Showing posts with label Si Awak dan Si Saya. Show all posts
Showing posts with label Si Awak dan Si Saya. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Kisah Si ‘Saya’ dan Si ‘Awak’ ; Kenapa? – Saya Tak Tahu



Saya ada ramai kawan. Awak tahu tak tu?.. Saya boleh cari mereka di mana sahaja saya mahu. Saya tahu di mana mereka berada. Saya boleh tanya, mereka ada masa tak untuk keluar dengan saya. Borak kosong. Saja nak jumpa. Bosan lah duduk rumah. Lagipun awak tak ada sekarang. Kalau diorang tak free, saya boleh cari kawan yang lain. Ramai lagi kawan-kawan saya. Perempuan dan lelaki. Hensem dan cantik-cantik. Ada yang kelakar dan ada juga yang banyak ilmu. Mesti seronok jumpa diorang kan awak?

Saya memang ada ramai kawan.Saya tak tipu. Saya boleh sms diorang kalau saya mahu. Untuk apa? suka-suka SMS. Dulu saya selalu buat. Nak borak sebab saya bosanlah kat rumah. Saya nak borak-borak dengan diorang. Lama dah sunyi sepi tak dengar berita. Saya minta maaf sebab saya sangat sibuk sampai lupa nak kontek kawan-kawan. Sibuk sangat dengan awak. Saya lebih sibuk dengan awak berbanding diorang.

Saya seorang yang gila internet juga.Mesti awak dah tau kan? Saya boleh chatting dengan sesiapa sahaja yang saya suka kalau saya nak. Tak kiralah lelaki atau perempuan, tua atau muda sebab saya sangat suka berkawan dan jumpa kawan baru. Dah lama tak buat macam tu sebab saya ada awak. Mestilah saya chat dengan awak.

Saya juga ada keluarga. Ada ayah. Ayah suka tengok movie. Saya boleh tengok movie dengan ayah mesti ayah gembira sebab dah lama saya tak luang masa dengan ayah.Asyik luang masa dengan awak je. Macam tu juga mak. Saya boleh tolong-tolong mak. Dah lama saya tak kacau-kacau mak. Asyik kacau awak je. Saya ada anak-anak buah. Comel-comel dan nakal macam saya. So, saya boleh lah main dengan diorang dan buli diorang! Macam saya buli awak selalu tu. haha! Kan saya selalu buli awak kan? Awak tau tak muka awak jadi comel bila saya buli awak? Saya suka sangat sampai rasa tak nak berhenti buli awak. Saya terhibur sangat. :) Saya juga ada kakak, kakak saya baik hati. Selalu ada topik untuk borak dengan saya tapi saya selalu malas nak borak dengan dia sebab saya rajin borak dengan awak.

Saya ada banyak perkara. Ada macam-macam. Kawan, Keluarga, Kemudahan dan sebagainya. Tapi semua tu hampir terabai kerana saya ada awak. Saya lebih cenderung untuk awak.

Saya suka buat apa sahaja dengan awak berbanding orang lain.
Saya lebih gembira kalau borak dengan awak berbanding dengan orang lain.
Saya lebih suka cerita dan bagitahu macam-macam perkara dengan awak berbanding orang lain.

Walaupun kadang-kadang cerita saya sama sahaja, tapi saya lebih suka cakap dengan awak.
Bukan saya tidak suka orang lain tapi awak lebih disukai oleh saya berbanding yang lain.

Saya tau ada ramai kat luar sana nak dengar cerita saya tapi saya nak awak yang dengar dulu.

Jadi, bila awak tak ada, saya tercari-cari awak walaupun, orang lain ada depan mata saya. Malah mereka lebih banyak masa dan perkara boleh kongsi bersama saya. Saya bagaimana pula awak? Kenapa macam tu awak? Kenapa mesti awak yang saya cari? Awak hanya seorang. Mereka ramai. Tapi bila awak tak ada, saya rasa macam semua orang tak ada. Kenapa? - Saya tak tahu.

p.s : Saya bukan niat nak ganggu. I am just; want to talk with you. :'(

Aku,

Sunday, April 17, 2011

Kisah si 'SAYA' dan si 'AWAK' (YOU HURTS ME)



Why did you hurt me, when I was the one who took you in?

