak mahu bergaul atas tujuan hubungan baik sesama manusia.

Saya rapat dengan Sulwani. Kami keluar sama-sama tapi dengan pasangan masing-masing. Kan elok macam tu. Tak akan ada timbul apa-apa fitnah dan konflik. Lebih seronok!!


Kawan saya, Sulwani dan suaminya...

Kawan saya bersama suaminya dan Encik Tunang saya..


yang lepas tu lepas. Kenangan manis tetap dikenang..tapi bukan untuk diingat-ingat. Sudah lumrah manusia, Allah ciptakan, berpasang-pasangan. Kalau dulu, kita rapat macam mana pun dengan kawan kita, suatu hari kita akan ada pasangan hidup yang perlu dijaga hatinya, kita ada tanggungjawab lain, komitmen lain, diri kita sudah bukan milik kita sendiri lagi untuk pergi kemana sahaja kita mahu semahunya, sesuka hati seperti zaman-zaman bujang.. Masa kita bujang/solo/single , YES, suka hati kita nak ke mana. Dengan siapa dan buat apa pun. Tak ada apa-apa yang kita nak fikirkan masa tu. Freedom kan.. hehe. Kalau dah ada pasangan, bukan sahaja pasangan nak jaga, keluarga pasangan pun kena jaga. Bak kata best friend saya, "Kalau kita kahwin, bukan setakat kahwin saja, dengan keluarga pasangan tu pun kena kahwin juga" - Faham kan maksud dia? Kawan-kawan? Siapa kata, kita akan putus kawan bila kita dah ada pasangan? Tuhan tak bagi pun kita pilihan "pilih antara pasangan dan kawan, kalau pilih pasangan, putus kawan" ? Saya rasa, ada sesuatu yang perlu dibaiki. Asas ukhuwah tak akan putus. Walau ada siapapun dalam hidup kita. Apasal fikiran cetek bebenor? Kalau pilih kawan, jadi nak putuskan pasangan ke? lepas tu nak jadi apa? ANDARTU dan BUJANG TERLAJAK? sebab apa? sebab kawan. SETIA KAWAN bukan macam ni konsep nya. Ni dah salah!

SETIA KAWAN ADALAH MACAM NI :

Kawan baik saya, terima saya yang sudah ada tunang. Tunang saya, terima kawan baik saya, as kawan juga. Asas ukhuwah ada.. Silaturrahim makin erat sesama kita.. Saya dan best friend saya still kawan, Tunang saya still tunang. Tunang dan kawan saya berkawan juga tujuan hubungan sesama manusia dan berbatas..Kalau kes kawan suruh buat pilihan macam kat atas tu, dia bukan kawan baik! Kenapa? Dia nak jatuh kan kita namanya tu. Doakan yang terbaik untuk kawan-kawan kita. Bukan nak jadi lebih hebat dari kawan-kawan kita. Pangkat, harta, kereta, duit kalau banyak sekali pun, manusia tetap manusia. Semua manusia sama saja. Miskin kaya, tetap manusia kan?




Dan sekarang juga saya bukan kerja makan gaji lagi. Tak ada majikan yang halang saya untuk bercuti raya..Suka hati saya nak cuti bila saya nak :p

Jadi, raya saya sangat WONDERFUL , GREAT sangat tahun ni! dengan kehadiran Encik Tunang saya, beraidilfitri as Tunang orang. Tahun ni saya dapat bersama keluarga, Encik Tunang dan Alhamdulillah pergi melawat-lawat ke rumah sepupu-sepapat saya, saudara saya, keluarga Encik Tunang saya, kawan-kawan lama saya.. Terima kasih Encik Tunang dan keluarga dan my family for this great hari raya!


Photoshoot hari raya setakat ini.. Ini saja la upload.. lambat pula loading.. hoho..



Custom couple T-Shirt sempena Hari Raya Aidilfitri...

Siblings... Mujie & A'an...

Encik Tunang dengan bapa mertua.. hehe..

Anak buah saya...in purple...

Cik Sofie bersama mama mertua.. hee..

My beloved mummy and daddy...

Cik Sofie dan Mr.Nazz in blue... :)

Berhari raya di rumah si kembar...

Saya dan cuzzy : Suzie bersama anaknya, bby Wawa...

Open house di rumah kawan lama, Kak Rosezarina...