Why did you hurt me, I thought I was your bestfriend

Why did you hurt me, after all the things we’ve been through
Why did you hurt me, when I was love you so much friend?
Why did you hurt me, I gave up everything I had?
Why did you hurt me, now I’m always sad?
My question to you is why?
If you don’t know the answer, please don’t try.

Awak...awak tahu tak? ada beberapa malam tu, saya nangis dan nangis dan nangis terkenang betapa sampainya hati awak buat saya terluka macam ni. Awak tahu tak? malam-malam tu saya layan diri sendiri je..saya nak bersendirian..saya sedih lah awak..tapi awak tak pernah tahu..sampai sekarang pun awak hanya tahu gelak2 je. Tak tahu pun saya terjatuh, terluka dan terhempap batu besar yang awak baling ke belakang..oh! Mungkin awak tak sengaja...ohhhh...sedihnya saya!!! Awak tahu? hampir2 saya nak bagi satu sumpahan buat awak atas kesanggupan awak menusuk pisau sedalam2nya ke dada saya. Saya hampir nak kata :

"AWAK I HATE YOU, PLEASE DIE!!!"

oh! tapi saya sayang awak...saya tak mungkin nak awak mati. Tak mungkin..itu tak mungkin...Awak tahu? semua orang kutuk saya sebab saya rapat dengan awak. Saya tak kisah pun apa orang cakap saya tetap berdiri sebelah awak. Saya tetap jaga hati awak macam jaga hati saya sendiri. Selamani, dah banyak kali saya kecil hati dengan awak..saya tetap juga setia demi awak.. tapi awak tak nampak semua tu.. awak gunakan saya untuk awak dapatkan maklumat apa sahaja yang awak nak..Mungkin awak tak perasan semua tu dah melukakan hati saya.

AWAKKKKKK!!!!!! AWAK JAHAT KAT SAYA!!!!!

SAYYYYYYAAAA SEDIHHH AWAK TAHU TAK? AWAK TAHU TAK? AWAK DENGAR TAK SUARA HATI SAYA MENANGIS BILA NAMPAK AWAK TERSENYUM SINIS UNTUK SAYA? AWAK DENGAR TAK SUARA HATI SAYA MENANGIS BILA DENGAR AWAK KATA SAYA....

MACAM BUDAK-BUDAK DI DEPAN SEMUA ORANG SECARA FORMAL...?

MENYUSAHKAN...?

TAK LAYAK UNTUK SEMUA...?

TAK BIJAK...?

TAK BERKEBOLEHAN...?

BODOH...?

Awak...mungkin saya terlalu emosi dan terlalu ikutkan perasaan...tak pe lah...buatlah apa awak suka..buatlah..buatlah...

Awak, saya nak cerita kat awak ni..bila orang sedang cakap bukan-bukan tentang awak, saya rasa marah dan kalau boleh saya nak mereka semua tutup mulut dan jaga hal sendiri. Saya marah dan sedih bila dengar mereka gelar awak dengan panggilan yang hodoh sungguh bunyinya. Awak...saya sedih...saya sedih ni...sedih bila awak memperkenalkan saya pada orang lain dengan keburukan dan kelemahan yang saya ada. Bila awak buat macam tu, saya terasa betapa saya ni sangat tak berguna..tak ada kelebihan langsung..saya rasa..saya bodoh..saya rasa saya ni...kenapa awak? kenapa??? kenapa awak tolak saya hingga saya jatuh? Y????



Please stop confusing me and manipulate situation...Dont speak if it not from your true heart...Everything you said...cuts like a knife and hurts me deep inside...if you treat me as a child and think i am unfit...Why don't you KICK me out? or throw me into the dustbin? I really regrets all of this...


-I'm Sad-


Aku,

Monday, March 28, 2011

Ku lepaskan bukan ku tinggalkan. Aku masih disini

Awak, mungkin selamani saya anggap awak kawan saya hingga semua tingkah laku saya keterlaluan dan tidak sesuai sama sekali untuk bidang professional kita. Saya minta maaf kerana mungkin situasi begini membuat awak serba salah untuk memarahi saya bila saya buat salah hingga awak guna orang lain untuk marah saya. Maaf! Selepas ni, awak boleh marah saya seperti awak marah orang lain.

Awak, mungkin saya terlalu caring pada awak hingga saya tidak sanggup biarkan awak ketika keluar makan. Saya risau gastrik awak datang jika tidak makan. Tapi awak, saya tahu awak boleh jaga diri awak tanpa saya. Lepas ni, saya tidak boleh selalu makan dengan awak demi menjaga nama awak. Orang lain perlu melihat awak sebagai seorang leader yang adil. 

Awak, saya sangat sayang awak hingga saya kelihatan sangat manja dan seperti budak2 depan awak. Sampai kini awak melihat saya ialah budak2 kan? Hingga awak cakap kat mereka saya budak-budak. Saya kecil hati ngan awak. Tapi..tak apa...semua tu datang dari saya sendiri dan saya nekad akan berubah lepas ni. Percayalah saya bukan budak-budak. Saya tidak sudi marah awak jadi saya korbankan kemesraan kita demi mengubah tanggapan awak pada saya. Fikiran saya dah dewasa awak..cuma..mungkin saya terlalu menunjukkan kemesraan saya hingga saya kelihatan seperti budak-budak.

Awak, lama saya biarkan mereka gelar awak kakak kesayangan saya dan saya adik kesayangan awak. Mungkin gelaran tu cukup menyakitkan buat awak. Kelihatan seperti awak terlalu fokus pada saya. Tak apa, lepas ni, mereka takkan sebut macam tu lagi. 

Awak....saya cukup sukar nak jelaskan semuanya...mungkin, tak perlu saya huraikan semuanya..biarlah saya sahaja yang tahu sebab2 kenapa saya mengambil keputusan untuk berubah.

Saya sentiasa ada menyokong awak. Awak jangan risau...

Saya hanya lepaskan apa yang perlu...bukan tinggalkan awak...
Cuma keadaan akan jauh berbeza lepas ni awak...
Saya sayang awak...saya juga sayang keadaan sekarang tapi saya perlu korbankan...

Semoga awak sentiasa TABAH!
Ingat! Kemenangan awak akan menjadi kekuatan saya...

Awak kawan saya dalam hati ni...

Semoga awak gembira dan berjaya walaupun kita suatu hari nanti bukan lagi kawan. :)

Aku,

Friday, February 4, 2011

Si ‘SAYA’ hilang si ‘DIA’ kerana si ‘AWAK’

Ni WO de Peng You!


Saya ada kawan. Nama kawan saya Dia. Dia tu cute. Dia tu lawak. Dia tu sayang saya. Dia buat saya macam adik dia. Saya rapat dengan dia. Saya sayang dia. Saya tahu dia sayang saya juga.

Suatu hari..saya jumpa kawan baru..kawan baru saya cantik, baik dan hebat. Nama kawan baru saya, awak. Awak baik dengan saya…sama macam dia. Saya sayang dua-dua. Saya sayang dia dan saya juga sayang awak!

Saya nekad dan berjanji akan jadi kawan terbaik untuk dia dan awak. Tapi..saya sedih..saya tak sangka akan berlaku macam tu. Oh! Rupanya..dia tak suka pada awak. Dia benci awak atas sebab2 tertentu yang saya sendiri pun tak faham.

Sebagai manusia dengan manusia, saya tak mahu membenci orang lain. Saya manusia, orang lain pun manusia..kenapa saya perlu benci awak demi dia? Dia tak faham langsung. Dia tuduh saya macam-macam. Dia kutuk saya macam-macam kerana saya dah mula rapat dengan awak. Awak, saya minta maaf dengan sikap dia. Mungkin dia salah faham saja.

Lagipun, saya memang sayang awak.SAYA SAYANG AWAK!! Kenapa dia nak saya benci awak juga? Macam dia benci awak??? Saya tak mungkin buat macam tu walaupun dalam masa yang sama saya sayang dia juga.