Me and my sis. Siblings!

Me.. hehe..

L.O.V.E

Mana satu yang kembar? hehe.. gambar kat rumah si kembar lagi...

Bergambar dengan adik Anil...Kat rumah uncle Lee..kawan lama..


See until next entry... :) Wassalam...


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Wednesday, August 7, 2013

Saya dan #Ramadan29

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hari ini merupakan hari terakhir kita bersama bulan Ramadan dan merupakan malam raya. Maka, esok berhari raya lah kita semua muslimin muslimat...

Cepat rasanya masa berlalu..Ramadan kini meninggalkan kita semua. Semoga tahun depan bertemu lagi dengan bulan penuh rahmat dan berkat , Ramadhan Al-Mubarak! In Shaa Allah...

Aktiviti hari ini tidak sesibuk mana. Saya keluar berbuka puasa di restoren biasa bersama insan tersayang, Encik Tunang, my Mohd Nasyit.. Sebelum berbuka, kami sempat berbincang dan berborak mengenai forex dan rancangan selepas raya nanti..

Alhamdulillah, persiapan hari raya sudah siap dengan sederhananya... hehe...

Maka, berakhirlah entry Ramadan saya pada tahun ini pada malam ini...

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA YANG MENYAMBUTNYA.. MOHON MAAF TERKASAR BAHASA TERSILAP KATA.

Wassalam...

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Saya dan #Ramadan28

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Today saya dan family bersihkan rumah. Like always, LAST MINUTES is the best. kekekeke... lols..

Menukar cover sofa...

Memasang cover meja dan buang habuk...Pikachu dan Teletubies tu hiasan semata-mata.. lols..

Ayah pasang lampu kelip-kelip yang baru, last year punya dah hancuss!!

Langsir express by mami...

Anak buah stay kat dalam bilik saya..main game. Fitri dah sihat dah dari demam.. :) Alhamdulillah...

Bangun pagi sempat edit cover photo untuk page "Sophee.Lz" but ada kesilapan kat gambar tu. HAHAHAHA. Tu pun if you all perasan... Nanti lah edit balik...kui3x...sekarang malas :p

Hari ni saya dan Encik Tunang buka puasa kat town..restoren biasa :) Then, we jenjalan sekejap, lepas tu pulang...

Esok malam dah tengok anak bulan kan.. Lepas tu hari raya... YeahH! Jom buat Kad Digital... (Kalau dulu buat kad raya fizikal, sekarang ni semudah ABC, thru FB pun boleh bagi Kad Raya.. :)

Jumpa lagi di next entry.. Wassalam..


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


With Love,

Monday, August 5, 2013

Saya dan #Ramadan27

Assalammualaikum Readers dan Bloggers :)

WaaaHHH! Hari ni saya sahur kat luar dengan Encik Tunang....Kat KFC 24 hour area bandar Labuan.. Kat Labuan ni, saya pertama kali sahur kat luar.. Keluar pagi-pagi buta sebab nak pergi sahur. Terima kasih kepada Encik Tunang yang sudi teman saya :) Mami dan ayah pula sempat berkirim makanan untuk anak buah..





Selepas habis bersahur, kami pulang ke rumah...

Tapi kesian anak buah saya yang lelaki tiba-tiba demam pula. Selalu dia yang bising dalam rumah. Sekarang dia tidur memanjang, sunyi sepi la pula.. Orang kata panas, dia kata sejuk :(




Then, kat rumah, saya buat kerja buang habuk kat ruang tamu (Opss! Belum siap kena sambung esok :p )

Petang, saya dan Encik Tunang pergi bandar...Selepas dari TM Point, saya dan Encik Tunang pergi ke Wilayah Advertising jumpa Shahrom Puasa (Shah GB)  untuk ambil baju couple yang satu lagi :) Thanks to Mr.Shah GB.


Shah GB (Shahrom Puasa)

Tarrraaaaaa!!!








Comel tak ? hehe.. Gambar asalnya adalah d bawah ni... Pandai Encik Kartunis tu lukis kan...




Selepas tu kami pergi pusing-pusing cari makanan untuk berbuka kat rumah Encik Tunang.. But nak tahu tak apa jadi ? Memandangkan sekarang ni dah dekat sangat dengan hari raya, Bazaar dan gerai yang jual makanan pun semakin kurang dan... dan kami pun... tak jumpa lauk untuk di bawa ke rumah Encik Tunang.. Atuyaiiii...