Suatu hari..dia sakit-sakit. Saya datang jumpa dia. Nak Tanya khabar. Malangnye saya..saya kena halau..dia siap sindir-sindir saya lagi.. pedihnya hati saya. Saya dengar dia batuk-batuk dan muntah-muntah dari jauh. Korang tahu tak apa perasaan saya masa tu? SAKIT! SAYA SAKIT sebab hanya boleh mendengar saja..saya patut disebelah dia. Temankan dia sebab dia sedang sakit. Apa boleh buat dia dah benci saya sebab saya kawan dengan awak..Awak jangan kecik hati..awak tak salah pun..tak tahu kenapa dia jadi macam tu..

Lama saya diamkan diri…tak jumpa awak mahupun dia. Biarlah…

Sehingga…kata-kata semangat berbisik dalam hati..Takkan saya b*doh sangat nak lepaskan kedua-duanya kerana dia? Saya mula pasrah lepaskan dia. Biarlah dia dengan gaya dia dan cara dia. Saya tak nak keruhkan lagi keadaan. Kalau dah dia tak sudi, saya tak boleh buat apa-apa...Saya dan awak berkawan macam biasa. Saya terpaksa biarkan dia dengan anggapan dia. Dia tak faham..biarlah..tak apa…SAYA GEMBIRA SAYA ADA AWAK! SAYA SAYANG AWAK! Lupakan saja kisah pahit dan mulakan kisah manis yang baru…

Walau apapun, saya tetap melihat khabar dia dari jauh…Saya doa yang terbaik untuk dia.May GOD bless you!


Aku,

Si ‘SAYA’ dan si ‘AWAK’ gaduh?


Semua orang tahu awak dah marah saya. Semua orang tahu saya dah gaduh dengan awak. Semua orang senyum2.Ntah apa maksudnya tu awak..Dorang senyum suke ke apa ke..saya pun tak tahu lah awak! Situasi ni lah buat saya ‘mati’ . Tersebar tentang saya dan awak dah GADUH! Hahahaha sana hahahaha sini..semua ketawa..semua puas hati. Sebab..mereka berjaya buat saya tak kawan dengan awak. :( mereka jahat kan awak?

Si kutu dah mula naik tanduk..dah mula jadi batu api.Bakar sana sini supaya saya naik marah, meradang dan benci awak :( Awak….saya tak sudi benci awak..Saya tak nak benci awak..saya tak mungkin benci awak..Walaupun, awak marah saya atas suatu yang bukan salah saya. Tak ape la awak..Take your time. Biarlah si kutu tu syok sendiri nak ngapi-ngapikan saya..huhu..

Awakkk…awak betul2 bunuh saya! Saya kata tu bukan salah saya. Bukan saya yang buat macam tu.Entah si katak mana pulak buat cerita ni awak..Awak tak percaya? Oh! Awak tak percaya saya rupanya selama ni. Awak tak percaya saya rupanya..Awak tak percaya saya..awakk? Saya tak salah..

Sebulan awak tak sudi tegur saya.Sebulan awak tak keluar makan dengan saya macam biasa. Saya keluar dengan kawan lain. Saya makan dengan kawan lain. Saya gelak tawa dengan kawan lain. Awak biarkan saja. Awak buat muka tak kisah langsung. Awak tak tahu yang saya risau awak makan ke tak. Selama ni awak makan dengan saya je. Awak tak tahu saya makan tu teringat kat awak. Awak tak tahu saya gelak, ketawa,senyum kat orang tu, hati saya remuk. Bila awak lalu depan saya, tapi awak buat tak nampak saya, saya hancur ! Saya Punah ! Ye..awak tak tahu pun…

SEMUA SEBAB si katak tu! Lari dari kesilapan..dia yang buat salah, saya pula jadi macam ni. Awak BIARKAN je..Awak membunuh saya!