At Last,
Berbuka kat Restoren Bismillah bersama Ayah dan Mami saya kat bandar. Tukar plan tanpa sengaja. HAHA.

Then, Encik Tunang hantar saya pulang rumah :) Thanks for today my Mohd Nasyit :))

Hari ni saya baru ada rasa tak sabar nak raya.. haha.. lambat loading pula... :p Okeh.. Jumpa di entry yang seterusnya :)) Wassalam.

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Saya dan #Ramadan26

Assalammualaikum Readers,

-GAMBAR HIASAN-


Nampaknya Ramadan sudah hampir ke penghujungnya... Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan berhari-raya..

Mungkin, semua orang sedang sibuk dengan persiapan hari raya sekarang. Mungkin ? hehe.. Yes of coz... Saya tengok, family si Cuzzy Anna Abel dan familynya sedang sibuk membersihkan halaman rumah. Gotong-Royong gitu..

Saya pula macam biasa. Tugas dari kecil bila tibanya hari raya -LAP TINGKAP- macam tugasan masa kat sekolah dulu pula. :p  We all satu family tak lah gotong-royong sangat. Sebab not really nak tukar semua benda kot. Everything still good condition. hehe.. Hanya perlu tambah if perlu sahaja.

Kemudian,
Petang-petang, macam biasa pergi lepak dengan Encik Tunang. Hari ni kami ke Lapangan Terbang. Online. hehe...

Then,
Kami ke Bazaar Ramadan untuk beli makanan berbuka puasa. Hari ni just berbuka kat rumah Encik Tunang sahaja.

Lepas tu, saya pulang rumah..kekeke... SUNDAY is always simple story.

Assalammualaikum...


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Sunday, August 4, 2013

Saya dan #Ramadan25

Assalammualaikum Readers :))

Ramadan yang ke-25 ini, cuaca di LABUAN sungguh panas!! Panas terik!

Muka kepanasan... haha...Siaaannn...


Panas terik teramat!


Rasa macam dah jadi ikan masin saja hari ni. Hahaha..dah lah panas melantun-lantun.. tiba-tiba bekalan elektrik kat blok tempat tinggal saya "mati" . Ada pembaikan dilakukan kat tiang elektrik depan rumah saya.Aduyai... Kipas tak boleh On.. panasz.. hoho..

Ada orang naik tiang elektrik...

Hari ni, kakak dan anak buah saya juga pergi ke bandar jalan-jalan cari apa patut untuk persiapan hari raya. Macam tak habis-habis pula persiapan hari raya ni kan ? hehe..


Siblings~


Pertama-tamanya, saya dan Encik Tunang sudah tentulah semangat ke Wilayah Advertising untuk berjumpa Shahrom (Shah GB) untuk ambil baju couple saya dan Encik Tunang :) but.. Shah GB bercuti pula hari ni dan saya dan Encik Tunang hanya dapat ambil sepasang baju sahaja. Sepasang lagi mengalami kesilapan ketika print out gambar untuk baju couple kami. So, yang satu lagi terpaksa postpone ke hari Isnin..



Ofis dia kosong...

Orang dia tak ada.. ambil nama dia pun jadi laa.. :p lols.


Kami berdua berjalan-jalan kat gerai baju Labuan kat area pasar Labuan. Cari tudung dan cuci mata. Anak buah saya beli baju T-Shirt Domokun.. hahaha..

Kemudian,
Kami lepak kat Lapangan Terbang sekejap sebelum berbuka puasa..dan bila tiba masa nak berbuka, saya dan Encik Tunang berbuka puasa kat bandar Labuan sahaja. Bukan kami berdua sahaja tetapi mami dan ayah join sekali makan-makan  :D

Malam, misi kami mencari lampu kelip-kelip untuk hias rumah Encik Tunang...Then, lepak dan tengok TV sebentar kat rumah Encik Tunang..

Macam biasa, hari ni sabtu.. market closed..lepak sekejap kat town malam-malam, makan aiskrim, roti telur, mee goreng dan minum-minum...

Last, pulang.. hehe..

Thanks Encik Tunang for today :)

Jumpa di next entry. Assalammualaikum...

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (13) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Maze Runner (1) Melancong (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (15) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)