Lama saya tunggu awak tegur saya balik..Sedihhhnyee..awak tak sudi langsung..ye lah..siapa lah saya ni..saya ada atau tak ada bagi awak sama saja kan? Kan awak? Tak payah lah cakap..saya tahu.. :(

Suatu hari tu..saya nekad nak tinggalkan awak. Saya putus asa dengan awak. Tak apa lah..saya boleh cari kawan baru di luar. Saya harap..awak sihat-sihat saja ye awak..Jangan stress sangat ye awak..Jaga diri baik2..Saya pun menunggu masa untuk pergi…dan takkan cari awak lagi…takkan tengok awak lagi… :(

Sehari  sebelum pergi….

Saya tak sangka awak panggil nama saya.Awak senyum kat saya. Saya terkejut! Yeahhh!! Awak dah kembali..yeaahhhhh!! Awakkkkk! Saya rasa macam nak peluk awak je! Awak..awak…Awakkkkk…hehe…awak, saya sayang awak tau! Awak jangan pergi lagi..jangan buat macam tu lagi! Terima kasih untuk hadiah untuk saya tu! Saya akan jaganya  macam saya jaga PERSAHABATAN kita! Terima kasih awak! :)


Aku,

Kisah si 'SAYA' dan si 'AWAK'


Macam mana kita boleh jadi kawan eyh? Saya nak refresh balik supaya saya tambah sayang dan hargai awak ^_^ .  Oohh…saya mula ingat semula..dulu, awak tak pandang saya pun. Kan awak? Biaselah..takkan nak kawan ngan orang yang kebudak-budakan macam saya. Kan awak?

Dulu, saya suka peratikan awak. Saya kata..wahh..awak cantik..awak hebat..awak kuat..macam-macam la awak..saya memang suka usha awak dulu. Oh! Kenapa? Saya pun tak tau kenape la awak..mungkin kita ada satu chemistry tersembunyi kut..hihihi…setiap hari saya semangat sebab dalam fikiran saya, Awak ada hari ni. Bila awak tak ada, saya cari-cari awak sana sini, Tanya sana sini awak mana..Bila mereka kata awak tak ada hari ni, saya tak seronok langsung. Hmm..

Orang sekeliling kata awak ni garang. Awak ni itu..awak ni ini..awak begitu awak begini.ArgghH! Boleh blahhH korang sumer! Saya takkan percaya selagi semua yang korang kata tak berlaku depan mata saya ni. Suke je nak ngumpat awak depan saya. Saya tak suke kat dorang tu awak..Tak suke sangat-sangat.Tapikan awak, hati saya pernah cakap masa tu..biarlah apa yang mereka cerita tu berlalu macam tu meskipun awak pernah lakukan macam yang mereka kata tu..biarlah! Tu kisah silam awak.Semua tu masa lalu awak. Sekarang ialah sekarang..Saya tak kisah dulu punye citer..saya kisah masa depan punye citer..Harap awak tak buat lagi ye awak.. :)

Dulu, awak langsung tak nak tegur saya pun. Kan awak? Mesti dalam fikiran awak,saya ni ntah OK ke tak.Boleh buat kerja bagus2 ke tak. Ah! Saya boleh buktikan untuk AWAK! Tengok! Sekarang saya berjaya tunjukkan.kan awak? Awak jangan tipu.Jangan ego! Awak ngaku je lah..hehehe..

Pada suatu hari, awak mula tegur saya..waa..saya happy tahap tak ingat masa tu! HAPPY la awak! Dah lama saya usha awak, akhirnya awak tegur saya. Masa tu awak tegur hal-hal tugasan dan minta saya lukis gambar awak..OK! BOLEH JE! Awak punya pasal.

Lepas tu, ada satu klimaks yang buat awak dan saya jadi KAWAN. Awak ajak saya makan. :) Saya sudi dan berbesar hati temankan awak. Sudah semestinya. Awak mula sudi bercerita tentang diri awak kat saya. Awak mula sudi berkongsi masalah dengan saya. Awak mula sudi bertanya pendapat saya untuk keputusan awak.

Masa tu bermulalah.. Kisah si ‘SAYA’ dan si ‘AWAK’ .


Aku,

Thursday, February 3, 2011

HAI..NAMA AKU ‘SAYA’ & INI KAWAN AKU, NAMANYA ‘AWAK’ ! :)

Awak kawan saya! :) Saya kawan awak yang ada disisi awak..awak tak perlu khuatir..saya memang suka kawan ramai2 tapi awak bukan sekadar kawan biasa..awak sahabat saya..saya tak kisah! Awak marah saya..awak tengking saya..awak berkasar dengan saya..awak kata saya b*doh..awak kata saya bingung..awak kata saya apa pun, saya tetap akan kata “AWAK KAWAN SAYA!” :)

Awak-awak…dulu awak pernah kata “Kalau awak dah tahu saya macam mana..mesti awak tak nak kawan dengan saya lagi..” Awak-awak, saya tahu awak perlukan kawan tapi awak tak nak cakap,kan? Saya tahu awak suka kawan dengan saya tapi awak tak nak orang lain tahu,kan? Saya tahu awak takut saya pergi tinggalkan awak, kan? Awak! Awak ego pada diri awak sendiri! Tapi awak…awak jangan risau…saya disini sebelah awak..saya boleh jadi telinga untuk awak..awak lepaskan lah apa saja awak rasa..awak marah? Awak sedih? Awak susah hati? Awak tertekan? Tak pe..saya sudi dengar awak..

Awak..saya tak suka awak pening dengan saya..sebab tu saya suka buat kerja saya baik2..semua tu supaya awak tak pening kepala.Supaya awak suka dan gembira..saya tahu awak tak suka saya jadi budak nakal.Kan awak? Saya suka sangat2 bila awak tegur saya..saya suka bila awak nasihat saya..saya suka bila awak marah saya..awak buat macam tu sebab awak sayang saya, kan awak?

Awak-awak…saya tak kisah mereka kata saya apa. Saya akan tetap bertahan dan berdiri dengan gagah untuk jadi kawan baik awak! Abaikan saja mereka tu awak..dan saya juga tahu awak seorang yang tabah..awak jangan putus asa lagi ye awak..bila awak stress, awak kata nak pergi, saya jadi sedih! Jangan pergi ye awak..bertahanlah..semua tu cabaran untuk awak yang memang mampu hadapi semua tu.
Awak..bila awak pertikaikan perkataan ‘kawan’ antara kita, saya sangat sedih awak! Sedih sangat-sangat..mungkin saya over kan awak? Maaf..maafkan saya awak..saya terlalu ikutkan hati. Tak apa lah awak..awak tak anggap saya kawan pun, saya tetap juga saya..saya yang berkawan dengan awak..saya tak pernah menyesal apa saja yang pernah berlaku selama ni awak..biarlah! Saya tetap akan cuba sedaya upaya menjadi kawan terbaik untuk awak.

Awak..saya tak kisah apa pun kelemahan awak. Saya berkawan dengan awak bukan untuk kelebihan awak..saya berkawan dengan awak atas dasar ‘sahabat sejati’ . Bila orang kata, saya berkawan dengan awak untuk maksud lain, sebaknya hati saya awak..tapi tak apa..saya kuat untuk itu awak..! :) sebab…saya bukan seperti yang mereka maksudkan..awak kawan saya!

Awak..saya minta maaf atas kelemahan saya yang ada. Saya minta maaf pernah kecewakan awak. Tapi awak..tolonglah saya..tolong saya supaya tidak gunakan saya untuk kepentingan semata-mata..kerana…saya kawan awak dan awak kawan saya! Saya sayang awak!

Sekiranya suatu hari Tuhan takdirkan saya pergi, awak jaga diri baik2 ye..awak jangan sedih..jangan nangis! Kalau awak tertekan dan perlukan telinga saya,awak bisikan dalam hati awak..saya pasti akan dengar awak. Awak jangan sedih OK..janji dengan saya! Ingat.. Setiap kata-kata yang pernah saya ucapkan, akan sentiasa ada untuk awak dengar..setiap gurau senda, usikan saya pada awak akan tetap jadi teman awak..kehangatan  persahabatan kita akan tetap ada dalam hati awak! SAYA SAYANG AWAK! :)


Aku,

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (14) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (16) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)